Anda di halaman 1dari 9

Dewasa kini, kita sering terbaca di dada akhbar mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-

murid yang sering menjadi isu polemik dalam kalangan media massa yang meniti dari bibir ke
bibir.Mengapakah hal ini boleh menular dalam kalangan murid-murid? Sudahtentu sesuatu perkara
yang berlaku ada puncanya. Hal ini kerana, pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada
angin yang meniupnya

Beberapa faktor yang telah menyebabkan seseorang itu terjebak dengan gejala penagihan dadah,
antaranya :

1. KECETEKKAN ILMU

Ilmu itu adalah cahaya sepertimana pesanan Imam Waqi' kepada Imam Syafie dan begitulah realiti
kehidupan ini. Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan khususnya mengenai pengetahuan dadah
maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh ke dalam kancah penagihan dadah adalah sangat besar.
Orang yang berilmu akan senantiasa bertindak mengikut kewarasan fikiran yang positif seterusnya
menyelamatkannya daripada budaya yang tidak sihat.

2. PENGARUH KAWAN

Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan bahawa pengarauh kawan
adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Begitu ramai remaja dan
belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak
sihat. Ibubapa yang tidak mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan anak-anak itu mudah
mendengar nasihat kawannya berbanding ibubapanya sendiri. Pihak ibubapa, sekolah dan
masyarakat sekeliling perlu mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi bagi membendung
pengaruh negatif menyelubungi remaja dan belia kita. Sepertiamana pepatah arab menyatakan “
Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala
bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

3. PERSEKITARAN YANG TIDAK SIHAT

Persekitaran bermaksud suasana kawasan yang membentuk tabiat seseorang manusia samada
menjadi baik atau buruk. Faktor ini perlu dititik beratkan oleh para ibubapa terutamanya di dalam
memilih tempat kediaman. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, tumpuan anak-anak adalah
sangat penting kerana jika tidak dikawal maka anak-anak ini akan mudah dipengaruhi perubahan
arus keseronokkan dunia. Di sekeliling kotaraya yang besar telah tumbuh pelbagai permis-permis
yang merosakkan kehidupan belia kita antaranya pusat perjudian, pusat hiburan, cyber cafe,
kawasan-kawasan melepak, hotel-hotel bajet dan sebagainya. Tempat-tempat tersebut selalunya
menjadi sarang kepada penagih-penagih dadah dan penjual-penjual dadah untuk mencari
pelanggannya. Manakala di kawasan luar bandar pula, aktiviti penagihan dadah banyak terdapat di
kawasan-kawasan yang sunyi seperti di rumah kosong, kawasan semak samun, di dalam ladang
kelapa sawit dan kawasan-kawasan terpencil di dalam kebun. Bagi memastikan para belia dan
remaja tidak terjebak dengan gejala negatif maka pihak berkuasa, berwajib, berkepentingan,
berautoriti hendaklah mengambil tanggungjawab yang sewajarnya bagi mengelak gejala buruk ini
menular.
4. TIADA KAWALAN IBUBAPA

Ibubapa adalah perisai utama kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempurna akan menyebabkan
remaja dan belia akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Di zaman yang
semakin mencabar ini dengan kenaikkan kos sara hidup telah menyebabkan ibubapa banyak
memberikan tumpuan kepada kerjaya untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh kerana itu, urusan
anak-anak akan terabai, kasih sayang tidak dapat diberikan sepenuhnya sehinggakan anak-anak
hilang kawalan oleh ibubapa. Slogan "Rumahku Syurgaku" tidak lagi terdapat di dalam banyak
rumahtangga. Ibubapa tetap menumpukan kepada kekayaan dunia sedangkan permata hatinya
semakin malap kerana dimamah anasir negatif yang mempengaruhi diri. Diharapkan ibubapa dapat
memberikan keperihatinan kepada anak-anak sepenuhnya dan pandulah mereka ke jalan yang
diredhai Allah.

5. MEDIA ELETRONIK

Media Elektronik seperti TV, Radio, Komputer, Telefon Mudah Alih adalah menyumbang kepada
peningkatan jenayah sosial yang tinggi. Pengaruh daripada filem-filem atau drama tv yang banyak
menonjolkan aksi-aksi ganas dan negatif telah mendorong remaja dan belia terikut-ikut dengan
adegan tersebut. Kita sedia maklum, mana-mana cerita jenayah yang terdapat di dalam filem pasti
melibatkan sindiket pengedaran dadah. Ini secara tidak langsung telah mendorong para remaja
untuk mengenali dadah dengan lebih dekat. Bahkan ada juga trend "Tak ambil barang tak cukup nak
jadi gangster" perkara ini akan merisaukan pelbagai pihak. Di media-media sosial seperti facebook
dan youtube telah menjadi medan kepada peniaga-peniaga dadah secara online, bahkan ada juga
fanpage yang digunakan untuk menghalalkan dadah di sisi undang-undang. Ini adalah perkembangan
yang tidak sihat dan tidak seharusnya diambil mudah oleh kerajaan. Oleh itu, ibubapa hendaklah
mengawasi tingkahlaku anak-anak terutamanya di dalam melayari internet.

6. HIBURAN YANG MELAMPAU

Sedia maklum bahawa faktor hiburan yang melampau juga mampu membawa seseorang itu terjebak
dengan penyalahgunaan dadah. Bermula tahun 60 an hinggalah sekarang ini pelbagai jenis dadah
yang telah digunakan untuk mencapai tahap hiburan yang melampau antaranya dadah jenis heroin,
ganja dan syabu. Contohnya kumpulan rock yang popular sekitar tahun 90 an iaitu Nirvana, dimana
penyanyinya Kurt Cobain adalah seorang penagih heroin yang tegar. Manakala bagi penggemar
muzik reggae yang telah menjadikan idolanya Bob Marley juga adalah seorang penagih ganja yang
tegar. Kedua-dua artis ini mati akibat penggunaan dadah yang berlebihan. Selain pengaruh muzik,
penumbuhan kelab-kenal hiburan juga menjadi faktor risiko kepada masyarakat khususnya dalam
aktiviti pengedaran dadah jenis psikotropik. Pusat snooker juga menjadi tempat tumpuan para
remaja menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan kebiasaannya pengaruh negatif mudah
masuk di tempat-tempat ini.

7. KETERHADAN SUMBER KEWANGAN

Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta sumber pendapatan yang tidak dapat menampung
kenaikkan kos hidup telah membawa kepada penularan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Maka kesan
daripada itu, terdapat sebilangan belia yang sanggup mengadaikan nyawa untuk menjadi pusher
atau tokan dadah untuk mengutip kemewahan hidup melalui jalan yang salah. Hal ini perlu diberikan
perhatian yang serius oleh pelbagai pihak termasuklah masyarakat setempat. Perkara ini tidak hanya
berlaku di dalam komuniti sahaja namun ada juga yang menjalankan jual beli dadah di dalam
institusi pendidikan. Oleh itu, penerapan kesedaran bahaya dadah perlu diberikan secara
komprehensif kepada para belia di negara ini agar mereka jelas dan peka terhadap bahaya
penyalahgunaan dadah serta hukumannya.

8. TIADA DIDIKAN AGAMA YANG KUKUH

Pendidikan agama adalah tunjang kepada akhlak seseorang samada ianya baik ataupun buruk. Islam
dengan jelas mengharamkan pengunaan dadah untuk diri kerana dadah telah diqiaskan dengan
meminum arak. Bahkan, dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih besar sehingga kepada
tahap meragut nyawa seseroang yang mengambilnya. Oleh kerana itu, firman Allah Taala di dalam
surah al-Baqarah ayat 195 "...dan janganlah mencampakkan dirimu dengan segaja ke dalam
kemusnahan.." dengan jelas bahawa ayat ini memberikan hujah bahawa sesiapa sahaja yang
menggunakan sesuatu untuk memudaratkan diri adalah haram ke atasnya. Jika kita lihat kembali
kepada pemahaman masyarakat muslim di Malaysia ini mengenai stigma terhadap najis babi dan
anjing adalah sangat tinggi. Namun tidak kepada najis dadah, sehinggakan ada yang menyatakan
bahawa najis dadah tidak seharam najis babi dan anjing, sedangkan kemudaratan najis dadah itu
lebih besar daripada najis babi dan anjing dan akibatnya masyarakat mula memandang enteng
mengenai status najis dadah. Kerana itu, sesi pembelajaran pendidikan agama perlu menjelaskan
secara terperinci mengenai hukum menghisap, mengguna, membawa, menjual, membeli,
memproses dan mengedar dadah. Mohon pihak berwajib, menjalankan tanggungjawab yang lebih
efektif bagi memastikan bahawa pelajar dan belia kita memahami secara jelas mengenai pengharam
najis dadah.

KARANGAN 2

Gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar seluruh angota
masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah
air ke daun keladi. Apakah rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak
kesan buruk kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya
mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan sahaja . Kalau
tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran
terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu
masalah yang masih belum dapat dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok
menghisap 14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai
memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu
diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi

Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba.
Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru.
Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya
menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa
sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk Seri Hishammudin Tun
Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orangdewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja
yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia
yang mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana
perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir
selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah
sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan
sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu
mereka mendapatkan dadah.

Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan
bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof.
Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun
sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang
lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang
dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda.
Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan
kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi
seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan
perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang
rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.

Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menetapkan
peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit mereka menggunakan
dadah yang dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah
terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi suplemen
sebagai ganti ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr. Ray D.
Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat tembakau ,Kementerian
Kesihatan masih ingin meminta pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang
meminta pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah memperolok-
olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin menular di Malaysia.

Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama
yang dipandang remeh oleh remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan
mendorong rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai
jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala –gejala
sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai
benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif
terutamanya dadah. Amat memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah
didominasi oleh kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan
dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka.
Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang lagikan bersuluh bahawa
sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor
yang menunjukkan seramai 22344 orang Melayu menjadi penagih dadah.

Selain itu,menurut wartawan dan penulis kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak
Chow Kit, anak-anak pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu
ibu mereka ‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat layang-layang terputus
talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa juga menjadi punca penagihan dadah.
Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak
mereka akan menyebabkan anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang
dikehendakinya. Penyataan itu juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan
atau ‘role model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang dewasa itu biasanya
akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah
kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa
mencorakkan peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan
dadah.

Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu antara satu sama lain bagi membentuk negara Malaysia
yang bebas dadah pada tahun 2015. Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat
berpeluk tubuh dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi
menjadi bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur denga tebing
untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan
jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi tersebut? Kita tidak mahu kejadian sebagaimana
yang diungkapkan oleh pendakwah dan ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al
Nadwiy yang berbunyi ‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-
sungguh mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang lain pula
asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.

KARANGAN 3

2.0 FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

Terdapat beberapa faktor penting atau secara umum yang telah dikenalpasti sebagai penyebab
utama kepada peningkatan penagihan dadah di Malaysia iaitu faktor diri sendiri, persekitaran dan
masyarakat, rakan sebaya, sekolah dan ibu bapa. Faktor-faktor ini merupakan faktor risiko seseorang
itu terlibat dengan penagihan dadah.

2.1 FAKTOR DIRI SENDIRI


Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba. Perasaan
ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari daripada
terlibat dengan dadah. Remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai perasaan ini kerana
pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula berputik. Kajian menunjukkan
peratusan tertinggi penagih baru adalah remaja. Mengikut statistik pada Januari hingga Disember
2005 remaja berumur antara 20 sehingga 24 tahun menunjukkan jumlah penagih baru yang tertinggi
iaitu sebanyak 4018 orang iaitu 26% daripada penagih baru pada tahun tersebut. Hal ini sangat
membimbangkan kerana remaja adalah aset negara yang harus dijaga.

Selain itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah cenderung untuk berseronok.
Keseronokan juga merupakan sebab utama kenapa remaja mencuba dadah. Sifat remaja yang suka
kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada diri sendiri menyebabkan mereka
mencuba dadah. Hasilnya remaja mula ketagih dan menjadikan dadah sebagai medium utama untuk
berseronok. Statistik pada bulan januari hingga disember pada tahun 2005 menunjukkan sebab
utama mereka mencuba adalah untuk keseronokkan. Dan ia menunjukkan peratusan yang agak
tinggi pada tahun tersebut iaitu sebanyak 9.2%.

Selain itu, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama seseorang itu mengambil keputusan
untuk mencuba dadah sebagai medium utama bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi. Menurut
Roberts(1997), kadar kemurungan meningkat sebanyak dua kali ganda pada zaman remaja
berbanding pada zaman kanak-kanak dan kadar ini meningkat lagi apabila remaja terbabit menginjak
usia dewasa. Kini, remaja bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah
semata-mata. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong
seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan
berlaku sehingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi
teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.

Selain itu, faktor diri sendiri yang tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dadah menyebabkan
dirinya tidak dapat mengawal untuk terlibat dengan dadah. Mereka tidak punyai kekuatan untuk lari
daripada menyalahgunakan dadah. Hal ini di dorong oleh kelemahan dalam mengawal nafsu dan
kekurangan ilmu dalam agama serta perasaan tidak takut pembalasan di akhirat kelak kerana
mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan diri sendiri. Kesedaran yang kurang tentang
bahayanya dadah menyebabkan mereka mudah menjerumuskan diri ke arah yang negatif.
Kesedaran dalam diri itu penting kerana ia merupakan faktor pelindung yang dapat melindungi diri
kita daripada terlibat dengan najis dadah.

2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama berlakunya penagihan pada
zaman remaja. Hal ini kerana, kajian menunjukkan ramai remaja yang terlibat dengan dadah akibat
daripada terpengaruh dengan rakan sebaya. Statistik pada bulan januari hingga disember 2005
menunjukkan pengaruh rakan berada pada kedudukan yang tertinggi iaitu sebanyak 6573 orang
penagih baru dan 7203 orang penagih berulang dengan peratusan sebanyak 41.9% daripada jumlah
keseluruhan penagih. Hal ini demikian, kerana kebanyakkan masa remaja diluangkan bersama
dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang bersesuaian harus dilakukan dengan
bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam
pengambilan dadah ia secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan
mereka.

Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Inginkan
penerimaan daripada rakan-rakan juga menyebabkan seseorang itu mula terlibat dengan dadah.
Remaja juga inginkan kuasa atau pengaruh yang kuat daripada rakan-rakan yang lebih berpengaruh,
hal ini menjadikan mereka diterima oleh rakan sebaya. Berkawan dengan rakan-rakan yang tidak
sihat menyebabkan remaja mudah terjerumus dengan kancah penagihan dadah. Pengaruh rakan
yang kuat menyebabkan seseorang individu tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dengan
dadah. Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan pada zaman sekarang menyebabkan
remaja perempuan turut sama terlibat dengan dadah. Semakin lama semakin ramai remaja
perempuan terlibat dengan dadah. Sebagai contoh, pengaruh daripada teman lelaki menyebabkan
remaja perempuan terikut-ikut dan menyerahkan dirinya kepada teman lelaki tersebut untuk
diperlakukan dengan perkara yang membawa kepada keburukkan.

2.3 FAKTOR IBU BAPA

Ibu bapa merupakan insan yang telah mendidik dan memberi kasih sayang kepada kita sejak
dari kecil lagi. Mereka telah banyak berbakti kepada kita tanpa kita sedari. Namun, apa yang menjadi
keburukkannya ialah apabila ada segelintir ibu bapa yang kurang perihatin terhadap anak-anak
mereka sehingga anak-anak mereka boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah. Hal ini memang
tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kemewahan dan kesenangan hidup pada
hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta
menyediakan keperluan asas yang penting untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang
sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja
menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu
bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke arah gejala sosial yang
terlampau seterusnya ke lembah penagihan najis dadah dan mereka hanyut di bawa arus kehinaan.

Selain itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu penyebab
mengapa individu mudah terlibat dengan dadah. Hal ini berlaku kerana, ibu bapa tidak memberi
perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia serba moden ini remaja sangat
terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya
pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh
agama. Mereka juga tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Pengetahuan tentang dosa
dan azab siksaan di neraka yang amat pedih dan perit yang kurang didedahkan menyebabkan
mereka tidak mempedulikan dan ambil kesah.

Ibu bapa juga kurang faham dari segi didikan agama menyebabkan mereka tidak berupaya
mengamalkan ajaran-ajaran islam yang sebenar kepada anak-anak mereka. Kurang kasih sayang
daripada ibu bapa juga menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang secukupnya
daripada mereka. Ibu bapa yang sibuk bekerja dan ibu bapa yang mengelak atau tidak
bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak menyebabkan anak-anak terabai. Anak-anak akan
merasa kesunyian dan rasa tidak diambil perhatian dalam setiap tindakan yang dilakukan. Hal ini
menyebabkan mereka memberontak dan apabila anak-anak memberontak ibu bapa hanya
mengambil tindakan dengan memarahi mereka tanpa usul periksa dan hanya dapat menyalahkan
mereka. Apabila ada ibu bapa yang memarahi dan menyalahkan mereka, mereka akan cepat terasa
dengan tindakan ibu bapa dan cuba menjauhkan diri daripada ibu bapa seterusnya mencari rakan-
rakan sebaya yang dapat beri keseronokkan.

2.4 FAKTOR SEKOLAH

Sekolah memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari
pelbagai aspek terutamanya dari segi rohaniah, lahiriah dan jasmani. Namun, apa yang menduka
citakan apabila sekolah dijadikan sebagai tempat berlakunya gejala buli, samseng, berjudi dan yang
paling membimbangkan adalah sebagai tempat mengedar dadah. Remaja mula terjebak dengan
dadah sejak dibangku sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga kurang kawalan oleh pihak
sekolah. Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah kepada remaja yang ingin mencuba dan
ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan mereka.

Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan Azmi Md
Deros(2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya jalinan hubungan yang rapat
untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak mudah terjebak dalam gejala
penagihan dadah. Beliau menjelaskan bahawa hampir lima juta pelajar sekolah di negara ini
terdedah kepada dadah kerana mereka menjadi sasaran utama pengedar yang bermotifkan
keuntungan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu meningkatkan peranan mereka di sekolah untuk
memastikan tidak ada pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam masalah penagihan dadah.

Di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi(IPT) yang
terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera
semua pihak. Dalam tempoh januari hingga disember tahun 2006, seramai 134 orang pelajar
terbabit atas kesalahan dadah mengikut pelbagai seksyen. Hal ini menunjukkan, peningkatan lebih
45 peratus berbanding bagi tempoh sama pada tahun 2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah
mencari punca kepada permasalahan itu sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan selesai selagi
puncanya tidak dihapuskan. (Berita Mingguan, 29 April 2007).

2.5 FAKTOR MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN

Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah
dalam kalangan remaja. Persekitaran yang negatif seperti masyarakat sekitarnya banyak yang
terlibat dengan dadah menjadi penyumbang utama kepada keinginan remaja untuk mencuba dadah
itu sendiri. Remaja yang pada awalnya bebas dengan dadah mula berjinak-jinak dengan benda
tersebut setelah melihat sendiri di depan mata cara bagaimana dadah itu digunakan. Setelah melihat
sendiri di depan mata, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam diri individu. Reaksi daripada
penagih yang tenang dan dikatakan dadah itu sedap dan dapat melegakan tekanan menambahkan
lagi perasaan ingin mencuba itu. Remaja mula terpengaruh dengan persekitaran mereka apabila
melihat ada segelintir rakan-rakan atau kawasan persekitaran yang negatif kerana kebanyakkannya
menagih.
Selain itu, bekalan dadah yang mudah didapati juga menjadi faktor pendorong remaja mula
menjinakkan diri ke arah penyalahgunaan dadah. Bekalan dadah yang mudah didapati di kawasan
perbandaran dan di kawasan sempadan negara menyebabkan bekalan dadah mudah masuk ke
Malaysia. Hasil tangkapan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM)
menunjukkan bahawa penyeludupan dadah sering diseludup melalui lapangan terbang utama dan
kawasan pelabuhan di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan, sehingga ada segelintir rakyat
Malaysia yang menjadi ‘keldai dadah’.

Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim Mahmud(2005) juga
mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah Felda. Hai ini kerana, pandangan
serong masyarakat sekeliling terhadap penagih dadah. Mereka mengganggap penagih dadah sebagai
sampah masyarakat, kotor, jijik. Masyarakat setempat yang mudah melabel seseorang walaupun
mereka telah pun berubah menyebabkan mereka berputus asa dengan kehidupan dahulu dan
sekarang. Jadi mereka tiada tempat hendak di tuju, dan mengambil keputusan untuk menagih lagi.
Mereka menjadi tiada tempat kebergantungan untuk menyara diri dan membuat keputusan untuk
terlibat semula dengan dadah. Tekanan berada di kampung dan ditambah dengan perspektif
masyarakat yang negatif terhadap dirinya, membuatkan bekas penagih kembali ke kancah
penagihan dadah semula.

Anda mungkin juga menyukai