Anda di halaman 1dari 21

PUNCA-PUNCA

1)DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN. remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif. remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.

2) SIKAP INGIN MENCUBA. pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.

3) KEKURANGAN KASIH SAYANG. kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akan menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkah laku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik.

4) TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH. bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan perbuatan seperti menghisap dadah dan seks rambang.

5)KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH . ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut. Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri daripada dadah

Akibat Penyalahgunaan Dadah


1. Akibat ke atas penagih Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

2. Akibat ke atas keluarga penagih Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

3. Akibat ke atas masyarakat Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah

Apakah itu Dadah?


Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah

Tanda tanda penagihan dadah


Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah : Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang- barang yang mudah dijual dari rumah,sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawahbangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

Jenis-Jenis Dadah
Heroin
Definasi
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah. Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda 999 . Mengandungi 70% 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1 Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi . Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda . Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah . Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam . Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Cara penggunaan
Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Cara penggunaan
menghisap

Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tarimenari atau raves .

Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

Slogan-slogan

VISI & MISI

VISI
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Cara cara pencegahan


Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol. Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain. Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

Statistic penagihan
DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang Statistik Januari - Disember 2005 (Sumber AADK) TABURAN PENAGIH MENGIKUT NEGERI BARU Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pulau Pinang Pahang Perak Perlis Sabah Sarawak Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur WP Labuan 2181 1215 1533 274 312 2227 780 1465 191 1640 598 1142 182 1642 7 15389 BERULANG 1729 1391 981 376 448 4176 883 1875 127 494 71 1420 174 3264 10 17419 JUMLAH 3910 2606 2514 650 760 6403 1663 3340 318 2134 669 2562 356 4906 17 32808

JUMLAH PENAGIH MENGIKUT STATUS KES BIL. Baru Berulang 15389 17419 32808

%
46.91% 53.09% 100.00%

PURATA SEBULAN 1283 1452 2735

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JANTINA BARU Lelaki Perempuan 14910 479 15389 BERULANG 17231 188 17419 JUMLAH 32141 667 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT BANGSA BARU Melayu Pribumi Sabah Pribumi Sarawak Cina India Lain-lain Bangsa Warga Asing 10621 867 94 2000 1208 503 96 15389 BERULANG 11723 355 28 3131 2020 159 3 17419 JUMLAH 22344 1222 122 5131 3228 662 99 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR KETIKA DIKESAN BARU < 13 tahun 13-15 tahun 16-17 tahun 18-19 tahun 20-24 tahun 25-29 tahun 30-34 tahun 35-39 tahun 40-44 tahun 45-49 tahun 50-54 tahun 55-60 tahun 0 82 312 909 4018 3617 2472 1509 889 535 253 100 BERULANG 0 0 7 47 1080 2878 3573 3277 2834 2108 1051 360 JUMLAH 0 82 319 956 5098 6495 6045 4786 3723 2643 1304 460

> 60 Tiada Maklumat

24 669 15389

57 147 17419

81 816 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS DADAH YANG DIGUNAKAN BARU Heroin Morfin Candu Ganja Pil Psikotropik Ecstasy/MDMA Gam Syabu/Methamphetamine Amphetamine Kodein/U.Batuk 4580 3172 5 3120 558 343 7 2983 330 291 15389 BERULANG 9334 4875 15 1924 194 52 3 849 52 121 17419 JUMLAH 13914 8047 20 5044 752 395 10 3832 382 412 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN BARU Binaan Pengurusan Jualan Teknikal Pengangkutan Pengeluaran/Kilang Perkeranian Perkhidmatan Pertanian/Perikanan dll. Buruh Am Hiburan Penganggur 1318 190 1555 951 843 831 45 1488 798 2636 64 1262 BERULANG 1970 156 1984 927 1113 537 50 2050 1053 3676 55 1189 JUMLAH 3288 346 3539 1878 1956 1368 95 3538 1851 6312 119 2451

Penuntut Tiada Maklumat

250 3158 15389

19 2640 17419

269 5798 32808

PROFIL PENAGIH DADAH MENGIKUT SEBAB MULA MENGGUNA DADAH BARU Untuk Keseronokan Pengaruh Kawan Perasaan Ingin Tahu Rangsangan Tahan Sakit Secara Tidak Sengaja Tekanan Jiwa Lain-lain (tanpa tujuan) Tiada Maklumat 1204 6573 2981 73 82 21 398 5 4052 15389 BERULANG 1817 7203 4258 91 138 28 536 4 3344 17419 JUMLAH 3021 13776 7239 164 220 49 934 9 7396 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT KELULUSAN TERTINGGI BARU Tidak Bersekolah Sekolah Rendah SRP/LCE/PMR SPM/MCE/SPVM STP/HSC/STPM Diploma Ijazah Lain-lain (spt. Sijil Kemahiran) Tiada Maklumat 3177 15389 2247 17419 5424 32808 299 1910 5672 3905 154 185 38 49 BERULANG 416 3179 7040 4195 170 115 24 33 JUMLAH 715 5089 12712 8100 324 300 62 82

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR MULA MENAGIH

BARU < 13 tahun 13-15 tahun 16-17 tahun 18-19 tahun 20-24 tahun 25-29 tahun 30-34 tahun 35-39 tahun 40-44 tahun 45-49 tahun 50-54 tahun 55-60 tahun > 60 Tiada Maklumat 1802 288 643 1375 3941 2572 1396 709 360 175 82 27 12 2007 15389

BERULANG 1310 594 1034 1596 4348 3180 1908 1061 600 314 157 31 11 1275 17419

JUMLAH 3112 882 1677 2971 8289 5752 3304 1770 960 489 239 58 23 3282 32808

Gambar jenis jenis dadah

Heroin -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Morfin -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Candu -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ganja -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syabu

Ecstacy/MDMA -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketamin

Isi kandungan
BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 2 3 4 5 6 7 8 9

APA ITU DADAH? VISI & MISI SLOGAN-SLOGAN JENIS-JENIS DADAH TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH PUNCA-PUNCA AKIBAT PENAGIHAN DADAH CARA-CARA PENCEGAHAN STATISTIC PENAGIHAN

10 GAMBAR JENIS DADAH

Anda mungkin juga menyukai