Anda di halaman 1dari 58

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Pendidikan juga


merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi manusia dengan persekitarannya
seperti sekolah, tempat berkerja serta institusi masyarakat lain. Oleh sebab pendidikan
adalah suatu proses menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang
tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan
fizikal, sosial dan rohani manusia.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, nadi perpaduan
bahasa pengantar utama , dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari
setiap murid di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran ini diajar untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Kandungan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa .

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa
dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain
itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain
di

samping

mengembangkan

kemahiran

berfikir

secara

kritis

dan

kreatif.

Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK)

dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor

pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang
seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.
(Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggungjawab
dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam
kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul.

MATLAMAT
Matlamat

Kurikulum

Bahasa

Melayu

Sekolah

rendah

adalah

untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk


memenuhi keperluan diri dalam urusan harian , perhubungan social dan memperoleh
ilmu.

Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan
secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa
terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan
penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan

kata

ialah

proses

menjeniskan

perkataan

berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek
morfologi yang diberi tumpuan adalah Struktur kata yang merujuk kepada pola suku
kata bagi kata asli bahasa Melayu serta kata pinjaman bahasa Melayu

Bentuk kata pula terdiri daripada kata tunggal ,kata terbitan,kata majmuk dan
kata ganda.Dalam Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah pengimbuhan,
penggandaan dan pemajmukan.Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang
amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu,penekanan hendaklah
diberi pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna .

Bidang morfologi yang terakhir ialah golongan kata.Golongan kata terdiri


daripada kata nama, kata kerja,kata adjektif serta kata tugas.
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Ini bermakna,bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan danpenyusunan perkataan
atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah unsur utama yang terdiri
daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan
predikat.Selain itu,jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat
seruan.
Disamping itu,ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif serta susunan ayat, iaitu
susunan biasa dan songsang juga diberi tumpuan.Tumpuan lain ialah binaan dan
proses penerbitan ayat binaan seperti ayat dasar,ayat tunggal,ayat terbitan atau ayat
majmuk.Aspek tanda baca juga merupakan aspek sintaksis yang perlu diberikan
tumpuan.

2.0 Sistem Ejaan


Dalam sistem ejaan 3 perkara yang ditekankan .Antaranya pola keselarasan
huruf vokal,ejaan kata pinjaman serta ejaan kata dasar dan kata terbitan.

3.0 Sebutan dan Intonasi


Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut dengan betul
serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal
pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid
dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang
diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.Sebutan diajarkan supaya
murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul.
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat seperti
jenis ayat ,susunan ayat ragam ayat.Jenis ayat adalah ayat penyata, ayat Tanya,ayat
seruan dan ayat perintahSusunan ayat pula adalah ayat biasa dan ayat songsang
Manakala ragam ayat ialah seperti ayat aktif dan ayat pasif.Pola intonasi bagi ayat yang
panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4.0 Kosa kata


Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata
perlu dipertingkat dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata
pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan
perbilangan serta kata-kata hikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan
Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat dan bahasa kiasan hendaklah
mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan


daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan
kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

1.0 Ilmu Pengetahuan


Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya bidang
sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa
dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk
melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.Selain itu, penghayatan dan
amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi
dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara
pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya
dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan
globalisasi.

Nilai murni ini ialah :


01.Baik hati
02.Kejujuran
03.Berdikari
04.Kerajinan
05.Hemah tinggi
06.Kerjasama
07.Hormat-menghormati
08.Kesederhanaan
09.Kasih sayang
10.Kesyukuran
11.Keadilan
12.Patriotisme
13.Kebebasan
14.Rasional
15.Keberanian
16.Kebersihan fizikal dan mental
17.Semangat bermasyarakat

3.0 Kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di
samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik
dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan


bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan banyak kemahiran untuk memenuhi


kehendak pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara
yang dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah
pendidikan kebangsaan. Kemahiran bernilai tambah merupakan aspek yang sangat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran supaya
bernilai tambah adalah kemahiran yang diajarkan di

berjalan lancar. Kemahiran


bilik darjah serta dapat

diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia global. Kemahiran ini yang
merangkumi pelbagai sub kemahiran di bawahnya dapat membantu meningkatkan
keupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek.
Definisi
Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagai
kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai
kualiti, kadar atau taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apa
saja bentuk entiti dan tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu
yang lain supaya menjadi lebih banyak.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah ialah
kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana
dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai ini
melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Berdasarkan kepada definisi yang
diberikan oleh beliau ini, dapat kita fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini
merupakan sebarang kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid dalam
membantu

meningkatkan

keupayaan

dan

potensi

individu

seseorang

murid.

Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-murid


seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk
diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian
murid.

Tuan Jah Tuan Yusof (2011) juga bersependapat dengan Kamarudin Hj. Husin
(1995) berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definisi
yang sama seperti takrifan sebelumnya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambah
ialah kemahiran yang diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaan
dunia sebenar. Hanya, beliau menambah bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah
sama dengan kemahiran generik yang menjadi kemahiran yang dinamakan sebagai
kemahiran bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan dan
teknik serta kaedah tertentu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Di sini, dapat kita fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambah
merupakan kemahiran yang menjadi nilai tambah atau dapat digunakan oleh murid
dalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan serta kebolehan diri mereka.
Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadapati daripada kemahiran generik
dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran yang
bersesuaian.
Berdasarkan definisi yang telah diberikan berkaitan kemahiran
bernilai tambah ini, dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kita
iaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkan
kepada murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkan
keupayaan dan potensi diri mereka untuk kemajuan diri.

KOMPENAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Menurut

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) , untuk menerapkan

kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa komponen
dalam kemahiran bernilai tambah

Komponen-komponen inilah

disebut sebagai

kemahiran bernilai tambah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi teknik dan kaedah pengajaran tertentu.
Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti dalam rajah
berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam
bahasa Melayu.

Kemahiran Berfikir

Kemahiran
Kecerdasan Pelbagai

Kemahiran Pembelajaran
konstruktivisme

Kemahiran Belajar Cara Belajar

KOMPONEN-KOMPONEN
KEMAHIRAN BERNILAI
TAMBAH

Kemahiran Pembelajaran
kontekstual

Kemahiran Kajian
Masa Depan

Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi

Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Dalam Konteks Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP),seperti yang dinyatakan dalam


Buku Kecedasan Pelbagai yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Howard Gardener mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut:
An intelligence is the ability to solve problem or to create products that are valued
within one or more cultural settings.
Frames of Mind 1983

Menurut Howard Gardener, Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) bukan sahaja


meluas keluarga kecerdasan,malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang
releven dalam pendidikan hari ini.Manakala Linda Chambell,Bruce Chambell dan Dee
Dikson melihat dan merumuskan definisi Howard Gardener sebagai sesuatu kebolehan
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam keluarga.Selain itu,ianya boleh menjana
masalah baru untuk diselesaikan.Akhirnya bolehlah dikatakan sesuatu kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhdmatan yang bernilai dalam lingkungan
sesuatu budaya.
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,
kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
Jenis-jenis kecergasan yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai
ialah seperti dalam jadual di bawah berikut.

Jenis

Huraian

Kecerdasan

Verbal Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan


dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat,
menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

Logik matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak


berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip
sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Visual-ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna


dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea

Kinestetik

visual dan ruang secara grafik.


Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan
dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

Muzik

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan


mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan
tempoh dalam melodi dengan mudah.

Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat


orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak
secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti
menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,


hasrat

dan

kehendak,

termasuklah

kemahiran

bagaimana

seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan

ini juga membantu individu menangani perasaan, beradap sopan,


serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
Naturalis

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan,


galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta
pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan
kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pekaian dan
makanan.
Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran


adalah untuk menyokong besepadu yang menyuluruh selaras Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan keperluan murid. Teori Kecerdasan Pelbagai membantu guru untuk
menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Teori Kecerdasan Pelbagai
membantu untuk meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari
bahawa potensinya tidak batas. Teori Kecerdasan Pelbagai juga meningkatkan harga
diri

kreativiti

,dan

menyeronokkan. Teori

motivasi

melalui

Kecerdasan

pengajaran

Pelbagai

juga

dan

pembelajaran

menggalakkan

inovasi

yang
dan

penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Teori Kecerdasan
Pelbagai mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah serta mempelbagaikan cara
penilaian. pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian
dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.
KEMAHIRAN BERFIKIR

Berdasarkan kepada pendapat beberapa orang pakar seperti di bawah ,


kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan
keputusan atau menyelesaikan masalah.

melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda


atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
(Mayer, 1977)
merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
(Fraenkel, 1980)
ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau
membuat penentuan.
(Beyer, 1991)
Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat) pula , kemahiran dinyatakan sebagai
kecekapan

atau

kepandaian

tentang

sesuatu

perkara.Berfikir

pula

dikatakan

mengunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), kemahiran berfikir adalah apa sahaja
proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang
kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens
atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang
standard. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir merupakan
sebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam minda kita.
Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang dihasilkan
dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses penjanaan
atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.
Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa
kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan

masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya
murid pada masa depan
Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa ialah:

1. mencirikan
2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan
3. menghubungkaitkan
4. membandingkan dan membezakan
5. menyusun mengikut keutamaan
6. menentukan urutan
7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu
8. membezakan fakta (Menurut dalam bukunya, )
9. menganalisis
10. mengesan kecondongan pendapat
11. mengenalpasti sebab dan akibat
12. meramalkan
13. mensintesiskan
14. mengitlak
15. menganalogikan
16. membuat inferens
17. membuat kesimpulan
18. menginterpretasikan, mentafsirkan
19. menilai

20. menjana idea


21. mereka cipta
22. merumuskan, meringkaskan
23. menyelesaikan masalah
24. membuat keputusan
.
Kita dapat simpulkan bahawa Kemahiran Berfikir (KB) Kemahiran berfikir dapat
membantu murid dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau
membuat keputusan untuk kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan yang
penuh dengan cabaran.Akhirnya, pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara
efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh
Kementerian Pelajaran.

KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk mendidik


generasi baru untuk bersiap sedia menghadapi cabaran dan perubahan yang bakal

dihadapi.Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan juga merupakan strategi secara


saintifik yang yang dibina bagi menambahakan keupayaan dan kebolehan murid dalam
menghadapi pelabagai jenis cabaran kehidupan dan membuat keputusan.

Dalam

Kamus

Dewan

(Edisi

Keempat),Kajian

dinyatakan

sebagai

kegiatan,proses atau usaha mengkaji.Masa pula dikatakan waktu atau ketika .Manakala
depan dimaksudkan sebagai hadapan.Jadi Kajian Masa Depan adalah sesuatu usaha
untuk mengharungi cabaran pada waktu hadapan seseorang murid.

Menurut Mok Soon Sang (2004), kajian masa depan bertujuan untuk mendidik
generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan masa dan kehendak.
Kajian masa depan membantu generasi ini untuk menyedari bahawa masa depan akan
berubah dengan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang
masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan,
rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan.
Pengajaran masa depan membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli
masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan.

Secara Kesimpulanya, dapatlah kita simpulkan Kajian masa depan ialah satu
pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini
bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan
perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.Akhirnya pelajar mampu

membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek


pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Dalam Kamus Dewan (1966), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan atau


kepandaian tentang sesuatu perkara.Teknologi pula dikatakan sebagai aktiviti atau
kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis.Maklumat pula

dimaksudkan sebagai makluman atau pemberitahuan dan pengumumnan.Seterusnya


komunikasi dinyatakan sebagai sejenis perhubungan secara langsung atau dengan
perantaraan.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran bermaksud menggunakan
ICT secara berfikrah,terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.Melalui penggunaan ICT
secara berfikrah,terancang, dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran
dan pengajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran.Selain itu , Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran juga
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan .Ia juga dapat meningkatkan motivasi murid serta membolehkan
pembelajaran bersendiri.
Berdasarkan pendapat Mok Soon Sang (2004), kemahiran ini perlu dikuasai
sejajar dengan perkembangan konsep world class education. Tujuan guru mengajar
kemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan
mahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini
perlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik
Internet,dan bilik studio (video conferencing). Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan
kepada aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang
lebih mencabar minda murid.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid
supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti

menghantar

dan

menerima

e-mel,

menggunakan

aplikasi

perisian

dalam

menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet.


Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran iaitu:

TMK untuk pembelajaran tutorial


Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan
sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan
pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem.
Pembangunan perisian kini ,mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem
tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat
mengikut

tahap

keupayaan

murid.

TMK untuk tujuan penerokaan.


Penggunaan

TMK

secara

penerokaan

yang

berasaskan

pendekatan

konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses


maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh
murid

sendiri.

TMK sebagai alat aplikasi.


Murid

berupaya

menggunakan

perisian

untuk

membuat

tugasan

dan

menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik,


perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan,

tesaurus

dan

sebagainya.

TMK sebagai alat pemudah komunikasi.


Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat
dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan
dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.
Secara kesimpulanya, Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan
kepada

murid

supaya

mereka

dapat

menggunakan

komputer

untuk

tujuan

komunikasiseperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian


dalam

menyempurnakan

tugasan

harian,

dan

mengakses

maklumat

melalui

internet.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif


bersesuaian

dengan

penekanan

aspek

pembelajaran

sepanjang

hayat

oleh

Kementerian Pelajaran.

Konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan


cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian
para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya
menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina
pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya


menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan
Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda murid. Unsur-unsur konstruktivisme


telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta
pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme
berasaskan format 5E yang berikut:

Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan


tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.

Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan,


menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.
Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan,
meminta bukti dan alasan dan penjelasan.

Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat


dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung

kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.

Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau


pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan
mengemukakan soalan terbuka.

Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin


dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang
hayat. Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan
kepada pengetahuan sedia ada.
Kesimpulannya ,Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Akhirnya,pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian
dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman


harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan dikatakan sebagai Pembelajaran
Kontekstual.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran Kontekstual hanya berlaku apabila murid

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda mereka. Jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai
dengan

bermakna kepada murid Pembelajaran Konteksual akan menjadi lebih

berkesan Pembelajaran Konteksual akan menjadi lebih berkesan. Bagi menghasilkan


pembelajaran yang berkesan penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran
pembelajaran
Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman
harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan.
Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:
1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai.
2. berpusatkan murid
3. menekankan pembelajaran secara konkrit
4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir
5. menekankan interaksi
6. pembelajaran koperatif
7. akses kepada maklumat
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan
baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.

Kesimpulannya,teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan


berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara
yang bermakna kepada mereka.Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam
konteksdengan

membuat

hubung

kait

yang

bermakna

dan

relevan

dengan

persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian


aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau
kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam
konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran
kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang
hayat oleh Kementerian Pelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a.Pendekatan Berpusatkan Murid


Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu
haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai
kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina
keyakinan berbahasa.

b.Kepelbagaian Teknik

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai


kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu
belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

c.Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku
rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif .

d.Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Pendidikan

Bahasa

Melayu

sekolah

rendah

menekankan

penggunaan

tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu
merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah.

e.Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan


membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus
membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan
menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh
dilaksanakan melalui penyerapan.

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep


penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras
dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini

juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat


digabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.

b. Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai
tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam
pelbagai mata pelajaran.

c. Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah
Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat,
dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan,
kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai
kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa
yang ditentukan.

d. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran
asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program
ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh

digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.


Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran
.
e. Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis
tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis
aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagai


kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara.Perkataan belajar bermaksud
memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara
keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yang dimaksudkan ialah perubahan
yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu, belajar juga bermaksud
satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang

membawa kepada perubahan pengetahuan dan kebolehan .Manakala cara ditakrifkan


sebagai aturan sistem jalan untuk membuat sesuatu.
Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila
berubahnya pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini
biasanya disedari oleh diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang
berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak
sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup
seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah
individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu
yang memberatkan pemikiran.
Kemahiran Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran
memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu
belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya
berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan
kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam
pelajaran.
Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini
menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu,
pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan
penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan

membantu pelajar supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa
guru.Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga mampu menilai tahap
pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkan
prestasinya dalam pelajaran.
Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba
diterapkan oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah) dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu) iaitu meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,
kemahiran menulis dan mencatat nota dan kemahiran menghafal

1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami
perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea
yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam
perbualan

harian

atau

situasi

sememangnya saling berkaitan.

formal.

Kemahiran

mendengar

dan

bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai
oleh pelajar. Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini kerana
menganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaan
dalam pelajar. Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam
perbincangan di dalam atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset.
Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses
komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar
perlu menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi
perhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu
mengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari
Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau
pengetahuan daripada perkara yang didengar. Tidak kira siapapun penyampainya, yang
pentingnya ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberi penjelasan
tentang sesuatu yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahami hal tersebut..
Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan
perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Caranya,
pelajar perlu mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap
perkara yang diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru
tentang sesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.
Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi
jawapan. Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi

pelajaran. Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakanrakan bagi memperoleh maklumat yang dikehendaki.
Kemahiran Membaca
Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu
pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu
bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.
Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:
a. Skimming
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran
keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya,
apabila kita membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi
perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat
dalam surat khabar tersebut.
Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal.
Kebanyakan

orang

melakukan

pembacaan

secara

skimming

apabila

mereka

mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran
skimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika
mencari maklumat atau informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau
bacaan buku rujukan. Skimming amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika
pelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar perlu membuat pembacaan

secara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan
pelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang ingin diperoleh oleh pelajar.

Ada terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming. Pelajar
boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh
membaca perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks. Selain itu, baca juga
hanya ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama
yang

ingin

disampaikan

oleh

penulis.

Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu
bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui
tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti
data atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual
atau carta.

Scanning
Scanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi
yang lebih terperinci daripada bacaan skimming. Biasanya, melalui kemahiran
membaca secara scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan
yang timbul dalam sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan
situasi, pelajar tahu perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah
mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut. Membaca
secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk
mencari

perkataan

khusus

atau

frasa-frasa

tertentu.

Sebenarnya, pembacaan secara scanning atau imbasan ini merupakan satu


kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan.
Scanning juga merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar
boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus
atau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan
berat

untuk

pemahaman.

Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak


lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam
masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan.
Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap
kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun
buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji
atau membaca untuk belajar

Baca Laju

Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi


dalam masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan
utama kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Penguasaan
kemahiran bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad
secara optimum. Hal ini disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang
diperlukan oleh pelajar dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar
yang cepat.

Bacaan berat atau bacaan intensif

Bacaan

berat

atau

bacaan

intensif

ialah

kemahiran

membaca

untuk

mendapatkan informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang


mendalam dan penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasai
kemahiran membaca intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan
yang tinggi. Pelajar juga perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan
bacaan berat kerana bacaan berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar
boleh mendapat maklumat dan memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan
mantap.

Kemahiran Menulis dan Mencatat Nota

Kemahiran Belajar cara Belajar tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai
kemahiran bertutur, mendengar dan membaca tetapi yang lebih penting ialah
menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran menulis nota dan menulis cepat.

Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat,


informasi, fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang
dibaca, didengar atau dilihat. Cataran nota akan membantu pelajar untuk lebih
memahami isi pelajaran. Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalam
mengulang kaji pelajaran pada masa-masa yang akan datang.

Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan

cepat dalam tempoh masa yang terhad. Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah boleh
dibaca dan difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajar
menulis sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal ini
membantu peljar menjimatkan masa. Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiran
ini akan mampu memberikan jawapan yang mengandungi banyak isi ketika menjawab
soalan peperiksaan.

Kemahiran Mengingat atau Menghafal

Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu


dikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau
menghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta
yang

telah

dipelajari

sebelum

ini.

Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah


kefahaman tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat
atau menghafal banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik.
Dalam hal ini, maklumat atau informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam
otak. Kemahiran mengingat dan menghafal membantu informasi yang diterima
disimpan dalam ingatan kekal dan mampu digunakan semula pada masa yang
diperlukan.

Kemahiran Mengumpul Maklumat

Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB yang paling utama.
Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari,
tetapi juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat
tersebut dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.

Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar mampu memperoleh maklumat
tambahan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-mata
bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru. Apabila pelajar
menguasai kemahiran maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumber
pembelajaran, kaedah atau teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukan
buku, rujukan kamus atau rujukan melalui sumber internet.

Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpa
kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan
pemerolehan ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara
belajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahaja
pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran
pelajar sendiri serta cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar
mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan
aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

REFLEKSI

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana diberikan
ruang dan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja
kursus ini ialah Kemahiran bernilai tambah . Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,
pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang
perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk

tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.

Sebaliknya,

saya

menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah
diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan
tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk
yang sudah saya diberi taklimat ketika menghadiri kursus semakan kurikulum.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi
mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah
mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan awam teluk intan untuk
mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi
mempelbagaikan

sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah

meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Dalam
memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati
kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau
perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan tugasan ini
terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya
mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk
tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam kursus semakan namun,
pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi
pengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain,
pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak
langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaan
terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan
lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat
soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan

melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat
melaksanakan

tugasan ini lebih awal lagi, saya

dapat mengelakkan

untuk

melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan
baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat
hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
.Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan.

RANCANGAN PENGAJARAN TUGASAN BMM3101


BELAJAR CARA BELAJAR

Tarikh

05 Ogas 2011

Masa

10.05 pagi 11.05 pagi

Kelas

Tahun 5

Subjek

Bahasa Melayu (SJK)

Tema

Motivasi Diri

Tajuk

Penyair Dari Bachok

Saiz Kelas

Saiz Standard

Tahap Pencapaian Pelajar

Sederhana

Objektif

Pada akhir pembelajaran :-

1. Murid dapat membaca teks Penyair Dari Bachok


secara imbasan untuk mendapat maklumat tentang
sumbangan Sasterswaan Lim Swee Tin.
2. Murid dapat membuat ringkasan dalam bentuk bahan
grafik tentang sumbangan Sasterawan Lim Swee Tin.
Hasil Pembelajaran

F.U 6.5 Aras 1 (i)


6.5

Membaca pantas secara imbasan untuk

mendapatkan maklumat khusus.


Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang releven.
F.S 9.2 Aras 2 (i)
9.2

Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota

daripada bahan yang didengar dan dibaca


Aras 2 (i)

Mencatat nota dalam bentuk grafik

Pengisian Kurikulum
Kemahiran Bernilai Tambah :

Belajar Cara Belajar


-Bacaan Imbasan
-Mengumpul Maklumat

Nilai Murni

Kerajinan ,

ilmu

Kajian Tempatan

Kecerdasan Pelbagai

Interpersonal , Verbal-linguistik

Tatabahasa

Kosa Kata

Bahan Bantu Mengajar

Teks , Slaid Power Point,Kertas Mahjong

Strategi P & P

Kaedah dan Teknik Perbincangan dan pembentangan,


Pengukuhan

Setting Bilik Darjah

Murid duduk berkumpulan

Pengetahuan sedia ada

1. Murid pernah baca tentang sasterawan


2.Murid pernah mencatat isi mengunakan bahan grafik.

Prosedur dan

Isi Kandungan /

Masa

Kemahiran

Aktiviti P & P

Catatan

Set Induksi

Tokoh Sasterawan di dalam

1. Guru menayangkan satu

BBM:

5 Minit

Persembahan Power Point

persembahan power point


2. Murid diminta

Laptop, LCD dan

dalam bentuk puzzle

menggabungkan gambar

Lim Swee Tin

yang terdapat pada


persembahan power point
tersebut .
3. Guru bersoal-jawab dengan
murid mengenai tokoh
sasterawan yang tertera.

Persembahan Power
Point
Nilaimurni:
-Keberanian
(memberi
respons kepada
soalan guru)
-Kesyukuran
-Kemahiran menjana
idea

Memperjelaskan

Teks : Penyair dari Bachok

Konteks

1. Guru membaca teks tersebut


terlebih dahulu.
2. Murid diminta membaca teks
secara imbasan.
3. Secara berpasangan,murid

10 Minit

diminta membaca teks secara


lantang dengan sebutan dan

BBM:
Petikan buku teks
Penyair dari Bachok
KBT : BCB
Bacaan Imbasan

intonasi yang sesuai.


4. Guru membetulkan kesilapan
yang dilakukan oleh murid.

1. Murid menjawab soalan yang


Tatabahasa:
Pengajaran
15 Minit

diajukan oleh guru


berdasarkan petikan (BT hlm.

Kreatif
Penataran
Fakulti
Deklamasikan

66)
2. Guru menerangkan maksud

Buku teks,Internet
Ensiklopedia dan
Brosur

perkataan yang sukar dalam


petikan.
3. Secara berpasangan,murid
diminta mencari maklumat
tentang sumbangan Lim

Menyemak

BBM:

Swee Tin
Aktiviti Berkumpulan:

KBT : BCB
Bacaan Imbasan

Kefahaman

Contoh Bahan Grafik

Jom Bina Bersama


1. Murid dibahagikan kepada

15 Minit

tiga kumpulan dan diberi


peralatan untuk aktiviti.
2. Murid diminta memilih Bahan
Carta alir

Grafik seperti Rajah


Pohon,Tulang Ikan dan

BBM:
Kertas mahjong , pen
marker,sampul surat,
Nilai murni:
Bekerjasama dan
bertanggungjawab

Carta Alir.
3. Seterusnya,setiap kumpulan
diminta mengelaskan
Tulang ikan

Pohon

maklumat tentang
sumbangan Lim Swee Tin.
4. Wakil dari setiap kumpulan

Kaedah
Perbincangan,
Pembentangan

akan membentangkan hasil

KBT : BCB

perbincangan kumpulan

Mengumpul

mereka.
5. Guru menilai dan

Maklumat

memperbetulkan kesilapan
murid.
6. Kumpulan yang berjaya
membina ayat yang terbaik

Aplikasi / Latihan

Latihan yang diberikan guru

10 Minit

bertujuan untuk
mengukuhkan pemahaman
Jenis latihan :
Catat nota tentang
kejayaan

yang diberikan oleh guru.


2. Kumpulan murid perdana

BBM:
Lembaran kerja

diberi latihan seperti di

murid.

akan diberi ganjaran .


1. Murid menyiapkan latihan

Sasterawan Lim
Jawab soalan

lampiran 2.
3. Kumpulan murid mulus
diberi latihan seperti di
lampiran 3.
4. Guru membimbing murid.

Kefahaman

Penutupan
5 Minit

Syair hasilan Lim Swee Tin

1. Sebagai penutup, guru

BBM:

memaparkan syair

Laptop, LCD dan

ciptaan Lim

Persembahan Power

2. Seterusnya, murid diminta


mendeklimasikannya.
3. Murid yang dapat

Point

mendeklimasikan syair
dengan baik diberi
ganjaran.
4. Guru merumuskan

Kaedah:
Pengukuhan

pengajaran.

RUJUKAN
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur
: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul
Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara Kontekstual
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Belajar Cara Belajar Kementerian
Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA

THILAI NATHAN A/L JEYARAMAN

NO.KAD PENG

830721085909

KUMPULAN

PM01

MATAPELAJARAN

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA

SEMESTER :

PERTAMA

MELAYU SEKOLAH RENDAH


(BMM 3101)
PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH

PN.RAFIAH BINTI DAUD

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

TANDATANGAN

PENSYARAH

Borang Maklum Balas Tugasan


Nama Pelajar:Thilai Nathan a/l Jeyaraman
Angka Giliran Pelajar:
Tajuk Tugasan:Tertiary Education Opportunities for In-Service Teachers
Pensyarah:Pn.Zubaidah Binti Mohd Hakim
Subjek Kursus: WAJ 3102
Tarikh Hantar: 24 September 2011
Tarikh Diterima:

Pengakuan Pelajar
Saya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru (Peperiksaan,Penilaian dan Pengajian)1999.
Saya mengakui tugasan ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:

Bil

Tarikh:

KRITERIA PENTAKSIRAN
Cemerlang

TAHAP PENCAPAIAN
Baik Memuaskan
Kurang
Memuaskan

1
2

Kandungan/Coverage and Content


Perbincangan Kritikal dan Reflaksi

3
4
5
6
7

Critical and Reflective Discussion


Persembahan / Presentation
Organisasi / Organisation
Bahasa / language
Rujukan dan Bahan bahan Sokongan
Nilai-nilai Keguruan

Lema
h

Markah tercatat tertakluk kepada kelulusan JKPPIPG/Senat

Markah
Kekuatan

Aspek yang boleh diperbaiki


Nama Pemeriksa

:
SEKAPUR SIREH

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Tuhan


kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada pensyarah
matapelajaran bahasa melayu saya Pn Rafiah binti Daud kerana telah memberi tunjuk
ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan
ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Disini beliau telah
memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan di

Unit PM01 semester 1 dimana telah membantu dan membimbing saya

dalam

menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi.


Kerjasama daripada semua rakan rakan terutama Cikgu En.Yussri,Cikgu Kyrill dan
En.Nasa adalah dihargai.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta saya kerana memahami serta
membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung
Ijazah. Akhir sekali kami sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Pn.Rafiah binti Daud dimana semangatnya didalam memberi pengajaran kepada
saya..

Terima Kasih Daun Keladi !

Lampiran C

Pengakuan Pelajar
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

..

Nama Penulis

..

Tarikh

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2
3

PERKARA
Pengakuan Pelajar
Sekapur Sireh
Pengenalan

Pendahuluan
Matlamat
Objektif
Organisasi kandungan
Jenis-jenis Kemahiran Bahasa Melayu
Hasil Pembelajaran
Sistem Bahasa
Pengisian Kurikulum
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Penekanan Konsep 5P
Kemahiran Bernilai Tambah

Teori Kecerdasan Pelbagai


Kemahiran Berfikir

MUKA SURAT

Kajian Masa Depan


Kemahiran
Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi
Pembelajaran Konstraktivisme
Pembelajaran Kontekstual
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Rancangan Pengajaran Tugasan Belajar Cara

6.
7
7.

Belajar
Refleksi
Rumusan dan Cadangan
Rujukan

Lampiran 2
Catat nota tentang kejayaan Sasterawan Lim Swee Tin.
Sumbangan dan
kejayaan
Lim Swee Tin

Anugerah yang
terima

Tugas yang
disandang

Tajuk Novel
yang
dihasilkan

Lampiran 3
Jawab soalan Kefahaman

1. Sasterawan Lim Swee Tin berasal dari mana?

2.Nyatakan tajuk Novel-novel yang dihasilkan oleh Sasterawan Lim Swee Tin ?

3.Tuliskan 3 jenis anugerah yang diterima oleh Sasterawan Lim Swee Tin ?

4.Sasterawan Lim Swee Tin pernah bertugas sebagai

KELEBIHAN ELEMEN BELAJAR CARA BELAJAR

Dengan menggunakan kaedah imbasan (scanning) murid boleh mendapatkan


informasi yang terperinci daripada bacaan yang dijalankan.Murid juga mampu mencari
jawapan dengan kadar yang segera.Hal ini berlaku kerana murid hanya memfokuskan
kepada kata-kata kunci yang tertentu daripada petikan yang diberi untuk mencari
jawapan.Dalam

rancangan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

telah

saya

sediakan,murid akan menggunakan keadah imbasan (scanning) untuk mencari


sumbangan sasterawan Lim Swee Tin.
Kaedah imbasan (scanning) yang terapkan dalam rancangan pengajaran dan
pembelajaran dapat menjimatkan masa

guru dan murid untuk menyelesaikan satu

tugasan.Oleh itu,masa yang terlebih boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti mencari
maksud dan sebagainya.Kaedah imbasan (scanning) juga dapat melatih murid untuk
digunakan untuk menjawab soalan petikan semasa peperiksaan.
Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masa yang tidak
lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam
masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan.

Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap
kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun
buku rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji
atau membaca untuk belajar.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Konsep dan prinsip kemahiran Bernilai Tambah(KBT) yang digariskan oleh pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar atau sama
dengan kemahiran Generik dalam pedagogi bestari.Kemahiran Bernilai Tambah
merupakan kemahiran umum yang perlu diaplikasikan merentas semua domain mata
pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Kemahiran ini memerlukan masa yang lebih lama untuk dikuasai berbanding
dengan ilmu dan kemahiran dalam matapelajaran lain.Dengan sedikit pengubahsuaian
dan modifikasi daripada konsep kemahiran generik ,KBT merupakan kemahiran yang
diperoleh melalui aplikasi kemahiran generik dan pendekatan,teknik serta kaedah
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah
dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam scenario dunia global.
Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya
pembelajaran dan jenis kecerdasan murid akan memberikan rangsangan untuk belajar
dengan penuh minat dan bersemangat.Oleh hal demikian,murid lebih menguasai ilmu

yang dipelajari.proses ini memungkinkan murid menyedari potensi dan kecerdasan


diri.Dengan adalah penerapan Kemahiran Bernilai Tambah suasana pembelajaran akan
lebih aktif,segar dan menyeronokan.

Anda mungkin juga menyukai