Anda di halaman 1dari 5

Faktor pendorong terhadap penyalahgunaan dadah

Terdapat pelbagai faktor yang berkemungkinan dalam menjangkakan penyalahgunaan dadah


dalam kalangan remaja.Antaranya adalah faktor sosiodemografi,persekitaran,tingkahlaku dan
juga individu.Dalam setiap kategori ini terdapat beberapa lagi pecahan-pecahan faktor yang
lebih spesifik dan pecahan-pecahan dalam faktor psikososial ini boleh merangkumi banyak
aspek.Menurut Steinberg (1993) psikososial didefinasikan sebagai perkembangan yang
melibatkan aspek biologi,psikologi dan juga sosial.
Kurang didikan agama oleh ibu bapa
i) Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah
terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-
anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan
masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan
agama yang rapuh .

Pengaruh rakan sebaya
i) Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan
orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling
rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya
adalah sangat kuat.

Pemberontakan diri
i) Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu
autoriti . Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes
terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .
Gangguan Emosi
i) Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya
kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian
menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah
yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan
kesan lupa dan euphoria yang lama.

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
i) Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang
sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan
materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak
bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka
rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.
Bak kata pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya ,bermaksud
ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan
memberikan didikan yang sempurna .

Risiko dan kesan penyalahgunaan dadah ke atas tingkahlaku devian serta pencapaian
dan keciciran akademik remaja

Kesan terhadap individu
Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah
,jenayah serta penipu.Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan
memahami mereka dan memandang serong terhadap mereka .Oleh itu, penagih dadah akan
mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan perasaan mereka atau mencari
keseronokan dari dadah tersebut .

Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.

1) Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah
mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada
dalam dunia yang tidak wujud .

Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .

1) Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah
menjadi lebih kurus hari demi hari .Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya
apabila ketagihan dadah. Bulatan hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi
hari..


Berubah menjadi panas baran ,pengsan dan kehilangan tenaga seks.

1) Dadah akan mengubah sikap penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah
dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat .Penagih dadah yang kekurangan wang untuk
membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan
dadah.Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai
penyakit.Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .
KESAN KEPADA KELUARGA
Menjatuhkan maruah dan nama baik sesebuah keluarga

1) Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik keluarganya disebabkan pihak
masyarakat akan menggunakan pandangan yang sama terhadap penagih dan keluarganya.


Membebankan anggota-anggota keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang banyak untuk merawatnya.

1) Banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi memulihkan penagih yang telah terjerumus
dengan dadah.Anggota-anggota keluarga akan mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang
kekal dan berkesan disebabkan oleh mereka. Hal ini demikian adalah untuk sokongan kepada
penagih.


Rumah tangga menjadi porak peranda.

1) Penagih akan kehilangan minda untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan mencetus
pergaduhan berlaku. Suasana keluarga juga menjadi bercerai-berai.Sekiranya,pandangan yang
berbagai-bagai,masalah perselisihan faham akan berlaku antara satu sama lain.

Menghancurkan harapan ibu bapa.

1) Penagih sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau anggota
keluarga.Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini,tidak mudah mereka bangun.

*Berlaku perpisahan,perceraian dan keganasan dalam kalangan anggota keluarga.
Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan
kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa,anak-anak dan isteri terus merana.

KESAN TERHADAP NEGARA

KUKAPRIYA A/P PALLIANYSAMY
203653

Kesan Kepada Ekonomi
Melibatkan kos penagihan dadah kepada masyarakat
- Kos penagihan
- kos kehilangan produktiviti
- tambahan kos perubatan
- lain-lain kos seperti kos penguatkuasaan dan pengawalan dadah,pencegahan dan lain-lain.

Kesan Kepada Keselamatan
- Kejadian jenayah seperti mencuri ,menyamun,merompak dan membunuh .
- Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat .
- Melibatkan perselisihan faham antara kaum.
- Menjejaskan kesopanan.

Kesan Kepada Kesihatan
- Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan mengganggu masyarakat sekeliling .
- Penyakit AIDS dan penyebaran virus HIV menakutkan masyarakat .
- Emosi akan terganggu.

Anda mungkin juga menyukai