Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati Tuan Pengetua, Yang dikasihi guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dimuliakan

sekalian, salam aspirasi salam pidatoan dari saya. Berdiri megahnya saya di hadapan ini adalah untuk
menyampaikan pidato yang bertajuk “Dadah Pemusnah Negara”. Di bawah lembayung kata, 'Dadah'
merupakan apa-apa jua bahan kimia, samaada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh
badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan, ia boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang
atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Hadirin dan hadirat sekalian, Untuk pengetahuan para hadirin, dadah terbahagi kepada empat jenis
iaitu Kabis, Stimulan, Depresen dan Opiat. Dadah boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti daun
ganja, ganja kering, tembakau ganja, minyak hasish, pil ectasy, amphetamine, syabu, depresen, bunga
dan buah kopi, candu mentah, bes morpin, dan heroin. Pengedaran dadah tersebut semakin berleluasa
kini dan aktiviti membanteras jenayah ini semakin giat dijalankan oleh pihak yang berkuasa. Namun,
sampai bila kita harus bergantung kepada pihak polis semata-mata? Pencegahan dari awal haruslah
diambil oleh semua pihak. Seperti yang kita sedia maklum, dadah telah diisytiharkan sebagai musuh
negara kerana ia melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bangsa, maka usaha untuk
menanganinya menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak terutamanya para pendidik. Ini
disebabkan pendidik terlibat secara langsung dengan para pelajar yang menjadi aset penting negara
pada masa hadapan. Hal ini kerana, para remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah
berbanding di rumah. Oleh itu, guru-guru dan pensyarah haruslah memainkan peranan utama dalam
membentuk peribadi seseorang daripada terjebak dengan najis dadah.

Begitu juga dengan ibu bapa, mereka merupakan orang yang paling rapat dengan anakanak. Sabda
Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud “ setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih).
Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani maupun majusi”. Oleh itu, amat penting
bagi golongan ini melengkapkan diri dengan strategi maupun kaedah bertindak tertentu yang releven,
berkesan dan bersesuaian untuk jangka pendek dan panjang. Komitmen mereka adalah penting dalam
menjayakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan contohnya seperti kempen “Belia Benci
Dadah”. Para hadirin sekalian, Profil Penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagian besarnya
adalah beliabelia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat
pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka ke arah penggunaan dadah

secara langsung adalah pengaruh daripada rakan sebaya, untuk mengejar keseronokan, wujudnya
perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan untuk meningkatkan keseronokan seksual. Manakala
bagi faktor yang mendorong mereka secara tidak langsung ke arah penggunaan dadah ialah selepas
menerima rawatan perubatan, penggunaan secara tidak sengaja dan untuk mengatasi masalah tekanan
jiwa. Selain itu, kegagalan institusi kekeluargaan seperti perceraian juga menyebabkan anakanak
kurang

perhatian, kasih sayang dan pendidikan termasuklah hal agama. Oleh

itu,

pembesaran anak-anak yang tidak dipantau oleh ibu bapa menyebabkan mereka mudah terpengaruh
dengan budaya yang tidak sihat dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, minum arak,
perhubungan tanpa batasan, merempit dan bohsia. Hal ini telah menjadi serius dengan peningkatan
kes cerai di negara ini. Justeru, langkah awal haruslah diambil untuk memperkukuhkan istitusi
kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembentukan peribadi para generasi muda.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Mufti telah mengeluarkan
fatwa bahawa dadah adalah haram di sisi Islam kerana ciri-cirinya yang menyerupai sifat arak iaitu
merosakkan akal dan menimbulkan masalah kesihatan. Antara kesan pengambilan dadah ialah
ketagihan. Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian pengambilnya,
mengatasi keperluan hidup lain seperti makanan dan minuman. Mereka juga akan mengalami gejala
tarikan apabila tidak menggunakan dadah, merasa terdesak atau gian untuk mengambil dadah lebih-
lebih lagi bila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal
jumlah kekerapan penggunaannya. Bukan itu sahaja, bekas penagih dadah akan mengalami
kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu. Selain
itu, akibat yang jelas ke atas penagih ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih
akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan

kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja
atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas,
rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah secara
berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit.
Bukan itu sahaja, penagihan dadah oleh seseorang individu turut memberi impak kepada keluarga
mereka dan masyarakat sekeliling. Bagi keluarga penagih-penagih dadah ini, maruah dan nama baik
keluarga mereka akan tercemar dalam kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan
kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Hal ini
amat menyedihkan terutama bagi ibu bapa yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi
orang yang berguna dan berjaya dalam hidup mereka. Hadirin yang budiman, Pada masa kini,
Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian meragut,
mencuri, dan merompak yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini
sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda
dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang
lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Seterusnya, kesan penagihan dadah ini
amat memberi kesan yang mendalam kepada negara. Hal ini kerana, negara terpaksa menanggung kos
yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Hal ini termasuklah kerugian
akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
penagih dadah serta kos penyelenggaraan program-program pencegahan yang telah dijalankan oleh
kerajaan. Golongan penagih dadah ini bukan sahaja menzalimi diri mereka sendiri malah
menyusahkan ramai pihak.

Para Hadirin hadirat sekalian, Biarpun sudah 51 tahun Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan, isu
dadah masih melanda masyarakatnya. Para pemimpin negara sangat khuatir dengan penularan gejala
ini kerana ia berupaya memusnahkan apa yang kita ada pada hari ini termasuk anak-anak, keluarga,
jiran dan masyarakat. Justeru, usaha untuk memeranginya terus dituntut walaupun ia kini merupakan
masalah global. Oleh itu kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen agar dapat menyeru supaya
semua ahli masyarakat bangkit menentang dadah dengan memastikan keluarga dan persekitaran
mereka bebas daripada najis dadah tersebut. Di dalam menjayakan usaha kerajaan untuk memulihkan
para penagih tegar, ahli keluarga haruslah memainkan peranan penting dengan memberikan semangat
yang berterusan sejajar dengan program pemulihan yang disediakan di pusat-pusat serenti.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan dalam memastikan para generasi muda
bebas daripada najis dadah. Hal ini memastikan agar kita dapat hidup dengan aman dan damai sebagai
masyarakat yang bersih daripada masalah sosial. Oleh yang demikian, para ibu bapa haruslah
memantau anak-anak mereka yang mungkin terjebak dengan dadah melalui tanda-tanda seperti
meradang tidak tentu sebab, rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus, hilang selera makan,
kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu, serta mempunyai
parut dan bekas suntikan di lengan. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri
bahawa seseorang itu penagih dadah berdasarkan tandatanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat
dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujuk kepada pakar perubatan. Itu
adalah jalan terbaik untuk menangani masalah ini agar para generasi muda dapat dicegah daripada
awal sebelum mereka menjadi penagih tegar. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya
menghadiakan serangkap pantun ; Pak Pandir makan gula-gula, Gula-gula dibeli di kedai Pak Ya,
Rosak belia, rosaklah bangsa, Perangi dadah musuh Negara.

Anda mungkin juga menyukai