Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah. Pendidikan Pencegahan Dadah boleh : a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani. c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah. e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.

Jenis-Jenis Dadah

HEROIN
Definisi -Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin. Jenis/Bentuk Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar Nama Lain Big H , Dope , Smack , TNT Cara Penggunaan Menguntik , Menghidu Ciri-ciri penagih Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

MORFIN Definasi Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah. Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda 999 . Mengandungi 70% 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1 Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi . Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat. Jenis/Bentuk Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin Nama lain M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan Cara Penggunaan Menyuntik , menelan Ciri-ciri penagih Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

CANDU

Definisi Dihasilkan daripada buah popi muda . Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah . Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam . Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap . Jenis /Bentuk Candu mentah , candu masak , tahi candu Nama lain Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , O , Tar Cara penggunaan Menyuntik , menelan Ciri-ciri penagih Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

GANJA

Definisi Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan Jenis/Bentuk Seperti daun kering dan dimampat Nama lain Grass , pot , Marijuana , weed Cara penggunaan menghisap Ciri-ciri penagih Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

SYABU

Definisi Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit . Jenis/Bentuk Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas Nama lain Ice Cara penggunaan Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu Ciri-ciri penagih Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

ECSTACY/ MDMA

Definisi Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive . Jenis/Bentuk Pil dengan pelbagai warna dan simbol Nama lain Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA Cara penggunaan Menelan , campur dan minuman Ciri-ciri penagih Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

KETAMIN

Definisi Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves . Jenis/Bentuk Serbuk putih , kristal , cecair , pil Nama lain K , Special K , Vitamin K , Kit Kat Cara penggunaan Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman Ciri-ciri penagih Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

SEBAB-SEBAB SEORANG MENGAMBIL DADAH

1. Kerana ingin tahu . 2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba . 3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah . 4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan . 5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir . 6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) . 7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan . 8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) . 9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu : a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan. b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .

KESAN BURUK DADAH


1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) . 2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakandan perimbangan badannya . 3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi . 4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat . 5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah . 6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat 7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah . 8. Membawa maut kepada : a. Diri sendiri Contohnya : Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan . b. Ahli keluarga Contohnya : Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah . c. Orang awam Contohnya : Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH

Peranan Individu Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka . Peranan Ibu Bapa Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah . Peranan Guru Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah . Peranan Pemimpin Masyarakat Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benarbenar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah .

Peranan Majikan Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah . Peranan Pekerja Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah . Peranan Belia Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini . Peranan Pelajar Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan Katakan Tidak Kepada Dadah perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .

Peranan Media Massa Pihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca . Peranan Pertubuhan Sukarela Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .

Anda mungkin juga menyukai