Anda di halaman 1dari 2

KAEDAH TOTAPS

Pertama sekali, kita akan membuat Talk di mana kita akan bertanyakan pada
pemain atau atlet tersebut yang cedera. Tanyakan bagaimana berlakunya cedera
itu? Sakit di bahagian mana? dan sebagainya.Situasi ini perlu pada pegawai kerana
ianya boleh membantu mereka mengetahui serba sedikit bagaiman kecederaan
berlaku dan juga dapat menenangkan pada pesakit tersebut.

Selepas pemain memberi response kepada pegawai, mereka perlu Observe


kepada atlet tersebut. Mereka perlu lihat keadaan pemain mereka dan beri perhatian
kepada pernafasan dan sebarang perubahan denyutan nadi sama ada normal atau
abnormal. Jikalau situasi di mana kecederaan berlakunya pendarahan pada pemain,
lihat pendarahan tersebut adakah ianya teruk dan pada masa sama lihat wajah
mangsa adakah pucat, terkejut atau sedang menahan kesakitan. Selain dari
pendarahan, mereka juga perlu perhati adakah terdapat inflamasi pada kecederaan,
adakah pemain tersebut mengalami sakit kepala, pening, loya dan muntah. Selepas
observe pada kesan kecederaan atau pendarahan tersebut, barulah mereka mula
melakukan perawatan.

Ketika melakukan perawatan, semestinya pegawai perlulah untuk menyentuh


(Touch) tempat kecederaan tersebut. Antara tujuan Touch ini adalah untuk pegawai
mentafsirkan tahap kecederaan yang dilalui oleh pemain tersebut. Dan jika ada
cedera parah pada anggota tersebut perlulah meminimumkan pergerakan untuk
mengelakkan daripada apa-apa risiko berlaku pada pemain tersebut. Melalui
sentuhan inilah, mereka dapat mengetahui dan merasai keadaan kecederaan
tersebut adakah terdapat sesuatu yang tidak normal pada bahagian tercedera dan di
luar bahagian yang tidak cedera dengan melakukan secara berhati-hati.

Seterusnya ialah active movement. Di sini di mana mereka ingin mengesan


tahap kecederaan tersebut, Pemain tersebut perlu melakukan pergerakan atau
pegawai akan menggerakkan angota yang cedera tersebut dengan berperingkat
sehinggalah pemain tersebut mula berasa sakit di bahagian yang cedera.

Langkah seterusnya ialah passive movement. Sekiranya bahagian anggota


yang cedera tadi tidak dapat digerakkan (Passive Move), ini menunjukkan
kecederaannya adalah serius dan perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan
yang selanjutnya.

Akhir sekali, skills. Prosedur terakhir ini adalah langkah terakhir untuk pemain
lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian anggota yang tercedera untuk
mengetahui pemain boleh meneruskan untuk melakukan aktiviti ataupun tidak.
Mereka perlu mengulangi pergerakan seperti diarahkan oleh pegawai perubatan
untuk beberapa kali untuk memastikan keadaan pemain tersebut. Jika pemain masih
berasa sakit selepas melakukan rawatan, pemain perlu ditukar dan pegawai akan
memaklumkan pada pasukan mereka untuk memaklumkan perkara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai