Anda di halaman 1dari 2

Selasa, 2009 Jun 23

Bahaya Dadah Kepada masyarakat

Penyalahgunaan dadah sememangnya suatu perkara yang membimbangkan kerana pada masa ini
banyak remaja dan belia terjerumus dengan najis dadah. Sekali mereka sudah terjerumus amat
sukar untuk berhenti daripadanya. Ini adalah kerana dadah menyebabkan seseorang berasa
tertagih.

Apabila sudah ketagih, lazimnya penagih dadah akan berasa terdesak untuk mendapatkannya
semula dengan apa sahaja cara sekali pun. Mereka tidak tahan menanggung seksa tertagih. Inilah
yang menyebabkan penaqgih sukar untuk berhenti dari menagih dadah.

Walau bagaimanapun keazaman yang kuat serta daya tahan yang tinggi dan semangat keinsafan
dengan dorongan dan sokongan ahli keluarga dapat membantu mereka kembali ke pangkal jalan.

Penyalahgunaan dadah ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu itu sendiri tetapi
juga kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para belia merupakan aset penting di
dalam sesebuah negara. Para belia merupakan pemangkin semangat ke arah masa depan
pembangunan negara. Belia hari ini berdepan dengan cabaran-cabaran yang memerlukan
perlengkapan diri yang berkualiti.

Ia tidak memberi sebarang kebaikan malah mendatangkan kerugian dari segi kewangan,
keruntuhan moral dan akhlak dan sebagainya. Ia juga membuatkan seseorang terdorong untuk
melakukan kegiatan yang dilarang oleh Allah seperti mencuri, membunuh dan sebagainya.

Kawan banyak memberi pengaruh kepada perkembangan perilaku anak-anak yang sedang
meningkat remaja. Lazimnya mereka akan mudah terpengaruh dengan hasutan kawan yang
membawa kepada kemusnahan, malah mereka tidak mendengar nasihat kedua ibu bapa, ponteng
sekolah dan bermacam lagi yang mereka lakukan yang boleh mendatangkan keburukan ke atas
mereka.

Pencegahan awal bagi membolehkan seseorang individu itu tidak terjerumus dengan dadah ialah
peranan pihak ibu bapa melalui proses sosialisasi dalm mendidik dan mengasuh anak-anak
mereka dengan berlandaskan ajaran agama Islam. Dengan adanya ajaran dan didikan yang
sempurna secara informal ini akan mengelakkan mereka dari terjerumus dari penyalahgunaan
dadah.

Didik anak-anak kita dengan didikan yang betul, sentiasa berasama mereka, terangkan setiap
perkara dengan tenang dan berdiplomasi. Oleh itu ibu bapa sebagai orang yang paling rapat
dengan anak-anak perlu tahu bagaimana untuk menjawab persoalan dan keingintahuan mereka.

Di sekolah-sekolah, pihak guru akan menjadi peranan penting dalam memberi ajaran dan tunjuk
ajar kepada penuntut agar mereka tidak terjerumus dengan penyalahgunaan dadah supaya
mereka memahami tentang bahaya dadah, sesuai dengan pemikiran mereka yang lebih matang
dan bolehlah diberi pendidikan melalui mata pelajaran umpamanya dalam mata pelajaran sivik.
Dengan ini bukan saja mendorong mereka mengikuti malah secara tidak langsung akan
mempelajari dan memahami tentang penyalahgunaan dadah.

Pihak kerajaan terutama Biro Kawalan Narkotik, pihak polis dan pihak kastam akan mengawasi
dan memerhati bagi memeriksa dengan teliti melalui kawasan darat dan laut. Pihak penghulu dan
ketua kampung mesti berhati-hati bagi keamanan sebuah kampung terutama mengawasi rumah-
rumah yang kosong. Ini adalah disebabkan rumah-rumah tersebut selalu menjadi sarang gejala
dadah.

Adanya kerjasama pihak ketua kampung dan penduduk kampung akan membolehkan meraka
membenteras gejala dadah di kawasan mereka. Jika terdapat sesuatu perkara yang mencurigakan,
bersama-samalah berganding bahu untuk menyiasatnya dan melaporkan kepada pihak yang
berkuasa, kalau ada orang yang menagih dadah.

Dengan adanya langkah ini, pihak berkuasa dapat bertindak dan memasukkan penagih dadah ke
pusat pemulihan, lagi awal dirawat lagi besar harapan mereka untuk pulih dan kembali ke
pangkal jalan.

Selain itu akibat dari penyalahgunaan dadah atau pengedar dadah boleh dikena hukuman berat
seperti hukum gantung sampai mati. Sayang diri kita, keluarga kita dan masyarakat sekeliling
kita.

Mnyedari hakikat masalah dadah yang begitu rumit dan kompleks, kerjasama orang ramai dan
pihak kerajaan adalah sangat-sangat diharapkan bagi mengatasi bahaya yang dihadapi semoga
kita mendekatkan diri kepada Allah jua.

Dayang Noryati binti Juni,

di Selasa, Jun 23, 2009

http://jabatanbahasamelayu.blogspot.com/2009/06/bahaya-dadah-kepada-masyarakat.html

Anda mungkin juga menyukai