Anda di halaman 1dari 2

Memang tidak dapat dinafikan, banyak institusi-institusi pendidikan di Malaysia yang

mampu melahirkan golongan graduan-graduan yang bergelar sebagai seorang guru.


Contohnya, Institut Pendidikan Guru (IPG), Universiti Putra Sultan Idris (UPSI) dan Universiti
Swasta (IPTS). Namun begitu, keberkesanan graduan lepasan IPT ini amatlah berbeza. Hal
ini dikatakan demikian kerana, silibus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) amatlah
berbeza. Jadi, tidak hairanlah nilai keberkesanan seorang guru itu akan berbeza apabila
bergelar seorang guru suatu hari nanti.

Memang tidak dapat dinafikan kualiti guru lepasan IPG amatlah menjaga etika
disiplin diri. Hal ini dikatakan demikian kerana mahasiswa dan mahasiswi sudah dilatih sejak
berada di IPG semasa melanjutkan pelajaran di IPG. Maknanya disini, etika perguruan
berada di IPG adalah tertakluk kepada Kod Etika Profesion Guru yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Contohnya, guru tidaklah harus bertingkah laku
begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Jadi, tidak hairanlah guru
lepasan IPG amatlah mementingkan etika pemakaian dengan menggunakan baju kurung
dan berkemeja dengan kemas semasa berada di sekolah. Dari aspek sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) pula, lepasan guru ini adalah lebih terlatih. Hal ini dikatakan demikian
kerana tempoh pengajian mereka adalah lebih lama iaitu selama 5 tahun. Maknanya, sesi
praktikum dan praktikal kerap kali dilakukan di sekolah-sekolah yang terpilih.

Bagi guru lepasan dari Universiti Swasta pula, tidak juga boleh dikatakan bahawa
kualiti mereka adalah berada pada tahap yang lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana,
mereka juga menjalani sesi praktikum dan juga praktikal yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti tersendiri. Malah, timbul permasalahan apabila bidang kursus yang ditawarkan dan
diambil oleh lepasan mahasiswa dan mahasiswi ini tidak mendapat pengikhtirafan yang
khusus daripada MQA. Maknanya, peluang pekerjaan amatlah terhad bagi mengisi
kekosongan perguruan. Jika perkara sedemikian berlaku, pengalaman-pengalaman, teknik
PdP, psikologi dalam pendidikan semakin dilupakan. Bahkan, perkara ini akan mengundang
kepada permasalahan yang timbul bagi mereka sebagai seorang guru.

Bagi guru lepasan dari UPSI pula, mereka amatlah bebas. Hal ini dikatakan demikian
kerana, mereka sudah pun terbiasa dengan pemakaian yang tidak menepati Kod Etika
Profesion Guru yang telah pun ditetapkan. Bukan itu sahaja, mereka ini sememangnya lebih
terlatih dengan dunia psikologi pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka ini
akan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang lebih dewasa di sekolah menengah.

Kesimpulannya, keberkesanan guru lepasan IPG, UPSI dan Universiti Swasta ini
tidak boleh dipandang dari aspek negatif sahaja. Seperti pepatah ada menyatakan, diam-
diam ubi berisi. Pasti ada aspek positifnya. Namun begitu, guru yang berkualiti juga perlulah
dilahirkan pada masa kini. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan guru akan
berhadapan dengan murid-murid yang pelajar-pelajar yang lebih mencabar dan membentuk
pelajar cemerlang dari aspek rohani, emosi, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah
Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai