Anda di halaman 1dari 2

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak
ratusan tahun lalu. Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak
berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia
menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang
terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.

Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabkan
penyalahgunaan dadah mengakibatkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara.
Seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh mengakibatkan masalah
jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang supaya
dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan
menjadi sampah masyarakat. Malah ada yang menjadi tidak siuman.

Penyalahgunaan dadah sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor pertama


ialah keinginan mencuba sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan menjadi teruk
sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih kerana mereka boleh terpengaruh dan
mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah.

Selain itu, tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut
mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan emosi
keterlaluan, kemurungan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan
tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa
kepada tekanan yang dihadapi.

Penyalahgunaan juga disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap kesan buruk yang
akan menimpa mereka yang ketagih dadah. Sudah pasti banyak remaja yang tercicir dari
sekolah atau yang berasal dari luar bandar tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang kesan buruk dadah. Oleh itu, apabila mereka telah merasai nikmat dadah, mereka
beranggapan tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka.

Sekiranya disenaraikan satu persatu, keburukan yang dibawa oleh dadah adalah sangat
banyak. Oleh itu, penyalahgunaan dadah harus diatasi. Cara mengatasi yang utama ialah
pendidikan mengenai bahaya dadah. Pendidikan ini kelak mengelakkan remaja terjerumus
dalam dadah. Pendidikan patut dilakukan oleh ibu bapa dan guru.
Kempen kesedaran yang lebih berkesan haruslah diadakan dari masa ke masa oleh pihak
kerajaan dan swasta. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen ini berlangung
dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah
para penjual dadah.

Para penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar pula hendaklah dijatuhi hukuman
yang berat seperti gantung sampai mati. Hukuman yang diterima oleh mereka akan dapat
membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan berasa ngeri
untuk melakukan perbuatan itu.

Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah juga


berpunca daripada banyak faktor. Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi
penyalahgunaan ini. Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak
menjadi lemah.

Anda mungkin juga menyukai