Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

RAJA SHAHRIMAN, BERUAS

PERAK

NAMA : - LAHVANYA A/P RAJASEKHARAN


- ROHAYU
- SHAFINAZ
- MASUHAIRA
PEKARA : FOLIO DADAH
TINGKATAN : 2 ELITE
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN M/S
PENGENALAN 1
AKIBATNYA 2-3
SEBABNYA 4
TANDA-TANDA PENAGIHAN 5
KESAN DADAH KE ATAS OTAK 6-10
PENCEGAHAN 11
JENIS-JENIS DADAH 12
DADAH 13
PENGHARGAAN 14
SEKIAN, TERIMA KASIH 15
PENGENALAN

Masalah pengunanan dadah merupakan masalah sedunia yang begitu


rumit; yang mana sehingga ke hari ini masih belum dapat dibanteras sepenuhnya.

Bekalan dadah di seluruh dunia adalah lebih besar daripada


permintaannya. Walaupun pemusnahan dan perampasan secara besar-besaran
dilakukan, tetapi ianya masih tidak memeberi kesan kepada kuantiti atau jumlah
yang diperlukan. Bekalan yang berlebihan ini menambahkan lagi masalah
penyalahgunaan dadah di negara-negara pengluar, dan membuatkan dadah boleh
dibeli dengan lebih murah di negara-negara pengguna.

Pengambilan sesuatu yang memabukan dan mengkhayalkan seperti


dadah dan alcohol ini dilarang oleh agama Islam, Buddha dan India kerana
pengambilannya hanya sekadar member kegembiraanyang palsu buat seketika
sahaja kepada seseorang itu. Seseorang akan kehilangan pertimbangan diri dan
bertindak di luar kesedarannya.

Pengmbilan dadah atau alcohol juga seringkali menyebabkan


berlakunya perpecahan keluarga, dan lain-lain perbuatan yang tergolong dalam
keruntuhan moral serta menunjukan sikap kejahilan dalam beragama. Penagih-
penagih dadah adalah sampah kepada masyarakat. Pada hari ini, kerajaan terpaksa
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina pusat pemulihan dadah,
sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk projek-projek lain yang lebih
bermanfaat.
AKIBATNYA

Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan
diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah ,
penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi
fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan,
penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang
berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan
.Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit
seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih
boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang
yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah
telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli
keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri,
merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti
ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang
negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan
anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan
keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.
Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah
yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos
nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
← Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
← Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah

← Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

← Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan

← Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota


polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya
dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa
aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat
yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang
pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari
jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur
diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang
tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .
SEBABNYA

Profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa


sebahagian besar penagih dadah adalah di dalam
lingkungan umur antara 15-25 tahun . Sebahagian
besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama
ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat
pengajian tinggi .Di antara faktor-faktor yang
mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana:-

 Keseranokan
 Perasaan ingin tahu

 Pengaruh rakan sebaya

 Secara tidak sengaja

 Mengatasi tekanan jiwa


TANDA-TANDA PENAGIHAN

Tanda-tanda penagihan dadah boleh dilihat melalui perubahan rupa, kelakuan dalam pekerjaan,
kelakuan sosial dan corak pergaulan seseorang yang sedang mengambil dadah. Pada amnya,
perubahan kelakuan tanpa sebab yang nyata, seperti berikut:

Dapipada Kepada
Riang, rajin bercakap dan suka menyatakan Pendiam, fikiran bercelaru dan memendam
perasaan perasaan
Cergas, Sihat dan penuh tenaga Kaku, uzur dan tidak bermaya
Segak, yakin diri dan tabah hati Tertekan, ragu-ragu dan putus asa
Suka menolong, menumpukan perhatian Tidak peduli orang lain, lalai dan tidak boleh
dan boleh diharap diharap
Penuh kemahuan dan bersemangat Tidak berminat dan lemah semangat
Tidak berselindung dan percaya- Suka berdalih dah tidak percaya-
mempercayai mempercayai
Gembira, memandang cerah masa hadapan Runsing, memandang gelap masa hadapan
dan optimistik dan pesimistik

SAYA

BENCI
DADAH!!!
KESAN DADAH KE ATAS OTAK

Secara umumnya, dadah dikelaskan kepada beberapa jenis. Nama-nama seperti morfin, heroin,
kokain, ganja, amfetamin dan LSD, semua ini membayangkan jenis- jenis dadah yang boleh
mendatangkan ketagihan.

Baru-baru ini, banyak lagi jenis dadah seperti "syabu" dan "Ecstasy" dikesan di negara ini.
Semua ini akan mengelirukan kefahaman orang ramai tentang dadah, apatah lagi setiap satunya
mempunyai nama `timangan' yang tersendiri di kalangan golongan penagih. Tambahan pula
bahan-bahan seperti tembakau dan rokok yang juga dianggap sebagai dadah terdapat dengan
begitu meluas penggunaanya di kalangan masyarakat kita.

Namun apa yang penting diketahui bukan sangat nama-nama dadah itu, tetapi kesannya ke atas
pengguna. Kesan utama dadah berbanding dengan ubat-ubatan adalah tindakannya yang agak
ketara ke atas otak dan minda manusia sehingga boleh berlaku pergantungan ataupun ketagihan.

Oleh yang demikian, ada baiknya kita mengenali jenis-jenis dadah ini dari segi kesannya secara
umum kepada otak dan minda manusia. Berasaskan ini, dadah boleh diberikan kepada dua
golongan utama, iaitu jenis dadah yang boleh meransang otak dan minda dan sejenis lagi adalah
yang boleh menekan fungsi otak dan minda. Jenis ketiga yang agak utama adalah bahan-bahan
yang dipanggil sebagai halusinogen.

(i) Dadah Perangsang

Seperti mana yang diketahui umum, kehidupan kita sehari-harian mempunyai kitaran naik-
turunnya sendiri. Dengan kata lain, ada masa-masanya kita secara semulajadi merasa `seronok'
dan ada pula masanya kita merasa agak `sugul'. Perasaan seronok ataupun gembira menunjukkan
bahawa otak dan minda kita dalam keadaan dirangsang. Ini membawa kita kepada tingkah laku
yang selalunya mengembirakan keriangan, kepetahan dan juga kadangkala gelak ketawa sebagai
tanda keseronokan.

Dalam hal yang sama, rangsangan yang diakibatkan daripada pengunaan ubat-ubatan yang boleh
juga merangsang otak/minda memberi kesan yang hampir-hampir sama. Oleh itu, sesiapa sahaja
yang mengguna dadah seumpama ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak `palsu'.
Tingkah lakunya turut menjadi agak luar biasa daripada berbagai segi, termasuk kelincahan
mahupun dari segi pertuturan.

Menggeletar

Dengan kata lain, kesan-kesan yang dapat diperhatikan akibat daripada penggunaan dadah jenis
ini adalah rasa keseronokan yang hampir tidak ada batasan jika dibandingkan dengan
keseronokan semula jadi. Justeru itu, mereka sering rasa resah-gelisah ataupun sentiasa dalam
keadaan kebimbangan dan mudah rengsa. Pertuturan mereka menjadi begitu pantas hampir
kadangkala sukar untuk memahami apa yang dimaksudkan. Tubuhnya mungkin menggeletar,
tidak begitu berselera untuk makan ataupun minum. Ia seolah-olah asyik dengan keriangan
sendiri tanpa menghiraukan sangat alam persekitarnnya, termasuk makanan dan minuman.

Jika keadaan ini berlanjutan, seseorang itu akan mula berasa keletihan sehingga dapat
mencetuskan satu keadaan kecemasan dan keresahan yang tidak lagi dapat dikawal.
Kesudahannya nyawa mereka akan terancam akibat daripada fungsi-fungsi penting lain di dalam
badan seperti jantung, pernafasan dan juga ginjal turut menjadi tidak lagi terkawal. Akhirnya
maut akan menyusul.

Contoh-contoh dadah seumpama ini adalah amfetamin ataupun MDMA yang lebih dikenali
sebagai Ecstasy. Sebab itulah dalam penggunaan Ecstasy didapati bahawa penggunanya dapat
melakukan sesuatu pergerakan (seperti menari) berjam-jam lamanya tanpa berhenti.

(ii) Dadah Penekan

Berbanding dengan jenis dadah yang boleh merangsang otak, kesan akibat dadah penekan ini
hampir berlawanan. Penggunanya tidak langsung aktif mahupun cergas tetapi sebaliknya dalam
keadaan serba tertekan dan sugul. Ia akan merasakan begitu lesu serta malas untuk melakukan
sesuatu pekerjaan. Keadaannya seolah- olah rasa mengantuk, pertuturannya lambat dan hampir
meleret. Tumpuannya begitu rendah sekali sehinggakan ia tidak begitu memperdulikan
persekitaranya.

Contoh-contoh kesan dadah yang bertindak sedemikian adalah jenis ubat-ubat tidur atau ubat
pelali. Ubat-ubat tidur sebenarnya berfungsi dengan menekan aktiviti otak sehingga dapat
menghasilkan rasa mengantuk dan tidur. Dan apabila otak terus tertekan, seseorang itu akan
berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri dan maut pula akan menyusul. Malah, ekoran
daripada itu, berbagai tekanan fungsi badan seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang
turut terjejas.

Terbang

Contoh ubat-ubatan lain yang boleh menekan otak dan minda dan juga fungsi badan adalah
daripada kumpulan-kumpulan candu ataupun madat terutama sekali morfin serta heroin.
Kumpulan-kumpulan ini juga dikenali sebagai kumpulan narkotik. Bahan seperti kodein yang
digunakan oleh sesetengah orang untuk merawat batuk juga terbitan daripada narkotik walaupun
kesannya tidak sebegitu ketara berbanding morfin dan heroin.

(iii) Dadah Halusinogen

Selain daripada dua kumpulan utama di atas, satu lagi kumpulan yang sering diperkatakan adalah
jenis halusinogen. Ini termasuk bahan-bahan seperti LSD, PCP dan berbagai jenis dadah rekaan
(designer drug). Kesan utama bagi kumpulan ini adalah ciri-ciri yang dapat menukar persepsi di
pengguna.

Dalam banyak hal, persepsi-persepsi ini seolah-olah tidak berpijak di alam nyata. Misalnya
seorang pengguna dadah jenis halusinogen mungkin merasakan dirinya boleh terbang dan
apabila cuba melakukan sedemikian, ianya akan mendapat kecederaan dan mungkin maut. Ada
juga ketikanya mereka-mereka yang menggunakan ubat-ubatan LSD misalnya mendakwa dapat
berjumpa dengan Tuhan. Kesemuanya ini adalah khayalan yang mirip kepada fenomena
halusinasi iaitu istilah yang digunakan untuk mencirikan dadah-dadah daripada kelas ini.
Oleh yang demikian, sering kali pengguna dadah halusinogen ini akan mengalami perubahan
tingkah laku luar jangkaan ataupun perubahan "mood" (mood swing) yang luar biasa. Emosi
mereka menjadi tidak stabil dan kerap juga dihantui oleh pengalaman-pengalaman buruk yang
pernah dialami mereka. Ada masa-masanya keadaan mereka seolah-olah orang yang tidak waras
sepertimana kumpulan ubat-ubatan halusinasi dan penekan. Dadah halusinasi bertindak terus
kepada otak dan minda untuk mencetuskan kesan-kesan berkenaan sepertimana yang disebutkan
di atas.

Berasaskan kepada kumpulan-kumpulan utama ini, seseorang itu dapat mengenali banyak jenis
dadah lain, baru dan lama. Misalnya, arak digolong sebagai dadah penekan kerana berupaya
menekan fungsi otak dan minda. Sebab itulah apabila seseorang itu dalam keadaan mabuk, ia
lebih cenderung untuk tidur ataupun rasa mengantuk. Pergerakannya pula terhuyung-hayang.
Begitu juga misalnya dengan rokok ataupun tembakau, khususnya bahan nikotin yang terdapat di
dalam bahan- bahan tersebut. Tembakau ataupun nikotin juga boleh menekan fungsi otak, tetapi
ini selalunya tidak dirasakan sangat oleh perokok kerana kesan awalan daripada merokok adalah
merangsang otak dan minda.

Sungguhpun kesan utama dadah adalah ke atas otak dan minda, tetapi kesan ini hanya dapat
diperhatikan melalui gejala-gejala luaran yang mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti otak dan
minda. Ini termasuklah sistem-sistem yang berkaitan dengan tubuh badah seperti sistem jantung,
pernafasan, gastro-usus, ginjal dan sebagainya.

Sepertimana yang telah dinyatakan, umumnya dadah perangsang boleh menguji aktiviti-aktiviti
ini. Denyutan jantung meningkat, tekanan darah meningkat, pernafasan meningkat begitu juga
dengan pengeluaran gastrousus. Kesan luaran yang paling ketara adalah pembesaran anak mata
hitam berbanding dengan keadaan normal. Sebaliknya penggunaan dadah yang menekan sistem
otak dan saraf memberi kesan pengurangan, baik bagi sistem jantung, pernafasan mahupun
gastro-usus, kesannya ke atas anak mata hitam boleh mengakibatkannya mengecil berbanding
dengan keadaan normal. Selain daripada itu, sifat-sifat serta perwatakan pengguna itu sendiri
boleh mendatangkan beberapa gejala bagi mensyaki penggunaan dadah berkenaan.
Bagaimanapun, dalam semua hal ini, pengguna-pengguna dadah akan merasai "keinginan"
mengambil dadah secara berterusan sebagai satu tanda yang ianya bergantung secara psikologi
kepada bahan-bahan tersebut. Kesan pergantungan ini memberi akibat yang mendalam kepada
perlakuan serta juga sikap si pengguna. Sepuluh gejala-gejala yang sering dikatakan sebagai
petanda luaran penggunaan dadah adalah seperti berikut:

 Perubahan sikap ataupun mood yang agak mendadah tanpa sebarang sebab yang nyata.
 Perubahan dari segi perwatakan dan juga penampilan peribadi berbanding dengan apa
yang lazim bagi seseorang itu. Ini termasuklah cara berpakaian dan gelagat sehariannya.

 Prestasi dan juga kehadiran di tempat kerja mahupun di sekolah mula menunjukkan
perubahan yang agak mendadak. Ini selalunya lebih kepada kemerosotan prestasi ataupun
sering ponteng.

Kesihatan
 Berat badan semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan ataupun
kurang keprihatinan terhadap aspek kesihatan.
 Mata sering berair dan kelihatan merah. Saiz anak mata berbeza, sama ada lebih kecil
ataupun lebih besar daripada keadaan normal. Pengguna dadah sering berkaca mata hitam
untuk tidak dikenal pasti.

 Kecenderungan untuk memencilkan diri terutama sekali daripada rakan- rakan sebaya
(yang tidak melibatkan diri dengan dadah) ataupun aktiviti -aktiviti rekreasi yang lain.

 Sering kelihatan di tempat-tempat sumbang seperti bilik stor ataupun kamar-kamar lain
yang jarang dikunjungi dan digunakan oleh orang lain.

 Terdapat tanda-tanda suntikan jarum di lengan ataupun parut-parut bekas suntikan di


bahagian-bahagian badan lain. Dalam hal ini, si pengguna sering cuba menyorokkan
tanda-tanda ini dengan memakai kemeja lengan panjang dan sebagainya.

 Kurang memberi tumpuan kepada tugas-tugas penting bukan sahaja berkaitan dengan
kerja, tetapi juga berhubung pengurusan peribadi dan keluarga.
PENCEGAHAN
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan
diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan
remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan
terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya


yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala
penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal
penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan
adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula.
Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap
individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun
membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari


dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat
menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah


penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan
berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini
kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-
rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada
memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu
yang terlibat adalah amat penting.
JENIS-JENIS DADAH
candu, morfin, heroin dan kodein
Opiat  bahan perubatan untuk menidur atau melegakan
kesakitan mempunyai potensi yang tinggi kelihatan
ganja, hashish dan marijuana
Canabinoid  semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus
canabis. THC (Tetra Hydrocannibol)
phetamine kokain
Stimulan  phetamine kokain (daun koka, paste koka, kokain
freebase dan crack kokain)
methaqualone, traquliser dan rohypnol
Depresen  bahan perubatan, ubat penenang untuk menukarkan
sistem saraf pusat
lysergic acid, halluceno-genic mushroom, dietthylamide
(LSD), diymethyltrp tamine (DMT), phenlyclidine (PCP) dan
Halusinogen ketamine
 dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual
iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak
methamphetamine, amphetamine, MDMA (Methylene
Dioxymetham phetamine) dan pil ecstasy (XTC)
Psikotrapik (ATS)
 adalah dadah yang bertindak kepada otak dan
merangsang fizikal
gam, ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thinner, cecair
pemetik api, spray rambut, krim pencuci, marker pen dan lain-
lain
Inhalant  tidak ditakrifkan sebagai dadah

 walaubagaimanapun banyak persamaan dengan dadah


dari segi kesannya

DADAH
KESAN PENGAMBILAN
TANDA
NAMA/BENTUK CARA PENGAMBILAN JANGKA JANGKA
PENGAMBILAN
PENDEK PANJANG
Asli Dihisap dengan Khayal- halusinasi, Mengantuk, Ketagihan,
- CANDU paip,telan, makan Euforia - kesugulan, badan menjadi kelemahan
- Candu pemikiran/ pertimbangan lemah, fizikal dan
mentah berkurangan mengalami mental
- Candu gangguan jiwa
masak
- Tahi candu
MORFIN Dicairkan, Disuntik Pergerakan tidak Rasa resah, HIV/AIDS,
- White powder kedalam pembuluh darah seimbang, tindakbalas cirit birit, sakit gangguan jiwa,
- White stuff dengan jarum suntikan. lambat, mata hitam perut, rasa lebih dose,
- Morfin mengecil, hidung berair, sejuk, mati
mentah mual/muntah, hilang berpeluh
- Base morfin selera makan
- Pil morfin
HEROIN NO.3 Masuk dalam rokok, Muka jadi merah, mata Tanggapan Hepatitis,
HEROIN NO.4 dihisap,chasing the hitam menjadi kecil, Menjadi Kancing gigi,
BROWN HEROIN dragon, disuntik, dicair tiada pertimbangan, kurang terang, Keracunan
HEROIN BLACK hilang selera makan, tidak dapat darah, HIV /
TAR bersifat hyperaktif, menumpukan AIDS. Mati
bertambah risau dan perhatian
Diminum dlm ubat batuk terlalu sensitif, tekanan penuh dan
KODEIN darah, suhu badan, pengguna akan
diameter anak mata menjadi tidak
mengalami perubahan, sedar,
keseluruhan penagih bingung/
mengalami emosi yang berkela-kuan
negatif. seperti orang
mabuk, Ambil
berlebihan
kekejangan,
tiada wujud
muforia,
menjadi
ketagih,
berlebihan
kepada dadah
pengurusan
diri lebih
mudah
PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan, akhirnya, saya telah dapat menyiapkan


folio dalam jangkamasa yang ditetapkan tanpa sebarang masalah yang
besar.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima


kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Rajasekharan dan Puan
Rahini Thevy yang telah memberi bimbingan, sokongan moral, dan
bantuan kewangan bagi membolehkan saya menjalankan tugas ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kakak-kakak saya, Prathiba


dan Sharanya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini.

TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai