Anda di halaman 1dari 14

Topik  Strategi

Pengajaran
7 Membaca
untuk
Kefahaman
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan enam pendekatan dalam pengajaran kemahiran
membaca untuk kefahaman;
2. Menghuraikan tiga kaedah pengajaran kemahiran membaca untuk
kefahaman; dan
3. Mempraktikkan beberapa teknik pengajaran membaca yang sesuai
digunakan di sekolah rendah.

 PENGENALAN
Kefahaman dan bacaan ialah dua perkara yang saling melengkapi, khususnya
dalam konteks kemahiran berbahasa. Mari kita lihat Rajah 7.1 yang menunjukkan
contoh seorang guru mengajar membaca untuk kefahaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  125

Rajah 7.1: Guru mengajar membaca untuk kefahaman

Apakah yang dimaksudkan dengan kefahaman? Mari kita pelajari maksud


kefahaman dari dua sudut yang berbeza.

Jadual 7.1: Dua Maksud Kefahaman dari Sudut Umum dan Sudut Kemahiran Membaca

Kefahaman dari Sudut Kemahiran


Kefahaman dari Sudut Umum
Membaca
Keupayaan seseorang untuk mendapatkan Memahami apa-apa yang ditulis atau
makna daripada bahan komunikasi sama mesej yang ingin disampaikan dalam
ada yang berbentuk tulisan, lambang sesuatu bahan bacaan.
mahupun pertuturan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P), kemahiran membaca ialah


proses memahirkan murid untuk mencari dan mendapatkan makna daripada
bahan bacaan.

Sehubungan dengan itu, topik ini akan memberikan beberapa panduan tentang
aspek pengajaran kemahiran membaca dan kefahaman. Perbincangan dalam topik
ini meliputi huraian tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
kemahiran tersebut. Jadi, mari kita teruskan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

7.1 PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA


Apakah definisi bagi pendekatan pengajaran bahasa?

Pendekatan pengajaran bahasa ialah sekumpulan andaian tentang


pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa yang dikaitkan dengan hakikat
bahasa dan falsafah pemerolehan bahasa tersebut.

Selain itu, pendekatan juga mencerminkan teori bahasa dan teori pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bahasa itu sendiri. Mari kita lihat enam pendekatan yang
sesuai dan selalu digunakan dalam pengajaran membaca untuk kefahaman dalam
Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Enam pendekatan pengajaran kemahiran membaca

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  127

Enam pendekatan ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Enam Pendekatan Pengajaran Kemahiran Membaca dan Huraiannya

Pendekatan Huraian
Pendekatan Pendekatan ini adalah berasaskan prinsip bahawa kemahiran membaca
pengalaman tidak boleh dipisah-pisahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain
berbahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur dan menulis.
(LEA  Sehubungan dengan itu, pendekatan ini menekankan konsep dan
language struktur bahasa yang bermakna yang boleh dituturkan dan dituliskan.
experience Pada masa yang sama, pendekatan ini akan mengeksploitasikan
approach) pengalaman bahasa yang bermakna supaya murid boleh menelaah atau
mengesan makna perkataan dan ayat yang dibaca. Oleh itu, pendekatan
ini amat sesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.
Pendekatan Pendekatan ini mengangkat bahasa sebagai alat komunikasi yang
komunikatif penting. Oleh itu, bahasa perlu diajar dalam bentuk fungsinya untuk
berkomunikasi. Dalam hal ini, aspek makna dan kosa kata yang
terdapat kaitannya dengan situasi komunikasi serta bersesuaian
dengan aturan sosiobudaya bahasa berkenaan perlu diberi penekanan.
Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam
konteks situasi komunikasi sebenar.
Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai untuk membolehkan
murid membaca dalam keadaan komunikasi sebenar. Memainkan
peranan sebagai pembaca berita, pengulas, pegawai penerangan dan
guru misalnya, boleh memotivasikan dan membantu murid
memahami bahan bacaan. Selain itu, bahan boleh terdiri daripada
pelbagai dialog dalam pelbagai situasi komunikasi.
Pendekatan Pendekatan ini menekankan murid untuk memberikan kaitan terhadap
skemata makna bagi sesuatu perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan atau ayat
itu mempunyai kaitan dengan perkataan atau ayat lain yang boleh
diasosiasikan dengan perkataan atau ayat yang sedang dibaca.
Contohnya, skema untuk perkataan sekolah ialah guru, murid, bilik
darjah dan buku.
Walau bagaimanapun, pembentukan skema ini bergantung pada
pengetahuan sedia ada murid. Semakin luas pengetahuan sedia ada
murid, semakin banyak skemata yang boleh membantu murid
memahami sesuatu perkataan, ayat dan seterusnya wacana.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

Pendekatan Pendekatan ini adalah berasaskan proses analisis bahagian yang besar
cerakinan atau luas kepada beberapa kumpulan kecil. Dalam konteks bacaan,
proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang boleh
dicerakinkan secara perenggan demi perenggan.
Sesebuah perenggan pula boleh dicerakinkan lagi kepada kumpulan
beberapa ayat dan seterusnya boleh pula dicerakinkan kepada
perkataan demi perkataan. Dalam pengajaran membaca permulaan,
pendekatan ini memfokuskan pembacaan ayat yang dicerakinkan
mengikut frasa, kata dan abjad atau fonem.
Pendekatan Tahukah anda pendekatan binaan adalah bertentangan dengan
binaan pendekatan cerakinan? Hal ini demikian kerana jika pendekatan
cerakinan melihat proses pemahaman itu dari perspektif yang luas
kepada yang kecil, maka pendekatan binaan melihat daripada yang
kecil kepada bentuk yang lebih luas.
Tegasnya, pemahaman terhadap sesebuah wacana bermula dengan
analisis perkataan, ayat, perenggan dan seterusnya wacana.
Dalam pengajaran bacaan permulaan, pendekatan binaan memfokuskan
sebutan abjad terlebih dahulu, kemudian diikuti sebutan perkataan dan
diakhiri dengan membaca dan memahamkan ayat.
Pendekatan Pendekatan pengajaran yang menggabungkan pendekatan binaan
eklektik dengan pendekatan cerakinan. Pendekatan ini akan mengeksploitasi
kaedah pengajaran terbaik daripada kedua-dua pendekatan ini.

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Bezakan antara maksud kefahaman dari sudut umum dengan
kemahiran membaca.
2. Jelaskan maksud pendekatan pengajaran bahasa.
3. Huraikan enam pendekatan pengajaran membaca.

AKTIVITI 7.1
Bincangkan dalam forum myINSPIRE:
(a) Bentuk pendekatan skemata.
(b) Kaitan antara teori pemerolehan bahasa dengan pendekatan
pengajaran bahasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  129

7.2 KAEDAH MEMBACA


Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah? Secara amnya, kaedah ialah suatu
prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bahasa. Kaedah dibentuk berasaskan pendekatan yang dipilih atau yang
dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif sesuatu kemahiran bahasa yang
akan diajarkan.

Oleh itu, dengan kata lain, kaedah ialah langkah atau peringkat yang teratur yang
digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran.

Dalam konteks pengajaran membaca untuk kefahaman, terdapat tiga kaedah yang
boleh digunakan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Tiga kaedah membaca

Tiga kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Tiga Kaedah Membaca dan Huraiannya

Kaedah Huraian
Kaedah Tahukah kaedah pengajaran membaca ini merupakan kaedah yang
abjad/huruf tertua? Hal ini demikian kerana ia pernah digunakan dalam zaman
kerajaan Greek dan Rom. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan
dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan
membunyikan pelbagai huruf tersebut.
Daripada cantuman pelbagai huruf, murid akan diperkenalkan
dengan bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan.
Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid
menguasai pelbagai bunyi perkataan dalam pelbagai ayat.
Kaedah ini membolehkan murid mengeja dan dapat membaca
semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang
membentuk perkataan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

Kaedah Walau bagaimanapun, kaedah ini akan melambatkan proses


abjad/huruf pemahaman kerana murid banyak menghabiskan masa mengeja
setiap perkataan.
Kaedah Kaedah fonik/bunyi suku kata menekankan penguasaan bunyi
fonik/bunyi suku kata berbanding dengan memperkenalkan semua huruf abjad.
suku kata Dalam kaedah ini, murid didedahkan dengan pelbagai bunyi suku
kata seolah-olah membaca sifir dalam matematik.
Peringkat seterusnya ialah menyambungkan suku kata tersebut
untuk menjadi perkataan. Contohnya, murid diberi daftar suku kata
ba, ca, da, fa, ga dan daripada suku kata tersebut guru membentuk
perkataan baca, baba, daca, faga dan sebagainya.
Melalui hafalan bentuk suku kata ini, murid boleh membaca dan
membunyikan perkataan tersebut. Kaedah ini sangat sesuai dengan
bentuk bahasa Melayu yang fonemis sifatnya, iaitu semua huruf
boleh dibunyikan secara tetap. Selain itu, kaedah ini membolehkan
murid mahir membaca lebih awal berbanding kaedah abjad.
Namun, kaedah ini tidak menggalakkan pembacaan kerana murid
tidak bermotivasi apabila didedahkan dengan bunyi dan suku kata
yang kadangkala tidak bermakna.
Kaedah Kaedah ini melibatkan dua aktiviti, iaitu:
pandang sebut, (a) Membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar;
seluruh dan
perkataan/ayat
(b) Membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita.
Aktiviti dalam kaedah ini akan membiasakan murid untuk
mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengeja perkataan atau
ayat tersebut.
Dengan kaedah ini, murid dilatih untuk mengenali perkataan atau
ayat tanpa mengejanya melalui latih tubi. Kaedah ini akan
memendekkan masa untuk mengeja perkataan, sebaliknya boleh
digunakan untuk tujuan pemahaman apa yang dibaca.
Sehubungan dengan itu, kaedah ini lebih praktikal kerana
tumpuannya adalah pada perkataan dan ayat yang bermakna.
Selain itu, pengajaran kaedah mengambil kira pengalaman sedia ada
murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau
perkataan yang dicam.
Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak memfokuskan pengajaran
kepada bunyi huruf. Hal ini boleh membatasi tahap perbendaharaan
kata mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  131

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Apakah perbezaan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik?
2. Jelaskan langkah pengajaran kaedah pandang sebut.
3. Berikan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah dalam Jadual 7.3.

AKTIVITI 7.2

Jelaskan pasangan yang sesuai untuk kaedah dan pendekatan dalam


pengajaran kemahiran membaca berdasarkan pengetahuan anda dalam
aspek pendekatan dan kaedah. Kongsikan jawapan anda dalam forum
myINSPIRE untuk perbincangan.

7.3 TEKNIK PENGAJARAN BACAAN DAN


KEFAHAMAN
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik? Dalam konteks P&P, teknik ialah
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan
tujuan yang dirancang dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru seharusnya
tahu teknik yang terbaik yang sesuai dengan objektif pengajarannya. Terdapat
banyak teknik yang sesuai digunakan di sekolah untuk pengajaran bacaan dan
kefahaman seperti yang diterangkan dalam Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Beberapa Teknik Pengajaran Bacaan dan Kefahaman

Teknik Huraian
Luncuran Apakah maksud luncuran? Luncuran (skimming) ialah satu teknik
(skimming) membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Sekilas pandang ini
dimaksudkan kepada pergerakan mata yang dibuat secara pantas,
menyorot tulisan yang terdapat dalam bahan bacaan dan pada masa
yang sama, memungut segala maklumat yang terdapat dalam bahan
tersebut. Kebiasaannya, teknik bacaan ini digunakan untuk
mendapatkan gambaran umum daripada sesebuah bahan bacaan.
Dalam konteks pengajaran bacaan dan kefahaman, teknik bacaan ini
boleh digunakan untuk mengasah ketajaman murid mendapatkan
maklumat daripada bahan bacaan. Teknik ini dimulai dengan
pembacaan secara mentalis dalam tempoh masa yang singkat. Aktiviti
seterusnya ialah perbincangan tentang isi atau maklumat yang
terdapat dalam bahan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

Imbasan Apakah pula yang dimaksudkan dengan imbasan? Imbasan


(scanning) merupakan teknik bacaan yang dilakukan sepintas lalu. Bacaan jenis
ini juga dinamakan bacaan tinjauan, iaitu aktiviti yang dilakukan
untuk mendapatkan maklumat awal tentang sesuatu bahan bacaan
sebelum dipilih untuk dibaca. Proses imbasan ini melibatkan
pemerhatian terhadap daftar isi kandungan, ilustrasi dan bibliografi.
Bacaan Bacaan bersama ialah kaedah pengajaran membaca apabila murid
bersama diminta membaca secara berpasangan atau berkumpulan. Kaedah ini
(shared bertujuan memberikan keyakinan kepada para murid yang lemah
reading) untuk membaca secara terbuka.
Oleh itu, aktiviti berpasangan ini perlu dipastikan supaya terdapat
murid yang mempunyai kemahiran bacaan yang baik dalam setiap
pasangan atau kumpulan. Bacaan bersama ini juga membolehkan
murid menyemak dan membetulkan bacaan sesama sendiri.
Bacaan Teknik ini sesuai untuk pengajaran membaca dan memahami,
terarah khususnya untuk memandu murid memahami petikan atau wacana
(guided yang dibaca. Teknik ini dimulakan dengan pembacaan secara sepintas
reading) lalu, diikuti dengan penjelasan tentang isi utama yang terdapat dalam
wacana tersebut. Langkah seterusnya ialah pembacaan secara
mekanis atau mentalis oleh para murid dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Pembacaan tersebut bertujuan mendapatkan maklumat
tentang sesuatu tugasan yang telah diberikan lebih awal.
Setelah murid memahami petikan, guru boleh memberikan aktiviti
pengayaan seperti menulis cerita dan membuat ilustrasi yang
berkaitan dengan isi kandungan bahan yang dibaca.
Latih tubi Apakah yang dimaksudkan dengan latih tubi? Latih tubi ialah
pengulangan fakta dan kemahiran yang dipelajari. Dalam konteks
pengajaran membaca, teknik latih tubi boleh dijalankan untuk
pengajaran bacaan mekanis, khususnya yang melibatkan ketepatan
intonasi dan sebutan.
Teater Masihkah anda ingat maksud teater pembaca? Teater pembaca ialah
pembaca suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita
sambil melakonkan aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu. Dalam
teknik ini, murid akan membaca dengan intonasi dan gaya seperti
watak yang terdapat bahan bacaan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  133

Tata cerita Apakah yang dimaksudkan dengan tata cerita? Tata cerita ialah teknik
pengajaran kemahiran membaca dengan cara memecahkan petikan
yang dibaca kepada beberapa perenggan atau bahagian kecil. Setiap
bahagian atau perenggan ini disusun seperti kedudukannya dalam
petikan tersebut dan murid diminta membaca dan memahamkan isi
kandungan petikan.
Bagi tujuan tersebut, anda sebagai guru boleh menyediakan pelbagai
soalan untuk setiap perenggan supaya murid terfokus untuk
memahami perenggan yang dibaca.
Bimbingan Apakah takrifan bagi bimbingan menjangka? Bimbingan menjangka
menjangka ialah teknik bagaimana murid boleh mengagak maksud perkataan
atau ayat dalam bahan bacaan.
Dalam teknik ini, murid diajarkan cara menggunakan maklumat
inferens yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Kemahiran menjangka ini akan memudahkan murid mengagak
makna atau maksud bahan bacaan secara keseluruhan.
SQ3R Apakah yang dimaksudkan dengan SQ3R? SQ3R terdiri daripada
survey (tinjauan), question (persoalan), read (pembacaan), recite
(penyampaian) dan review (ulang kaji). Huraian lanjut mengenainya
adalah seperti yang berikut:
(a) Survey (Tinjauan):
(i) Teknik pembacaan yang sistematik.
(ii) Boleh mempertingkatkan kefahaman bacaan secara lebih
berkesan.
(iii) Murid diminta meninjau bahan bacaan yang akan dibaca
secara sepintas lalu.
(iv) Membolehkan murid mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang bahan bacaan tersebut.
(b) Question (Persoalan):
(i) Murid diminta membuat beberapa soalan yang difikirkan
boleh ditanya berhubung dengan bahan bacaan tersebut.
(ii) Bertujuan mewujudkan perasaan ingin tahu kepada murid
berkenaan.
(c) Read (Pembacaan):
Murid membaca secara terperinci untuk mendapatkan semua
jawapan untuk pelbagai soalan yang telah dirangka pada peringkat
awal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

(d) Recite (Penyampaian):


Murid diminta pula mengingat semula dan menyemak sama ada
semua jawapan untuk soalan yang dirangka telah ditemui
jawapannya.
(e) Review (Ulang Kaji):
Murid menyemak semula semua isi bahan bacaan dan mengingat
semula apa-apa yang telah dibaca.
KWL + H Teknik ini merujuk kepada:
(a) K – Know (mengetahui persoalan);
(b) W – What (apakah maklumat yang berkaitan?);
(c) L – Learn (menganalisis dan mempelajari daripada maklumat
yang diperoleh); dan
(d) H – How (tata cara menerangkan maklumat).
Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca, teknik dimulai
dengan pengenalan secara umum tentang isi kandungan bahan yang
dibaca. Kemudian, murid diminta mencari maklumat berkaitan dengan
isu atau tajuk bahan tersebut melalui pembacaan secara intensif.
Seterusnya, mereka diminta mencari pengajaran daripada bahan
tersebut dan membincangkan pengajaran dan maklumat yang
diperoleh kepada murid lain.

7.3.1 Dua Langkah Bacaan Cepat


Terdapat dua langkah untuk bacaan cepat seperti yang diterangkan dalam
Jadual 7.5.

Jadual 7.5: Dua Langkah Bacaan Cepat

Langkah Huraian
Persiapan Pembacaan tajuk boleh mentafsir semua isi bacaan. Ekoran itu, kaitkan
pengalaman yang anda miliki dengan tajuk bacaan yang dibaca.
Perhatikan gambar dan keterangan daripada bahan yang dibaca.
Lazimnya, ilustrasi dalam buku menggambarkan isi bacaan yang
bertindak sebagai simbol visual. Oleh sebab itu, simbol visual dapat
membantu anda memahami isi bacaan dengan mantap.
Pelaksanaan Daripada persiapan, anda sudah dapat membayangkan gambaran
umum tentang isi bacaan yang dibaca. Selanjutnya, anda dapat
memulakan bacaan cepat dengan menggunakan teknik imbasan dan
luncuran. Daripada cara ini, anda dapat mencari kata kunci yang wujud
dalam ayat. Kemudian, sambungkan kesatuan dan imaginasi supaya
anda segera mencerap inti pati keseluruhan bacaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  135

SEMAK KENDIRI 7.3


1. Jelaskan lima teknik pengajaran bacaan dan kefahaman.
2. Huraikan dua langkah bacaan cepat.

AKTIVITI 7.3
Bincangkan dalam forum myINSPIRE:
(a) Bagaimanakah teknik luncuran (skimming) dan imbasan
(scanning) boleh digunakan dalam pengajaran kefahaman bacaan?
(b) Jelaskan kekuatan dan kelemahan teknik latih tubi dalam
pengajaran bacaan permulaan.

• Maksud kefahaman dari sudut kemahiran bahasa ialah memahami apa-apa


yang ditulis atau mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu bahan bacaan.

 Pendekatan pengajaran bahasa ialah sekumpulan andaian tentang pengajaran


dan pembelajaran (P&P) bahasa yang dikaitkan dengan hakikat bahasa dan
falsafah pemerolehan bahasa tersebut.

 Terdapat enam pendekatan pengajaran kemahiran membaca yang boleh


digunakan, iaitu:
– Pendekatan pengalaman berbahasa;
– Pendekatan komunikatif;
– Pendekatan skemata;
– Pendekatan cerakinan;
– Pendekatan binaan; dan
– Pendekatan eklektik.

 Kaedah ialah langkah atau peringkat yang teratur yang digunakan untuk
mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN

 Tiga kaedah membaca ialah kaedah abjad/huruf, kaedah fonik/bunyi suku


kata dan kaedah pandang sebut, seluruh perkataan/ayat.

 Terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bacaan dan kefahaman yang


boleh disesuaikan dengan murid sasaran.

 Antaranya ialah luncuran, imbasan, bacaan bersama, latih tubi, teater


pembaca, tata cerita dan bimbingan menjangka.

 Dua langkah bacaan cepat ialah persiapan dan pelaksanaan.

Bacaan bersama Pendekatan binaan


Bacaan terarah Pendekatan cerakinan
Bimbingan menjangka Pendekatan eklektik
Imbasan Pendekatan komunikatif
Kaedah abjad/huruf Pendekatan pengalaman berbahasa
Kaedah fonik/bunyi suku kata Pendekatan skemata
Kaedah pandang sebut, seluruh SQ3R
perkataan/ayat
Tata cerita
KWL + H
Teater pembaca
Latih tubi
Luncuran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK KEFAHAMAN  137

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors.

Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan bahasa Melayu. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur,


Malaysia: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu bahasa dan kecekapan


berbahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan


Budiman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Tahun 4: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah


menengah: Bahasa Melayu – Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
– Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya, Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai