Anda di halaman 1dari 56

Nurul Amiliani Binti Azmi Lee Seo Lin Syahidah Binti Ali Sunia Yapp Yiying

Bidang yang dapat membantu seseorang atlet pulih daripada kecederaan yang dialami. Satu bidang perubatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang yang selalu aktif dari segi fizikal.

Membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan dalam melakukan aktiviti bersukan.

Tujuannya untuk mengurangkan risiko terhadap kecederaan dan merawat secara berkesan sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku.

Berasaskan pengetahuan yang sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor, pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan untuk membantu para atlet mempersembahkan prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ahli Fisioterapi membantu atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk beraksi dan menjalani sesi latihan dengan menggunakan alat bantuan berjalan. Ahli Fisioterapi juga merawat kondisi seperti sakit belakang dan leher, masalah sendi dan otot, masalah pernafasan dan memberi pendidikan kepada pesakit

Membantu dalam membuat persediaan mental atlet terhadap latihan dan persedian dalam menghadapi pertandingan. Meningkatkan kesihatan mental seseorang klien atau pesakit, atau untuk memperbaiki hubungan antara ahli kumpulan (seperti dalam keluarga). Pelbagai teknik yang digunakan berdasarkan pengalaman hubungan, dialog, komunikasi dan tingkah laku perubahan.

1. Menentukan jenis penyiasatan dan rawatan yang diperlukan oleh pesakit. 2. Membuat prosedur lanjutan dalam penyiasatan penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi dan pemeriksaan darah. 3. Memberi rawatan dan ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit.

4. Memberi penerangan kepada pesakit tentang penyakitnya dan cara kawalan. 5. Menentukan pesakit yang memerlukan rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. 6. Membuat laporan perubatan bagi pesakit yang memerlukan. 7. Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat universiti.

Pengertian Pertolongan Cemas Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.

c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. d) Elak mangsa dari mengalami renjatan. e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Kecederaan tisu lembut Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot, tendon, ligament, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh. Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar. Keadaan ini disebabkan mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang tidak seiring dan berlaku dalam jangka masa yang lama.

Faktor utama yang menyebabkan kekejangan otot dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau pukulan ke atas otototot. Kekejangan otot boleh diatasi secara melakukan regangan statik. Sekiranya kesakitan masih berterusan, hentikan regangan dan tamatkan perlakuan aktiviti kerana otot tersebut boleh mengalami kecederaan lain akibat komplikasi.

Ketegangan otot Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan. Ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap mengalami kekejangan.

Sengal otot Sengal otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan masih rendah. Kencederungan mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal otot ialah kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini boleh dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal.

Rasa sakit ini boleh tertangguh sehingga selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot berlaku disebabkan koyakan kecil pada fiber otot, dan sebagai sampingan akibat kekurangan bekalan oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat dielakkan 180 dengan melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan tahap kecergasan kita.

Ketegangan biasanya melibatkan koyakan pada fiber otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat jika terus bergerak aktif. Ketegangan yang lebih serius boleh mengakibatkan pendarahan dalam sehingga kita langsung tidak dapat menggerakkan bahagian anggota yang mengalami ketegangan tersebut.

Luka Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada abrasi (cakaran pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan tebukan ( ditebuk oleh objek yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam dan boleh mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius.

Lebam akibat kontusi Kontusi merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar atau tisu anggota. Sekiranya hentakan kuat, kapilari darah boleh pecah dan darah terkumpul ditempat hentakan itu. Warna biru gelap akan terbentuk di kawasan kulit sebagai tanda pendarahan dalam yang berlaku.

Sekiranya tempat yang sama menerima hentakan berulang kali, menandakan kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang terlibat kelak mengalamui kesukaran untuk bergerak. Kaedah pencegahan kontusi yang berkesan ialah secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan penggunaan pad seperti di siku dan lutut.

Kecederaan tisu keras

Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang biasanya disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang panjang, seperti humerus dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh daripada fraktur. Sementara rulang-tulang kecil memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh. Kaedah simen adalah teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang yang mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster, bahagian tulang yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan rehabilitasi.

Dislokasi Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut atau terkeluar daripada tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligament, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku. Kecederaan ini sering berlaku di bahagian sendi bahu. Rehat aktif digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. Tahap kecergasan yang tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap adalah kaedah pencegahan dislokasi yang paling berkesan.

Kecederaan kepala Konkusi berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala. Kecederaan ini menyebabkan trauma otak dan koma bagi kes-kes yang kronik. Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan sukan-sukan tempur.

Atlet yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom loya dan hilang imbangan seketika. Dalam keadaan tertentu, amnesia (hilang Ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang singkat. Selain pengsan, tanda-tanda fizikal konkusi biasanya tidak jelas kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada pakar perubatan dengan kadar segera.

Atlet yang mengalami konkusi mesti direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang ditetapkan atas nasihat pakar perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai kemalangan. Oleh itu, perhatian maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan semasa bersukan adalah langkah pencegahan yang paling berkesan.

Semua kecederaan sukan berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti diuruskan segera . Kemampuan atlet untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kecederaan harus dirujuk kepada pakar perubatan. Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DR. ABC dan RICE

Talk bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat kecederaan yang di alami Observes Perhatikan dan periksa tempat yang kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami di bahagian kepala Touch Sentuh tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti yang dialami anggota badan yang terlibat.

Active Movement Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggita badan yang tercedera. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera. Passive Movement Bantu pergerakkan secara perlahan bahagian yang tercedera. Tujuan tindakan ialah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti kecederaan adalah tidak serius. Stand Arahkan mangsa berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Benarkan atlit beraksi jika tiada berlakunya kecederaan yang khusus.

Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlet yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan. Jadual dibawah menunjukkan maksud akronim DR.ABC serta langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula tersebut.

Danger Pastikan atlit bebas dari bahaya sekitarnya. Contohnya jika atlit tersepit, singkirkan benda asing yang menyepit. Respons Cuba gerakan atau perhatikan sebarang gerak balas atlet untuk mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang respons Airway pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut atlet agar tiada bendasing yang menghalang salur pernafasan.

Breathing Periksa sama ada atlet masih masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada pernafasan, berikan bantuan permulihan pernafasan dengan segera. Circulation Bermaksud memeriksa peredaran darah atlit melalui pemeriksaan kadar denyutan nadi. Kedar yang rendah menunjukkan denyutan nadi. Kadar yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.

Akronim RICE merujuk kepada perkataanperkataan rest, ice, compression dan elavation. Pengurusan RICE ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan kekejangan otot.

Tujuan untuk: mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan. Mengurangkan kesakitan yang dialami. Mengurangkan bengkak. Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera. Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera. Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

R ( REST ) - Atlit yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan ditempat yang cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan. I ( ICE )- Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan rawatan ini. Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini membantu menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

C ( COMPRESSION ) - Bahagian yang cedera harus dibalut untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. E ( ELEVATION ) - Meninggikan bahagian yang cedera bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah ke jantung. Hal ini akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

FISIOTERAPI [ Fisiotheraphy] ELEKTROTERAPI(Elektrotherapy) HIDROTERAPl (Hydrotherapy) TERAPI HABA (Heat therapy) PSIKOTERAPl (psychotherapy) URUTAN SUKAN

Fisioterapi / terapi fizikal ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih atas arahan pakar perubatan. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamat proses fisioterapi ialah untuk membantu atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk beraksi dan menjalani sesi latihan.

Cara ini termasuk menyediakan rawatan dalam keadaan di mana pergerakan dan fungsi diancam oleh penuaan, kecederaan dan penyakit. Membantu seseorang individu untuk membentuk, mengekalkan dan memastikan pergerakan dan fungsi anggota badan yang maksima.

Elektroterapi, iaitu penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Terapi ini bertujuan merangsang proses peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh elektroterapi ialah teknik ultrasound, shortwave diathermy dan terapi laser.

Hidroterapi, iaitu teknik rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan kecederaan. Air berfungsi menyokong berat badan melalui terapi ini, atlet yang cedera boleh meneruskan latihan kecergasan dengan bantuan daya apungan air. Keadaan ini dapat mengurangkan daya hentakan yang boleh dialami atlet.

Terapi haba ialah teknik yang diaplikasikan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka. Pelaksanaan terapi ini harus sentiasa dipantau agar darjah kepanasan terapi tidak menjadi terlalu tinggi sehingga membakar tisu atau sel-sel yang dirawat. Terapi haba dapat meningkatkan kadar relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan pada bahagian yang cedera.

* Terapi haba mengembangkan saluran darah pada otot di sekeliling tulang belakang. Proses ini meningkatkan aliran oksigen dan nutrien kepada otot, seterusnya menolong menyembuhkan tisu yang rosak di samping mengangkut hasil buangan seperti karbon dioksida daripada tisu dan sel tersebut. * Haba merangsang reseptor deria rasa pada kulit. Ini akan mengurangkan transmisi isyarat sakit kepada otak dan mengurangkan rasa kesakitan

Haba akan meregangkan tisu-tisu lembut di sekitar tulang belakang, termasuklah otot dan tisu penghubung. Kesannya, daripada terapi haba, akan mengurangkan ketegangan dan 'kekerasan' (stiffness) tisu dan juga kecederaan. Dalam masa yang sama, akan menambahkan fleksibiliti dan rasa lebih selesa. Fleksibiliti adalah sangat penting bagi tulang belakang yang sihat

Urutan sukan termasuk sebagai bentuk rawatan kecederaan sukan yang diaplikasikan kepada otot-otot tetentu. Aktiviti mengurut digalakkan hanya setelah kita kenal pasti tiada kecederaan akut, luka, dan sebagainya.

Banyak menggunakan tenaga bagi memberi tekanan pada otot dan memicit sel-sel darah.

- Melancarkan peredaran darah - Memperbaik mobiliti sendi - Mengurangkan strain dan otot yang ketat - Membantu mengurangkan kecederaan yang serius - Membantu meningkatkan keupayaan dan prestasi atlet - Membetulkan postur badan - Mengurangkan tekanan, kesakitan disebabkan ketidakstabilan otot

Psychotherapy atau dikenali sebagai kaunseling peribadi denganpsychotherapist, hubungan interpersonal yang digunakan untuk membantu klien atau pesakit yang menghadapi masalah-masalah hidup.

Rawatan yang biasa digunakan dalam Psikoterapi Perbualan terapi: Cara ini menawarkan sokongan dan kaunseling daripada pakar psikiatri atau pakar psikologi.

Pengurusan Tekanan: Tekanan boleh memburukkan keadaan. Rawatan pengurusan tekanan membantu pesakit untuk memahami perkaitan antara tekanan dan kesakitan serta mengajar mereka cara-cara untuk mengurangkan

Internet http://pengajianam900.forumotion.com/t12 85-ada-soalan-tentang-sains-sukan http://www.scribd.com/bro%20sayo/d/3638 8358-Kecederaan http://upload.nsc.gov.my/files/kejurulatihan /SAINS%20SUKAN%20TAHAP%20I%202 011.pdf

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai