Anda di halaman 1dari 3

Dalam era globalisasi dan kemajuan Negara yang pesat kini,masih ada masalah yang menjadi racun kepada

Negara dan masyarakat iaitu masalah penagihan dadah. Masalah ini sudah cukup lama melanda bukan sahaja Malaysia malah kebanyakan Negara di dunia. Apakah factor yang menjadikan penagih penagih ini masih wujud dan memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat dan Negara. Mengikut statistic terkini yang dikeluarkn oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sepanjang Jan hingga Julai 2013,seramai 4529 penagih dikesan dimana 63.19% adalah penagih baru manakala 36.81% penagih berulang iaitu seramai 1667 org.(1) statistic juga menunjukkan 79.95 % dri jumlah penagih yang dikesan adalah kaum bangsa melayu iaitu 3,621 orang, 7.33 adalah cina iaitu 332 orang, 11.75 adalah india dengan seramai 532 orang, 0.15 % peribumi sabah iaitu7 orang, 0.38% adalah peribumi Sarawak seramai 17 orang dan selebihnya adalah lain lain dengan 0.44 peratus iaitu seramai 23 orang penagih.(1) Dari statistic itu juga, ia menunjukkan lelaki adalah golongan jantina yang teramai dikesan menagih dadah iaitu 98.32 % iaitu seramai 4,453 manakala 1.68 % adalah wanita seramai 76 orang. Statistic jga menunjukkan golongan belia adalah paling ramai menjadi penagih dadah iaitu 70.40 % iaitu 3,185 orang.(1) Antara factor yang menjadi punca berlakunya penagihan dadah ini ialah pertamanya adalah datangnya dari individu itu sendiri. Factor ini terjadi akibat perasaan ingin mencuba yang datang dari individu itu sendiri.perasaan ini menjadikan mereka tidak mengawal diri mereka dari terlibat dengan najis dadah. Hal ini terjadi kerana remaja dan belia terutamanya mudah dipengaruhi kerana ada sifat ingin tahu dan mencuba dan menjadikan mereka lebih mudah dipengaruhi(1). Ia terbukti jika dilihat dari statistic yang menunjukkan golongan belia adalah golongan tertinggi dikesan terlibat dengan penagihan dadah. Selain itu, individu yang terlibat juga cenderung mempunyai keinginan untuk berseronok. Ia kerana kesan dari penagihan dadah itu menjadikan seseorang itu dalam keadaan khayal, kurang daya kesedaran, halusinasi dan menjadikan satu keseronokan kepada mereka.(1) terutama bagi mereka yang sering dilanda masalah dalam kehidupan seharian dan mereka menjadikan dadah sebagai salah satu cara untuk mencari keseronokan. Factor kedua ialah kurangnya ilmu agama dan kesedaran tentang bahayanya dadah. Mengikut perspektif islam, sememangnya tidak ada dalil yang mengatakan dadah itu haram, namun mengikut sabda rasullah s.a.w yang bermaksud, Setiap yang
memabukkan adalah khamar (arak atau dadah) dan setiap khamar itu adalah haram.(Hadis riwayat Muslim) .(2) ia

jelas mengatakan setiap yang memabukkan dan memberikan kesan yang buruk dan membawa kemudaratan adalah haram. Dan kesan itu adalah sama dengan kesan yang diberi oleh dadah kepada penagih. Jika individu itu arif dan mendalami ilmu

agama, nescaya ia akan lebih arif dengan penyalah gunaan dadah dan kekuatan rohani akan menolak individu itu mengambil dadah. Kesedaran tentang penagihan dadah juga adalah salah satu punca. Kadang kadang kita terlepas pandang betapa penting nya kesedaran yang berterusan kepada kanak kanak hingga orang dewasa untuk tahu mereka bahawa dadah itu membahayakan dan boleh merosakkan system tubuh badan. Kesan dari penagihan ini, pertama kepada keluarga iaitu pertamanya keluarga akan terbeban kerana hilangnya satu harapan untuk membantu keluarga apabila sesorang itu terlibat dengan penagihan dadah. Keluarga juga akan menanggung malu apabila diketahui oleh masyarakat bahawa ahli keluarga terlibat dengan penagihan dadah dan pasti keluarga akan disisih oleh masysrakat. Keduanya ialah pada masyarakat. Masyarakat akan terganggu untuk menjalani kehidupan seharian dengan adanya penagih dadah ini. Sememmangnya masyarakat kita meminggirkan penagih dadah dan mencemuh mereka sebagai sampah masyarakat. Masyarakat juga dilanda ketakutan akibat peningkatan kadar jenayah kerana kebiasaan penagih ini melakukan jenayah untuk seperti ragut dan rompak untuk mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. Ini terbukti kerana mengikut statistic, 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah.(1) Kesan ketiga adalah kepada Negara. Pertama adalah dari segi ekonomi. Negara terpaksa membelanjakan berjuta ringgit untuk melaksanakan pemulihan,pencegahan dan penguatkuasaan untuk membanteras masalah penagihan dadah. Ia adalah satu kerugian kerana jumlah itu boleh digunakan untuk pembangunan Negara. Keduanya kemerosotan sector ekonomi dari sector pelancongan kerana sector pelancongan adalah antara penyumbang besar ekonomi Negara melalui kemusakn pelancong asing namun kemasukan pelancong asing akan berkurangan apabila berlakunya peningkatan kes jenayah yang dilakukan oleh golongan penagih ini dan menyebabkan meraka bimbang untuk datang ke Malaysia.(1) Bagi memastikan perkara ini dapat dibendung, pertamanya ialah setiap pihak harus memainkan peranan masing masing. Pihak berkuasa harus mencari langkah penyelesaian yang lebih efektif seperti rawatan methadone yang menggunakan perubatan untuk merawat penagih.(1) kempen kesedaran juga harus bermula dari bawah iaitu dari kanak kanak hinggalah orang dewasa dan tanam sifat benci akan dadah dan bahanya dadah kepada mereka. Kempen kesedaran juga harus dilakukan seiring dengan peredaran masa dengan wujudnya laman social seperti facebook, twitter dan sebagainya agar belia kini yang celik it lebih memahami tentang masalah dadah di Negara. Orang awam juga harus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan membanteras dadah dengan menyertai pertubuhan sukarelawan yang diwujudkan khas

untuk memerangi dadah serta menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat kepada mereka. Kesimpulannya, masalah penagihan dadah ini cukup member masalah dan kemusnahan kepada individu,kelarga,masyarakat dan Negara khasnya. Usaha dan pencegahan serta pemulihan harus ditambah baik dan lebih proaktif kerana jika tidak dicegah,hancurla pembangunan Negara yang telah dicapai pada masa kini. Ia harus dibanteras sehabisnya dan melahirkan generasi baru tanpa dadah.

Anda mungkin juga menyukai