Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Dokuman Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Kurikulum Standard Sekolah Rendah digubal adalah bertujuan memberikan penekanan
kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang difikirkan perlu diketahui
dan boleh dilaksanakan oleh murid dengan baik. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran adalah berpaksikan kepada Kemahiran-kemhairan bahasa itu dan sistem
bahasa itu sendiri dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum termasuk aspek seni
bahasa.



1.1 Kemahiran Bahasa
Apabila berbicara tentang kemahiran bahasa, ia merupakan teras kepada Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Merujuk kepada kemahiran bahasa,
di dalamnya meliputi empat kemahiran seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Melihat kepada kemahiran mendengar, ia
merujuk pada keupayaan mendengar secara teliti seseorang murid tersebut, selain itu
memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan serta dapat memberikan tindak balas terhadap apa yang didengar. Kemahiran
bertutur pula merujuk pada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan,
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Bahasa Malaysia merujuk pada
aspek:
Kemahiran Bahasa
Seni Bahasa Sistem Bahasa
menyampaikan sesuatu maklumat yang diperoleh dari satu sumber atau pihak, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul sangat ditekankan dalam kemahiran
bertutur.
Kemahiran membaca merujuk pada penumpuan terhadap kemahiran bahasa
disamping penggabung jalinan kemahiran bahasa yang lain. Selain itu kemahiran membaca
ini merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
bacaan dengan betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai sumber atau bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik bahasa dan
keupayaan murid dalam menghayati teks yang dibaca. Berkisar tentang kemahiran menulis
pula, ia merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis, tanda
baca,ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan krativiti mereka untuk menghasilkan penulisan yang berunsur pengtahuan
dan imaginasi.
1.2 Seni bahasa
Modul seni bahasa merujuk kepada aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan
dalam bahasa Melayu yang perlu dan dikuasai dan difahami oleh murid. Penguasaan aspek
seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa
yang indah. Melalui pembelajran seni bahasa ini, murid dapat menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi
teknik yang menarik. Pembelajaran aspek seni bahasa merupakan pembelajran yang
menyeronokankan yang berbentuk didik hibur.
1.3 Sistem bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa,sistem ejaan, sebutan, intonasi, kosa
kata, dan peribahasa. Perlaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menjadikan murid mahir dan dapat mengamalkan penggunaan bahasa Melayu baku.
Bercakap tentang tatabahasa, ia berkisarkan tentang kandungan yang terdapat dalam
tatabahasa tersebut iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi menerangkan berkenaan bidang
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur ialah susunan
bentuk bunyi ujaran yang menjadi unit bahasa yang bermakna dan merujuk kepada pola
suku kata seperti kata asli bahasa Melayu dan kata asli linjaman bahasa Melayu. Manakala
bentuk kata pula merujuk pada unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau dari hasil
pengimbuhan, pemajkukan atau penggandaan yang terdiri daripada kata tunggal, kata
ganda, kata majmuk dan kata terbitan.
Golongan kata pula ialah proses pembentukan kata yang meliputi pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata terdiri daripada kata kerja, kata nama, kata
adjektif dan kata tugas. Sintaksis pula merujuk pada bidang ilmu yang mengkaji struktur,
bentuk serta binaan ayat. Dalam kata lain bidang sintaksis adalah kajian tentang hukum
atau rumus tatabahasa. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti unsur utama
yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaanya serta pembahagian aspek
subjek dan prediket. Selain itu, jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan
ayat seruan. Ragam ayat pula seperti ayat aktif dan ayat pasif.Susunan ayat seperti
susunan biasa atau sonsang. Seterusnya binaan ayat seperti ayat dasar, ayat tunggal, ayat
terbitan atau majmuk dan akhir sekali proses ayat terbitan iaitu proses penggantian,
pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.
Berbicara tentang penggunaan tanda baca, ia adalah penting untuk dikuasai dalam
komunikasi tulisanuntuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat Penggunaan
tanda baca secara betul dapat mewakili intonasi dalam pembacaan dan penulisa Perkara
yang diberi penekanan ialah berkenaan dengan pola keselarasan huruf vokal, Selain itu,
ejaan kata pinjaman dan juga ejaan kata tunggal dan kata terbitan. Sebutan dan intonasi
diajar adalah bertujuan supaya murid dapat menyebut perkatan dengan betul serta
memahami intonasi dan jeda. Merujuk pada sebutan, ia diajarkan supaya murid dapat
menyebut sesuatu sesuatu kata dengan betul.Manakala intonasi menerangkan pengajaran
intonasi yang betul perlu mengikut pola yang diberikan iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, seruan, ayat terbalik atau songsang, ayat aktif dan ayat pasif. Kosa kata terdiri
daripada kata umum dan istilah. Penguasaan terhadap kosa kata perlu dipertingkatkan dan
dikembangkan agar murid dapat menyingkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan
penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipeljari. Manakala peribahasa pula ia
meliputi simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, perbilangan dan kata-kata
hikmat yang perlu diajar dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
2.0 Pengisian Kurikulum sebagai Kemahiran Bernilai Tambah.
Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur yang
diserap dalam setiap mata pelajaran. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam
standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan
masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara yang berikut:



2.1 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin digunakan untuk perkembangkan
ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.
Pelbagai ilmu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran
Penyerapan ilmu merujuk pada proses menyatukan isi dan kandungan daripada
beberapa pelajaran sebagai contoh :
Mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 1 mengandungi topik Mengenal
Nombor. Hal ini menunjukkan berlakunya penyerapan ilmu Matematik.



Pengisian Kurikulum
sebagai Kemahiran Bernilai
Tambah
Ilmu
Nilai
Peraturan
sosiobudaya
Kewarganegaraan
2.2 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan
melahirkan insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu,
penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi dan
berkeperibadian luhur.
Aspek nilai turut diserapkan ketika pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran.
Penyerapan bertujuan melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia.
Penyerapan akan membentuk generasi yang mempunyai keperibadian terpimpin.
Nilai-nilai murni bersifat global dan selaras dengan agama, budaya, dan norma
masyarakat.
Nilai- nilai tersebut ialah :
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat menghormati
Kasih saying
Keadilan
2.3 Peraturan Sosiobudaya
Secara umumnya, mayarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup
dengan adanya perturan serta amalan hidup yang tertentu. Berkaitan dengan penerangan
masyarakat ini, dapatlah ditakrifkan bahawa sekolah itu adalah sebuah masyarakat. Oleh
itu, sistem pendidikan sekolah terikat dengan peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi
murid.
Peranan sekolah sebagai masyarakat kecil serta peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi
seperti berikut:
Murid- murid dan guru menjadi masyarakat kecil.
Pihak pentadbir menjadi pemimpinnya.
Sekolah juga sebagai masyarakat.
Mempunyai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi.
Pelbagai adat resam terdapat dalam sekolah.
Persamaan antara anggota masyarakat dan anggota sekolah adalah nyata.
Struktur pentadbiran dalam sesebuah masyarakat adalah teratur begitu juga dengan
pentadbiran di sekolah.
Sistem demokrasi diamalkan dan menjadi pegangan dalam kebanyakkan
masyarakat begitu juga sesebuah sekolah dimana pemimpin pelajar adalah dipilih
melalui sistem pengundian yang sah dan tidak mempunyai berat sebelah.



Rajah 2.3: Peraturan Sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Melayu








PERATURAN
SOSIOBUDAYA
Peribahasa
Kesatuan
Bahasa
Laras Bahasa
3.0 Pengajaran dan Pembelajaran mengaplikasikan Pengisian Kurikulum sebagai
Kemahiran bernilai tambah dan strategi pengajaran dan pembelajaran berteraskan Standard
Pembelajaran Bahasa Melayu (KSSR) :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU (SK)

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 2 Dedikasi
Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi
Bilangan murid : 40 orang
Tema : Cerita Dongeng Rakyat Dahulu
Tajuk : Si Luncai dengan Labu- labunya
Tarikh : 22 Ogos 2013

Standard Kandungan :
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
minat membaca.

Standard Pembelajaran :
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan
meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul.
Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita
Si luncai dengan labu- labunya

Sistem Bahasa
Kosa kata : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.
Tatabahasa : Kata adjektif
Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis.


Pengisian kurikulum
Ilmu : Sastera
Nilai : Berfikir dahulu sebelum berkata

Kemahiran bernilai tambah (KBT)
Belajar cara belajar
Kecerdasan pelbagai
i. kemahiran berfikir

Elemen Merentasi Kurikulum
Kreatif dan Inovasi Penjanaan idea

Bahanbantu mengajar (BBM)
Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada
Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Tajuk : cerita dongeng
rakyat.dahulu

Set induksi (5 minit)
Murid diminta menyatakan tajuk-
tajuk cerita haiwan dan cerita
rakyat yang diketahui.
Guru menyatakan bahawa setiap
cerita mempunyai pengajaran
tertentu.
BBM : Buku Cerita
Nilai : Keyakinan
KBT : Kemahiran
Berfikir
Teks cerita
Si Luncai dengan labu-
labunya

Penilaian Kemahiran
Membaca Mekanis
Langkah 1 (20 minit)
Murid diedar teks cerita Si
Luncai dan labu-labunya
Murid ditunjukkan cara membaca
cerita dengan kelancaran, sebutan
dan intonasi yang betul.
Murid membaca teks cerita secara
bergilir-gilir.
BBM : Teks cerita
Nilai : Berfikir dahulu
sebelum berkata
KBT : Belajar Cara
Belajar
Guru mengambil markah untuk
tujuan penilaian membaca secara
mekanis.

Tatabahasa
Kata Adjektif
Perkataan
Berlawanan
(antonim)
Langkah 2 (10 minit)
Murid diterangkan tentang
maksud kata adjektif.
Dalam kumpulan, murid diminta
mencari perkataan adjektif yang
terdapat dalam teks.
Murid mencari perkataan antonim
dengan kata adjektif yang telah
dicari dalam teks dan diisi dalam
lembaran kerja.
Wakil setiap kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan di hadapan kelas.
BBM : teks cerita,
lembaran kerja.
Nilai : kerjasama,
berani.
KBT : KBCB, KB

Menyusun urutan
cerita.
Nilai yang terdapat
dalam cerita.
Langkah 3 (10 minit)
Murid diedar ayat yang tidak
tersusun tentang cerita Si Luncai
dengan Labu-labunya .
Murid menyusun ayat tersebut
secara berpasangan dan
membuat kesimpulan tentang
cerita tersebut.
Beberapa orang murid tampil ke
hadapan kelas untuk menyusun
ayat-ayat yang betul mengikut
urutan cerita di papan tulis.
Murid membuat kesimpulan cerita
dengan membacakan nilai yang
terdapat dalam cerita tersebut
dengan bantuan guru.



BBM : lembaran
kerja, kad ayat.
Nilai : Berfikir dahulu
sebelum berkata
KBT : KBCB
Pemulihan Langkah 4 (10 minit)
Pemulihan: Mengeja dan membaca
kata adjektif dan antonimnya.




BBM : Kertas Manila
Penutup Kognitif:
Soal jawab
Apakah perkara
penting yang
perlu dikuasai
dalam
pembacaan
mekanis?
Apakah kata
adjektif yang
terdapat dalam
cerita?
Apakah nilai
yang kamu
peroleh dalam
cerita?
Penutup (5 minit)
Murid menjawab setiap soalan
yang disampaikan oleh guru.
Guru merumuskan pengajaran
dan pembelajaran.
BBB : Kertas A4
Nilai : Berfikir dahulu
sebelum berkata
KBT : KBCB.









RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (SK)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Fikir
Masa : 9.15 10.15 pagi
Bilangan Murid : 40 orang
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Habitat Haiwan
Tarikh : 20 Ogos 2013

Standard Kandungan :
2.2 - Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Standard Pembelajaran :
2.2.2 - Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi
perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul.

Objektif :
Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada
paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air
dan di kedua-duanya.
Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.

Sistem Bahasa :
Kemahiran bahasa :
Lisan dan Membaca
Tatabahasa :
Morfologi
Kata Nama
Kosa Kata : buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.

Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Sains
Nilai - Kerjasama dan Berdisilin

Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai

Elemen Merentas Kurikulum :
Kreativiti

Bahanbantu mengajar (BBM)
Teks, Telefon Guru, Gambar haiwan, kertas A4

Pengetahuan sedia ada:
Murid sudah mengenali haiwan

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah/
Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
( 5 minit )
Beberapa bunyi haiwan
dimainkan oleh guru
-kucing
-ayam
-kuda
-burung
1.Murid meneka beberapa bunyi
haiwan yang dimainkan oleh
guru.





BBM : Bunyi
Binatang (MP3)
Telefon Guru

KBT:
Kemahiran
Berfikir
Langkah 1
(20 minit)
Gambar habitat
haiwan:

-Haiwan yang hidup di
darat.

-Haiwan yang hidup di
dalam air.

-Haiwan yang boleh
hidup di darat dan di
dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat
gambar haiwan yang telah
disediakan oleh guru.

2. Guru menyoal beberapa
soalan-soalan mudah kepada
murid untuk memastikan tahap
kefahaman murid.

3. Secara berpasangan murid
diminta untuk menceritakan
tentang gambar yang telah
dilihat iaitu berkenaan Habitat
Haiwan.

BBM:
-Gambar habitat
haiwan


BCB :
Kemahiran
Lisan

Kemahiran
Berfikir:
-Menilai dan
mentaksir


Langkah 2
(10 minit)
1.Murid membaca kuat
perkataan dan ayat
dengan sebutan dan
intonasi yang betul .

2.Guru membimbing
murid membaca
dengan betul.

3.Murid menjawab
soalan-soalan yang
disediakan guru.





1.Guru membaca kuat
perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul
dan diikuti oleh murid.

2.Kemudian guru memilih
seorang murid untuk membaca
kuat dan rakan-rakan yang lain
perlu mengikut murid tersebut.

3.Aktiviti ini diteruskan dengan
memilih murid yang lain untuk
membaca secara kuat dan
rakan-rakan lain perlu
mengikutnya.

4.Setelah selesai aktiviti
membaca, murid diminta untuk
menjawab beberapa soalan
yang telah disediakan.
BBM:
-Teks ayat

BCB:
-Kemahiran
bacaan mekanis
-Kemahiran
mencari
maklumat




Langkah 3
(20 minit)
1.Murid mengelaskan
haiwan mengikut
habitatnya di dalam
petak yang telah
disediakan.

2.Murid melukis dan
mewarna gambar
tersebut mengikut
kreativiti masing-
masing.

3.Guru memberi
bimbingan dan
memantau aktiviti
murid.

1.Guru mengedarkan kertas
yang mengandungi petak-
petak darat sahaja, air sahaja
serta darat dan air.


2.Murid diminta untuk
memenuhkan petak-petak
tersebut dengan melukis
gambar haiwan mengikut
habitatnya.

3.Kemudian, murid dikehendaki
mewarnakan gambar tersebut
mengikut kreativiti masing-
masing.

BBM:
Lembaran Kerja


Penutup
(5minit)
Murid membuat
rumusan tentang tajuk
pelajaran dengan
bantuan guru.
1. Murid dibimbing merumuskan
perkara yang dipelajari.

2.Murid menyenaraikan nilai
murni yang telah diperoleh hasil
daripada pembelajaran mereka.

3.Murid menyayikan lagu yang
telah disediakan bersama-sama
guru

BBM:
Kertas A4

Nilai Murni:
Cintai dan
sayangi haiwan.






RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU (SK)

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 2 Dedikasi
Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi
Bilangan murid : 40 orang
Tema : Cerita Dongeng Rakyat Dahulu
Tajuk : Si Luncai dengan Labu- labunya
Tarikh : 22 Ogos 2013

Standard Kandungan :
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
minat membaca.

Standard Pembelajaran :
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan
meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul.
Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita
Si luncai dengan labu- labunya

Sistem Bahasa
Kosa kata : miskin, bakhil, gelagat.
Tatabahasa : Kata adjektif
Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis.


Pengisian kurikulum
Ilmu : Sastera
Nilai : Berfikir dahulu sebelum berkata

Kemahiran bernilai tambah (KBT)
Belajar cara belajar
Kecerdasan pelbagai
i. kemahiran berfikir

Elemen Merentasi Kurikulum
Kreatif dan Inovasi Penjanaan idea

Bahanbantu mengajar (BBM)
Teks cerita, kad ayat, kertas A4, kertas manila dan lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada
Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Tajuk : cerita dongeng
rakyat.dahulu

Set induksi (5 minit)
Murid diminta menyatakan tajuk-
tajuk cerita haiwan dan cerita
rakyat yang diketahui.
Guru menyatakan bahawa setiap
cerita mempunyai pengajaran
tertentu.
BBM : Buku Cerita
Nilai : Keyakinan
KBT : Kemahiran
Berfikir
Teks cerita
Si Luncai dengan labu-
labunya

Penilaian Kemahiran
Membaca Mekanis
Langkah 1 (20 minit)
Murid diedar teks cerita Si
Luncai dan labu-labunya
Murid ditunjukkan cara membaca
cerita dengan kelancaran, sebutan
dan intonasi yang betul.
Murid membaca teks cerita secara
bergilir-gilir.
Guru mengambil markah untuk
tujuan penilaian membaca secara
mekanis.
BBM : Teks cerita
Nilai : Berfikir dahulu
sebelum berkata
KBT : Belajar Cara
Belajar

Tatabahasa
Kata Adjektif
Perkataan
Berlawanan
(antonim)
Langkah 2 (10 minit)
Murid diterangkan tentang
maksud kata adjektif.
Dalam kumpulan, murid diminta
mencari perkataan adjektif yang
terdapat dalam teks.
Murid mencari perkataan antonim
dengan kata adjektif yang telah
dicari dalam teks dan diisi dalam
lembaran kerja.
Wakil setiap kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan di hadapan kelas.
BBM : teks cerita,
lembaran kerja.
Nilai : kerjasama,
berani.
KBT : KBCB, KB

Menyusun urutan
cerita.
Nilai yang terdapat
dalam cerita.
Langkah 3 (10 minit)
Murid diedar ayat yang tidak
tersusun tentang cerita Si Luncai
dengan Labu-labunya .
Murid menyusun ayat tersebut
secara berpasangan dan
membuat kesimpulan tentang
cerita tersebut.
Beberapa orang murid tampil ke
hadapan kelas untuk menyusun
ayat-ayat yang betul mengikut
urutan cerita di papan tulis.
Murid membuat kesimpulan cerita
dengan membacakan nilai yang
terdapat dalam cerita tersebut
dengan bantuan guru.






BBM : lembaran
kerja, kad ayat.
Nilai : Berfikir dahulu
sebelum berkata
KBT : KBCB
Pemulihan Langkah 4 (10 minit)
Pemulihan: Mengeja dan membaca
kata adjektif dan antonimnya.




BBM : Kertas Manila
Penutup Kognitif:
Soal jawab
Apakah perkara
penting yang
perlu dikuasai
dalam
pembacaan
mekanis?
Apakah kata
adjektif yang
terdapat dalam
cerita?
Apakah nilai
yang kamu
peroleh dalam
cerita?
Penutup (5 minit)
Murid menjawab setiap soalan
yang disampaikan oleh guru.
Guru merumuskan pengajaran
dan pembelajaran.
BBB : Kertas A4
Nilai : Berfikir dahulu
sebelum berkata
KBT : KBCB.









Refleksi
Alhamdulillah syukur, tugasan yang saya terima telah dapat saya siapkan dengan
jayanya. Banyak dugaan dan cabaran yang saya hadapi dalam proses menyiapkan
tugasan untuk subjek BMM3101 Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Dalam tugasan bagi subjek ini saya perlu menghasilkan kerja kursus projek yang
bertajuk Pengajian Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Banyak aspek yang
perlu saya rungkai dalam menyiapkan tugasan ini antaranya ialah saya perlu
menghuraikan dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia dengan
merujuk kepada aspek Kemahiran Bahasa, aspek seni bahasa, dan sistem bahasa dan
semua itu perlu saya hasilkan dalam bentuk essei dan ia menguji mental saya kerana
terlalu banyak yang perlu saya lakukan dan fikirkan bagi menghasilkan essei yang baik
berpandukan soalan yang diberi. Daripada kajian yang saya lakukan berdasarkan soalan
yang diberikan itu, dari sini saya dapat mengetahui apa itu kemahiran bahasa.
Kemahiran bahasa ialah ia merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia dan pendekatan modular. Merujuk kepada kemahiran bahasa, di dalamnya
meliputi empat kemahiran seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Manakala seni bahasa pula menerangkan tentang
keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan
menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian
aktiviti secara didik hibur. Seterusnya, sistem bahasa pula merujuk kepada tatabahasa,
sistem ejaan, sebutan, intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Perlaksanaan sistem
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menjadikan murid mahir dan dapat
mengamalkan penggunaan bahasa Melayu baku. Selain itu, saya juga perlu membuat
pembacaan dan melaksanakan kajian pustakaan tentang Pengisian Kurikulum sebagai
Kemahiran Bernilai Tambah dan perlu menulis dapatan daripada pembacaan dan kajian
yang dibuat dalam bentuk nota ringkas dan pengurusan grafik yang menarik dan
berkesan. Antara lain, saya perlu menulis langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti bagi mengaplikasikan sekurang-
kurangnya dua aspek Pengisian Kurikulum sebagai Kemahiran Bernilai Tambah dan dua
strategi pengajaran berteraskan KSSR. Berikutan dengan itu, secara tidak langsung
saya dapat belajar bagaimana untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan
pembelajaran. Akhir sekali, daripada kajian dan pembacaan bagi menhasilkan kerja
kursus ini secara tidak langsung banyak ilmu baharu yang saya pelajari dan saya
ketahui. Oleh itu, saya akan gunakan ilmu ini sebagai penambahan ilmu saya dan akan
saya manfaatkan pengalaman dan ilmu yang saya perolehi ini pada masa hadapan.
Rujukan
Buku:
Faridah binti Nazir dan Tuah Jah binti Tuan Yusof (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Internet :
http://amymelakarockers.blogspot.com/2009/10/kemahiran-kemahiran-bahasa.html
http://www.slideshare.net/nshashari/06-aspek-seni-bahasa
http://samsiahghani.blogspot.com/2012/12/aspek-seni-bahasa-dalam-kssr.html
http://qcikgubm.blogspot.com/2011/08/sistem-bahasa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai