Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan negara khususnya yang
berkaitan dengan penagihan dan pengedaran dadah. Pengesanan penagihan serta
tangkapan pengedar masih lagi belum reda malah makin bertambah. Beberapa jenis
dadah yang dulunya masyhur di negara barat mula mengancam beberapa negeri dan
telah ditagih. Dadah ini telah lama dikenal pasti tetapi dikurangkan publisitinya untuk
memberi kesan kepada program pencegahan. Ini termasuk pil ecstasy dan syabul.
Rampasan kokain pula mula dilaporkan pada tahun 1996 walaupun penagihannya
belum dikenal pasti. Pada keseluruhannya masalah dadah di Malaysia masih lagi
terkawal walaupun jumlah dadah yang dirampas masih lagi berkurangan daripada
jumlah penagih yang dikesan menggunakannya. Penagih aktif yang dikesan pula masih
tidak ramai kerana ia hanya sekitar 0.6 peratus daripada jumlah penduduk. Jumlah ini
amat kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Thailand,Laos dan
Pakistan.
Usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan
undang-undang

dengan

menggunakan

Akta

Dadah

Berbahaya

1952.

Walau

bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan


berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan
undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Nakotik
bertanggungjawab

mengawal

dan

mengawas

masalah

dadah

dalam

bidang

penguatkuasaan,pencegahan,penyelarasan dan penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan


diganti dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 diganti oleh Pasukan
Petugas Anti Dadah.Tugas penguatkuasaan Biro diambil alih oleh Cawangan Anti
Dadah,Polis DiRaja Malaysia. Pasukan Petugas Anti Dadah akhirnya dimasukkan ke
Kementerian Dalam Negeri 1995. Agensi Dadah Kebangsaan diwujudkan pada 1996
setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah
dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri.
Setelah organisasi di atas,negara juga mempunyai jawatankuasa khusus seperti
penubuhan jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah pada tahun 1975. Jawatankuasa ini
1

yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk


mnyemak dan menetapkan satu dasar mengenai penggunaan,pencegahan dan
pembasmian dadah. Di samping itu,Unit Bertindak Eksekutif yang dipengerusikan oleh
Timbalan Menteri Dalam Negeri juga telah ditubuhkan dalam tahun 1978. Unit ini
bertanggungjawab kepada jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah,untuk menyelaras
pelaksanaan segala keputusan/perakuan mengenai masalh dadah sebagai satu
ancaman kepada keselamatan negara pada 22 Jun 1983. Kerajaan telah mewujudkan
Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan dan diletak di bawah Majlis Keselamatan
Negara. Pada 7 Februari 1996,kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah
Kebangsaan menggantikan Jawatankuasa Anti Dadah untuk mencegah dan mengawal
masalah dadah di negara.

Kesan Dadah Kepada Sosial


Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Kemantapan
sosio politiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan masyarakatnya hidup
dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan kaum
yang lain. Kemantapan ini akan tergugat jika ramai daripada rakyatnya yang hilang
pertimbangan dan perhitungan akibat dadah. Di antara akibat lain adalah akan
menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan
membunuh. Selain itu, ia juga akaan menakibatkan perselisihan dan persengketaan
antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat akan tercalar. Bagi pihak ibu
bapa pula, mereka sentiasa curiga jika anak-anak mereka akan terjebak dengan gejala
dadah. Oleh yang demikian ibu bapa akan membataskan pergaulan anak-anak mereka
sama ada dengan rakan-rakan di sekolah mahupun dengan masyarakat setempat. Hal
ini akan menyebabkan hubungan sosial tersekat serta menimbulkan perselisihan faham
sama ada antara ahli keluarga, sesame jiran tetangga, masyarakat setempat mahupun
sesame kaum. Kesan lain pula akan mengakibatkan seseorang individu sama ada
terjebak dengan dadah mahupun mengedar dadah menjadi seorang insan yang
semakin lemah keimanannya. Serta kecenderungannya dalam agama yang dianuti dek
kerana terbuai dengan keasyikan dadah. Kesopanan dan ketatasusilaan juga akan
menjadi semakin lemah dan sekaligus menghilangkan adat resam dan keindahan
dalam kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.
Dadah juga boleh mengakibatkan kesan kepada fizikal. Pengaruh dadah sangat
memberi kesan kepada sistem badan seperti sistem pernafasan, saraf, jantung,
metabolism dan otot-otot. Oleh yang demikian amat jelas sekali bahawa kesan dadah
akan memberi kesan buruk kepada manusia sekaligus mengehadkan hubungan sosial
sesama masyarakat. Kadar pernafasan juga akan menjadi lebih pendek dan perlahan
dengan kadar jantung juga berkurangan.

Selain itu, tubuh juga menjadi menggigil

akibat penurunan kadar metabolisme disamping mata menjadi merah dan berat badan
yang menurun. Perhubungan sesama ahli keluarga dan masyarakat akan terbatas.
Masyarakat juga akan menjauhkan diri daripada penagih dadah kerana disebabkan
3

oleh perubahan sikap yang mendadak. Selain itu, keruntuhan rumah tangga juga boleh
berlaku seperti pergaduhan adik beradik dan keluarga yang bercerai-beri. Harapan
untuk membantu keluarga juga menjadi musnah dek kerana kerakusan nafsu. Selain
itu, ia juga mengakibatkan penurunan tahap disiplin terutamanya ketika bekerja seperti
tidak menumpukan perhatian terhadap pekerjaan dan tidak hadir bekerja kerana tahap
fizikal yang tidak tenang dan sentiasa berkhayal. Minat dan tanggungjawab terhadap
masyarakat sekeliling juga hilang begitu sahaja dan boleh mengecewakan orang di
sekeliling

mereka.

Berdasarkan suatu kajian kes yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Universiti
Malaysia

Sabah,

pelajar

sekolah

seusia

16

tahun

sudah

terlibat

dengan

penyalahgunaan dadah. Hal ini dapat dibuktikan dengan Seramai 80 murid dipilih
sebagai responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada 31 orang murid lelaki dan 49
orang murid perempuan. Kajian ini dijalankan berbentuk tinjauan (survey) dengan
menggunakan borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian sebagai
instrumen kajian. Data-data ditafsirkan secara peratusan dan kekerapan sahaja.
Keputusan kajian menunjukkan Keberkesanan Pengajaran Terhadap Penyalahgunaan
Dadah terhadap pengetahuan murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Shah
Alam, Selangor. Keseluruhan murid bersetuju dengan setiap kenyataan berhubung
persepsi mereka terhadap pengajaran penyalahgunaan dadah di sekolah. Selain itu,
kajian ini juga mendapati ibu bapa adalah merupakan sumber sangat utama dalam
memberikan maklumat penyalahgunaan dadah kepada murid berbanding sumbersumber lain. Hasil dapatan kajian juga mendapati sesi pengajaran penyalahgunaan
dadah di sekolah boleh dipertingkatkan dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang menarik dan juga tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan
yang mencukupi berkaitan masalah dadah. Hal ini menunjukkan bahawa kesan
penyalahgunaan dadah telah menular kepada masyarakat dengan sangat mudah
walaupun dalam kalangan pelajar sekolah. Kehidupan sosial masyarakat hari ini yang
mengejar material telah menjadi punca utama remaja terjebak dengan dadah. Selain
itu, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan juga tercalar disebabkan ini.
Masyarakat hari ini harus sedar tentang perkara ini dan perlu menjaga keluarga
4

masing-masing supaya ikatan kekeluargaan dapat disemai dengan sewajarnya agar


masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera. Bak kata pepatah, bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Suatu kajian telah dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur terhadap pelajarpelajar sekolah untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa atau guru menjadi penyebab
dalam pelajar-pelajar sekolah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dapatan kajian
menunjukkan lebih dari separuh subjek kajian (91.3%) tidak pernah merokok, tetapi
terdapat 1 subjek kajian (1.3%) pernah mengambil dadah. Namun demikian didapati
bahawa tiada perhubungan yang signifikan di antara subjek yang merokok dengan
tahap pendidikan ibu bapa mereka pada korelasi sifar. Ini bermakna tidak terdapat
hubungan sebenar di antara subjek yang merokok dan tahap pendidikan ibu bapa
subjek. Hampir keseluruhan subjek kajian (98.8%) tidak mempunyai ahli keluarga yang
terlibat dengan penagihan dadah. Hampir separuh daripada subjek (42.5%) mendapat
pengetahuan mengenai dadah buat pertama kalinya melalui sekolah. Seterusnya kajian
mendapati, 30 subjek kajian (37.5%) tidak pasti sama ada guru mempunyai cukup
pengetahuan untuk mengajar topik penyalahgunaan dadah manakala, 33 subjek kajian
(41.3%) bersetuju dengan pengetahuan yang ada pada guru, berbanding dengan 5
subjek (6.3%) yang tidak bersetuju.

Kesan Dadah Kepada Ekonomi


Meskipun Akta Kawalan Dadah wujud sejak 1950-an, namun gejala penagihan masih
sukar untuk dibendung. Gejala penagihan dadah masih sukar dibendung apabila
golongan muda mula terbabit dengan penagihan heroin yang dibawa masuk ke negara
ini. Meningkatnya pembabitan muda-mudi dalam penagihan dadah jenis heroin pada
akhir 1960-an dan 1970-an menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan program
rawatan dan pemulihan secara drastik. Pada Mei 1983, Kementerian Dalam Negeri
dipertanggungjawabkan untuk merawat masalah ketagihan dadah. dan dalam masa
yang sama Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digubal dan
dikuatkuasakan (Agensi Antidadah Kebangsaan, 2006). Utusan Malaysia pada 20 Mac
2006 melaporkan sebanyak sejuta golongan belia di negara ini terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Keadaan ini amat membimbangkan disebabkan remaja-remaja
hari ini merupakan generasi yang bakal mencorakkan pembangunan negara pada
masa akan datang. Golongan remaja ini akan menjadi pemimpin dan akan memainkan
peranan penting demi memastikan negara terus maju seterusnya mencapai matlamat
Wawasan 2020 dengan jayanya.
Hal ini dapat kita lihat dengan jelas bahawa kesannya mendatangkan keburukan
kepada ekonomi negara kita dengan penambahan Pusat-pusat Serenti dan pusat-pusat
pemulihan yang lain bertujuan untuk merawat penagih-penagih dadah di seluruh
Malaysia. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan berbilion ringgit bagi kos rawatan,
makanan, tempat tinggal dan pakaian mereka. Perkara ini akan menjejaskan ekonomi
negara bagi kepentingan-kepentingan lain seperti pendidikan, kos hospital dan juga
perkara-perkara lain yang lebih penting. Malang sekali sekiranya penagih yang telah
dirawat di Pusat- pusat Serenti dengan kos puluhan ribu ringgit tetapi masih kembali
terjebak dengan gejala ini. Oleh itu, jelas menunjukkan berlakunya kerugian terhadap
ekonomi negara.
Penyalahgunaan dadah juga menjadi penyebab pelbagai masalah kesihatan yang
serius, dan ini secara tidak langsung meningkatkan kos perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan untuk sektor kesihatan. Jika dikaji Laporan Ekonomi 2002/2003 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia jelas sekali peruntukkan untuk
6

sektor kesihatan telah meningkat dari RM 1.316 bilion pada tahun 2002 ke RM 1.790
bilion pada tahun 2003. Justeru untuk memperbaiki fenomena tersebut ke arah yang
lebih baik dan positif, perubahan perlu dibuat bermula dari akar umbinya. Individu yang
masih berada di alam persekolahan perlu didorong untuk mengubah gaya hidup
mereka demi kesejahteraan hidup. Feigelman dan Feigelman (1993) dalam Mohanaraj
(2003) menyatakan bahawa zaman kanak-kanak ke alam remaja merupakan zaman
yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk cabaran.
Dalam mengatasi masalah ini remaja akan mencari jalan penyelesaian yang lebih
mudah iaitu dengan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.
Kerajaan Malaysia khususnya memperuntukkan sebanyak RM 9.725 bilion pada tahun
2002 untuk perbelanjaan pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 63.8 peratus
daripada keseluruhan perbelanjaan untuk perkhidmatan sosial. Bagi tahun 2003 pula
kerajaan

Malaysia

telah

memperuntukkan

sebanyak

RM

9.795

bilion

untuk

pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 60.7 peratus daripada peruntukan


untuk perkhidmatan sosial (Laporan Ekonomi 2002/2003). Di Malaysia jumlah
penduduk dianggarkan sebanyak 23.27 juta orang pada tahun 2000. Jumlah ini
meningkat ke 26.66 juta orang pada tahun 2005. Bilangan pelajar yang belajar di
sekolah menengah telah meningkat daripada 1.63 juta orang pelajar pada tahun 1995
ke 1.94 juta orang pelajar pada tahun 2000. Jelas di sini, bilangan pelajar semakin
meningkat dari setahun ke setahun. Hal ini menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa
menyediakan peruntukan yang agak tinggi dan memberi keutamaan kepada pendidikan
terutamanya untuk golongan remaja yang bakal memimpin negara Malaysia.

Kesan Dadah Kepada Keselamatan Negara


Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau
masyarakat, dari segi kos nyata(tangible) dan kos tidak nyata(intangible). Kos nyata
termasuklah kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos bagi
menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah kos bagi
menyelenggara program-program pencegahan, kos kerana kerugian akibat daripada
aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan kos bagi meneruskan kegiatan
penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan
penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang
dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh
penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan
masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara
dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur
diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi
risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan
dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh
menggunakan dadah sama ada untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah
negara secara langsung dan menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi
membiayai perjuangan mereka serta secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk
kepada keselamatan negara.
Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa merupakan
masalah yang sering dikaitankan dengan jenayah berkumpulan yang mempunyai
jaringan kerjasama antarabangsa. Malaysia tidak terkecuali dari ancaman sindiket
dadah, yang semakin berleluasa sejak wujudnya kemudahan internet di merata dunia.
8

Justeru itu, kertas kerja ini mengkaji kenapakah golongan juvenil terdedah dan rencam
sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah juvana
dalam usia yang muda. Dengan menggunakan pendekatan teori neoliberalisme bagi
panduan untuk menjelaskan dan menganalisis isu penglibatan juvenil dalam
pengedaran dadah di Malaysia. Data primer dikumpul melalui analisis dokumen, temu
bual, observasi dan perbincangan kumpulan terfokus. Manakala kajian kes pula, satu
sesi temu bual telah dilakukan ke atas responden yang merupakan pesalah Juvana
terpilih. Dapatan kajian menunjukkan Peranan yang dimainkan oleh sindiket adalah
dalam merekrut golongan juvenil sebagai pengedar dan juga untuk mengikat golongan
Juvana ini daripada menjauhkan diri dari pihak sindiket setelah mereka bebas dari
tahanan kelak. Dengan mewujudkan satu dasar yang lebih manjur dan sistematik
seperti konsep keselamatan sosial diwujudkan bagi menangani ancaman terhadap
juvenil diharap golongan ini dapat menyumbang terhadap pembangunan dan
keselamatan negara pada masa hadapan.
Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa
akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang
berguna

serta

mampu

menyumbang

ke

arah

kesejahteraan

negara

secara

keseluruhannya. Makalah ini akan menjelaskan ancaman sindiket kepada golongan


juvana di Malaysia. Juvana merupakan golongan atau kumpulan yang amat rentan
kepada pengaruh dadah, yang berumur antara 18 tahun ke bawah (Kamus Dewan,
2006). Di Malaysia golongan juvenil seawal 10 tahun telah direkrut oleh sindiket
sebagai pengedar kecil-kecilan di sekolah (Utusan Malaysia, 29 Mac 2014). Oleh itu,
remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana
perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik
kehidupan (Hasnah Ghani, 1995; Karl, 1975). Pada peringkat remaja, seseorang
individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal,
emosi mahupun sosial. Makalah ini memaparkan satu kejian kes yang melibatkan
seorang dari juvenil yang melakukan kesalahan jenayah Juvana, membincangkan latar
belakang dari segi pendidikan, pendapatan, cara hidup juvenil iaitu mangsa kepada
dadah. Selain dari itu juga hasil temu bual dari responden juga akan dibincangkan
9

disamping membincangkan keadaan sosio-ekonomi mangsa juvenil dari kekejaman


dadah di Malaysia.
Penyalahgunaan dadah dalam negara amat membimbangkan kerana angka tangkapan
meningkat dan semakin serius. Pada tahun 2010, tangkapan yang melibatkan dadah
heroin adalah sebanyak 42% daripada tangkapan keseluruhan dadah di Malaysia.
Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia (2011) mendakwa sekiranya penguatkuasaan
undang-undang tidak dijalankan dengan serius dan berkesan, negara berpotensi untuk
menjadi negara hub dadah sejajar dengan penglobalisasian penyeludupan dadah dan
kewujudan makmal haram memproses dadah berskala besar (Metro, 18 November
2011). Di samping itu sindiket dadah warga asing makin banyak dikesan yang
membawa pakar-pakar dadah ke Malaysia untuk memproses dadah di negara ini,
dengan kerjasama sindiket dadah tempatan. Penglibatan sindiket ini, telah beberapa
kali dibongkarkan oleh pihak berkuasa Malaysia di mana beberapa makmal memproses
dadah Syabu haram dikesan di Semenyih (Selangor), Senai (Johor) dan Bukit Jambul
(Pulau Pinang) (Laporan Tahunan PDRM, 2005; 2009; 2010; 2011). Selain daripada itu,
pihak sindiket telah banyak ditumpaskan seperti kes-kes yang menarik perhatian
antarabangsa seperti tangkapan terbesar syabu di Pahang RM 254 juta (Utusan
Malaysia, 9 Mei 2009), tiga kumpulan pengedar dadah tumpas (Utusan Malaysia, 31
Mac 2010), Polis rampas RM 7.5 juta Eramin 5 (Utusan Malaysia, 5 Mei 2011) , nilai
dadah terbakar dalam kilang RM 18 juta (METRO, 14 Jun 2012). Ini menunjukkan
masalah pengedaran di Malaysia semakin parah dan pelaku bukan negara semakin
menular dalam aktiviti mereka. Penagihan dadah juga dalam keadaan kritikal di mana
dianggarkan seorang dari 4 orang rakyat Malaysia adalah penagih dadah (UNODP,
2007). Dari segi penyalahgunaan dan penagihan dadah di Malaysia, tren penagihan
lebih memihak di negeri dan wilayah yang maju dari segi ekonomi. Kuala Lumpur, Pulau
Pinang, Selangor, Johor dan Perak adalah antara negeri yang banyak menyumbang
terhadap jumlah penagih dadah di Malaysia. Kerajaan telah memainkan peranan
mereka dalam membanteras kegiatan ini tetapi selagi rakyat Malaysia masih tiada
kesedaran dalam bersama-sama membendung masalah ini, hal ini tidak akan berubah
tetapi akan menjadi semakin parah.

10

Menurut Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah
seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar. Badan-badan
bukan kerajaan (N/G/O), seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM,
2011) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak
1,300 penagih dadah setiap bulan. Jumlah terkumpul penagih dadah sejak tahun 1988
hingga 2012 adalah seperti yang dipaparkan di Rajah 1. Keadaan makin dibimbangkan
kerana sindiket yang beroperasi mula melibatkan bukan sahaja kepada golongan
dewasa sebelum ini tetapi juga kepada golongan juvana. Sindiket dadah ini merupa
sebuah organisasi yang secara realitinya wujud tetapi sukar dikenalpasti kerana mereka
beroperasi dalam sistem yang sukar untuk dikesan. Sehubungan dengan peranan
pelaku bukan negara (sindiket) memainkan peranan mereka dalam aktiviti pengedaran
dadah, maka mereka juga cuba mendekati dan mengancam golongan juvenil. Juvenil
(remaja) seperti ditakrifkan dalam pelbagai kamus, remaja membawa maksud
seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja
dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja
adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke
peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood Nazar,
1990). Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah,
malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga
banyak belajar perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi
kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempohtempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai, malahan
seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan
dewasa (Khulen, 1982; Noraini Ahmad, 2000). Apabila mereka melakukan sesuatu
jenayah ringan, berat dan sebagainya atau terlibat dengan jenayah berkumpulan, maka
golongan ini akan dikategorikan sebagai pesalah jenayah Juvana. Jenayah Juvana
merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah
jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh
dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu

11

melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan


sepenuhnya.
Perdebatan tentang konsep kelangsungan hidup sesebuah negara atau masyarakat
adalah bergantung dengan keadaan sosio-ekonominya. Ini berkaitan dengan dadah
dan keselamatan sosio-ekonomi di bawah payung keselamatan insan. Manakala
keselamatan sosio-ekonomi disebabkan dadah adalah sesuatu yang amat penting dikaji
demi kelangsungan hidup individu. Keselamatan sosio-ekonomi boleh dilihat dari
perspektif yang lebih fokus kepada mangsa yang terlibat dengan pengedaran dan
penagihan

dadah.

Oleh

yang

demikian

makalah

ini

hanya

membincangkan

keselamatan sosio-ekonomi dari segi keselamatan pendidikan golongan juvenil.


Menurut Bahr et al. (2005), pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor
yang berisiko tinggi dalam menyebabkan penyalahgunaan bahan dalam kalangan
remaja.

Remaja

yang

mempunyai

kawan-kawan

rapat

yang

terlibat

dalam

penyalahgunaan bahan lebih berkemungkinan untuk terlibat sama dalam gejala


tersebut (Idarki Kamarul, 2013) Impak yang paling menyerlah dari ancaman sindiket
dadah adalah dari segi berkaitan dengan faktor kelangsungan pendidikan juvenil.
Elemen penting dalam bahagian ini akan diwacanakan ialah elemen kelangsungan
pendidikan bagi mangsa dadah. Dari segi pendidikan pula kesan terhadap keselamatan
insan ialah, terabai nya pendidikan yang menyebabkan masa depan mangsa dadah
terancam. Pendidikan amat penting bagi pembangunan insan dan juga bagi
pembangunan komuniti dan negara (Mohamad Faizal Ibrahim, 2012). Elemen ini
mempengaruhi dan memberi kesan kelangsungan dari segi keselamatan pekerjaan,
iaitu pekerjaan yang diterima oleh masyarakat yang bermaksud tidak melanggar normanorma komuniti seperti halal di sisi agama Islam. Mengulas tentang elemen yang kedua
ini, dari segi pekerjaan haram iaitu ancaman yang datang dari aktiviti dadah, akan
menyebabkan

komuniti

di

persekitaran

menyedari

termasuk

persepsi

ketidakselamatnya pun timbul. Penglibatan juvenil dengan pihak sindiket seperti, aktiviti
penagihan, mengedar dadah, mencuri, merompak dan melakukan jenayah lain atau
jenayah pembunuhan akan menyebabkan kegelapan dari segi kelangsungan hidup
mereka (Zuki As Sujak, 2013).

12

Kesimpulan
Masalah penyalahgunaan dadah bukan lagi sesuatu yang baharu dalam kehidupan kita
tetapi telah berakar umbi terlalu lama dan tidak terbahagi kepada mana-mana agama
mahupun bangsa. Keseluruhan masyarakat kini sangat mudah terjebak dengan dadah
tanpa mengira status kehidupan. Oleh yang demikian, wajarlah jika seluruh rakyat
Malaysia bersatu-padu dalam membanteras gejala ini dari akar umbi supaya sosial,
ekonomi dan keselamatan Negara terus dijaga dan disemai dengan keindahan dengan
kepelbagaian budaya. Tiada jalan mudah untuk melupakan sesuatu masalah kecuali
dengan mendekatkan diri dengan Pencipta. Setiap warga Malaysia seharusnya tahu
peranan dan tanggungjawab masing-masing supaya dapat membentuk sebuah Negara
bebas dadah dan hal ini akan menyelamatkan anak bangsa daripaeda terus hanyut dan
rosak dengan keruntuhan akhlak yang diibaratkan ceperti lalat dengan mengotorkan
status Malaysia, sebuah Negara yang aman dan sentosa. Pendidikan dadah juga harus
dipupuk bermula daripada peringkat tadika supaya masyarakat terus peka dengan
masalah ini sekaligus memelihara generasi muda supaya terus kekal dengan
kesopanan, kesusilaan dan berbudi bahasa. Semoga Malaysia akan menjadi sebuah
Negara yang berterusan selamat dan akan bebas daripada najis yang membelenggu
kita.

13

Rujukan
Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK). www.mohr.gov.my. (15 Jun 2006). Berita Harian,
9 Ogos 2006. Syabu punca utama jenayah meningkat.
Borg, W.R. & Gall, M.D. (1983). Education research : An Introduction. New York :
Longman Inc. Bloom, B. S. (1976). Human Characteristic and School Learning. New
York: McGraw-Hill Higher .
Caroll, J. (1963). A Model of School Learning. Teacher College Record, 64, pg. 723733.
Chasen, L., Presson, C.C., Sherman, S.J., & Edwards, D.J. (1990). The natural history
of cigratte smoking : Predicting young adult smoking outcomes from adolescent
smoking pattern. Health Psychology, 9, 701-716.
Chen, K. & Kandel, D.B. (1998). Predictors of cessation of marijuana use-an event
history analysis. Drug Alcohol Depend. 50 (2), 109-121.
Cole, L.C. & Hall, I.N., (1970). Psychology of Adolescent, (edisi ke-7), Holt, Rienehart &
Winston, New York. Darothy, R. (1972).
The Psychology of Adolescent (edisi ke- 2), Appleton. Century Crofts, New York.
Kementerian Belia dan Sukan. (1997). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Karisma
Publication Sdn Bhd. (2001). 167-174.
Kementerian Keawangan Malaysia. (2002). Laporan ekonomi 2002/2003. Kuala
Lumpur. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Perangkaan Pendidikan di Malaysia.
Kerlinger, F. (1973). Foundation of behavior research. New York : Holt Rinehart and
Winston.
Kumar, S. (2000). Penyalahgunaan bahan (substance abuse) di kalangan pelajar di
sebuah kolej swasta. M.A. thesis. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

14

Anda mungkin juga menyukai