Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN DADAH

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.Banyak hal
yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini
yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",
"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah
laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup
anda.Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman
dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin,
syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.

1
FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

Kurang didikan agama oleh ibu bapa

Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah
terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-
anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing
masing.Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa
kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat
daripada pegangan agama yang rapuh. .

Pengaruh rakan sebaya

Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan
orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang
paling rapat dengan diri kita .
Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat
kuat.

Pemberontakan diri

Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap
sesuatu autoriti .
Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap
ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .

Gangguan Emosi

Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang


dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan. Hal
ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang
dihadapinya.Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara

2
berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama. .

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka

Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih
sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya
mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan
bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini
demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan
perkara-perkara yang tidak diduga ini.
Bak kata pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya
,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari
kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna .

Kesimpulan

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari
mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling,
dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah
mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan
juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau
perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting .Ibubapa perlu menjadi tulang
belakang untuk mencegah anak-anak terlibat dalam kacah dadah.

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)

3
2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)

3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)

4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)

5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI

1. Morfin

Dikenali juga sebagai M, White Stuff, White Powder, Monkey, Dreamer,


Morpho, Tab, Morb, Cubes, Emsel dan Melter. Morfin ialah sejenis alkaloid
yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai
morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia
terdapat dalam bentuk blok, serbuk at pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan
menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

2. Ganja

Ianya dikenali sebagai Kanabis Herba, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kif,


Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk
berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok
atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah
antara 0.25%-8%.

3. Kokain

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok
Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika
Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

4
JENIS DAN KESAN DADAH

Heroin

Ciri-ciri penagih:

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas ,
takut , sunggul

Morfin

Ciri-ciri penagih:

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas ,
sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Candu

Ciri-ciri penagih:

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang
selera makan , sunggul

Ganja

Ciri-ciri penagih:

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan
resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan ,
yuforia dan sugul

5
Syabu

Ciri-ciri penagih:

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku
agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang
selera makan

Ecstacy/MDMA

Ciri-ciri penagih:

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang
kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah &
resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin

Ciri-ciri penagih:

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau ,
rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak
ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

KESAN DADAH

Kesan dadah kepada diri sendiri

Dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah. Di
antaranya ialah:-

6
Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang
nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana
mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga
mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi
mereka yang menggunakan jarum suntikan)
Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi
khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan
mental, sehingga percakapan susah di fahami.

Kesan dadah kepada keluarga

Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan
pihak masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan
keluarganya.
Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga
menghilangkan kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus
merana.
Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan
mencetus pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi bercerai-
berai.Sekiranya,pandangan yang berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan
berlaku antara satu sama lain.

Kesan dadah kepada masyarakat

Menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan


membunuh.
Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga
yang lain.
Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.
Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak muda mereka.
Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama.

7
Kesan dadah kepada negara

Ekonomi

kos kehilangan produktiviti


tambahan kos perubatan
lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah dan pencegahan.

Keselamatan

Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh .


Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat .
Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
Menjejaskan kesopanan.

Kesihatan

Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling
Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat .
Emosi akan terganggu.

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN


DADAH

Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia
berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

I. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana
tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu
juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram
hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman

8
minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30
tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman
mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta
Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau
$20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

II. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras
isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini
bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat
terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang
berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan
sebagainya.

III. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu serta bertindak pantas dalam
melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat
perlu dilaksanakan agar hal yang melibatkan dadah tidak masuk ke negara kita.

IV. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

9
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk
memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari peringkat awal atau peringat akhir dan
tidak mengira umur dan bangsa.

V. Peranan individu
Tidak sesekali mencuba dadah dan tidak berseronok secara berlebihan.
Kenalpasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling dan jagalah harga diri
Ketahuilah apa yang penting bagi diri sendiri dan tingkatkan keyakinan diri
pada setiap masa
Sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya
Berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak dan mengatasi masalah bukan
dengan dadah
Bersikap rasional dan positif
Hindari kawasan berisiko dadah dan membantu persekitaran bebas dari dadah

VI. Peranan ibu bapa / keluarga


Bentuk anak-anak dengan memberikan kasih sayang dan sentiasa menjadi teladan
yang baik
Mengambil berat dan berikan perhatian
Sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan dan mendengar dengan aktif
Tidak berprasangka buruk dan menyelesaikan masalah yang ada
Sentiasa berbincang dan bercakap benar
Berikan alasan yang jelas dan bersabar menghadapi kerenah anak-anak
Sentiasa bertolak ansur dan bersabar
Jangan menghukum sebelum mendengar dan mengetahui dengan jelas
Faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang
Berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda
Ketahuilah apa yang anak-anak lakukan, siapa rakan-rakan mereka, ke mana mereka
pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang

VII. Peranan masyarakat


Membantu dan menjana perlaksanaan program pemulihan

10
Melibatkan diri dengan menyumbangkan idea, saranan dan tenaga bagi penyelesaian
permasalahan dadah
Penerimaan bahawa bekas penagih dadah masih berguna pada masyarakat dan
menyokong usaha ke arah membebaskan kawasan persekitaran dengan dadah
Membimbing bekas penagih supaya lebih bertanggungjawab
Memupuk semangat bencikan dadah dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak
untuk menyekat kemasukan dadah ke kawasan setempat

STATISTIK TAHUNAN

11
KESIMPULAN

Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca
daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak
hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga
dianggap musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab
terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut.
Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk
membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak
mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan
keluarga dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita
tidak menjadi lemah.

12

Anda mungkin juga menyukai