Anda di halaman 1dari 8

TOTAPS

TOTAPS
Satu
kaedah yang membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa.

TOTAPS bermaksud
T- Talk ( Bercakap) O- Observe ( Memerhati) T- Touch (Sentuh) A- Active Movement (Pergerakan Aktif) P- Passive Movement ( Pergerakan Pasif) S- Skill ( Kemahiran)

T- Talking ( Bercakap)

Bercakap dengan atlet atau mangsa supaya memahami keadaan kecederaannya dan memberi rawatan yang sepatutnya dengan segera. Apa yang berlaku? Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku? Apa yang kamu rasa? Bahagian mana yang cedera? Adakah bahagian lain yang cedera? Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O- Observe ( Memerhati )

Memerhati ekspresi muka ketika bercakap dengan atlet Adakah atlet/mangsa tertekan ? Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa? Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam? Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

A-Active Movement (Pergerakan Aktif)

- Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. - Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain.

Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri.

( Pergerakan Pasif)

Passive Movement

Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan untuk memeriksa tahap kecederaan yang diialami Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah

S-Skill (Kemahiran)
Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.
Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik

Anda mungkin juga menyukai