Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran Asas Pertolongan Cemas, Tujuan Dan Kepentingannya

Apakah maksud pertolongan cemas?

Pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang


diberikan kepada individu yang mengalami kecederaan dalam sebarang kejadian
kecelakaan sama ada kemalangan atau sakit yang muncul secara tiba-tiba dengan
menggunakan objek atau sebarang alat bantuan yang ada di sekeliling sebelum
ambulan, doktor atau pakar perubatan ataupun sebelum mangsa dihantar ke
hospital.

Objektif memberi bantuan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa,


mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih parah dan mengurangkan kesakitan
mangsa sementara sebelum dihantar ke hospital.

Sebelum melakukan pertolongan cemas, kamu perlu menilai situasi mangsa terlebih
dahulu berdasarkan 5 perkara penting di bawah:

1. Bahaya – Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan


anda dan mangsa terjamin atau dalam ertikata lain, alihkan bahaya dari mangsa
atau alihkan mangsa dari bahaya.
2. Periksa Pendarahan – Jika ada pendarahan, cuba hentikan pendarahan dengan
segera.
3. Respon – Panggil mangsa atau kejutkannya, minta bantuan ambulan jika tiada
tindak balas dari mangsa.
4. Saluran Udara – Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan
dalam keadaan mangsa baring dengan kaedah mendongakkan kepala kemudian
angkat dagu mangsa.
5. Pernafasan – Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M iaitu Melihat,
Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan, beri 2 hembusan bantuan.
6. Peredaran Darah – Periksa nadi kerotid sebelah trakea dengan 2 jari. Jika
terdapat denyutan nadi bermakna ada denyutan jantung, jika tiada lakukan CPR.
Ambil langkah perlu untuk menilai situasi mangsa. Jika mangsa sedarkan diri, tanya
kecederaan yang dialami. Gunakan kaedah di bawah:

1. Sebarang tanda atau gejala.


2. Jika memiliki alahan tertentu.
3. Adakah mengambil sebarang ubat-ubatan tertentu dan apakah jenis ubatan
tersebut.
4. Penyakit atau kecederaan lama yang sudah sembuh atau masih menerima
rawatan.
5. Makanan terakhir yang dimakan.
6. Punca kejadian.
Sebaliknya jika mangsa tidak sedarkan diri, lakukan 5 perkara di bawah:

1. Periksa tanda-tanda utama kecederaan yang ada pada bahagian badan mangsa.
2. Periksa nadi.
3. Periksa pernafasan.
4. Periksa tekanan darah (jika perlu).
5. Periksa suhu badan mangsa.

Jenis-jenis balutan yang boleh digunakan


)Balutan Tangan
Cara-cara:

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di
bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah.
2)Balutan Anduh Besar
Cara-Cara:

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada lengan yang tercedera .
-Kemudian silangkan dan buat ikatan buku sila pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk
lebih kemas.

Puan Faridah sedang menunjukkan cara membuat Balutan anduh besar


3)Balutan Cincin
Balutan boleh dilakukan apabila tertusuk benda yang sukar dicabut seperti paku atau
kayu. Sebaiknya, benda yg tertusuk itu tidak dicabut supaya dapat mengelakkan
kecederaan yang lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai