Anda di halaman 1dari 4

T.O.T.A.P.

S - satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa


T = Talk (Bercakap) Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak ! O = Observe (Melihat Keadaan) Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa T = Touch (Sentuh) Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

A = Active Movement (Pergerakan Aktif) Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera P = Passive Movement (Pergerakan Pasif) Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius S = Skill (Kemahiran) Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

KAEDAH BANTU MULA Terdapat dua kaedah bantu mula yang sering di gunakan semasa kecemasan,iaitu Kaedah D.R.A.B.C dan kaedah T.O.T.A.P.S. Kedua-dua kaedah ini adalah langkah -langkah pemeriksaan terhadap mangsa sebelum memberi pertolongan cemas kepadamangsa. PENGURUSAN KECEDERAAN PENILAIAN KECEDERAAN BERMULA DENGAN

S -STOP : Hentikan semua bentuk aktiviti fizikal. T - TALK : bercakap dengan atlit O - OBSERVE : memerhati jika terdapat sebarang perubahan pada pergerakan, otot P - PREVENT FURTHER INJURY T.O.T.A.P.S DIGUNAKAN SEMASA Sekiranya mangsa dalam keadaan sedar maka bantuan awal yang perlu dilakukan ialah T.O.T.A.P.S dan jika mangsa tersebut tidak sedar, maka bantuan yang sesuai diberikan ialah D.R.A,B,C. Maksud T.O.T.A.P.S 1. T=TALK- bercakap dengan mangsa 2. O=OBSERVE Pemerhatian 3. T=TOUCH Sentuh 4. A=ACTIVE MOVEMENT - Pergerakan Aktif 5. P=PASSIVE MOVEMENT - Pergerakan Pasif 6. S=STAND Berdiri

LANGKAH-LANGKAH

Pertama bercakap atau bertanya tentang peringkat kesakitan dan tempatkecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Contoh soalan yang boleh ditanya ialah, apakahyang telah berlaku?, adakah anda berasa sakit?, dan di bahagian manakah anda berasasakit. Soalan-soalan ini boleh membantu kita mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan juga keadaan mangsa. Bercakap dengan si mangsa juga dapatmenenangkannya dan juga untuk mendapatkan maklumat tentang peristiwa ataukemalangan yang telah berlaku. Pembantu mula juga boleh mendapatkan maklumat yangdiperlukan daripada rakan simangsa atau penonton yang ada. Tujuan untuk bertanya ialahmembolehkan pembantu mula terus fokus kepada bahagian yang cedera. Langkah yang kedua ialah membuat pemerhatian. Beri perhatian kepada penafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang menyekat laluan udara semasa pernafasan. Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada masa yangsama perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucatatau terkejut. Beri fokus kepada kecederaan yang dihadapi oleh mangsa contohnya luka ,bengkak, atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang cedera terutananya di bahagiankepala. Langkah yang keempat ialah sentuh. Sentuh tempat kecederaan dan periksasebarang bengkak atau deformiti anggota badan. Perhatikan dan periksa tempatkecederaan dan keadaan mangsa, terutama yang dialami pada bahagian kepala. Sentuhbahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati -hati. Tujuan utama sentuhan dengantangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Contohnya, bengkak atau sesuatuyang tidak normal pada bahagian yang cedera. Langkah yang keempat ialah pergerakan aktif. Pembantu awal kecederaan perlumeminta mangsa mengerakkan anggota yang cedera. Contoh pergerakan aktif ialahmengerakkan pergelangan tangan yang cedera. Ini penting untuk menilai sejauh manatahap kecederaan yang dihadapi oleh mangsa. Sekiranya mangsa merasa sakit, rujuk danmembawa mangsa kepada doktor.Langkah yang kelima ialah membuat pergerakan pasif iaitu meminta mangsamengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan untuk memeriksa tahap kecederaan.Jika mangsa didapati mengalami kecederaan maka pergerakan pada anggota yang cederaperlu diminimumkan.

Langkah yang kelima iaitu meminta mangsa berdiri, berjalan, berlari danmelompat untuk menilai tahap kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa bera ksisetelah pasti kecederaan tidak serius.

Anda mungkin juga menyukai