Anda di halaman 1dari 13

ABSTRAK Kajian kes ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan sedia ada pelajar tahun enam Sekolah

Kebangsaan Merintaman,Sipitang Tahun 2010 terhadapa kesan negatif penyalahgunaan dadah dan amalan gaya hidup sihat di kalangan mereka. Ia juga bertujuan untuk meninjau samada terdapatnya perubahan sikap dan perkembangan intelek terhadap pengetahuan penyalahgunaan dadah dan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar setelah penubuhan unit Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah ini.Kajian ini juga melihat sama ada faktor-faktor demografi mempengaruhinya. Data telah dipungut dari 30 orang pelajar tahun enam tahun 2010 (15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan). Kajian kes ini menggunakan borang soalselidik yang telah diadaptasi dari Burton (1999). Dapatan menunjukkan para pelajar tahun enam SK Merintaman sesi persekolahan 2010 mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesan negatif di atas penyalahgunaan dadah dan amalan gaya hidup sihat yang sederhana tinggi (berdasarkan ranking skor yang dicatatkan dalam jadual). Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar. Laporan penyelidikan ini juga menyenaraikan cadangan kajian akan datang serta strategi penggalakkan amalan gaya hidup sihat dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Merintaman Sipitang,Sabah.

1.0 Pengenalan Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan.Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah diMalaysia dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu yang telah mengenali dadah dari negara asal.Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu. Akibatnya, mulalah berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman. Kerajaan akhirnya menubuhkan Pusat Biro Narkotik pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kehakiman bagi menangani masalah tersebut. Pertengahan tahun 1975,Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah bagi membantu Biro Narkotik menangani masalah dadah. Penggabungan baru itu bagaimanapun belum mampu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan membubarkan Pusat Biro Narkotik pada 30 Julai 1979. Pada 1 Jun 1980. Akhirnya pada 2 Januari 1996, Jabatan Narkotik PDRM ditubuhkan menggantikan Cawangan Anti Dadah. Sejak itu sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil kerajaan untuk menangani masalah penagihan dadah tetapi hasilnya masih menghampakan. Setiap hari jumlah penagih baru bertambah.Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim (1997) penagihan dadah bukan saja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau jantina. Mengikut Program
2

Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui tindakan disiplin di sekolahsekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

1.1 Latar Belakang Masalah Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan Azmi Md Deros (2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya jalinan hubungan yang rapat untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak mudah terjebak dalam gejala penagihan dadah. Ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Kebangsaan 2002 di Ipoh, beliau menjelaskan bahawa hampir lima juta pelajar sekolah di negara ini terdedah kepada dadah kerana mereka menjadi sasaran utama pengedar yang bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu meningkatkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam masalah penagihan dadah. Selain itu, lebih 500 ahli PIBG dari seluruh negara menghadiri seminar tersebut Beliau turut menegaskan, jika masalah penagihan dadah itu tidak ditangani segera ia akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi yang serius dinegara ini. Usaha membanteras penyalahgunaan, pengedaran dan penyeludupan dadah tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa semata-mata kerana ia memerlukan jalinan kerjasama semua pihak.Utusan Malaysia, 12 September 2002) Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Mokhtar Ismail (2004) berkata, sebanyak 26,000 penagih dadah dikenal pasti di seluruh negara sepanjang Januari hingga Julai 2003. Seramai 13,000 merupakan penagih baru antaranya seawal usia 13 tahun dan berada di tingkatan satu. Sebanyak 80 peratus
3

penagih ini adalah anak-anak Melayu. Angka itu merupakan peningkatan 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2002.Azman Mohd Noor (2005) juga menyatakan bahawa lebih 200 murid sekolah rendah di negeri Kedah dikenal pasti berisiko mengambil dadah berikutan mereka merokok. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana golongan yang terlibat adalah pelajar sekolah rendah yang mula melibatkan diri dengan rokok seawal usia antara 7 hingga 12 tahun.Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar terus meruncing. Keadaan ini amat membimbangkan kerana golongan pelajar dan belia adalah pemangkin kepada generasi akan datang.Untuk melihat generasi akan datang, generasi hari ini adalah cerminnya. 1.2 Pernyataan Masalah Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kadar penglibatan penyalahgunaan dadah tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa. Golongan pelajar turut tidak terkecuali menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan penyalahgunaan dadah.Keadaan ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi penyalahgunaan dadah. Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah yangmempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar tahun enam di sekolah kebangsaan Merintaman,sipitang tentang:
Pengertian Najis dadah Risiko penyalahgunaan dadah

kepentingan gaya hidup sihat faktor mempengaruhi gaya hidup sihat


4

Perubahan sikap dan intelek setelah unit Pendidikan dan Pencegahan dadah di tubuhkan.

2.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan menggunakan teknik soal selidik dari instrumen yang diadaptasi dari Burton (1999). Nilai kebolehpercayaan instrumen ini ialah r: .86. Instrumen ini mengandungi empat bahagian iaitu: 1) Demografi pelajar, 2) Status fizikal/kesihatan pelajar, 3) Tahap pengetahuan penyalahgunaan dadah, 4) Tahap amalan gaya hidup sihat.

Bahagian demografi pelajar mengandungi iitem berkaitan jantina, bangsa, umur dan lokasi penempatan. Bahagian status fizikal/kesihatan pelajar mengandungi maklumat berkaitan dengan maklumat kesihatan responden seperti berat dan tinggi serta jenis penyakit yang dihidapi. Bahagian pengetahuan penyalahgunaan dadah mengandungi 5 soalan yang memuatkan pengertian dadah dan risiko penyalahgunaan dadah.Setiap item ini menggunakan tiga skala iaitu YA,TIDAK dan TIDAK TAHU. Bahagian amalan gaya hidup sihat juga mengandungi 5 soalan yang memuatkan enam item dalam empat subskala iaitu merokok, sukan dan rekreasi, makanan dan stress.

RESPONDEN
5

Responden terdiri dari 30 orang pelajar tahun enam sk merintaman . Mereka terdiri dari pada 15 orang pelajar lelaki, 15 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada etnik kaum Melayu (28 orang) dan kaum Cina (2 orang). Kajian ini adalah terbatas terhadap faktor berikut: 1.1. Kajian ini hanya dijalankan di kalangan pelajar tahun enam sk Merintaman tahun 2010. Sehubungan itu, dapatan kajian ini kurang sesuai untuk digeneralisasikan kepada seluruh pelajar di Sipitang. 1.2. Akibat jangkamasa penyelidikan yang suntuk, pengkaji hanya menggunakan kaedah tinjauan menggunakan borang soalselidik sahaja. Bagi mendapatkan data yang lebih tekal, kaedah kajian yang lebih menyeluruh (contohnya temuduga, pemerhatian dan semakan rekod aktiviti pelajar) perlulah dilaksanakan. 1.3. Kejujuran responden semasa menjawab soalselidik adalah di luar kawalan pengkaji. Bagi meminimakan faktor ini, pengkaji telah menerangkan tentang tujuan dan kepentingan kajian ini seterusnya memohon responden untuk memberikan respons yang ikhlas.

2.1 ANALISIS DESKRIPTIF MENGENAI DEMOGRAFI RESPONDEN Daripada data yang dipungut, majoriti responden berumur 12 tahun ke bawah ( 11 tahun 1 bulan hingga 11 tahun 11 bulan ). Analisis menunjukkan seramai 28 orang (89.1%) yang berumur 12 tahun ke bawah. Seramai 2 orang (9.2%) responden berumur 12 tahun ke atas ( 12 tahun 1 bulan hingga 12 tahun 10 bulan ). Data juga menunjukkan seramai 15 orang (50%) terdiri daripada responden perempuan manakala 15 orang adalah responden lelaki ( 50 %). Bagi bilangan berdasarkan bangsa pula, analisis menunjukan majoritinya adalah kaum Melayu iaitu seramai 28 orang (89.1%) dan Seramai 2 orang (9.2%) adalah kaum Cina .Bagi kategori berdasarkan agama, analisis menunjukkan seramai 15 orang (50%) beragama Islam, 13 orang (40.8%) kristian dan 2 orang (9.2%) adalah Buddha. Pebandingan responden berdasarkan lokasi tempat tinggal menunjukkan seramai 20 orang (64.3%) dari pekan manakala 10 orang orang subjek (35,7%) dari luar pekan. 2.2 ANALISIS DESKRIPTIF MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PENYALAHGUNAAN DADAH
6

Dapatan menunjukkan min keseluruhan pengetahuan ialah 94.00 (SP=10.57). Subskala pengetahuan risiko penyalahgunaan dadah menunjukkan min tertinggi iaitu 24.11 (SP=3.45) diikuti dengan klasifikasi dadah (Min=23.81; SP=3.76) sumber mendapatkan dadah (Min=23.16; SP=3.08) dan penguatkuasaan undang-undang (Min=22.92; SP=3.41).

2.3 ANALISIS DESKRIPTIF AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Analisis menunujukkan min keseluruhan amalan gaya hidup sihat ialah min=81.59 (SP=9.85). Daripada analisis tersebut, responden memilih amalan mengenai merokok tertinggi diikuti dengan stres, pemakanan dan sukan rekreasi. Min bagi kesemua subskala tersebut adalah min=22.51 (SP=4.52), min=21.24 (SP=3.38), min=19.48 (SP=2.73) dan min=18.36 (SP=3.93).

3.0 PENEMUAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN A.. Pengetahuan Gaya Hidup Sihat
7

Bagi pengetahuan gaya hidup sihat, dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan pengetahuan ialah 94.00 dan sisihan piawai ialah 10.57, dengan subskala pengetahuan mengenai pemakanan berada pada tahap min yang tertinggi iaitu 24.11 dengan sisihan piawai 3.45, seterusnya diikuti oleh sukan dan rekreasi (min = 23.81, s.p + 3.76), merokok (min 23.16, s.p + 3.08), dan akhir sekali stress memperolehi min dan sisihan piawai yang paling rendah ( min = 22.92, s.p = 4.41). Berdasarkan dapatan ini menunjukkan yang responden pada umumnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap risiko penyalahgunaan dadah secara keseluruhannya. Walaupun hasil kajian menunjukkan yang aspek pemakanan mempunyai nilai min yang tertinggi, namun beza min dengan aspek-aspek yang lain juga tidaklah besar bezanya. Misalnya diantara min aspek pemakanan dan aspek sukan rekreasi beza minnya hanyalah .30 sahaja, begitulah juga dengan aspek-aspek yang lain juga mempunyai bezatara min yang boleh dikatakan kecil. Tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesihatan oleh para responden kajian ini menunjukkan yang pelajar pelajar di SK Merintaman, terutamanya pelajar tahun enam telah mula memberikan perhatian yang khusus terhadap risiko penyalahgunaan dadah dan penjagaan kesihatan mereka. Keadaan ini juga adalah berkemungkinan kerana majoriti responden adalah terdiri daripada kalangan mereka yang terlibat dengan Penubuhan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah ( Pengawas PPDa,AJK Kebersihan dan Pengawas sekolah).Menurut pemerhatian guru Bimbingan sekolah iaitu : En.Shamsul b. Ali (2006-2010), pelajar yang memegang jawatan dan diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas biasanya akan sentiasa mengambil berat terhadap konsep kendiri. Persepsi terhadap kendiri ini ternyata akan menentukan apa yang seseorang itu alami dan bagaimana ia mengalaminya. Konsep kendiri ini juga akan membenarkan seseorang individu menghubungkan diri dengan persekitaran dengan cara yang tidak akan menggugat keutuhan peribadi mereka. Selain daripada itu, ceramah dari pihak polis dan lawatan ke bilik PPDa sekolah serta didikan para guru mengenai risiko penyalahgunaan dadah serta kepentingan gaya hidup sihat juga berkemungkinan mempengaruhi kesedaran para pelajar.Dasar yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan melalui kurikulum pendidikan kesihatan yang bersepadu di sekolah-sekolah banyak menjurus kepada kesejahteraan diri. Dapatan ini menunjukkan keberkesanan usaha Jabatan Pelajaran Negeri melalui Pendidikan Pencegahan Dadah dalam meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap bahayanya dadah demi melahirkan masyarakat yang bebas daripada dadah serta penggalakan penjagaan kesihatan di kalangan para pelajar tanpa mengira kaum dan agama2. Amalan Gaya Hidup Sihat
8

Bagi amalan gaya hidup sihat, dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan amalan ialah 81.59 dan sisihan piawai 9.85, dengan subskala amalan mengenai anti merokok berada pada tahap min yang tertinggi iaitu 22.51 dengan sisihan piawai 4.52. seterusnya diikuti oleh stress (min = 21.24, s.p = 3.38), pemakanan (min = 19.48, s.p = 2.73), dan akhir sekali amalan sukan dan rekreasi memperlihatkan min yang paling rendah iaitu 18.36 dan sisihan piawai 3.93. Melalui dapatan kajian yang diperolehi ini menunjukkan pada keseluruhannya tahap amalan gaya hidup sihat responden berada pada tahap yang sederhana tinggi dengan subskala amalan anti merokok menunjukkan amalan yang tertinggi dikalangan responden, manakala amalan sukan dan rekreasi adalah yang terendah dikalangan responden. Walaupun Gillies, Elwood, Pearson, dan Cust (1987) dan diikuti oleh dapatan Al Bachri (1991) menunjukkan bilangan perokok remaja semakin meningkat dewasa ini, namun Edward (1998) dan disokong oleh Neff (2002) melaporkan bahawa kalangan remaja yang lebih cenderung mempunyai amalan merokok adalah kalangan remaja yang tercicir dan kurang berjaya di dalam pelajaran, tidak berdisiplin dan kurang interaksi antara keluarga. Justeru itu, berdasarkan dapatan daripada beberapa kajian di atas adalah jelas menunjukkan bahawa responden kajian ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun enam yang cemerlang di dalam bidang akademik pastinya mempunyai tahap amalan yang tinggi terhadap anti merokok ini. Keadaan ini ditambah lagi dengan pelbagai usaha dan kempen pihak kerajaan terhadap anti merokok ini, dan yang terbaru adalah Kempen Tak Nak yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada Bulan Jun 2004 yang lalu. Manakala melalui dapatan kajian ini yang menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat, maka tidak mustahil juga yang responden mempunyai amalan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat. Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Justeru itu pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan bagi memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada rakyatnya tentang betapa pentingnya pengetahuan dan gaya hidup sihat.

B.. Perkaitan Di antara Pengetahuan dan Amalan Gaya Hidup Sihat Hasil analisis kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan diantara pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat dikalangan responden kajian (r = 0.485). Nunally dan Bernistein dalam Page et
9

al. (1999, ms. 164) menegaskan bahawa hanya nilai alpha 0.6 ke atas menunjukkan perkaitan positif di antara pembolehubah. Begitulah juga bagi hubungan semua sub skala menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Bagi pengetahuan dan amalan pemakanan tidak menunjukkan hubungan yang positif (r = 0.06), pengetahuan dan amalan stres (r = 0.38), pengetahuan dan amalan sukan rekreasi (r = 0.28), pengetahuan dan amalan merokok (r = 0.36). Daripada hasil kajian di atas, secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa pada keseluruhannya tidak terdapat hubungan atau perkaitan yang positif antara pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat bagi responden yang dikaji. Ini bermakna, responden mempunyai pengetahuan tentang gaya hidup sihat yang tinggi malangnya tidak mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Farooqi, Nagra, Pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat adalah amat berkait rapat, kerana jika ada pengetahuan semata mata tetapi tidak diamalkan maka pelbagai risiko negatif akan dihadapi termasuk risiko penyakit dan pelbagai gejala negatif yang lain. Kajian Farooqi, Nagra, Edgar dan Khunti (2000) mendapati walaupun pengetahuan penduduk dunia terhadap gaya hidup sihat semakin meningkat, namun ianya tidak diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian lantas mengundang pelbagai risiko penyakit. Mengekalkan kesihatan bukan sekadar memakan makanan yang bermutu, bersenam dengan tekun dan mendapatkan rawatan apabila perlu. Ini hanya sebahagian daripadanya. Yang pastinya, usaha ini memerlukan pemahaman yang mendalam tentang fungsi badan kita serta bagaimana badan kita bekerja di dalam keadaan kesihatan yang optimum. Sihat bererti fungsi badan kita berada pada tahap yang optimum, yang membolehkan kita tidur dengan lena, bekerja dengan selesa, prestasi mental dan fizikal juga berada pada tahap yang cemerlang serta bebas daripada sebarang penyakit.

3.1Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat seperti berikut : 1. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan yang responden pada umumnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap penyalahgunaan dadah dan gaya hidup sihat secara
10

keseluruhannya. Walaupun hasil kajian menunjukkan yang aspek pemakanan mempunyai nilai min yang tertinggi, namun tidak terdapat perbezaan min yang signifikan diantara subskala. 2. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan gaya hidup sihat responden berada pada tahap yang sederhana dengan subskala amalan anti merokok menunjukkan amalan yang tertinggi dikalangan responden, manakala amalan sukan dan rekreasi adalah yang terendah dikalangan responden. 3. Daripada hasil kajian di atas, secara kesimpulannya menunjukkan tidak terdapat hubungan atau perkaitan antara pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat bagi responden yang dikaji. 3.2 Cadangan Berdasarkan dapatan kajian ini maka cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi manafaat serta panduan di dalam aspek pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat juga bagi tujuan penyelidikan pada masa hadapan : 1. Kajian-kajian yang akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi yang lain yang lebih besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lebih lengkap, tepat dan lebih signifikan, misalnya terhadap masyarakat di sebuah negeri atau melibatkan populasi pada peringkat nasional. 2. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah-sekolah perlu diberikan penekanan dan keutamaan sama seperti mata pelajaran lain di sekolah. Ini kerana mata pelajaran ini sangat penting bagi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek pelajar dan yang utama bagi mencapai matlamat yang digariskan 3. Masyarakat mestilah memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup sihat ini di dalam kehidupan seharian mereka. 4.0 PENUTUP Tahap pengetahuan terhadap penyalahgunaan Dadah mestilah ditingkat agar ianya dapat dijadikan senjata untuk memusnahkan segala aktiviti najis dadah. Tahap pengetahuan yang tinggi ini juga mampu dijadikan sebagai perisai untuk menangkis segala hasutan untuk terlibat dalam
11

aktiviti negatif najis dadah.Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada amalan hidup yang aktif dan bebas dadah, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit. Bukanlah menjadi satu kemustahilan bagi seseorang itu menikmati kesihatan yang berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya hidup sihat segalanya bukan mimpi dan mampu dicapai oleh sesiapa jua. Gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap orang tanpa halangan usia, latar belakang kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka. Melalui hasil kajian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran dan memaparkan kepada kita tentang sejauhmana tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat sebahagian masyarakat di negara kita atau secara tepatnya di kalangan pelajar sekolah rendah yang menjadi responden kajian ini. Apa jua dapatan yang diperolehi sekurang-kurangnya berupaya menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun demikian, penyelidik beranggapan yang kajian ini adalah merupakan permulaan ke arah penghasilan banyak lagi dimensi kajian yang perlu dilakukan pada masa-masa yang akan datang.

RUJUKAN

Dewey, J. (1975). How we think. Henry Regney, Chicago : 9

12

Hanipah Hussin (1999). Learning to be reflective : The content and nature of primary student teachers thinking during field experience in Malaysia. Unpublised PhD Thesis. Universiti of Sydney, Australia. Knowles, J. G., Cole, A. L. & Pressword, C. S. (1994). Through Preservice Teachers Eyes : Exploring Field Experiences Though Narrative and Inquiry. New York : Merrill Oja, S. (1990). Developmental theories and the professional development of teacher. Paper presented at the annual meeting of the America Educational Research Association, Boston (ERIC Document Reprod. Serv. No ED352-351) Reid, (1993). But we are doing it already. Exploring a response through the reflective practice in order to improve its facilitation. Nurse Ed Today 13 : 305 - 306 Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner. How professionals think in action. New York : Basic Books. Senne, (1997). The Interactive Teaching Portfolio. A Developmental Approach to Promoting Proffesional Development in Physical Education Student Teachers. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh Watson, (1995). Early Field Experiences in Teacher Education. A Developmental Model. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh. Perbincangan En. Ahmad Bin Absori, ( Ketua Kampung Merintaman) 20 Jun 2010:02.30 pm

13

Anda mungkin juga menyukai