Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : DPLI

NAMA KURSUS : PENULISAN


KREATIF
KOD KURSUS : BMSB 2013M

TARIKH MULA

06 DISEMBER
2013

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 1
(Ambilan November 2013)

TARIKH HANTAR

17 JANUARI 2014

A. Cerpen
Menongkah Bahagia Mengusung Derita
Deringan jam loceng rakan sebilikku telah mengejutkan aku daripada
terus mengelamun. Alhamdulillah, aku telah usai solat Subuh kerana aku telah
bersedia di tikar sejadah sejak belum tibanya Subuh kerana tidurku tidak
nyenyak malam tadi. Kerinduanku kepada kedua orang tuaku tidak dapat lagi
dibendung. Hari ini genablah 4 bulan aku tidak menemui mereka malahan
dengar suara pun tidak kerana tidak ada sebarang alat komunikasi yang aku
miliki. Begitu juga di kampungku. Kehidupan keluarga kami agak daif kerana
ayahku hanya seorang petani yang mengusahakan sawah sekangkang kera.
Mujurlah hanya aku seorang cahaya mata yang mereka miliki. Jika tidak, pasti
lebih lelah ayahku berusaha mencari rezeki.
Sudah hampir 20 minit aku menantikan Ainna dan Sarah di ruang
menonton Kolej Kediaman Blok D. Mungkin aku yang terlalu awal bersiap. Sorry
ye Dayah, si Sarah ni lambat sangat. Desis Ainna. Eh eh, bukan engkau ke
yang lambat tadi?. Gertak Sarah. Dah la tu, aku yang terawal tadi, bukan sebab
korang lewat pun. Masih awal ni. Jomlah. Bicara Hidayah meredakan balahan
dua sahabat karibnya itu. Setibanya mereka, kami terus mengatur langkah
menuju ke dewan Kuliah Al-Farabi. Sudah 2 tahun 9 bulan aku di sini. Hanya
beberapa bulan lagi aku bakal menamatkan pengajianku di Universiti Teknologi
Mara Cawangan Shah Alam. Aku akan pastikan untuk mendapat baris pertama
di dalam dewan supaya apa yang disampaikan oleh pensyarah terus sampai
kepadaku. Sesaat pun aku tak akan lepaskan kerana hanya kecemerlangan
yang aku dambakan. Aku ingin mengubah nasib kedua insan kesayanganku.
Aku perlu menggengam ijazah kelas pertama supaya aku bebas daripada
pembayaran semula PTPTN. Aku hampir menggapai kejayaan itu. Masih
terbayang linangan air mata yang terbit di tubir mata ibu dan ayahku tatkala aku
melangkah tangga bas kerana aku terpaksa mendaftar bersendirian tatkala
anak-anak lain dihantar oleh ahli keluarga dengan penuh kebanggaan tetapi aku
hanya mengheret beg dan mengepit fail bersendirian. Pilu menerjah di dada
hanya ku telan tatkala itu. Pada aku, inilah cabaran yang akan aku galas jika aku
inginkan kejayaan dan keselesan dalam kehidupan kelak. Tidak sabar rasanya
untuk melayari alam pekerjaan dan mencurahkan bakti kepada kedua insan
kesayangan.
Hari ini, hari bersejarah yang aku impikan dan idamkan sekian lamanya.
Hari, ini hari konvokesyenku yang pertama. Bagaikan aku sedang melayari
mimpi indah dalam nyenyaknya tidurku. Aku telah lengkap berpakaian graduasi
dengan jubah serta morta board dan bakal menggenggam sebuah kejayaan
yang bakal menyinar. Insya Allah. Aku berada dalam barisan paling hadapan

kerana akulah satu-satunya pemegang Ijazah Kelas Pertama bagi jurusan


Perakaunan. Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah makbulkan doaku selama
ini. Bisikku di dalam hati. Keluarga Ainna dan Sarah turut mengucapkan tahniah.
Akhirnya aku genggam jua sebuah skrool yang bakal mengubah nasibku.Ibu ,
ayah, Hidayah sudah menunaikan amanat ibu dan ayah. Ucapku perlahan.
Linangan air mata turut mengalir. Ibu dan ayah tiada wang yang cukup untuk
hadir menyaksikan kejayaanku. Aku sudah biasa dengan situasi ini. Aku hanya
menumpang kemeriahan dan keseronokkan keluarga Ainna dan Sarah semasa
bergambar bersama. Tiba-tiba, aku menerima sebuah jambangan bunga ros.
Entah siapa gerangan si pemberi. Tertera nama di sebalik kad ucapa tahniah.
Hafiy. Hafiy merupakan seorang pensyarah muda yang menjadi tutor kami.
Entah kenapa dia memberikanku sejambak bunga ros yang sangat cantik ini.
Terdengar ketukan kuat di pintu bilik usangku. Disertakan dengan suara
ibu. Hidayah, ada surat dari posmen. Ibu rasa surat penting ni. Lantas aku
menerpa ke arah ibu. Dengan penuh sabar, aku membuka surat itu perlahanlahan. Sungguh tidak kusangka, ini adalah surat tawaran bekerja sebagai
Pengurus Kewangan daripada sebuah syarikat Korporat yang terkenal. Terus ku
paut erat tubuh ibu tanda syukur yang tidak terhingga. Ayah juga datang dan
memelukku tanda restu yang tidak terhingga. Sebelum aku pulang ke kampung
selepas konvokesyen, aku telah melalui satu sesi temuduga bersama Sarah.
Alangkah beruntungnya aku. Terus aku mendapatkan pondok telefon dibalai
raya untuk menghubungi Sarah dan mengabarkan berita baik ini. Alangkah
gembiranya apabila Sarah menberitahu bahawa dia juga mendapat tawaran
tersebut. Aku dipelawa untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur sementara
mendapat penginapan lain. Sekali lagi aku mengucapkan syukur. Ibu dan ayah
sangat gembira tetapi ada sekelumit rasa sedih di dalam lubuk hati mereka
kerana aku akan meninggalkan mereka lagi. Azamku untuk kembali membawa
ibu dan ayah menetap bersamaku di sana nanti. Ainna telah melanjutkan Ijazah
Sarjananya di Paris. Rezeki dan nasibnya lebih baik kerana ayahnya merupakan
seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kewangan bukan masalah baginya. Dia
selalu memberikan aku hadiah yang kadangkala aku segan untuk menerimanya.
Hari yang dinanti sudah tiba, aku bersama Sarah sudah tiba di hadapan
Bangunan tersergam indah itu, sungguh cantik binaannya, aku amat kagum
kerana inilah kali pertama aku menjejaki Kuala Lumpur walaupun 3 tahun aku
belajar di Shah Alam, tidak pernah aku menerima pelawaan Ainna dan Sarah
untuk ke rumah mereka. Sarah sungguh cantik mengenakan suit pejabat yang
lengkap manakala aku hanya mengenakan baju kurung yang sudah agak lusuh
warnanya. Seorang pegawai menyambut kehadiran kami dan memperkenalkan
kami kepada Pengarah Syarikat. Kami disambut penuh mesra. Kami
diperkenalkan kepada semua staf di bahagian itu dan dijelaskan tentang

beberapa tugasan asas kami di situ. Aku dapat merasakan aku dan sarah akan
selesa untuk bekerja di sini. Setiap tugasan dapat aku dan Sarah siapkan
dengan sebaik mungkin. Hari ini genablah setahun perkhidmatanku di sini.
Setiap bulan aku pasti pulang menziarahi insan kesayanganku. Aku telah
membeli sebuah televisyen dan sebuah telefon bimbit kepada mereka kerana
telah sekian lama mereka mengindamkannya. Hampir setiap hari aku
menghubungi mereka. Bahagia rasanya. Kini aku telahpun memiliki sebuah
rumah yang sederhana besarnya. Aku juga memiliki sebuah kereta sedan yang
selesa untuk membawa kedua orang tua ku bersiar-siar. Belum lagi
berkesempatan aku membawa mereka berdua bersiar-siar menikmati
kejayaanku. Rindu menggamit lagi.
Ketika aku sedang leka melaksanakan tugasanku, aku terbayang raut
wajah ayah dan ibu yang bakal aku bawa menetap di Kuala Lumpur bersamaku.
Aku sudah mengkabarkan kepada mereka dan mereka bersetuju untuk tinggal
bersamaku supaya aku akan sentiasa bersama mereka. Tak sabar lagi rasanya
aku ingin pulang ke kampung kerana ibu mengkabarkan bahawa dia sudah
menyiapkan semua barang-barang untuk dibawa ke sini. Bagaikan ingin terbang
mendapatkan mereka. Tak dapat aku bayangkan kebahagiaanku bila aku dapat
membalas jasa mereka yang tercinta. Aku tekun bekerja dan belajar
sehinggakan tidak ada waktu untuk aku bersama teman-teman. Ada seseorang
yang masih menantikan jawapanku. Aku tidak sempat untuk berfikir. Apabila
ayah dan ibu ada di sini nanti, aku akan minta dia datang berjumpa mereka. Itu
lebih afdal padaku. Hafiy sering mengambil berat tentang keadaanku. Dia sangat
baik dan banyak membantuku. Sejak aku bekerja di Kuala Lumpur, dia sering
datang untuk mengajak aku keluar bersama. Pernah dua kali aku keluar
bersamanya tetapi ditemani Sarah yang setia. Rasa malu dan janggal untuk
keluar berduaan dengannya.
Hari ini, hari Sabtu yang aku nantikan. Aku akan pulang ke kampung. Usai
bersiap, aku terus ke kereta tetapi bagaikan ada yang tak kena kerana jantungku
berdegup sangat laju. Beberapa kali aku beristighfar agar hatiku kembali tenang.
Aku ingin selamat sampai ke kampung. Aku masuk ke rumah untuk memastikan
tiada barang penting yang tertinggal. Setibanya di kereta semula, terdengar
deringan telefon. Sepantas kilat aku mencapainya. Tertera nama Ketua
Kampung di skrin telefon bimbitku. Terketar-ketar tanganku menjawabnya.
Dengan penuh debaran, aku mengucapkan salam sebagai pemula bicara.
Assalamualaikum. Ucapku. Waalaikummussalam. Kedengaran suara Ketua
Kampung di hujung talian. Ada apa tok? Soalku tanpa sabar. Hidayah, dengar
baik-baik ya apa yang tok nak bagitahu ni. Ayah dan ibu hidayah mengalami
kemalangan. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian. Ujar Ketua Kampung
menerangkan situasi. Aku terkedu tanpa suara. Bagaikan kelam dunia ini dan

bagaikan aku terapung-apung di udara. Seluruh badanku menggigil dan tak tahu
arah. Suara Ketua Kampung kedengaran membangkitkan aku dari satu
perasaan yang aku tak tahu bagaimana perlu digambarkan. Hidayah, hidayah.
Panggil Ketua Kampung. Ya Tok, ya. Dayah balik sekarang Tok. Baik Hidayah,
Tok dah uruskan semuanya hanya tunggu Hidayah balik saja. Baik Tok, terima
kasih. Ucap aku dan Ketua Kampung menamatkan perbualan. Aku tak mampu
lagi berdiri. Aku terjelepok di tepi kereta dan berfikir tentang apa yang aku harus
lakukan. Dalam keadaan menggigil, aku cuba menghubungi Sarah untuk
menemaniku pulang ke kampung tetapi taliannya berada di luar kawasan liputan.
Dalam linangan air mata aku hanya terfikirkan Hasif yang setia membantuku.
Hanya Hasif pilihan keduaku. Aku meminta Hasif menemaniku kerana aku tidak
mampu pulang bersendirian. Air mata bagaikan tak mahu berhenti walaupun
sudah hampir dua jam perjalanan. Setibanya di rumah, kelihatan ramai
penduduk kampung di sekitar kawasan rumah. Hatiku yang sayu dan hiba
bartambah pilu apabila melihat dua buah keranda sudah tersedia di halaman
rumah. Kakiku bagaikan tidak mampu melangkah lagi. Mujurlah salah seorang
penduduk kampung datang dan memimpinku masuk ke rumah. Kelihatan dua
buah tubuh terbujur kaku di tengah ruang tamu yang sempit. Beberapa orang
sedang membacakan al-Quran. Aku membuka wajah ayah yang kelihatan
seperti tidur sambil tersenyum. Puas aku kucup wajah ayah, aku pergi kepada
ibu. Tak mampu aku membuka penutup wajah ibu. Ada beberapa orang
penduduk kampung yang mendekatiku dan membantu aku. Wajah ibu kelihatan
putih dan bersih, juga seperti tersenyum. Aku mencium ibu sepuas-puasnya dan
memeluk jasadnya yang kaku. Seboleh mungkin aku cuba menahan air mata.
Hari esok, tiada lagi tangan dan pipi dua insan kesayanganku untuk ku cium. Aku
memegang kedua tangan mereka dan menciumnya. Bagaikan tidak mahu aku
lepas. Ayah, ibu, Dayah meredhakan pemergian kalian. Nantikan Dayah di
syurga . Ucapku perlahan sambil menutup kembali jasad dua orang insan yang
menjadi sumber kekuatanku dalam mengharungi kehidupan. Alhamdulillah,
mereka sempat menyaksikan kejayaanku. Mereka sudah tidak bernafas lagi. Aku
terpandang di suatu sudut rumah beberapa beg dan kotak sudah tersedia untuk
dibawa ke Kuala Lumpur. Hatiku kembali merintih pilu. Selesai memandikan
jenazah dan mengafankannya, jenazah diusung ke kawasan perkuburan. Talkin
dibaca dengan penuh lancar dan tenang. Aku masih di situ. Di tengah kubur
ayah dan ibu. Beberapa ayat aku baca sebagai bekalan ibu dan ayah. Baru aku
sedar, Hafiy masih setia menemaniku di kubur. Selesai aku menjiruskan air
mawar, kelihatan Sarah dan keluarganya muncul di kawasan perkuburan. Sarah
menerpa ke arahku. Aku merangkul tubuh Sarah dan tersedu-sedu di bahunya.
Hanya tinggal Sarah dan Hafiy tempat aku mengadu. Aku tidak ada saudara
mara. Sarah memohon maaf kerana dia berada di kampung semasa aku
menghubunginya. Mujurlah Hasif menghubungi Sarah untuk memaklumkan
perkara ini. Kami melangkah meninggalkan jasad ibu dan ayah. Mudah-mudahan

roh ibu dan ayah akan ditempatkan di sisi hambaNya yang beriman. Kakiku
terasa berat meninggalkan kawasan perkuburan.
Majlis tahlil diadakan selama tiga hari berturut-turut. Sarah turut
menemaniku di kampung. Tak dapat aku balas budi baik Sarah. Hafiy juga masih
berada di kampung. Dia menumpang di rumah Ketua Kampung. Terpalit
sekelumit kebahagian dengan keperihatinan mereka berdua. Selepas seminggu
aku di kampung, aku mengikut Sarah dan Hafiy pulang ke Kuala Lumpur. Hatiku
sudah kembali tenang walaupun masih mengendong kepiluan dan kesedihan.
Aku mendapat cuti selama dua minggu bermakna ada baki selama seminggu
untuk aku habiskan di rumah. Terasa kesunyian menyelubungi jiwa dan
kesayuan menerpa tatkala terpandangkan sebuah bilik yang telah ku siap rapi
buat ayah dan ibu. Tak sempat mereka bermalam di bilik itu. Sarah kerapkali
datang dan bermalam di rumah ini untuk menemaniku. Kehadirannya mengubat
kesayuanku. Terima kasih Sarah. Tak dapat aku membalas jasanya. Ainna juga
telah menghubungiku dan mengucapkan takziah dan memohon maaf kerana tak
dapat pulang. Keperihatinannya sudah memadai bagiku. Hanya solat dan alQuran pengubat jiwaku. Hatiku kembali tenang dengan mengalunkan kalam suci
Allah. Setiap solat malam yang aku lakukan penenang jiwa yang ketandusan.
Zikir dan tasbih sering menemani kekosonganku. Aku telah menyerahkan
sejumlah wang kepada Ketua Kampung untuk mengadakan majlis tahlil di
masjid. Itulah saja yang mampu aku kirimkan kepada ibu dan ayah. Semoga
mereka tenang berada di sana.

Aku kini berada di sebuah kawasan percutian termasyhur di Malaysia. Aku


menyaksikan tiga orang anak kecil yang sedang riuh bermain. Seorang lelaki
sedang bermain bersama mereka. Hatiku terhibur melihat keletah mereka yang
tidak penat-penat bermain. Lelaki tadi menghampiriku. Aku tersenyum ke
arahnya sambil menghulurkan sepinggan sandwish. Lelaki itu ialah Hafiy yang
sudah menjadi suamiku. Anak-anak kecil itu adalah anak-anakku. Haikal, Haziq
dan Hazmira. Merekalah penawar hatiku. Merekalah duniaku, cinta hatiku. Aku
kini bergelar Doktor Hidayah. Seorang Doktor Falsafah. Aku berjaya
menamatkan pengajian PHDku. Aku kini menjadi pensyarah di sebuah IPTA
terkenal. Kehidupanku sungguh bahagia bersama keluarga tercinta.Walaupun
begitu, tidak pernah ku lupa menghadiahkan bacaan al-Quran kepada ayah dan
ibu. Tak pernah putus doa ku kirimkan. Semoga ibu dan ayah bahagia berada di
Jannah.

Cerpen
Di Persimpangan Kasih
Ayu tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap apa yang diajar oleh Cikgu
Suria. Sebelum ini, dia yang paling memberi perhatian kerana subjek Perdagangan
adalah subjek kegemarannya. Fikirannya terawang-awang dek memikirkan dilemma
yang dihadapinya. Ayu merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 di sebuah sekolah di
Ibu Kota. Dia merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik beradik. Ayu dipelihara
oleh ibu saudaranya yang menetap di Kuala Lumpur kerana ayah dan ibunya sangat
miskin memandangkan perlu menjaga anak yang begitu ramai. Ayu merupakan anak
yang cerdik dan bijak. Peluang pembelajarannya lebih cerah jika dia tinggal bersama
ibu saudaranya. Sudah hampir 18 tahun dia dibesarkan oleh ibu saudaranya dengan
penuh kasih sayang dan kemewahan. Bapa saudaranya sudah 20 tahun meninggal
dunia. Ibu saudaranya tidak mempunyai anak. Hanya Ayulah pengubat jiwa, pengarang
jantungnya. Sesekali tatkala musim cuti sekolah tiba, Ayu akan dihantar pulang ke
kampung bagi meluangkan bersama ibu dan ayahnya serta adik beradik yang lain.
Sungguh gembira hati ibunya pabila Ayu pulang. Ayu juga gembira kerana dia dapat
bersama keluarga kandungnya sendiri. Ayu memiliki segalanya yang dia inginkan tetapi
adik beradiknya hanya dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Hal ini
mengakibatkan kakak sulung Ayu, Husna sering iri hati. Husna tidak senang dengan
kepulangan Ayu. Pasti ada saja alasannya untuk tidak berada di rumah supaya dia
tidak perlu bersua muka dengan Ayu. Setiap kali ayu pulang, sudah pasti ibunya akan
memasak apa saja makanan kegemaran Ayu berbanding kebiasaannya. Ayu juga
sering berpakaian cantik tatkala pulang. Husna sering bertanya kenapa bukan dia
diberikan kepada ibu saudara mereka. Kalau tidak sudah pasti dia yang dapat
mengecapi kemewahan itu. Ibunya sering mengatakan bahawa Husna merupakan anak
sulung dan perlu membantu ibu dan ayah. Husna bekerja sebagai operator
pengeluaran dia sebuah kilang. Dengan berpendapatan tak seberapa, dia terpaksa
membanting tulang menyediakan nasi lemak untuk jualan. Hidupnya penuh kesukaran.
Hampir kesemua pendapatannya diberikan kepada ibunya sebagai menampung
perbelanjaan rumah. Walaupun Husna sering merungut, dia tetap menjalankan
tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Kebelakangan ini ayah Ayu sering sakit-sakit. Hal ini menggusarkan Ayu kerana
dia tinggal berjauhan. Hanya panggilan telefon penyambung hubungan. Ayu amat risau
keadaan ayahnya. Bagaimanakan nasib keluarga Ayu sekiranya ayah ayu tidak dapat
bekerja lagi. Mujurlah ibu saudaranya sering membantu dengan menghulurkan wang
setiap bulan. Ayu bersyukur kerana dia dikurniakan dua buah keluarga yang
penyayang. Ayahnya disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Keseluruhan badan
ayahnya bengkak dan tidak dapat bergerak. Ayu sangat kasihankan ibunya serta adikberadiknya yang lain.

B. Puisi
Sajak
Kemanisan Iman

Indahnya jika sebutir iman dapat disemai menjadi damai


Indahnya segugusan iman jika dapat disebar seramai-ramai
Nilainya bukan tandingan
Nilainya bukan emas yang berlambakkan
Bukan mutiara yang terbit di perut lautan
Bukan permata jadi taruhan
Manisnya iman
Jika di dada yakin hanya pada Dia
Yang Esa yang maha kuasa
Yang memberi segala-gala
Kita nikmati sekian lama
Seantero dunia
Manisnya iman
Bagaikan santapan madu
Yang disulam titisan gula kemanisan
Diamati lazatnya jika adanya ia
Bagaimana jika iman tak subur di jiwa
Bagaimana jika iman bukan keutamaan jiwa
Adakah kita insan yang layak menjadi hambaNya
Adakah kita akan mendapat keberkatanNya

Sajak
Kekasih hati
Kekasih hati
Senyumanmu penawar duka dan lara
Tatapan matamu melebur resah dan gundah di jiwa
Curahan kasih kau taburkan
Curahan sayang kau lemparkan
Dengan sepenuh jiwa
Dengan setulus-tulusnya
Kekasih
Remuk redam raga ini jika aku terpaksa pergi
Gulana memerpa di lubuk hati
Jika tiada suara rindumu ku dengari
Kau sandaranku
Kau tempatku mengadu
Kekasih
Mulianya martabatmu
Tingginya darjatmu disisiku
Kau korban segala yang kau miliki
hanya untuk aku
insan teristimewa di jiwamu
kekasih
akan ku sulam untaian kasih untuk kuhamparkan padamu
agar kecap bahagia dan ketenangan bersemi
kekal abadi..
segalanya akan ku cari dan kuberi sebagai
itulah kekasih sejati
penyubur taman hati
penyemai cita murni
terima kasih emak..
terima kasih ayah
inilah cinta sejati
kekal abadi..
bersenandung di nurani.

Pantun
Pantun Panduan Sejahtera
Ayunya dara anak siapa,
Molek tersenyum bersanggul dua,
Kasihkan ibu kasihkan bapa,
Taati mereka tenang di jiwa.
Puteri kayangan menari-nari,
Menari bersama di tempat mandi,
Iman dan takwa sukar dicari;
Bekalan akhirt kekal abadi.
Burung merpati menumpang mandi,
Hinggap sebentar di pohon melati,
Selagi hidup biar berbudi;
Supaya jadi bekalan nanti.
Mudik ke hulu menaiki sampan,
Sampan dikayuh sakit di tangan,
Sedekah selalu molek amalkan;
Berkat amalan rezeki berpanjangan.
Kolek dimudik ke hujung muara,
Ingin memetik haruman di tangan,
Ucapan salam pengerat saudara;
Disusul dengan secebis senyuman.
Mencandat sotong beramai-ramai,
Sotong di tangan jangan disia,
Kasih dipaut sayang disemai;
Menjadi payungan ke akhir usia.
Memburu kijang hingga ke hutan,
Jangan dilupa mencari rusa,
Terima kasih jadi tautan;
Budi dikenang sepanjang masa.

Pergi ke kedai membeli laksa,


Laksa di beli jamu setaman,
Rindu bertandang senantiasa;
Tanda ingatan tak luput dek zaman.
Anak kelicap di pohon geti,
Mencari-cari air minuman,
Kekasih pergi silih berganti;
Ibu dan bapa setia meneman.
Mencari pokok kayu meranti,
Dibuat kerusi untuk Si Nyonya,
Usah di cari si cinta hati;
Jilakau belum sesuai masanya.
Pohon pegaga tumbuh di sungai,
Buat ulaman hiasan pinggan,
Pantun dihias menemani ramai;
Meneman hati yang tak keruan.

Anda mungkin juga menyukai