Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 2: penulisan esei II

1.0 Pengenalan

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.


Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan
kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua
komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula
merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa
ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-
murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang
demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran
bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti pengajaran
yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai
tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran
menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada
pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya,
kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid
yang mempunyai masalah pembelajaran.
2.0 Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,
arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini
adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan
(receptive level). Penguasaan terhadap kemahiran ini amat penting dalam aspek kemahiran
berbahasa kerana merupakan kemahiran paling asas dalam kemahiran berbahasa. Justeru,
kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar ini dan
beberapa lagi aspek tentang kemahiran berbahasa.

(Rajah 1: Huraian Standard Pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2)

Menurut Rajah 1, Kandungan Kemahiran Mendengar merangkumi satu aspek sahaja


iaitu 1.1 Mendengar dan memberi respon. Berdasarkan Standard Pembelajaran dalam
DSKP tahun 2, kita dapat lihat bahawa objektif kemahiran mendengar adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan mendengar, mengecam, memahami dan
menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmk dengan betul dan tepat, mendengar,
memahami dan memberikan respons terhadap soalan, suruhan, pesanan dan pemintaan
serta dapat mendengar dan memberi respons dengan membuat tafsiran terhadap soalan
bercapah dan pesanan dengan betul.
Oleh itu, kita dapat lihat Standard Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar untuk
murid-murid darjah 1 amat mementingkan murid-murid supaya dapat memberikan respons
terhadap pelbagai soalan, suruhan, pesanan, permintaan serta menyampaikan maklumat
dan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap sangat terperinci, konsisten,
dan menjadi model teladan. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar tersebut
membolehkan murid-murid mendengar bunyi-bunyi bahasa dengan teliti. Di samping itu,
murid-murid juga dapat memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut
supaya mereka dapat bertindak dengan betul dan tepat serta bersesuaian dengan
mesejyang diterima itu. Hal ini demikian kerana bertutur merupakan percakapan atau
perbualan, iaitu aktiviti untuk melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan menggunakan
alat-alat artikulasi sebagai pengantara. Seseorang akan bertutur apabila mempelajari
sesuatu bahasa dan mengucap sesuatu ketika ingin berhubung atau berinteraksi dengan
orang lain. Rumusannya, tujuan untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar bukan
hanya setakat mempelajari bahasa itu tetapi perkara yang lebih penting adalah untuk
mencapai tahap kompetensi dalam berkomunikasi. Penguasaan kemahiran lisan
memainkan peranan yang penting dalam penguasaan bahasa seluruhnya kerana kemahiran
tersebut menjadi asas kepada kemahiran berbahasa yang kukuh dan mantap.
3.0 Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa


bertutur seseorang akan menghasilkan bunyi bahasa menggunakan unsur-unsur prosodi
(intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan paralinguitik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan
badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan
bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental, iaitu
memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberikan gerak balas tertentu
mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan
mendengar dan memperoleh maklumat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
menggunakan unsur-unsur prosodi untuk melaksanakan proses mental iaitu mendengat dan
membaca secara berkesan.

(Rajah 2: Huraian Standard Pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2)

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat perhatikan bahawa Standard Kandungan


kemahiran bertutur untuk murid darjah 2 ialah 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat
dan idea bagi pelbagai tujuan. Berpandukan DSKP SJKC semakan 2016, standard
pembelajaran kemahiran bertutur tahun 2 pula berobjektif untuk memastikan murid
mengetahui dna berkeupayaan untuk Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara
bertatasusila mengikut konteks serta bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan
tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Jelaslah Standard Pembelajaran
amat mengharapkan murid-murid supaya dapat memberikan respons terhadap pelbagai
soalan, suruhan, pesanan, permintaan serta menyampaikan maklumat dan idea yang kritis
dan kreatif secara bertatasusila pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model
teladan.
4.0 Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca menekankan aspek-aspek khusus seperti kognitif atau


pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan, iaitu mod yang berupa baca secara nyaring
atau secara senyap. Pengertian ini tidak mampu memberikan gambaran yang jelas dan
menyeluruh tentang apa-apa yang berlaku apabila seseorang itu membaca. Oleh itu,
kemahiran membaca dapat diperincikan seperti yang berikut:

(a) Terdapat dua komponen dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau
mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami segala yang dibaca.
(b) Aspek yang diberi penekanan dalam proses membaca ialah berfikir, merasai dan
membayangkan serta memahami segala yang dibaca.
(c) Proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej
yang hendak disampaikan oleh penulis.
(d) Seseorang pembaca (contohnya, murid) akan mengaitkan tujuan, jangkaan, dan
pengetahuan serta pengalaman lalu kepada segala yang dibacanya.

(Rajah 3: Huraian Standard Pembelajaran kemahiran membaca tahun 2)

Berdasarkan Rajah 3, kita dapat perhatikan bahawa Standard Kandungan kemahiran


membaca 2.1 hingga 2.3 adalah seperti yang berikut:
2.1 Asas membaca dan memahami

2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik.

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

Objektif kemahiran membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan keupayaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012):

i. Memahami dan membaca perkataan, ayat, perenggan serta serta pertikan


dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai,
ii. Membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk
mengenal pasti idea utama dan idea samping dengan betul dan jelas,
iii. Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bukan grafik untuk
menyatakan maksud bagi memindahkan maklumat dengan betul,
iv. Membaca, mengenal pasti dan menyatakan nilai daripada bahan sastera dan
bahan bukan sastera seperti lagu kanak-kanak, cerita, pantun dan petikan.
v. Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai seperti lagu kanak-kanak, cerita,
pantun dan petikan bukan sastera.

Standard Kandungan 2.1 hingga 2.6 untuk kemahiran membaca adalah seperti yang berikut:

2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.

2.3 Membaca pelbagai bahan bacaan dengan kuar and lancar, sebutan yang jelas serta
intonasi yang betul.

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
untuk memberikan respon yang betul

2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam pelbagai bahan dengan betul.

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat
membaca.

Kita dapat lihat bahawa DSKP Bahasa Melayu semakan 2012, kemahiran membaca
dan memahami diajarkan kepada murid-murid bertujuan supaya mereka dapat bertindak
balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Berdasarkan kemahiran ini,
murid-murid dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis
yang dibaca.

5.0 Kesimpulan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa
Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan
rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum
Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan
bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

Anda mungkin juga menyukai