Anda di halaman 1dari 6

KESAN- KESAN KES ROGOL

MANGSA
- Emosi mangsa akan terjejas selepas kejadian ini berlaku
kepada individu tersebut.
- Mangsa akan berasa diri sendiri tidak suci lagi dan tidak
ingin berdepan dengan orang lain pada satu tempoh,
terutamanya bagi anak dara.
- Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi
(gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku dan
menjejas kesihatan mangsa tersebut.
- Akan membawa kepada penyakit kemurungan dan
sekiranya tidak mendapat pertolongan pakar psikiatri
dengan segera,mereka akan menunjukkan tingkah laku
untuk membunuh diri.
- Secara tidak langsung,masyarakat akan menganggap
mangsa adalah punca kepada kes rogol sekiranya mangsa
tersebut selalu berpakaian menjolok mata,bergaul bebas
dalam perhubungan dalam kehidupan dulu sebelum
kejadian berlaku.
- Hal ini akan menyebabkan mangsa menjadi terlalu malu
dan melakukan sesuatu pada diri sendiri.
KELUARGA MANGSA
- Tahap kebahagiaan keluarga mangsa secara kebiasaannya
terjejas atau merosot.
- Mangsa mungkin sukar untuk menyesuaikan dirinya dalam
kehidupan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.
- kesabaran ahli keluarga amat memerlukan untuk bertolak
ansur dengan tingkah laku mangsa,selalu memberi sokongan
dan kasih sayang,penjagaan yang terapi terhadap emosi
mangsa supaya mereka tidak tidak berasa tersisir.
- Jika ahli keluarga hilang kesabaran, sudah pasti berlaku
perselisihan faham dan pertelingkahan dalam keluarga
justeru suasana bahagia terjejas.
MASYARAKAT
- Kesejahteraan sosial digugat akibat daripada berlakunya
kes rogol.
- Apabila kes rogol berlaku di sekeliling kita, ketenteraman
awam akan diganggu, masyarakat akan berasa tidak selamat.
- Mereka akan sentiasa menjadi bimbang dan rasa takut
untuk keluar dari rumah.
NEGARA
- Jika bilangan kes rogol di negara kita semakin meningkat ia
akan menjejaskan imej negara.
- Negara-negara lain akan memandang rendah kredibiliti
negara kita, maka pelancong asing akan mengurangkan minat
mereka untuk membuat pelancongan.
- Hal ini akan menjejaskan ekonomi negara dalam pelbagai
sector seperti pelancongan, pelaburan dan sebagainya.
- Media massa negara asing akan mengheboh-hebohkan
perkara tersebut lalu menjejaskan imej negara kita.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai