Anda di halaman 1dari 30

1.0 pendahuluan.

Kanak-kanak dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan insan

sekeliling untuk mencorakkannya, sama ada mahu membentuk mereka menjadi insan

yang berilmu, beriman atau sebaliknya. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak

ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan

alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa

mereka. Sejak kebelakangan ini, sering kita lihat atau kita dengar didada akhbar atau di

radio serta telivisyen akan masalah penderaan khususnya dikalangan kanak-kanak

amnya. Isu penderaan fizikal khususnya dikalangan kanak-kanak sering diperkatakan dan

isu ini sering menjadi perbualan, pedebatan pada masa kini. Bagaikan kudis yang

menanah dalam masyarakat hari ini, jenayah penderaan terhadap kanak-kanak masih

terus berleluasa. Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramai yang mengutuk perlakuan

insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan

menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.

Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat

didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung

rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka Walaupun statistik

kejadian penderaan semakin meningkat, dipercayai masih banyak lagi kes tidak

dilaporkan kerana masyarakat masih menganggap ia satu kejadian memalukan dan perlu

dirahsiakan.

1
Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di

lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk

penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan “Sindrom Mengoncang Bayi”.

Sindrom mengoncang bayi (Shaken baby syndrome) merujuk kepada bayi yang

digoncang atau dihentak dengan kuat sehinggakan saluran darah dalam otak pecah, yang

mampu mengakibatkan kematian kepada bayi. Kebanyakan kes ini berlaku dikalangan

bayi yang berusia kurang dari 30 bulan (2 tahun setengah). Dalam kebanyakan kes,

penganiayaan kanak-kanak ini dilakukan oleh orang dewasa yang dihantui perasaan

marah atau kecewa dan mengoncang anak kecil tanpa perasaan belas kasihan atau

simpati. Ia juga boleh berlaku secara tidak sengaja, ini disebabkan kanak-kanak berusian

bawah dua tahun tidak mempunyai otot tengkok yang terbentuk sepenuhnya. Oleh itu jika

tubuh mereka digoyang, kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang, yang

mampu menyebabkan kerosakan otak atau pendarahan samaada di dalam atau di atas

otak. Kerosakan teruk lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia dua

setengah tahun dan sehingga empat tahun (Littleton.H, Breitkopf. C.R &Berenson. 2007).

Penderaan kanak-kanak secara fizikal juga boleh didefinisikan sesuatu yang

kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar

kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun

disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi. Pada masa kini terdapat

peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum

dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam

jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih

2
mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang

mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian

itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut

tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-

kanak.

Penderaan fizikal sebagai suatu fenomena sosial ditakrifkan sebagai keganasan

secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa saja yang

bertanggungjawab melindungi kanak-kanak tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah

sukar dan kompleks kerana pelbagai faktor yang terlibat dalam perlakuan seseorang

kanak-kanak. Masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak bukanlah satu fonomena

yang baru bagi msyarakat Malaysia. Malah kongres antarabangsa mengenai penderaan

dan pengabaian kanak-kanak ke-10 telah berlangsung di kuala Lumpur pada tahun 1993.

ketua pengarah jabatan kebajikan masyarakat, dalam kertas kerjanya melaporkan kes-kes

penderaan dan pengabaiaan kanak-kanak yang dilaporkan di semenanjung Malaysia

telah meningkat daripada 93 kes pada tahun 1981 kepada 970 kes pada tahun 1991 dan

1075 kes pada 1993. peningkatan kes berkaitan penderaan ini menyebabkan penubuhan

Unit SCAN (Suspected Child Abuse and Neglect) di Hospital besar Kuala Lumpur yang

bertanggungjawab menyiasat dan merekodkan kejadian penderaan kanak-kanak. Pada

tahun 2004,data yang ditujukkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan

kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan fizikal kanak-kanak.

Pengalaman antarabangsa pula menyarankan bahawa kes yang dilaporkan mungkin

3
hanya mewakili 10% daripada jumlah kes yang berlaku (UNICEF Malaysia-Pelindungan

kanak-kanak, 2004).

Ammerman dan Hersen (1990) berpendapat bahawa: “Faktor tambahan yang

memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan fizikal termasuk pendekatan

disiplin di kalangan ibu bapa, kecederaan yang dialami, kesan pada tingkah laku dan

keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting yang perlu diuji adalah

bentuk niat yang menyebabkan mereka didera ataupun kecederaan fizikal dan

digabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya menyebabkan definisi

penderaan fizikal menjadi kompleks.

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 pula mentakrifkan bahawa seseorang

kanak-kanak dicederakan daripada segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada

mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan antara lain, laserasi,

konstusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, dislokasi, seliuh,

pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau

fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau patah gigi. Pakar perubatan juga

mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan

seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam yang teruk (Silverman 1968 dan

Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal (Camerin 1972), retak dan patah tulang

(O’Neil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et al. 1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung

rokok (Smith & Hanson 1974).

4
Di samping itu, Oates (1993) membuktikan penderaan fizikal boleh membawa

maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan

juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut. Namun begitu banyak lagi cara dan

alat yang digunakan untuk mendera fizikal kanak-kanak. Menurut Mohd. Sham Kasim

(1994) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain memukul menggunakan

tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi atau benda

panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik

atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit atau dipulas dan sebagainya.

Takrif Akta Perlindungan Kanak-kanak dan diagnosis pakar perubatan perlu diberi

perhatian bagi menentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes penderaan fizikal.

Pakar perubatan juga mendapati kadang kala penderaan fizikal mempunyai hubung kait

dengan lain-lain jenis penderaan seperti penderaan seksual, emosional dan pengabaian

kanak-kanak. Keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi

hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang

dilaporkan. Perpecahan keluarga, kemiskinan yang melampau, penyakit gangguan

mental, penyalahgunaan dadah, keganasan masyarakat merupakan sebahagian daripada

faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-

kanak.

2.0 Ulasan Jurnal.

2.1 Pengenalan.

5
Jurnal yang membicarakan isu penderaan fizikal dikalangan kanak-kanak pada tahun

1993. kajian ini merupakan hasil kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh pengkaji iaitu

khoo, K.B. Ching, G.S, Muhd. Khairi, O.Jesni, Raja Liza dan rakan-rakannya. Kajian ini

sebenarnya membincangkan penderaan fizikal di kalangan kanak-kanak pada tahun 1993,

satu kajian kes kawalan di Hospital Kuala Lumpur. Jurnal ini asalnya diterbitkan oleh

buletin kesihatan masyarakat, jilid 2, bil.2 1995. Kajian ini bertujuan mengkaji taburan

penderaan fizikal dikalangan kanak-kanak serta menentukan kaitan dengan beberapa

faktor yang menyumbang kearah kejadian penderaan fizikal. Antara faktor-faktor yang

ingin dikaji adalah seperti status sosioekonomi dan struktur keluarga. Hipotesis kajian ini

adalah melihat adakah penderaan fizikal kanak-kanak mempunyai hubungan yang bererti

dengan faktor-faktor sosioekonomi kelurga dan struktur keluarga.

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak didefinisikan sebagai satu perbuatan,

perilaku atau pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, psikologi,

emosi ataupun perkembangan mereka. Penderaan fizikal terhadap kanak-kanak lebih

mudah dikenal pasti dengan terdapatnya kesan luka dan cedera pada bahagian tubuh

kanakkanak, sama ada di luar atau dalam badan mereka. Cara penderaan fizikal yang

dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga termasuklah memukul (dengan pelbagai cara),

menggoncang, menyekek, membakar, mengigit, menendang dan lain-lain lagi

(McCaghy.H.C, Jamieson.J.D,2003). Kajian ini merujuk kepada kajian-kajian lepas, serta

kajian ini juga telah dilakukan oleh pengkaji dari Negara yang lain seperti Amerika

Syarikat dan British. Hasil kajian mereka mendapati masalah atau kes penderaan ini

berlaku disemua lapisan dalam masyarakat ( Kempe,1962). Kajian ini juga disokong oleh

Balkan, (1971) (dlm Anisah Che Ngah, 2002) telah menyatakan sejarah penganiayaan

6
terhadap kanak-kanak adalah satu fenomena yang wujud dalam mana-mana masyarakat

tanpa mengira ras, keturunan, agama, kepercayaan, adat resam yang berbeza antara

masyarakat. Manakala Reinhart Wolfe, 1983 telah merumuskan bahawa keprihatinan

yang lebih serius terhadap penganiayaan kanak-kanak mencerminkan perubahan nilai

dalam masyarakat tersebut hasil daripada kajian yang dibuat terhadap struktur dan

perkembangan keluarga moden. Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan

tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada kes penderaan fizikal terhadap kanak-

kanak.

2.3 Metod

Berdasarkan pada junal penderaan fizikal di kalangan kanak-kanak pada tahun 1993 ini,

kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kawalan. Iaitu di antara januari 1993.

seramai 109 kes penderaan fizikal telah dilaporkan kepada unit SCAN (Suspected Child

Abuse and Neglect) yang telah berpusat di institut Pediatrik. Kajian ini kes kawalan ini

telah dilakukan keats 83 kes berdasarkan sejarah kemasukkan kanak-kanak tersebut di

institusi Pediatrik. Kanak-kanak yang adalah dalam lingkungan umur 18 tahun dan ke

bawah. Antara pemboleh ubah yang diukur adalah umur ibu kanak-kanak yang didera,

pendapatan keluarga sebulan jumlah adik beradik, kedudukan dalam ahli keluarga yang

didera di antara adik- beradik, status pekerjaan ibu, pendidikan serta hubungan ibu bapa

denga kanak-kanak yang didera (Attachment). Dalam kajian ini, antara kaedah yang

digunkan adalah dengan menggunkan perisian SPSS (statistical Package for the Social

Sciennces). Analisis deskriptif dan analitik digunakan dalam kajian tersebut, dan ujian

khi-kuasa dua dan ujian-T turut digunakan dalam kajian tersebut.

7
2.4 Keputusan.

Daripada keputusan jurnal ini, mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai peratusan

yang tinggi berbanding kanak-kanak lelaki dalam kes penderaan. Manakala dari segi

bangsa pula menunjukkan bangsa melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa lain

seperti cina dan india. Analisis umur pula menunjukkan peratusan kanak-kanak 9 hingga

11 tahun adalah umur mangsa penderaan yang paling tinggi. Manakala kajian ini juga

menunjukkan kebanyakkan pendera terdiri daripada ibubapa sendiri iaitu sebanyak 60%

dan bapa kandung mempunyai peratusan tertinggi iaitu sebanyak 36.7% (jadual 1.0).

Jadual 1.0

Pendera Bilangan Peratus

Ibu kandung 20 22.2

Bapa kandung 33 36.7

Kedua-dua ibu bapa kandung 1 1.1

Ibubapa tiri 9 10.0

Saudara mara 4 4.4

Adik-beradik 3 3.3

Pengasuh (Babysitter) 4 4.4

Lain-lain 5 5.6

Orang tidak dikenali 11 12.2

8
Jadual 1.0 menunjukkan taburan pendera dalam penderaan fizikal di kalangan kanak-

kanak seramai 90 orang (n=90).

Apabila kita melihat jadual tersebut. Kita dapat melihat keputusannya bahawa bapa

kandung adalah pendera tertinggi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh tekanan yang

dihadapi oleh bapa. Sebagai contoh tekanan ditempat kerja, keadaan ini menyebabkan

berlaku konflik atau stress yang dihadapi dan menyebabkan tekanan tersebut

dipendahkan kepada kanak-kanak iaitu anak mangsa dan sekaligus menyababkan berlaku

penderaan. Selain itu kajian juga mendapati bahawa kanak-kanak didera mempunyai

bapa yang lebih muda. Kajian ini juga disokong oleh beberapa kajian di Australia,

menunjukkan ibubapa yang muda berbanding dengan umur purata merupakan faktor

risiko dalam isi penderaan. Robert dan michel,1992 menyatakan kanak-kanak yang

ibubapanya muda lebih berisiko mengalami pertumbuhan fizikal dan mental yang kurang

sempurna disebabkan oleh ibubapa kurang berpengalaman, keyakinan diri serta tidak

dapat memainkan peranan mereka sebagai ibubapa yang baik. Selain itu faktor kelas

sosioekonomi yang rendah juga menjadi faktor dalam penderaan kanak-kanak. Keadaaan

ekonomi yang rendah, faktor kemiskinan menyebabkan individu atau keluarga

mengalami tekanan dalam hidup. Hasil kajian juga menunjukkan banyak faktor-faktor

yang boleh dikaitan dalam kes penderaan fizikal kanak-kanak. Antara faktor-faktornya

adalah melihat kesan status pekerjaan ibu, hubungan antara ibubapa dengan kejadian

penderaan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti secara

statistik bagi status pekerjaan ibu dan juga jenis hubungan ibubapa dengan kanak-kanak

yang didera.

9
2.4 Kesimpulan ulasan jurnal.

Secara kesimpulannya,jurnal ini menunjukkan banyak faktor-faktor yang menyumbang

kepada masalah penderaan khususnya penderaan fizikal dikalangan kanak-kanak. Namun

jika kita perhalusi lagi banyak faktor-faktor yang boleh kita kaitkan. Isu ini sebenarnya

perlu dilihat dalam pelbagai aspek. Banyak kajian-kajian lepas yang menunjukkan kesan

akibat penderaan fizikal khususnya ini. Kes penderaan terjadi tanpa mengira kaum

mahupun darjat. Walaubagaimanapun masyarakat kelas bawahan sering dikaitan dengan

masalah kes penderaan ini. Keadaan ini boleh dibuktikan dengan kajian lepas yang telah

dilakukan oleh Woon et al, pada tahun 1974 yang membuat pengkajian terhadap 7

penganiayaan kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau

mendapati bahawa 6 daripada 7 kes tersebut melibatkan keluarga kelas bawahan.

Kesemua kes ini berupa penderaan fizikal, dengan 4 daripada 7 kes melibatkan kanak-

kanak di bawah 3 tahun. Antaranya ialah kesan terhadap emosi serta perkembangan

kanak-kanak yang didera.

Kewujudan masalah ini harus diselesaikan bersama. Oleh itu semua pihak harus

memainkan peranan masing-masing dalam membanteras masalah ini. Sebagai tambahan,

langkah yang harus untuk menjamin pertumbuhan kanak-kanak yang sihat dengan

meluluskan dan menguatkuasakan Akta perlindungan kanak-kanak serta usaha

menjalankan kajian ke atas kes penderaan perlu juga dipergiatkan agar masalah terhadap

penderaan kanak-kanak dapat dibanteras dengan secepat yang mungkin.

10
3.0 pandangan ,kritikan,faktor-faktor dan kesan.

Daripada jurnal ini iaitu penderaan fizikal dikalangan kanak-kanak pada tahun 1993 iaitu

satu kajian kes kawalan di hospital Kuala Lumpur, yang telah dijalankan oleh Khoo,K.B,

Muhd.Khairi dan rakan-rakannya. Penderaan fizikal adalah satu tingkahlaku atau

perbuatan yang bersifat keganasan yang menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-

kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan

perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik

kemudian hari. Keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi

hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang

dilaporkan. Perpecahan keluarga, faktor sosio-ekonomi kemiskinan yang melampau,

penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, struktur masyarakat, bilangan anak

dalam keluarga turut merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang

menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Kajian Smith, Hanson

dan Noble (1974) mengkaji pengaruh sifat demografik keatas penderaan kanak-kanak.

Hasil kajian mereka menunjukkan keluarga yang mendera mempunyai anak yang ramai

berbanding dengan keluarga nomal. Keadaan ini bermakna bahawa pengaruh bilangan

anak juga boleh memberi kesan dan mempengaruhi tingkahlaku seseorang itu

bertingkahlaku agresif, dengan lebih jelas, bilangan anak yang ramai seperti 10 keatas

boleh menyababkan berlaku penderaan keatas kanak-kanak tersebut.

Faktor kemiskinan juga sering dikaitkan dengan masalah penderaan. Ekonomi

yang kurang atau pendepatan yang kurang menyebabkan berlaku tekanan dalam keluarga

tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan seseorang itu bertingkahlaku agresif dan

11
menyebebkan kencenderungan untuk mendera. Sebelum pandangan yang lebih lanjut

terhadap kes penderaan terhadap kanak-kanak ini, satu definisi yang terhadap penderaan

didefinisikan secara rumusan daripada Akta Perlindungan Kanak-kanak sebagai

kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak. Keadaan ini bermaksud

ibubapa yang tidak memperdulikan anak-anak mereka dengan mengabaikan segala

tanggungjawab terhadap anak-anak mereka, sekaligus tekanan terhadap anak mereka dan

menyebabkan anak mereka menalami gangguan emosi dan sebagainya. Daripada jurnal

ini, satu definisi penderaan boleh dijelaskan iaitu satu perilaku, perbuatan atau

pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, psikologikal, emosi mahupun

perkembangan mereka. Jurnal ini banyak memperkatakan akan faktor-faktor yang

menyebabkan penderaan terhadap kanak-kanak. Antaranya adalah seperti umur penjaga,

tahap pendidikan keluarga, taraf ekonomi keluarga, dan juga kajian ini turut mengaitkan

faktor taburan terhadap jantina iaitu jantina kanak-kanak yang didera, dari segi etnik dan

juga umur kanak-kanak yang didera. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan

bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan daripada segi emosi apabila ada gangguan

yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang

didalilkan antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan,

kemurungan, penyendirian, atau tumbesaran yang lambat.

Kita sering melihat masalah penderaan berlaku hanya pada fizikal semata-mata

seperti kesan lebam, patah tulang dan sebagainya. Kurangnya pengetahuan khususnya

golongan ibubapa atau keluarga yang mendera adalah tidak melihat akan kesan yang akan

berlaku pada peringkat selanjutnya. Keadaan ini bermaksud kesan dari segi emosi,

12
perkembangan sosial anak tersebut, kognitif dan personaliti anak tersebut. Penderaan dari

segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada

ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan

dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila

mereka meningkat dewasa kelak. Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan

gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat. Contoh kes dera yang

menggemparkan seluruh masyarakat di negara ini ialah kes K. Balasundram yang didera

hingga menyebabkan kematian merupakan peristiwa besar yang membuka mata semua

pihak. Belum lagi kes ini reda, masyarakat dikejutkan pula dengan kes penyeksaan dua

beradik, Aryani Zaini, empat tahun dan Noordina Maryana, tiga tahun dari Terengganu

pada 2005. dan yang terbaru pada 24 mac 2008, muka surat 1, akhbar harian metro telah

membabitkan kes penderaan yang menyebabkan kematian, mangsa bernama Nur nabila

Balqis Mohd Azlan yang berusia 1 tahun, kuantan Pahang telah didera oleh keluarganya.

Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa telah didera dalam tempoh yang agak lama.

Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut dan mereka

memilih untuk melepaskan tekanan dengan menyakiti atau memukul anak-anak. Aspek

ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang

yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Jadi

seorang yang cemerlang perlulah berfikiran jauh. Perkara yang perlu difikirkan bukan

sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini, tetapi untuk masa depan yang masih

panjang. Sementara itu, ada beberapa kes yang berlaku, iaitu kematian ketua keluarga

menyebabkan anak-anak terbiar. Kemudian anak-anak ini diserahkan kepada orang yang

13
tidak diketahui latar belakang. Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh suami isteri yang

bekerja supaya menyerahkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yang boleh

dipercayai. Pastikan latar belakang pengasuh atau penjaga tersebut boleh dipercayai

sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Terdapat juga kajian yang menyatakan personaliti ibubapa itu sendiri yang

menyebabkan masalah ini berlaku. Sebagai contoh dari segi personaliti ibubapa yang

introvent, iaitu lebih memendam perasaan yang menyababkan mereka tertekan dan

akhirnya melakukan keganasan terhadap anak-anak mereka sebagai jalan untuk

meluahkan rasa tekanan yang dihadapi. Anna dan Halen (1987) telah melakukan satu

kajian melihat sifat personaliti ibubapa keatas penderaan kanak-kanak. Hasil kajian

mendapati ibu bapa yang mendera mempunyai personaliti malu, takut, tidak berdisplin,

mengalami konflik kendiri dan tidak boleh mengawal perasaan. Manakala Chua Bee

Seok dan Abdul Halim Othman (1999) telah melakukan kajian iaitu melihat pengaruh

personaliti serta jantina keatas potensi mendera kanak-kanak. Hasil kajian

mendapatimereka yang berpersonaliti introvent iaitu mereka yang memperlihatkan

kecenderungan untuk mengembangkan gejala-gejala memendam perasaan, mengelak

hubungan sosial, suka menghindarkan diri dan sebagainya. Personaliti introvent lebih

cenderung melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berbanding individu yang

berpersonaliti extrovent. Oleh itu banyak boleh kita lihat faktor-faktor serta kesan jangka

masa panjang terhadap penderaan. Jika kita tidak peka terhadap isu ini, maka masalah ini

akan menjadi semakin berleluasa.

14
3.1 Pendekatan Teori.

Terdapat pendekatan serta teori yang boleh kita kaitan dengan isu penderaan. Serta

pendekatan terhadap kesan penderaan keatas perkembangan kanak-kanak yang didera,

antaranya ialah:-

3.3.1 Teori Psikosiosial Erikson.

Erikson pada tahun 1963 (dlm. Mahmood Nazar Mohamed, 2005) telah

mengutarakan lapan tahap perkembangan manusia. Tahap-tahap ini mula berlaku dari

masa bayi dilahirkan kemudiannya melalui zaman kanak-kanak, remaja dan hinggalah

zaman tua. Pada setiap tahap perkembangan psikososial ini, manusia akan menghadapi

konflik dengan manusia lain dan sekiranya mereka berjaya mengatasi konflik ini, barulah

mereka akan bergerak tahap yang seterusnya. Andai kata konflik di tahap tersebut tidak

dapat di atasi, mereka akan tetap bergerak ke tahap seterusnya tetapi masalah yang tidak

dapat diselesaikan akan timbul pada tahap seterusnya . keadaan ini bermaksud jika

kanak-kanak yang didera pada usia 1 tahun keadaan ini menyebabkan kanak-kanak

tersebut akan berkembang dengan sifat-sifat seperti takut, sikap rasa syak wasangka,

tidak percaya dengan persekitaran mereka rasa rendah diri. Sikap tidak percaya ini timbul

akibat krisis yang dihadapi oleh anak tersebut. Dan keadaan ini akan terus berlanjutan

pada peringkat-peringkat yang seterusnya. Keadaan akan menyebabkan kanak-kanak

tersebut akan membesar dengan membentuk personaliti yang negatif. Jika keadaan ini

tidak diperbaiki akan menjejaskan personaliti seseorang itu dan menyebabkan kekeliruan

peranan..

15
3.3.2 Teori Pembelajaran Sosial

Pervin, 1984 menyatakan bahawa teori pembelajaran sosial melihat manusia

sebagai aktif, berupaya membuat pilihan sendiri dan menggunakan proses-proses

simbolik bagi memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Dalam

membentuk teori pembelajaran sosial, Bandura (1977) menekankan aspek interaksi antara

manusia dan sekitaran. Beliau menyarankan konsep “determinisme timbal balik” yang

menyatakan bahawa manusia mempengaruhi untung nasib dirinya sendiri melalui

pengawalan kuasa-kuasa di sekitaran mereka.

Ini dapat di jelaskan dalam Rajah 1.0a kita dapat melihat terdapat proses

interaktif, saling dan timbal balik antara tingkah laku manusia, persekitaran dan proses

dalaman seperti kognisi dan persepsi. Dengan itu, manusia sentiasa memberi tindak balas

terhadap pelbagai situasi dan pada masa yang sama mereka membentuk serta

mempengaruhi situasi secara aktif.

Peristiwa dalaman yang mempengaruhi aksi manusia

Tingkahlaku Alam sekitaran

Rajah 1.0a: Konsep determinisme timbal balik dalam Teori Pembebelajaran Sosial Sumber: Bandura

(1978) dalam Mahmood Nazar Mohamed .(2005). Pengantar psikologi, hlm 280

16
Albert bandura juga dikenali dengan konsep “modeling” iaitu peniruan yang merupakan

teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan pemerhatian keatas tinngkah laku

perbuatan tersebut. Bandura telah menjalankan satu kajian dimana beberapa orang kanak-

kanak prasekolah telah ditunjukkan agenda seorang dewasa yang memukul patung

bernama Bobo. Kemudian, apabila kanak-kanak tersebut dibiarkan selang beberapa minit,

kanak-kanak tersebut memukul patung tersebut dengan keadaan tingkahlaku yang agresif

(Azlina Abu Bakar,2002). Keadaan ini bermaksud sesorang itu bertingkahlaku yang

agresif seperti memukul dan sebagainya. Teori ini juga sering dikaitkan dengan

penderaan. Teori ini turut disokong oleh Freeman. Menurut Freeman, 1980 (dlm. Anisah

Che Ngah, 2002), didapati bahawa ibubapa yang mendera anak-anak adalah mereka yang

telah didera semasa kecilnya. Mereka menyangka penderaan terhadap kanak-kanak

adalah salah satu daripada cara menyelesaikan masalah lebih-lebih lagi dalam masyarakat

‘non-egalitarian’, seperti kedudukan ibu bapa yang lebih tinggi dan lebih kuat daripada

anak-anak mereka. Biasanya penderaan berlaku apabila ibu bapa tidak sehaluan, maka

anak menjadi mangsanya.

Keadaan ini bermaksud ibubapa yang mendera tersebut juga pernah didera oleh

ibubapa mereka sewaktu mereka kecil. Mereka telah mempelajari tingkahlaku agresif ini

ketika melihat tingkahlaku agresif ibubapa (memukul) dan secara tidak langsung telah

membentuk personaliti yang lebih bersikap agresif dalam membentuk peraturan atau

disiplin terhadap anak-anak mereka.

17
3.3.3 Teori Kekecewaan-Keagresifan

Teori ini pula menyatakan bahawa tingkah laku agresif adalah satu tindak balas

sejadi terhadap kekecewaan yang dialami oleh manusia. Jikalau kita kecewa terhadap

sesuatu maka menurut teori ini dorongan agresif seseorang itu akan meningkat. Rajah

1.0b menunjukkan kaitan yang dimaksudkan.

Sesuatu motif Kecewa Dorongan agresif Tingkah laku


yang tidak dapat meningkat. agresif
dicapai.

Rajah 1.0b: Teori Kekecewaan-Keagresifan

Sumber : Mahmood Nazar Mohamed. (2005), Pengantar Psikologi, hlm 336.

Tingkah laku agresif yang dimaksudkan adalah tingkahlaku (sama ada sengaja tau tidak)

yang mendatangkan kesakitan atau kecederaan kepada pihak lain (Levin&Wardell,1962).

Dalam satu terbitan monograf klasik yang berjudul “Frustration and aggression” oleh

Dollard dan rakan-rakan . menyatakan tingkah laku agresif adalah disebabkan oleh

perasaan kecewa, dan rasa semua perasaan kecewa akan menyebabkan tingkah laku

agresif.

Teori ini juga sering dikaitkan dengan masalah penderaan terhadap kanak-

kanak.sebagai contoh ibubapa yang berusia muda biasanya sering mengakibatkan

penderaan terhadap anak-anak mereka. Mereka yang kurang berpengalaman biasanya

akan sering merasa kecewa dan tertekan. Kekecewaan ini menyebabkan dorongan agresif

meningkat dan seterusnya tingkahlaku yang agresif terjadi, dan akhirnya tingkahlaku itu

18
dilepaskan terhadap anak-anak mereka yang tidak berdosa. Selain itu juga faktor

matlamat keluarga dalam melahirkan anak juga boleh dikaitkan dengan teori ini. Ibubapa

sering meletakkan sasaran bilangan anak atau faktor jantina dalam keluaga mereka.

Sebagai contoh ibubapa yang inginkan anak perempuan, dan apabila anak yang

dilahirkan bukan perempuan tetapi lelaki atau anak yang dilahirkan cacat fizikal.

Keadaan ini menyebabkan motif dan matlamat tidak dicapai, dan keadaan ini

menyebabkan timbul rasa kecewa dan akhirnya menyababkan timbul tingkahlaku yang

agresif seperti mendera dan sebagainya.

3.3.4 Teori Psikodinamik.

Pada amnya, kebimbangan adalah sesuatu yang dirasai dan dialami oleh

seseorang; perasaan runsing, bingung, takut, gementar dan sebagainya. Dalam

pembentukan teori awal Freud, 1930 (dlm Mahmood Nazar Mohamed,2005)

menyarankan bahawa kebimbangan adalah hasil daripada proses pelepasan ketegangan

seksual yang tersekat daripada ekspresi yang normal. Didapati seseorang yang

menghadapi kebimbangan sama ada dari bentuk realiti, moral atau neurotik lazimnya

berada dalam keadaan yang tertekan. Pendekatan teori psikoanalitik oleh Franz

Alexender (dalam mahmood Nazar Mohamed,1990) menyatakan bahawa tekanan adalah

satu bentuk penyakit psikosomatik. Beliau menegaskan bahawa tekanan disebabkan oleh

tegangan emosi yang tertekan yang terlibat dengan konflik kesedaran (lauzun,1963). Bagi

menjelaskan teori ini, dengan kajian adalah berkaitan dengan tekanan luaran mempu

mengubah persepsi dan tingkah laku seseorang, maka sekiranya tekanan yang kuat

19
diterima oleh ibubapa akan turut mengubah (Mahmood Nazar Mohamed, Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2005).

Model psikoanalitik memfokuskan kepada konflik individu diantara ketegangan

biologikal dan masyarakat. Bagi mengimbangi konflik antara kedua-dua ketegangan ini,

manusia mempunyai mekanisme pertahanan diri secara semulajadi. Frued (dalam

Whithan et.al..,,1984) menganggapkan mekanisme pertahanan diri seseorang daripada

desakan biologikal naluri yang bertentangan dengan tekanan masyarakat. Sebagi contoh

mekanisme bela diri dari segi pengalihan. Mekanisme bela diri jenis ini adalah

tingkahlaku yang tidak mempunyai matlamat. Satu tingkahlaku yang boleh dikatakan

mengalami pengalihan apabila matlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat

yang lebih tinggi. Perpindahan ini terjadi secara tanpa sedar untuk memenuhi keinginan

id dengan memindahkannya kepada objek lain sebagai ganti. Dengan kata lain, seseorang

memindahkan sesuatu impuls daripada objek asalnya kepada objek lain. Dalam

sesetengah kes, ibu bapa sendiri yang menyeksa anak mereka sebagai jalan melepaskan

geram akibat tekanan dalam pekerjaan atau perkara lain. Malah ada juga kanak-kanak

yang menjadi mangsa kerana masalah konflik rumahtangga yang melibatkan ibu bapa

mereka. Akibat tertekan dengan masalah yang melanda, anak-anak dijadikan tempat

melepaskan rasa marah. Anak kecil ini terpaksa menghadapi tempias hinggakan mereka

terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat. Selain itu, ada beberapa perkara

yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Pertama ialah tekanan

masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa. Ramai ibu bapa yang

20
menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut dan mereka memilih untuk melepaskan

tekanan dengan menyakiti atau memukul anak-anak

3.3.5 Teori Anomie

Teori Anomie telah diperkenalkan oleh Emile Durkheim (1858-1917) iaitu beliau

menjelaskan bahawa sesuatu keadaan seseorang itu telah kehilangan arah haluan atau

keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya dalam keadaan ‘ketiadaan

norma’. seorang lagi tokoh dalam mengenali teori anomie iaitu Merton. Beliau

berpendapat mengenai teori anomie iaitu ketidaktentuan antara penekanan masyarakat

untuk mendapat sesuatu matlamat melalui pelbagai cara. Beliau juga bersetuju dan

mempopularkan teori ‘strain’ yang mana masyarakat moden mempunyai peluang yang

tinggi terlibat dalam devian. Sebagai contoh faktor kemiskinan. Faktor kemiskinan juga

sering dikaitkan dengan masalah devian seperti penderaan. Ini kerana kemiskinan

menyebabkan sesebuah keluarga atau ibubapa tersebut itu menjadi tertekan. Tiada tempat

tinggal atau masalah ekonomi menyumbang kepada masalah penderaan.

Hubungan kemiskinan atau faktor sosial ekonomi sering ditujukkan oleh kajian-

kajian sebelum ini.Smith dan Adler (1991) menyokong faktor kemiskinan sebagai faktor

dalam kes penderaan terhadap kanak-kanak. Kajian tersebut telah dilakukan di sebuah

hospital di Australia mendati sebahagian besar kes adalah daripada kes kemiskinan.

Gelles (1973) juga turut menyokong dengan menyatakan penderaan berpunca daripada

tekanan yang disebabkan oleh pengangguran, kemiskinan dan kurang pendidikan.

21
4.0 Pandangan masyarakat.

Isu penderaan bukan lagi isu baru dalam sesebuah masyarakat. Malah masyarakat sendiri

menganggap isu penderaan fizikal khususnya dikalangan kanak-kanak adalah satu

perbuatan yang devian, iaitu satu tingkahlaku yang melanggar peraturan atau norma-

norma dalam masyarakat. Perlakuan mendera kanak-kanak adalah satu perbuatan yang

keji. Ibubapa yeng mendera kanak-kanak mungkin adalah disebabkan oleh kurangnya

pergaulan iaitu kurang komunikasi dengan sosial. Keadaan ini menyebabkan ibu atau

bapa mendapat tekanan. Dan tekanan yang dihadapi dilepaskan kepada individu-individu

yang rapat sebagai contoh kanak-kanak.

Walaubagaimanapun ada juga sesetengah budaya yang menganggap penderaan

adalah sebagai satu hukan atau disiplin yang dikenakan oleh anak-anak mereka agar

mematuhi seseatu arahan. Budaya seperti ini biasanya lebih bersikap “Tradisonal

culture” iaitu individu ini mungkin telah terbiasa dengan budaya yang berbentuk

kekerasan (dalam membentuk disiplin) keadaan ini secara tidak langsung menyababkan

berlaku penderaan terhadap kanak-kanak tersebut (Habibah Elias& Noran Fauziah

Yaakub,2002). Keadaan ini turut disokong oleh Gill pada tahun 1975, beliau telah

mengemukakan pendapat bahawa kekerasan terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu

yang jarang berlaku atau kejadian yang luar biasa. Malah kekerasan ini merupakan satu

tradisi yang terdapat dalam kebanyakan bangsa kerana di percayai bahawa ia adalah

norma biasa dalam mendidik anak-anak.

22
Disiplin atau peraturan yang dibentuk menyebabkan kanak-kanak memberontok.

Pemberontakkan keatas disiplin yang dibuat oleh ibubapa ini menyebabkan kanak-kanak

diberi hukuman. Sikap panas baran atau kurangnya pendidikan terhadap mendidik anak

menyebabkan ibu bapa ini akan terus menghukum anak dengan agresif dan tidak

berperikemanusian. Keadaan ini sering dikaitkan dengan gaya keibubapaan dalam

mendidik anak. Selalunya gaya ibubapa yang sering dikaitkan dengan penderaan adalah

gaya autokratik adalah satu corak yang ketat iaitu ibu bapa mengadakan berbagai-bagai

peraturan keluarga, mengharapkan anak-anak mematuhi sepenuhnya peraturan keluarga,

jarang membekalkan rasional bagi paraturan yang diadakan dan sering kali menggunakan

teknik denda bagi memastikan anak-anak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Setiap masyarakat mempunyai persepsi dan pandangan masing-masing terhadap

penderaan kanak-kanak. Ada yang melihat penderaan ini sebagai satu tingkahlaku yang

menjijikan dan hina, ada terdapat juga sesetengah masyarakat menganggap sebagai satu

disipilin untuk membentuk tingkahlaku yang lebih teratur dan sebagainya. Mengikut

sumber polis diRaja Malaysia pada tahun 2005, kes penganiyaan kanak-kanak mengikut

negeri Malaysia menunjukkan negeri yang menunjukkan angka penganiyaan yang paling

tinggi adalah negeri selanggor iaitu sebanyak 34 kes dan negeri yang paling sedikit

adalah terengganu iaitu sebanyak 2 kes. Keadaan persekitaran juga memeinkan peranan

dalam masalah penderaan. Keadaan ini bermaksud, berkemungkinan besar negeri

selanggor adalah negeri yang membangun. Persekitaran tersebut menyebabkan tekanan

yang tinggi terhadap seseorang individu, dan sekaligus tekanan itu yang menyebabkan

timbul rasa agresif dan akhirnya melepaskan rasa tekanan terhadap kanak-kanak. Selain

23
itu terdapat juga masyarakat sesetengah budaya yang masih menganggap penderaan

kanak-kanak adalah satu isu yang sensitif yang tidak perlu dihebohkan atau diwar-

warkan. Keadaan ini menyebabkan subjek atau statistik yang tepat terhadap bilangan

kanak-kanak yang didera sukar untuk diperolehi. Maka itu, perspektif masyarakat

terhadap penderaan kanak-kanak adalah berbeza-beza pada setiap budaya. Ada juga

terdapat kajian lepas yang melihat kepercayaan sesetengah budaya terhadap disiplin dan

pandangan-pandangan mereka.

Menurut kajian yang dibuat oleh Profesor Kasmini pada tahun 1988, di dapati

ramai kanak-kanak perempuan cina menjadi mangsa aniaya berbanding kanak-kanak

lelaki cina. Ini bertepatan dengan budaya kaum ini yang lebih mengutamakan anak lelaki,

disebabkan anak lelakilah yang membawa nama baik dan nama keluarga ke mana saja dia

pergi. Justeru itu layanan istimewa diberikan kepada kanak-kanak lelaki cina baik dari

segi kesihatan mental ataupun fizikal, pelajaran atau kerjaya.

Menurut Charles O’Brian dan Laurel Lau, 1993 (dlm. Anisah Che Ngah,

2002), yang membuat kajian tentang pendidikan kanak-kanak cina di Hong Kong; kanak-

kanak yang berumur di bawah 5 tahun dibelai dan diberi sepenuh kasih sayang dan

apabila mereka berumur 6 tahun ke atas nilai-nilai kesetiaan diterapkan. Jika mereka

ingkar, mereka akan dikenakan tindakan disiplin kerana kanak-kanak adalah hak mutlak

ibu bapa dan tidak ada sebarang kuasa yang boleh mengambil alih tanggungjawab

tersebut. Oleh itu, hukuman secara fizikal akan di kenakan bagi memastikan anak-anak

24
mendengar kata. Tindakan ini dibuat supaya mereka cepat sedar dan insaf dengan

perbuatan mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Lee dan Chin pada tahun 1984 (dlm. Anisah

Che Ngah, 2002), mendapati salah satu kepercayaan masyarakat India ialah apabila anak

itu lahir pada tarikh antara 14 April hingga 14 Mei dan antara 14 Julai hingga 14 Ogos

mereka di anggap membawa malapetaka kepada keluarga. Biasanya keluarga India akan

cuba memastikan mereka tidak mendapat anak pada tarikh-tarikh tersebut. Sekiranya

kelahiran itu tidak dapat dielakkan, kanak-kanak ini akan tinggal dalam keadaan bahaya

atau suasana berisiko tinggi untuk di aniaya dan di dera apabila sesuatu bala bencana

menimpa keluarga tersebut. Namun suasana begini semakin luput dengan kemasukan

masyarakat ini ke dalam arus pemodenan.

Masalah penderaan juga tidak mustahil berpunca daripada keadaan keluarga yang

kucar-kacir. Tidak sahaja terhenti di situ, masalah ketagihan dadah atau arak yang

dialami oleh ibu bapa juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak.

Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Seperti

yang diketahui, kesan dadah atau arak menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal.

Oleh itu, mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa

anak-anak yang tidak berdosa. Perbuatan mendera kanak-kanak merupakan perbuatan

yang bertentangan dengan Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia. Ibu bapa seharusnya

tahu atau mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia. Undang-

25
undang menyatakan bahawa kanak-kanak harus dihormati sepertimana individu lain.

Mereka perlu diberi perhatian sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat. Kanak-

kanak juga perlu dididik dalam persekitaran yang baik.

Sekiranya ada ibu bapa yang mendera atau menyeksa anak-anak, maka mereka ialah

orang yang tidak memahami Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia dan patut

menerima hukuman yang setimpal. Sewajarnya kanak-kanak diberi kasih sayang

secukupnya untuk pertumbuhan mental dan fizikal. Langkah ini bukan sahaja dapat

menghindari masalah penderaan, tetapi keluarga yang bahagia dapat melahirkan

masyarakat yang ampuh. Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang.

Jiwa yang masih bersih jika diterapkan dengan nilai murni akan dapat berkekalan di

lubuk hati. Pendidikan awal ini dapat menyemai sikap tanggungjawab dan anti

penderaan. Apabila mereka dewasa dan hidup dalam lingkungan masyarakat, perasaan

mengambil berat dan ingin tahu kebajikan orang lain akan terus mengalir. Pelbagai kesan

atau akibat yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan yang

merupakan satu paksaan yang harus diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat

membantah. Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Apabila emosi

mereka terjejas, ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah

mereka. Selain itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga

menyebabkan kanak-kanak sentiasa berkeadaan bimbang, menimbulkan rasa kecewa,

hilang keyakinan diri sendiri, bersikap agresif, dan fikiran mereka sering terganggu.

26
Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak yang kurang baik

perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa, bosan belajar, dan

tidak berminat dalam pelajaran. Di sekolah, kanak-kanak dilatih oleh guru mereka untuk

berfikir.Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal, mental, akhlak,

kerohanian, dan sosial yang baik.Sekiranya ibu bapa di rumah membentuk anak-anak

bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah, maka akan timbullah konflik dalam diri

kanak-kanak tersebut. Untuk mengatasi masalah penderaan ini daripada terus berlaku

dan memberikan kesan teramat buruk terhadap kanak-kanak, semua pihak perlu

bekerjasama mengatasinya. Langkah yang diambil oleh kerajaan dengan mengadakan

kempen penderaan ialah bagi membanteras gejala yang tidak berperikemanusiaan masih

tidak berkesan. Walauun hukuman berat dikenakan terhadap pesalah kes dera ini, masih

ada yang tidak ada rasa takut dan bersalah sehinggakan menyebabkan masalah ini masih

berlaku. Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas yang dilaksanakan oleh pihak

kerajaan. Untuk itu, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1997 perlu diperkukuh bagi

menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap bagi melindungi kanak-

kanak. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak, sebaliknya pupuklah

semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi. Bukan dengan cara

mendera atau menghukum mereka. Kegemilangan Malaysia di mata dunia tidak akan

bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan

kesengsaraan. Oleh itu banyak peranan yang perlu dimainkan seperti peranan masyarakat,

kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Penubuhan Persatuan

Perlindungan Kanak-kanak Malaysia (PPKM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan,

27
dianggotai sukarelawan pelbagai latar belakang yang memperjuangkan hak kanak-kanak

dan memupuk kesedaran mengenai penganiayaan dan pengabaian ke atas mereka.

5.0 kesimpulan.

Pada keseluruhannyanya, banyak faktor faktor yang boleh kita lihat dalam jurnal yang

dikaji oleh khoo, K.B.Ching dan rakan- rakannya mengenai penderaan fizikal dikalangan

kanak-kanak pada 1993 di hospital kuala Lumpur. Namun begitu bagi faktor-faktor yang

memberi kesan itu, tidak boleh berdiri sendiri dalam mengenalpasti potensi penderaan

seseorang individu. Tetapi harus dikaji bersama-sama atau bergabung dengan faktor lain.

Dengan erti kata lain , tidak ada satu-satu faktor yang bleh kita kesan atau faktor tipikal

yang boleh menunjukkan seseorang itu mempunyai potensi penderaan terhadap kanak-

kanak. Isu penderaan dikalangan kanak-kanak bukanlah satu isu yang baru, dan saban

hari isu ini semakin hari semakin sering diperkatakan. Statistik turut memperlihatkan

bahawa masalah penderaan dikalangan kanak-kanak tidak pernah tamat, malah semakin

meningkat tahun demi tahun. Sebagai manusia yang masih ada rasa tanggungjawab, kita

harus peka dan memandang serius akan masalah ini. Pengetahuan yang mendalam harus

kita ada, agar kita dapat mengatahui akan punca akar umbi terjadinya masalah ini, dan

jika punca utama masalah ini dikenalpasti, maka mudahlah untuk kita menyelesaikannya.

Selain itu peranan masyarakat, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan perlu

dipergiatkan peranan masing-masing dalam membanteras isu ini agar masalah ini dapat

diatasi.

28
Rujukan.

Buku:

Atan Long .(1978). Psikologi pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, Fawziah Yahya .(2005). Aplikasi

Kognitif Dalam Pendidikan. Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakup. (2002). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Henry N. P. (2002). Social Deviance Reading In Theory And Research. University Of

California, Iruine

Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung. Kuala

Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khoo,K.B,Ch’ng, G.s,Muhd.Kairi,O.,Jesni, J,Kamid, Liza.R.A,1995.penderaraan fizikal

di kalangan kanak-kanak,satu kajian kes kawalan di hospital Kuala Lumpur,buletin

kesihatan masyarakat,jilid2,bil,2,1995

29
Jurnal:

Littleton.H, Breitkopf. C.R &Berenson. 2007. A,Sexual and physical abuse history and

adult sexual risk behaviors, relationships among women and potential mediators.child

Abuse & Neclect,31,757-768

Laman web:

Penderaan kanak-kanak, konsep dan teori (atas talian ) : http://www.pts.com.my .

Dicetak pada 03 mac 2008.

30

Anda mungkin juga menyukai