Anda di halaman 1dari 21

Topik  Pengajaran

KOMSAS
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti konsep, matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran KOMSAS;
2. Menjelaskan sukatan pelajaran KOMSAS;
3. Menyediakan rancangan pelajaran KOMSAS (tahunan/semester/
mingguan/harian); dan
4. Menilai teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi
KOMSAS.

 PENGENALAN
Kita mulakan pembelajaran kita dengan menghayati beberapa rangkap pantun
empat kerat seperti yang berikut (rujuk Rajah 1.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

Rajah 1.1: Pantun empat kerat

Apakah yang dapat anda simpulkan tentang pantun ini? Indah, halus dan berseni
bukan? Kesusasteraan Melayu merupakan warisan pusaka Melayu yang amat
bernilai. Secara realitinya, kesusasteraan Melayu memaparkan bahasa, sejarah,
budaya dan lambang kebudayaan masyarakat Melayu khasnya. Oleh itu,
kesusasteraan Melayu wajar dipelihara oleh golongan budayawan khususnya
demi kesinambungan ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  3

Di samping itu, khazanah murni ini dapat dimartabatkan pada landasan yang
kukuh. Sekali gus, kesusasteraan Melayu dapat diwarisi daripada satu generasi
kepada satu generasi yang lain. Jika tidak dipelihara, khazanah ini akan beransur-
ansur hilang ditelan zaman.

Apakah yang anda tahu tentang KOMSAS?

KOMSAS ialah akronim untuk komponen kesusasteraan Melayu.

Kedudukan KOMSAS dalam pengajaran bahasa Melayu merupakan integrasi


dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perkara ini diberi fokus dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu. Justifikasi fokus ini terletak pada
pemantapan rohani dan emosi pelajar yang sesuai dengan aspirasi Falsafah
Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI).

Oleh itu, bagi memastikan KOMSAS diajar kepada semua pelajar, pengenalannya
telah dimuatkan dalam satu komponen khusus bagi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) subjek Bahasa Melayu, bermula tahun 2001.

Sehubungan dengan itu, topik ini akan membicarakan:


(a) Kedudukan dan peranan KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P);
(b) Kandungan dan pengisiannya dalam P&P; dan
(c) Perkara lain yang menyentuh tentang teknik P&P bahasa Melayu.

Jadi, mari kita teruskan pembelajaran kita.

1.1 KOMSAS DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (P&P) BAHASA MELAYU
Tahukah anda pada bulan Mac 2001, KOMSAS diintegrasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) subjek Bahasa Melayu secara formal? KOMSAS meliputi
pendedahan terhadap pelbagai bahan sastera seperti:
(a) Puisi tradisional;
(b) Sajak;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

(c) Cerpen;
(d) Prosa tradisional;
(e) Novel; dan
(f) Drama.

Mari kita lihat Rajah 1.2 yang menggambarkan unsur sastera yang terdapat dalam
teater Puteri Gunung Ledang: The Musical yang dibintangi oleh para pelakon
terkenal dan digemari ramai.

Rajah 1.2: Teater Puteri Gunung Ledang: The Musical di Istana Budaya, Kuala Lumpur
Sumber: www.kwiknews.my

Secara praktisnya, semua bahan sastera tersebut diselitkan dalam kemahiran


berbahasa. Kemahiran ini meliputi:
(a) Bidang interpersonal;
(b) Maklumat; dan
(c) Estetika.

Hal ini bermakna integrasi KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu akan
menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses P&P bahasa. Secara
umumnya, kedua-dua impak tersebut adalah untuk menjadikan P&P subjek
Bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Pada masa yang sama, ia dapat
memberikan kesan emosi, selain menjadikan pelajar mampu menghayati
kesusasteraan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  5

Oleh itu, anda perlu melihat KOMSAS dalam konteks pendidikan kebangsaan,
selain konsep bersepadu pendidikan KOMSAS. Perkara ini termasuklah matlamat
dan objektif (P&P) KOMSAS itu sendiri.

1.1.1 KOMSAS dalam Konteks Pendidikan


Kebangsaan
Anda telah mempelajari tadi bahawa KOMSAS merupakan medium yang
berupaya membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani seperti yang
disarankan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelasnya, secara realiti, KOMSAS
berperanan sebagai pembentuk emosi dan menyemai tunas rohani yang luhur
menerusi penghayatan pelbagai bahan sastera yang telah ditetapkan.

1.1.2 Konsep Bersepadu Pendidikan KOMSAS


Tahukah anda konsep bersepadu pendidikan KOMSAS membabitkan dua aspek
penting? Kedua-dua aspek itu saling berkaitan. Aspek pertama ialah ilmu yang
pengajaran KOMSAS menyatupadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa.

Dengan kata lain, pada masa pengajaran bahasa Melayu, pelajar akan diajarkan
dengan ilmu yang berkaitan dengan kesusasteraan. Antara bahan yang menjadi
keutamaan ialah gaya bahasa.

Mari kita lihat Jadual 1.1 yang menunjukkan pelbagai jenis gaya bahasa dalam
KOMSAS dan maksudnya.

Jadual 1.1: Pelbagai Jenis Gaya Bahasa dalam KOMSAS

Jenis Gaya Bahasa Maksud


Diksi Pemilihan dan penyusunan kata yang indah yang membawa
maksud mendalam dan ketepatan penggunaannya.
Personifikasi Bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda,
keadaan atau suasana.
Metafora Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan
dan boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak.
Simile Kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi
ada persamaan. Penggunaan „laksana‰, „umpama‰, „seperti‰,
„bagai‰ dan „bak‰ banyak digunakan dalam ayat jenis ini.
Hiperbola Perbandingan yang tidak logik atau melampau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

Paradoks Pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai


maksud yang tepat.
Asonansi Pengulangan vokal.
Aliterasi Pengulangan konsonan.
Repetisi Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Inversi Pembalikan susunan kata.
Anafora Pengulangan kata di depan baris.
Responsi Pengulangan kata di tengah baris.
Epifora Pengulangan kata-kata di akhir baris puisi.
Perlambangan Misalnya hitam melambangkan kegelapan.
Sinkope Singkatan.
Imejan Imej alam seperti laut dan pulau.

Apakah pula aspek kedua? Aspek yang kedua ialah pemilihan dan penyatuan
bahan pengajaran. Dalam pengajaran bahasa Melayu, bahan kesusasteraannya
adalah seperti cerpen, sajak dan novel. Kesemuanya boleh digunakan sebagai
bahan asas.

1.1.3 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan


Pembelajaran (P&P) KOMSAS
Secara umumnya, P&P KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat.
Daripada sukatan pelajaran berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) tahun 2002, KOMSAS tergolong dalam hasil pembelajaran bidang estetik.

Oleh itu, KOMSAS diterapkan untuk mempertingkatkan keupayaan pelajar


dalam penguasaan bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu,
KOMSAS juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran
perasaan dan penghayatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  7

Sehubungan dengan itu, matlamat dan objektif khusus KOMSAS diajarkan


dinyatakan dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Empat matlamat dan objektif khusus pengajaran dan pembelajaran KOMSAS

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Nyatakan maksud KOMSAS.


2. Jelaskan dua aspek yang menjadi tunjang dalam konsep bersepadu
pendidikan KOMSAS.
3. Nyatakan empat objektif P&P KOMSAS.

AKTIVITI 1.1
Dalam forum myINSPIRE, bincangkan:
(a) Rasional KOMSAS diperkenalkan.
(b) Hubungan KOMSAS dengan pengajaran bahasa Melayu di sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

1.2 SUKATAN PELAJARAN KOMSAS


Sekarang, mari kita beralih kepada sukatan pelajaran KOMSAS. Hakikatnya, tidak
terdapat sukatan pelajaran KOMSAS secara khusus. Hal ini demikian kerana
aspek dan maklumat yang akan diajarkan kepada pelajar tentang KOMSAS
diselitkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu tersebut, terdapat tiga hasil pembelajaran
utama. Apakah hasil pembelajaran utama tersebut? Mari kita Rajah 1.4 untuk
mengetahui jawapannya.

Rajah 1.4: Tiga hasil pembelajaran utama sukatan pelajaran Bahasa Melayu

Dalam hal ini, KOMSAS telah dimasukkan dalam hasil pembelajaran yang ketiga,
iaitu estetik. Huraian lanjut mengenai teks yang digunakan, genre yang diajarkan,
pengisian kurikulum dan pelaksanaan pengajaran serta rancangan pengajaran
KOMSAS dalam Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

(a) Penggunaan Teks dan Genre


Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2000, Kementerian Pelajaran
Malaysia bertarikh 23 Februari 2000 telah menetapkan beberapa senarai
karya dan genre yang digunakan dalam P&P KOMSAS (Pejabat Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, 2000).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  9

(b) Pengisian Kurikulum dan Pelaksanaan Pengajaran


Seperti yang anda ketahui, KOMSAS diajar untuk memenuhi keperluan hasil
pembelajaran bidang estetik dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

Berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM), pengisian kurikulum KOMSAS meliputi lima elemen
(lihat Rajah 1.5).

Rajah 1.5: Lima elemen pengisian kurikulum KOMSAS dalam KSSM

Dalam pelaksanaan pengajaran pula, KOMSAS diajarkan kepada para


pelajar Tingkatan Satu hingga Lima. Dalam peruntukan masa pengajaran
bahasa Melayu sebanyak enam waktu seminggu, dua waktu diperuntukkan
untuk pengajaran KOMSAS. Secara praktisnya, waktu pengajaran dua
waktu amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre novel yang
ditetapkan dalam KOMSAS.

Bagi empat waktu pula, genre lain boleh diselitkan dalam pengajaran bahasa
Melayu seperti dalam bentuk eksploitasi bahan. Misalnya, pengajaran
kefahaman bahasa Melayu boleh menggunakan bahan sastera lain seperti
cerpen, prosa tradisional, puisi tradisional dan sajak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

(c) Rancangan Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu


Mari kita rujuk Jadual 1.2 untuk melihat contoh pengajaran KOMSAS dalam
bahasa Melayu.

Jadual 1.2: Contoh Rancangan Pelajaran Tahunan KOMSAS dalam Bahasa Melayu

Hasil Sistem Pengisian


Minggu Tajuk Catatan
Pembelajaran Bahasa Kurikulum
1 Pemahaman (*10.0) Memahami Ayat: Ilmu:
dan memberikan  Subjek  Sastera
respons peribadi dan
tentang karya  Sejarah
predikat
sastera
 Kosa
(*10.1) Kemahiran
kata
Menceritakan bernilai tambah:
semula sesebuah  Kemahiran
karya secara berfikir
keseluruhan
 Konstruktivisme
(*10.2) Mengenal
pasti perkara
yang menarik Nilai:
dalam sesebuah  Kerajinan
karya sastera
2 Penulisan (*10.3) Ayat: Ilmu:
Menyatakan  Ayat  Sastera
bentuk dan nada selapis
puisi  Sosial
(*10.4)  Ayat
Menyatakan jenis, majmuk Kemahiran
ciri, tema dan bernilai tambah:
persoalan,  Kemahiran
pemikiran, nilai berfikir
dan pengajaran
 Konstruktivisme
(*10.4)
Menghuraikan
maksud, gaya Nilai:
bahasa dan unsur  Patriotik
bunyi dalam puisi
 Kasih sayang
(*11.0) Menguasai
gaya bahasa dan
laras bahasa
dalam karya
penulisan kreatif
dan bukan kreatif
(*11.1) Mengenal
pasti gaya bahasa
dalam karya
bukan sastera
serta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  11

menggunakannya
dalam penulisan
bukan kreatif
(*11.2)
Menganalisis
gaya bahasa dan
unsur bunyi
dalam karya
sastera serta
menggunakannya
dalam penulisan
kreatif
(*11.3)
Membandingkan
penggunaan laras
bahasa dalam
pelbagai genre
3 Novel (*10.0) Memahami Golongan Ilmu:
dan memberikan kata:  Sastera
respons peribadi  Kata
tentang karya  Sosial
nama
sastera  Kemanusiaan
 Kata
(*10.1) kerja
Menceritakan Kemahiran
semula sesebuah  Kata
bernilai tambah:
karya secara adjektif
 Kemahiran
keseluruhan  Kata
berfikir
(*10.2) Mengenal tugas
pasti perkara  Konstruktivisme
yang menarik
dalam sesebuah Nilai:
karya sastera
 Patriotik
(*10.6) Mengulas
 Kasih sayang
karya sastera dari
aspek watak dan  Menghargai
perwatakan, latar, masa
plot, gaya bahasa
dan sudut
pandangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

4 Karangan (*12.0) Golongan Ilmu:  Menulis


Menghasilkan kata:  Sastera karangan
penulisan kreatif  Kata berbentuk
dan bukan kreatif  Sosial cereka
nama
(*12.1)  Kemanusiaan  Mencipta
 Kata
Menghasilkan kerja pantun
prosa dan puisi Kemahiran
secara terancang,  Kata
bernilai tambah:
tertib dan kemas adjektif
 Kemahiran
dengan  Kata
menggunakan berfikir
tugas
bahasa yang  Konstruktivisme
tepat, indah dan
menarik
(*12.2)
Nilai:
Mengemukakan
isi yang bernas  Patriotik
dan membina  Kasih sayang
kerangka
 Menghargai
penulisan
masa
(*12.3) Membina
ayat topik dan
ayat huraian
untuk membina
perenggan yang
kohesi
(*12.4) Menyusun
isi dan
menggunakan
penanda wacana
untuk
menghasilkan
perenggan yang
koheren
(*12.5) Membina
baris puisi
dengan kemas
dan indah
(*12.6) Mengedit
dan memurnikan
sesuatu karya
yang telah
dihasilkan

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (t.t.)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  13

Selanjutnya, mari kita lihat contoh rancangan pelajaran harian KOMSAS dalam
Rajah 1.6 dan langkah pengajaran yang disediakan menerusi Jadual 1.3.

Rajah 1.6: Contoh rancangan pelajaran harian KOMSAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

Jadual 1.3: Contoh Langkah Pengajaran KOMSAS

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan


Set induksi – Sketsa ringkas: –
Peristiwa pembunuhan
J. W. W. Birch.
Langkah 1 Urutan peristiwa  Murid diberi borang KBKK
Pahlawan Pasir Salak pengurusan grafik dan
mereka diminta mengisikan
urutan peristiwa dalam
ruangan yang dikhaskan.
 Guru meminta beberapa
orang murid membacakan
urutan peristiwa yang
ditulis.
Langkah 2 Urutan peristiwa  Berdasarkan borang grafik, Pembentangan
Pahlawan Pasir Salak murid diminta berbincang aktiviti kumpulan
tentang peristiwa tersebut
dalam kumpulan (satu
kumpulan terdiri daripada
tiga orang).
 Ketua kumpulan diminta
membentangkan urutan
peristiwa dalam gaya
bahasa tersendiri.
Langkah 3  Plot  Guru membincangkan Perbincangan dan
 Definisi plot definisi dan jenis plot serta soal jawab
kaitannya dengan plot
 Jenis plot novel.
 Murid diminta mengenal
pasti plot novel.
 Beberapa orang murid
diminta mengulas tentang
plot novel.
Penutup  Guru merumuskan
kesemua isi pelajaran.
 Guru menegaskan kesemua
aspek nilai yang terdapat
dalam pengajaran novel
tersebut.

SEMAK KENDIRI 1.2


Nyatakan lima elemen pengisian kurikulum KOMSAS dalam KSSM.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  15

AKTIVITI 1.2
Daripada contoh rancangan pengajaran KOMSAS yang diberi dalam
Rajah 1.6, bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai cara
meningkatkan penguasaan ilmu bahasa dalam kalangan murid melalui
genre novel.

1.3 TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (P&P) KOMSAS
Apakah teknik P&P KOMSAS? Teknik P&P KOMSAS adalah seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 1.7.

Rajah 1.7: Tiga teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) KOMSAS

Teknik P&P KOMSAS ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

1.3.1 Lakonan, Teater Pembaca dan Teater Bercerita


Lakonan, teater pembaca dan teater bercerita ialah tiga teknik pengajaran yang
melibatkan kemahiran asas seni lakon. Apakah genre sastera yang sesuai bagi
teknik ini? Genre sastera yang sesuai bagi teknik ini ialah drama, novel dan
cerpen. Mari kita lihat Jadual 1.4 yang menghuraikan dengan lebih lanjut
mengenai tiga teknik seni lakon ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

Jadual 1.4: Teknik Lakonan, Teater Pembaca dan Teater Bercerita

Teknik Huraian
Lakonan Apakah yang dimaksudkan dengan lakonan? Lakonan ialah aktiviti
penglahiran emosi dan perilaku berdasarkan cerita atau peristiwa yang
dipaparkan dalam bentuk skrip.
Sebagai suatu teknik pengajaran, lakonan perlu dilengkapkan dengan
pelbagai aspek asas lakonan seperti latar tempat (setting), persediaan
pakaian pelakon (costume) dan skrip.
Dalam pengajaran drama, skrip yang tersedia boleh digunakan untuk
dilakonkan, manakala dalam pengajaran cerpen atau novel pula, guru
boleh mengubah suai isi atau mana-mana petikan dalam cerpen atau
novel tersebut untuk dijadikan skrip.
Teater Apakah yang dimaksudkan dengan teater pembaca? Teater pembaca
pembaca ialah satu bentuk drama naratif yang dilakonkan secara spontan yang
pembaca akan bertindak sebagai orang yang akan menceritakan latar
tempat dan masa sesuatu peristiwa, ataupun sebagai orang yang
memperkukuh sesuatu watak, peristiwa atau aksi. Ceritanya akan
dilakonkan oleh para pelakon yang akan muncul apabila wataknya
disebut oleh pencerita.
Hal ini bermakna teater pembaca melibatkan dua peranan, iaitu
pembaca sebagai pencerita dan para pelakon yang akan melakonkan
perkara yang diceritakan oleh pencerita.
Teknik ini sesuai digunakan untuk genre drama, cerpen dan prosa
klasik.
Teater Apakah pula yang dimaksudkan dengan teater bercerita? Teater
bercerita bercerita ialah drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan
secara spontan dan menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa
yang sama.
Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan
aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita.
Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah
daripada cerita atau isi bahan sastera yang terpilih. Secara umumnya,
teknik bercerita boleh digunakan untuk mengajarkan pelbagai genre
sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  17

1.3.2 Kerusi Panas dan Main Peranan


Kerusi panas dan main peranan ialah teknik pengajaran yang melibatkan
penghayatan sesuatu bahan sastera. Kedua-dua teknik ini membabitkan
penguasaan pelajar dalam aspek komunikasi dan seni lakon.

Apakah bahan sastera yang sesuai dengan pendekatan ini? Pengajaran cerpen,
novel dan prosa klasik sangat sesuai diajarkan menggunakan teknik ini. Jadual 1.5
memberikan huraian lanjut mengenai dua teknik ini.

Jadual 1.5: Teknik Kerusi Panas dan Main Peranan

Teknik Huraian
Kerusi panas Kerusi panas ialah suatu teknik yang digunakan oleh pelakon dalam
latihan penghayatan watak dalam sesuatu lakonan. Dalam teknik ini,
pelakon atau seseorang yang akan memegang sesuatu watak itu
diminta mengkaji dan menghayati watak yang akan dilakonkan sama
ada dari segi emosi, penampilan fizikal, gaya dan tutur kata.
Sebagai teknik pengajaran, kerusi panas ialah tempat duduk yang
diletakkan di hadapan kelas di mana seorang pelajar yang dipilih
berdasarkan watak dalam cerpen atau novel akan duduk di situ. Pelajar
yang duduk di kerusi panas itu, sebelum ini diminta menghayati dan
mengenali watak yang dipegangnya itu secara terperinci. Dalam
aktiviti seterusnya, pelajar lain akan menanyakan soalan berkenaan
watak tersebut, manakala pelajar yang duduk di kerusi panas akan
menjelaskannya.
Main Main peranan merupakan suatu teknik yang melibatkan pelajar
peranan memainkan sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri ataupun
individu lain. Dalam teknik ini, pelajar yang memainkan sesuatu
peranan yang diberi, akan beraksi atau berlakon seperti watak yang
dimainkannya itu.
Dalam pengajaran tentang isi atau perwatakan dalam novel atau
cerpen, teknik ini boleh digunakan untuk memudahkan pelajar
memahami isi atau perwatakan secara lebih berkesan. Dalam
pemahaman isi cerita misalnya, pelajar boleh diminta memainkan
peranan seperti watak yang terdapat dalam novel atau cerpen untuk
menjelaskan apa-apa isi cerita yang berkaitan dengan watak yang
dipegangnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

1.3.3 Improvisasi, Tatacerita dan Mestamu


Akhir sekali, mari kita pelajari tentang improvisasi, tatacerita dan mestamu.
Tahukah anda bahawa tiga teknik ini merupakan teknik pengajaran yang boleh
digunakan untuk semua genre sastera? Pemahaman dan penghayatan terhadap
isi cerita atau maksud, sama ada novel, cerpen, prosa klasik, sajak serta puisi klasik
boleh diajarkan dengan teknik ini. Mari kita rujuk Jadual 1.6 yang menerangkan
dengan lebih lanjut mengenai tiga teknik ini.

Jadual 1.6: Teknik Improvisasi, Tatacerita dan Mestamu

Teknik Huraian
Improvisasi Apakah maksud improvisasi? Improvisasi ialah lakonan spontan
yang terdiri daripada kumpulan kecil yang skripnya diolah
daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang
diajarkan.
Dalam pengajaran cerpen misalnya, para pelajar boleh diminta
menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan
peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik dan
peleraian dalam cerpen berkenaan.
Tatacerita Tatacerita boleh juga disamakan maksudnya dengan teknik
bercerita. Dalam teknik tatacerita, pelajar diminta bercerita tentang
apa-apa yang difahami oleh mereka daripada novel, cerpen atau
prosa klasik yang dibaca.
Dalam hal ini, pelajar boleh diminta menceritakan mana-mana bab
atau bahagian cerita secara spontan. Perlu diingatkan bahawa
semua aspek bercerita seperti suara, mimik muka dan gerakan
badan perlu diaplikasikan.
Mestamu Apakah yang dimaksudkan dengan mestamu? Mestamu bermaksud
membacakan puisi secara berlagu tetapi tidak disertai dengan
muzik iringan.
Dalam hal ini, puisi tersebut akan dibaca secara biasa dan dikuti
dengan cara berlagu, baris demi baris. Mestamu boleh dibuat secara
berseorangan atau berpasangan.
Dalam keadaan berseorangan, pembaca akan membacakan baris
pertama puisi secara biasa, kemudian pembaca tersebut akan
mengulang baris yang sama secara berlagu pula.
Jika mestamu dibuat secara berpasangan, seorang akan
membacakan puisi secara deklamasi, manakala seorang lagi akan
melagukannya.
Bagi tujuan ini, pembaca boleh mengadaptasikan irama lagu yang
popular untuk disesuaikan dengan puisi tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  19

SEMAK KENDIRI 1.3

Jelaskan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) KOMSAS.

AKTIVITI 1.3
Nyatakan perbezaan antara teknik teater bercerita dengan teater
pembaca menggunakan satu contoh yang sesuai. Kongsikan jawapan
anda dalam forum myINSPIRE untuk perbincangan.

• KOMSAS ialah akronim bagi komponen kesusasteraan Melayu.

 KOMSAS telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan pada tahun 2001. Ia


meliputi pendedahan terhadap pelbagai bahan sastera seperti puisi
tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama.

 KOMSAS merupakan medium yang berupaya membentuk serta


memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti yang disarankan dalam
Falsafah Pendidikan Negara.

 Pengajaran KOMSAS menyatupadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu


bahasa.

 Matlamat dan objektif KOMSAS ialah:

– Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera dalam kalangan


pelajar;

– Meningkatkan kemahiran berbahasa;

– Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera;


dan

– Memupuk semangat yakin akan diri.

 KOMSAS telah diselitkan dalam pengajaran bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

 Terdapat tiga hasil pembelajaran utama dalam sukatan pelajaran Bahasa


Melayu, iaitu interpersonal, maklumat dan estetik. KOMSAS telah
dimasukkan dalam hasil pembelajaran yang ketiga, iaitu estetik.

 KOMSAS diperuntukkan dua waktu pengajaran dalam seminggu kepada para


pelajar Tingkatan Satu hingga Lima.

 Teknik pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah seperti lakonan, teater


pembaca dan teater bercerita; kerusi panas dan main peranan; serta
improvisasi, tatacerita dan mestamu (membacakan puisi secara berlagu, tetapi
tidak disertai muzik iringan).

Cerpen Main peranan


Drama Mestamu
Estetik Novel
Genre sastera Prosa tradisional
Improvisasi Puisi tradisional
Kerusi panas Sajak
Komponen kesusasteraan Melayu Tatacerita
(KOMSAS)
Teater bercerita
Lakonan
Teater pembaca

Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmood, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi


Abdullah, Abdul Hamid Mukri, & Jamilah Ahmad. (2004). Modul
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Tahun 4: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS  21

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah


menengah: Bahasa Melayu – Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
– Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya, Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t.). Kurikulum bersepadu sekolah


menengah: Huraian sukatan pelajaran tingkatan lima: Bahasa Melayu.
Dicapai dari http://smktt.weebly.com/uploads/1/7/8/4/17847255/hsp_
bm_tg5.pdf

Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. (2000). Surat pekeliling ikhtisas bil.
5/2000: Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah (tingkatan 1 hingga tingkatan
5) bermula tahun 2000. Dicapai dari https://www.moe.gov.my/en/
pekeliling/ikhtisas/2000/2000-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-5-tahun-
2000-pelaksanaan-komponen-kesusasteraan-melayu-dalam-mata-pelajaran-
bahasa-melayu-sekolah-menengah/file

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai