Anda di halaman 1dari 13

Nota sintaksis.

. 1. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU


. Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Sintaksis
Bahasa Melayu (BMM 3110), yang berkaitan dengan perbincangan
hujah-hujah mengenai kepentingan menguasai kandungan bidang
kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu. Jadi
dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan
pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang
diajar olehnya. Mengikut Nik Safiah Karim (1989), mengetahui
bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan betul .
Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui
dengan lebih mendalam, menyelami selok-belok bahasa daripada
pelbagai segi, bentuk, dan fungsi. Oleh yang demikian, antara
pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi setiap guru bahasa
Melayu adalah berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman
tentang sintaksis. Hal ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat,
sedangkan sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak
membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang
sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan
sesuatu bahasa?. Berdasarkan persoalan tersebut, di dalam
penulisan ini cuba membincangkan bertapa pentingnya menguasai
kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa
Melayu.
. 1.0 PENGENALAN
. Penguasaan kandungan di dalam bidang kajian ilmu Sintaksis dalam
kalangan guru bahasa Melayu adalah antara keperluan asas yang
penting bagi melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini
menunjukkan bahawa, jika seseorang guru menguasai segala
kandungan bidang ilmu ini, secara tidak langsung dia akan sedar
akan hala tuju pengajarannya dan sudah tentu dapat menyesuaikan
keperluan pengajaran seperti yang terkandung dalam sukatan
pelajaran. Malah, mengikut pendapat Nik Safiah Karim (1989),
mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan
betul. Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud
mengetahui dengan lebih mendalam dan menyelami selok-belok
bahasa daripada pelbagai segi, bentuk, dan fungsi. Jadi, bagi guru
bahasa Melayu sama ada berpengalaman mengajar ataupun guru
permulaan, seharusnya perlulah sentiasa bersedia kerana dengan
adanya pengetahuan tentang ilmu ini sekurang-kurangnya boleh
dijadikan peransang kepada komitmen yang tinggi terhadap
tugasnya. Menurut Abdullah Hassan (1987), Sintaksis ialah bidang
bahasa yang membincangkan pembentukan frasa, klausa, dan ayat .
Manakala, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) pula mentakrifkan
sintaksis sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan ayat atau konstruksi ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja
bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum
atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk
ayat dalam bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) dalam buku
bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu pula ada menyatakan unsur- unsur
yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut
Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang
memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata
dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina
ayat.
.
. 2.0 KEPENTINGAN MENGUASAI KANDUNGAN BIDANG KAJIAN
ILMU SINTAKSIS DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU
. Penguasaan ilmu ini sememangnya amat berkait rapat dengan
tatabahasa yang juga dianggap sebagai penentu kejayaan dalam
perlaksanaan kandungan pengajaran bahasa Melayu, disamping
faktor-faktor lain seperti kebolehan pelajar, iklim bilik darjah, latihan
dan bahan pengajaran. Jadi, secara umumnya, persoalan yang
sering ditimbulkan adalah mengenai pengetahuan dan penguasaan.
Tanpa pengetahuan dan penguasaan yang mantap tentang sintaksis,
bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu
bahasa?.Persoalan tersebut dianggap penting kerana pengetahuan
dan penguasaan tentang ilmu sintaksis ini melibatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Malah, sangat mustahak bagi seorang guru mendapatkan
pemahaman yang jelas tentang konsep Sintaksis ini kerana
seterusnya, seseorang guru itu bolehlah membentuk dan mempunyai
fahaman yang tersendiri tetapi haruslah disenangi, sesuai dan yang
boleh dijalankan di dalam sesi pengajarannya di dalam kelas.
Sebaliknya, jika seseorang guru itu tidak memahami proses
pengajaran yang terlibat, berkemungkinan besar corak
pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai mutu yang
diperlukan. Malah, Sintaksis juga merupakan komponen terpenting
yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan
pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan
menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu
bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk
penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya.
Oleh itu, penguasaan bahasa oleh guru bahasa Melayu seharusnya
dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa
yang tersendiri apabila mengajar. Namun begitu, bahasa yang
digunakan haruslah tidak bercanggah. Untuk itu, guru bahasa Melayu
seharusnya menguasai tatabahasa yang tepat, lengkap dan mudah
difahami untuk mencerminkan kebolehan guru tersebut dalaman
penyampaian pengajaran yang berkesan. Malah, tatabahasa juga
dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan
bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya.
Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan
peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan
sintaksis.
.
. Ekoran daripada "Language Across the Curriculum" pula, lahirlah
konsep bahasa Melayu Merentas Kurikulum di Malaysia. Perakuan ini
menegaskan bahawa di peringkat sekolah, semua guru mata
pelajaran perlu sedar akan proses-proses linguistik, pemerolehan
maklumat, dan pemahaman serta implikasi penggunaan bahasa
guru. Selain itu, guru bahasa Melayu terutamanya perlu sedar akan
kehendak linguistik mata pelajaran masing-masing dan cara-cara
membantu para pelajar menguasai bahasa terutamanaya struktur
binaan ayat itu sendiri. Oleh itu, secara tidak langsung, penguasaan
guru bahasa Melayu terhadap bidang sintaksis yang merangkumi
penguasaan tatabahasa dalam ayat ini haruslah dipertingkat kerana
konsep ini penting bagi penggunaan dan penguasaannya demi
menghayati hasrat sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan, dan
bahasa pencerminan akal budi masyarakat di samping dapat
mengajar dengan baik. Selain itu, guru juga merupakan sumber
rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat
menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi
guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan
yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya
juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran
pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan
dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak
di ajar. Malah, penguasaan ilmu ini juga membolehkan pembinaan
bahan bantu mengajar dan aktiviti diperkayakan. Dalam konteks
pengajaran bahasa Melayu, secara tidak langsung guru mengetahui
ruang lingkup aspek binaan sintaksis iaitu berkenaan binaan ayat dan
dapat menyediakan sumber pengajaran yang lebih membantu pelajar
menguasai binaan dan struktur ayat dengan baik. Penguasaan
bidang ilmu ini juga memudahkan pengurusan pengajaran. Pelajar
akan lebih jelas dan faham apabila guru mempunyai hala tuju dalam
pengajarannya.
.
. Secara tidak langsung, langkah pengajaran juga dapat disesuaikan
dengan kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar. Selain itu,
penguasaan yang menyeluruh juga mampu membuatkan guru
menyediakan soalan-soalan yang berkualiti dan melibatkan aras
pemikiran yang tinggi tetapi masih sesuai untuk muridnya. Bagi
mencapai hasrat ini, guru sebagai model harus meningkatkan
kecekapan dalam berbahasa dan tatabahasa serta penguasaan ilmu
dalam bidang Sintaksis ini supaya dapat terus menyampaikan isi
pelajaran dalam bahasa yang mudah difahami, tepat, dan
menggunakan gaya dan laras bahasa yang betul. Namun begitu,
didapati bahawa guru-guru sebagai penyampai sebenarnya masih
lemah dari segi penyampai tatabahasa bahasa Melayu. Kelemahan
itu menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam
kalangan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat mebina
struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur
ayat yang dibuat. Malah, . Abdul Hamid Mahmood (1993),
menyatakan bahawa sejak akhir-akhir ini kerap ditemui kesalahan
bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu, baik dari segi
penggunaan kata, penggunaan imbuhan, penggunaan frasa,
mahupun penggunaan ayat. Faktor-faktor kelemahan mungkin
berbeza-beza. Kelemahan itu, mungkin disebabkan oleh masalah
pelajar, masalah negara, dan masalah kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi. Namun, salah satu daripada faktor kelemahan
itu adalah dari segi pencapaian akademik yakni pengetahuan
tatabahasa bahasa Melayu seseorang guru itu. Guru yang
dimaksudkan itu meliputi guru terlatih dan guru pelatih. Mengikut Koh
Boh Boon (1988), sesetengah guru pelatih itu memperlihatkan taraf
penguasaan tatabahasa bahasa Melayu yang kurang memuaskan,
mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang memang tidak
dijangkakan. Seterusnya, kelemahan dalam tatabahasa bahasa
Melayu ini dibawa oleh guru pelatih ke bilik darjah dan menjejaskan
keberkesanan pengajaran mereka. Justeru, guru-guru harus
mempunyai mutu yang tinggi dalam pengetahuan Sintaksis bahasa
Melayu ini dan terus bersikap positif bagi menjayakan pengajaran
bahasa Melayu dengan berkesan.

. Kesimpulannya, pada pendapat saya penguasaan kandungan di


dalam bidang kajian ilmu Sintaksis secara menyeluruh dalam
kalangan guru ini amatlah penting, kerana dapat membantu dalam
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Malah, penguasaan bidang ini juga dapat dilihat melalui cara
penyampaian pengajaran guru itu sendiri. Guru yang berjaya
menguasai bidang ilmu ini secara tidak langsung dapat mewujudkan
situasi pengajaran yang menyeronokkan dan dapat merancang dan
menyediakan sesi pengajaran yang berkualiti. Sebaliknya, jika
seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang terlibat,
berkemungkinan besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau
mencapai mutu yang diperlukan dan sudah tentu kelemahan ini
menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam
kalangan murid dan menyebabkan masih ramai murid yang tidak
dapat mebina struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan
dengan struktur ayat yang dibuat. Selain itu, guru juga merupakan
sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu
dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul.
Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan
kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada
pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat
membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan
akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah
pengajaran yang hendak di ajar.
.
. Penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang kajian ilmu
Sintaksis adalah sangat penting. Hal ini merupakan landasan yang
mendasari perancangan dan penyediaan pengajaran tatabahasa
yang berkesan. Untuk memastikan penguasaan tatabahasa kita
menjadi baik, setiap pengguna bahasa haruslah rajin membuat
rujukan dan membaca buku yang berkualiti. Jadi dalam konteks
pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan pengajar,
pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai pengetahuan
dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya.
Oleh yang demikian, berdasarkan penulisan ini maka serba sedikit
saya telah lebih memahami bertapa pentingnya menguasai
kandungan bidang kajian ilmu sintaksis ini. Selain itu, guru juga
merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang
guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik
dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan
menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid.
Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat
membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan
akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah
pengajaran yang hendak di ajar.
.
.
. 3.0 RUMUSAN
. Sepanjang menjalankan Kerja Kursus projek bagi Sintaksis Bahasa
Melayu ini, syukur Alhamdulillah banyak input-input dan pengalaman
baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga
banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam
lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak
memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan
lebih lanjut lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada
kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis
dalam kalangan guru bahasa melayu bagi tugasan individu ini,
manakala bagi tugasan berkumpulan ialah lebih kepada menganalisis
dan mensintesis ayat berdasarkan cerpen yang dipilih. Berdasarkan
tugasan individu ini, saya dapati penguasaan bidang kajian ilmu
sintaksis ini amatlah penting dan berkait rapat dengan ilmu
tatabahasa di sekolah dan dari segi pembinaan ayat kerana
merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan
pengajaran tatabahasa yang berkesan. Oleh sebab itu, kebanyakan
perbincangan tentang penguasaan ilmu Sintaksis ini selalunya
mengenai hubungan Sintaksis dan binaan ayat. Pada pendapat saya
juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran
pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan
dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak
di ajar. Jadi banyak perkara yang saya dapat daripada tugasan
penulisan individu ini Bagi tugasan kumpulan pula, saya telah lebih
memahami dan fasih tentang Sintaksis yang merupakan keperluan
sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat kesilapan
semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses
pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini.
Saya juga berasa keperluan ini amat penting kerana seorang guru
yang mempunyai ilmu tentang Sintaksis secara tidak langsung dapat
menjalankan sesi pengajaran dengan berkesan dan berupaya
mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kejayaan atau
kegagalan proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid
bergantung kepada kemampuan seorang guru itu sendiri untuk
mendedahkan murid kepada pentingnya pembelajaran yang
berkesan.
.
. 4.0 REFLEKSI INDIVIDU
. Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit
kesukaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Dari aspek kesukaran pencarian bahan rujukan di Pusat
Sumber, masalah ini adalah kerana sumbernya adalah terhad.
Namun begitu, secara keseluruhannya saya berasa amat gembira
kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat banyak
tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera. Semasa
menjalankan analisis, saya sempat mendalami bidang Morfologi
terutamanya dalam golongan kata. Melalui pemahaman saya,
golongan kata terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja,
kata adjektif dan kata sendi nama dan berdasarkan golongan kata ini
kami dapat mengenal pasti sesuatu ayat itu tergolong daripada frasa
apa dari dari pemahaman yang asas inilah kami dapat menganalisis
sesuatu ayat itu dengan baik. Di samping itu, tugasan ini juga secara
tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji sukatan
pelajaran bagi subjek Sintaksis ini. Selain itu, tugasan ini juga turut
membantu mengeratkan hubungan saya dan rakan-rakan sepanjang
proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara
tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan
komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah.
Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang
dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang
dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan
seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Sepanjang
melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat
kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan
pengalaman saya melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati
proses menyiapkan tugasan menjadi cepat dan mudah sekiranya
setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain. Saya dan
rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan dalam
masa yang ditetapkan melalui pembahagian tugasan. Walaupun,
kadang-kadang saya dan rakan sekumpulan bercanggah pendapat
antara satu sama lain, tetapi, kami berjaya mengatasi masalah
tersebut.
.
. Malahan, saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut,
kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih
matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat
memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan mutu tugasan yang
dihasilkan. Berdasarkan pembahagian tugasan yang dibuat, saya
telah mendapat tajuk untuk menganalisis ayat inti dan mensintesis
pengguran ayat. Sememangnya pada mulanya saya agak keliru
dengan jenis ayat inti ini kerana didapati ayatnya adalah lebih kurang
sama dengan ayat dasar dan ayat tunggal. Padahal ayat dasar dan
ayat tunggal ini telah dianalisis oleh rakan saya yang lain. Setelah
mencari pelbagai sumber maklumat, saya dapati ayat ini boleh jadi
ayat tunggal dan boleh juga jadi ayat dasar asalkan ayat ini tidak
mempunyai keterangan dan ianya hanya mengandungi satu subjek
dan satu predikat. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan
yang positif dan kebaikan terhadap diri saya. Saya berharap ilmu ini
dapat saya aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion
perguruan kelak. Malah, saya juga mula sedar bahawa bertapa
pentingnya bidang Sintaksis. Hal ini kerana, apabila kita dapat
menguasai bidang ini secara tidak langsung dapat memudahkan
saya kelak dalam sesi pengajaran. Disamping itu, saya juga dapati,
pembelajaran subjek ini juga dapat membantu saya dalam
memahami struktur dan binaan ayat dengan lebih terperinci
lagi. .Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada En. Mohd Nor bin
Hamzah pensyarah Sintaksis bahasa Melayu saya diatas segala
tunjuk ajar dan teguran yang diberikan dan tidak lupa juga kepada
rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana binti Basri, Nor
Azrina Mohd Zainol dan Nur Afifah binti Ahmad di atas kerjasama
yang diberikan. InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan gunakan ilmu
yang ada ini dengan sebaik- baiknya.
.
. RUJUKAN
. Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Penyelidikan,
diekses pada 20 Feb 2013 dari laman web :
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2011/won
gsh.pdf Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul
Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan
keenam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ramli Hj.
Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Yahya Othman, Roselan Baki,
Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari
Teori ke Praktik. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd APA Format - 6th Edition

Anda mungkin juga menyukai