Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK RAWATAN TOTAPS

Teknik TOTAPS merupakan langkah pertama yang perlu diambil setelah mengaplikasikan
teknik DRABC iaitu Danger (Bahaya), Response (Gerak balas, Airways (Saluran udara),
Breathing (Pernafasan) dan Circulation (Denyutan nadi) jika berlakunya kecederaan yang
bertujuan untuk menilai tahap kecederaan yang dialami. TOTAPS merupakan singkatan
kepada Talk (Bercakap), Observe (Perhatikan), Touch (Sentuh), Active movement (Gerakan
aktif), Passive movement (Gerakan pasif) dan Skill test (Kemahiran). Namun, perlu
ditekankan bahawa teknik TOTAPS tidak digalakkan untuk diterapkan jika mangsa
mengalami kecederaan di tulang belakang atau gegaran kepala dinasihati untuk menunggu
pertolongan daripada yang pakar menurut Anderson et. al. (1995).

Langkah pertama iaitu bercakap (Talk) bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui
bahagian yang cedera namun bercakap dapat memastikan mangsa yang cedera terus
berada dalam keadaan yang sedar dan ahli fiso atau pembantu mula dapat mengetahui
keadaan sebenar kecederaan yang dialami oleh mangsa. Bukan itu sahaja, pembantu mula
juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana peristiwa itu terjadi di
samping menenangkan mangsa. Namun begitu, jika mangsa tidak mampu untuk bercakap,
pembantu mula boleh bercakap atau bertanya kepada rakan mangsa atau saksi kejadian.
Hal ini dapat membantu pembantu mula untuk fokus kepada keadah rawatan yang paling
sesuai untuk diaplikasikan. Antara soalan yang boleh ditanyakan adalah apa yang berlaku?,
anda berasa sakit di bahagian mana?, adakah anda mengalami alahan?, atau adakah anda
ada mengambil ubat-ubatan?.

Seterusnya, pembantu mula perlu memerhatikan (Observe) bahagian anggota yang


tercedera jika terdapat lebam, luka, bengkak, patah atau pendarahan dan juga riak wajah
mangsa untuk mengesan tahap serius kecederaannya. Jika berlakunya pendarahan,
perhatikan jika muka mangsa bertukar pucat iaitu petanda badan mangsa telah kehilangan
isipadu darah dengan banyak yang boleh menyebabkan komplikasi dengan lebih teruk.
Selain itu, menurut Gerrard. D (1999) jika pembantu mula mengesan berlakunya
kecederaan yang serius seperti patah, teruslah lakukan rawatan bantu mula untuk
kecederaan patah seperti memakaikan anduh contohnya. Jika tidak, teruskan kepada
langkah yang ketiga iaitu sentuh (Touch).

Sentuhan (Touch) bermaksud sentuhan lembut iaitu sekadar untuk mengenal pasti
jenis kecederaan, sama ada bengkak atau tidak, atau mengenal pasti adakah bahagian
tercedera tersebut panas atau tidak. Menurut E. Johnson et. al. (1998), langkah ini boleh
dipratikkan hanya selepas melakukan langkah bercakap (Talk) kerana maklum balas yang
diberikan oleh mangsa sangat memainkan peranan kepada pambantu mula semasa
menyentuh mangsa. Selain daripada itu, sentuhan juga bertujuan untuk mengesan
bahagian terceera dengan tepat dan memeriksa terdapatnya benjolan yang luar biasa.
Bandingkan anggota tercedera dengan bahagian yang tidak tercedera. Contohnya pemain A
mengalami bengkak di lutut kanan. Jadi, untuk mengesahkan bahawa lutut kanannya
bengkak, sentuhan di bahagian lutut kanan dan kiri dapat membandingkan keadaan lutut
pemain A. Perlu ditekankan bahawa ia sangat penting untuk memberitahu mangsa terlebih
dahulu sebelum menyentuh bahagian tersebut bagi mengelakkan tindak balas yang
berlebihan.

Setelah itu, teruskan ke langkah gerakan aktif (Active movement) iaitu mangsa
menggerakkan sendiri bahagian yang sakit dan mampu menyatakan skala kesakitan.
Biarkan mangsa menggerakkan anggota tersebut dengan sendiri tanpa bantuan daripa
pembantu mula kerana langkah ini membuatkan pembantu mula lebih pasti tentang
kecederaan mangsa dengan melihat gerakan yang dilakukan oleh mangsa. Contohnya,
pemain A yang cedera lutut tadi, perlu cuba membengkokkan lututnya berulang kali secara
perlahan-lahan untuk menentukan skala kesakitan yang dialami. Seterusnya, langkah
gerakan pasif (Passive movement) iaitu pembantu mula membantu untuk menggerakkan
bahagian yang sakit dialami oleh mangsa dengan berhati-hati. Sekiranya mangsa tidak
dapat menggerakkan anggota tersebut, ia bermaksud mangsa perlu menerima rawatan
pakar di pusat perubatan kerana tahap kecederaannya yang serius.

Langkah terakhir yang perlu dipratikkan ialah meminta mangsa untuk melakukan
pergerakan penuh tanpa bantuan dan tidak berasa sakit (Skill test). Langkah ini untuk
menentukan samada mangsa tersebut boleh meneruskan permainan atau tidak contohnya.
Contohnya, pemain B tercedera ketika bermain bola sepak dan kakinya berasa sakit.
Pembantu mula atau fiso hendaklah meminta pemain tersebut untuk menggerakkan kaki
dan berlari seterusnya menendang bola dengan perlahan dan bertanyakan tentang keadaan
beliau. Sekiranya tidak sakit, beliau boleh terus bermain namun jika sebaliknya, beliau perlu
dikeluarkan dan perlu menerima rawatan kaedah RICER iaitu Rest, Ice, Compress,
Elevation dan Refer ataupun NO HARM iaitu larangan untuk Heat, Alcohol, Running dan
Massage menurut LeBlanc K. E. (1992).

Kesimpulannya, kaedah TOTAPS ini sangat membantu ahli fisoterapiterapi dan


pembantu mula untuk menilai tahap kecederaan atlet atau mangsa yang tercedera secara
tepat dan menyeluruh jika dilakukan dengan teliti dan cekap. Selain itu, kaedah juga mampu
mencegah mangsa daripada cedera dengan lebih kritikal. Oleh itu, andainya keputusan
yang tidak tepat diambil oleh ahli fisoterapi, contohnya pemain yang sepatutnya direhatkan
masih lagi dibenarkan bermain, masalah kecederaan jangka panjang mungkin akan berlaku.

RUJUKAN
Anderson, M.K. and Hall, 1995, Sports Injury Management. Williams and Wilkins,
Philadelphia.

E.Johnson et. al., 1998, Sports Medic Course Manual. Sports and Medicine New Zealand,
Dunedin.

Gerrard, D., 1999, The young athlete: children and physical activity. Sports Medicine NZ,
Dunedin.

LeBlanc, K.E., 1992, To ice or to heat? Running and Fitness, USA

Anda mungkin juga menyukai