Anda di halaman 1dari 3

Penularan Ketagihan Dadah Membimbangkan

Dipetik dari Majalah Tamadun, November 1999. Oleh: Al-Ghazali

Banyak usaha telah dibuat oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan penyalahgunaan
dadah di negara ini. Berbillion-billion ringgit di belanjakan bagi membendung penularan
ketagihan dadah di kalangan rakyat. Banyaknya pusat-pusat serenti didirikan bagi
pemulihan penagih-penagih dadah membuktikan keseriusan kerajaan menangani
masalah ini. Lembaga Dadah Kebangsaan dan Persatuan Pemadam menjadi penggerak
utama bagi memastikan penyalahgunaan dadah dapat dibendung.

Namun, apa yang kelihatan usaha-usaha yang dijalankan selama ini tidak memberi
kesan positif. Penagihan dadah terus tidak dapat dibendung, malah penularannya makin
meningkat hari demi hari. Meskipun tangkapan dilakukan terhadap penagih-penagih dan
pengedar-pengedar dadah dan hukuman yang berat dikenakan, namun hukuman-
hukuman tersebut tidak menakutkan mereka.

Penyalahgunaan dadah bukan saja membahayakan kesihatan, ianya boleh membawa


ketagihan dan apabila ketagihan sudah sebati maka si penagih akan membuat apa saja
termasuk mencuri, merompak dan sebagainya bagi mendapat dadah. Apabila sudah
terlalu serius maka penyakit Aids juga boleh dijangkiti di kalangan penagih dadah ini.

Meskipun pusat-pusat serenti di dirikan di merata tempat di negara ini bagi tujuan
pemulihan, namun kesannya amat mendukacitakan. Hanya 30% saja berjaya di pulihkan
melalui pusat-pusat serenti ini. Sekarang ini ada sejumlah 9,511 penagih di tempatkan
di 24 pusat-pusat serenti di seluruh Malaysia, dan bilangannya makin bertambah setiap
bulan.

Kedapatan 109 penagih baru dikesan setiap hari di seluruh negara. Angka ini amat
menggerunkan. Menurut Naib Presiden Pemadam, Datuk Lee Lam Thye, ini yang dapat
dikesan, angka sebenarnya mungkin empat kali ganda kerana kebanyakkan mereka ini
masih belum dapat dikenal pasti.

Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini saja Lembaga Dadah Kebangsaan telah
mengesan sebanyak 19,659 penagih. Ini adalah peningkatan sebanyak 1.77%
dibandingkan dari tahun lepas. Daripada jumlah itu 54.13% atau 10,649 adalah penagih
baru.

Penyalahgunaan dadah di kawasan-kawasan bandar adalah sangat membimbangkan.


Bandaraya Kuala Lumpur menjadi juara apabila seramai 2,500 penagih di tangkap dan di
ikuti oleh Johor 2,174 kes. Daripada jumlah yang dikesan pada tahun ini penagih lelaki
mengatasi penagih wanita iaitu 19,407 lelaki dibanding seramai 252 penagih wanita.

Dadah jenis heroin, masih lagi menjadi kegemaran utama penagih-penagih di ikuti
dengan morphine,ganja dan eastacy, syabu, dadah yang di seludup dari Filipina menjadi
masalah besar di Sabah sementara ubat batuk menjadi kegemaran penagih-penagih di
Terengganu, Kelantan, Sabah dan Serawak.

76% daripada penagih-penagih dadah ini adalah di kalangan yang berusia di antara 13
hingga 40 tahun. Sementara yang melibatkan para pelajar dalam tempoh 6 bulan
pertama tahun ini ialah 144 orang. “Ini adalah peratusan yang kecil dibandingkan
dengan populasi pelajar-pelajar seramai 5 juta orang di seluruh negara. Namun ianya
satu petanda yang kurang baik,” jelas Datuk Lee seterusnya.

Apakah dengan angka-angka ini yang nyata sekali menggambarkan peningkatan


penagihan dadah yang berterusan akan dapat mencapai matlamat kerajaan untuk
menghapuskan dadah di sekolah-sekolah pada tahun 2012 dan menjadikan Malaysia
bebas daripada penagihan dadah pada tahun 2023 akan tercapai? Apa yang kita nampak
segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan NGO nampaknya tidak
mendatangkan kesan ke arah matlamat itu.

Dalam hal ini masalah pokok ialah bukan penyalahgunaan atau ketagihan dadah, yang
menjadi tunjang masalah ialah “pengedaran dadah” yang berleluasa yang masih belum
dapat dibendung. Masalah dadah ini bukan saja dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah
menjadi masalah global. Rangkaian pengedarannya sangat licin dan sofistikated dan
menyeluruh ke serata dunia. Malaysia dikatakan menjadi salah satu pusat transit
pengedaran dadah ini yang diedarkan di seluruh dunia.

Tugas-tugas utama yang patut di tangani oleh kerajaan dan badan-badan NGO ialah
membanteras pengedar-pengedar ini. Semua pintu masuk ke negara ini hendaklah
dikawal ketat. Tanpa bekalan, penagih-penagih dadah mungkin dapat dikurangkan.
Usaha-usaha lain seperti program-program pendidikan, penerangan tentang bahayanya
penyalah gunaan dadah hendaklah di perluaskan. Institusi-institusi keluarga hendaklah
dimantapkan di samping menyerapkan pengetahuan dan nilai-nilai keagamaan.

Hukuman mati saja nampaknya tidak mendatangkan kesan yang positif. Begitu juga
peranan pusat-pusat serenti yang kelihatan sudah menjadi haru biru. Banyaknya
kejadian pelatih-pelatih di pusat-pusat ini merusuh, memberontak dan membuat kacau
dalam pusat-pusat serenti ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena di pusat-pusat
itu.

Sudah banyak kejadian seperti ini berlaku, kita tidak tahu sama ada dibuat sebarang
penyiasatan atau tidak bagi mengenal pasti kenapa senario itu boleh berlaku? Ada di
antara mereka memberitahu bahawa pusat-pusat serenti menjadi tempat “penyiksaan”
bukan tempat pemulihan. Sama ada dakwaan ini betul atau tidak pihak berkenaan
sewajarnya memberi penjelasan.

Kita harapkan pelatih-pelatih pusat serenti benar-benar terlatih dan menjadi rakyat yang
berguna kepada negara. Berita-berita mereka mendapat bekalan dari segelintir
kakitangan yang tidak bertanggungjawab di situ hendaklah di tangani dengan segera
tanpa bertolak ansur.

Sesungguhnya beban kewangan yang di tanggung oleh kerajaan untuk penagih-penagih


dadah ini boleh di manfaatkan kepada program-programlain yang lebih berfaedah bagi
kepentingan dan kesejahteraan rakyat ramai, membina rumah-rumah kos rendah
umpamanya.
5.0 KESIMPULAN

Memandangkan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah masalah bersama


masyarakat, maka sewajarnyalah semua anggota masyarakat memainkan peranan
masing-masing untuk membasminya. Ia boleh dimulakan di rumah dan di bangku
sekolah bersama dengan pengawalan anggota keluarga dan pihak sekolah yang
mencangkupi penggunaan masa, pergaulan dan lain-lain lagi. Seterusnya, selain
penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh kerajaan, pemulihan juga adalah
satu alternatif untuk mengurangkan kadar penagihan dan pengambilan semula
dadah. Anggota masyarakat perlu juga sedia menerima mereka yang sudah insaf
akan kesalahan mereka. Pendek kata, pengawalan adalah lebih baik daripada
pengubatan. Lebih tumpuan haruslah diberikan kepada aspek pendidikan dan
kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah melalui pendidikan secara
formal di sekolah, kempen-kempen dari semasa ke semasa dan media massa.
Dengan demikian, kita dapat menghalang penagihan dadah dari terus berakar
-umbi.

Anda mungkin juga menyukai