Anda di halaman 1dari 8

Nama : Noor Ilyana Binti Norlee

Latihan pencegahan dadah, rokok, inhalan, dan HIV/aids

Jawapan :

1) Maksud

Dadah : Dadah atau dengan bahasa inggerisnya “drug” adalah bahan atau kimia yang amat
merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan
tubuh manusia berfungsi. Dadah dalam bahasa Arab disebut sebagai al-mukhaddarat
berasal daripada perkataan mukhaddara iaitu benda-benda yang boleh menyebabkan
hilangnya pertimbangan dan kewarasan seperti ganja dan morfin (AlMarbawi, 1998). Ia
merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta
tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup
kepadanya.
Rokok : Rokok adalah hasil olahan tembakau yang terbungkus, dihasilkan dari tanaman
Nicotiana Tabacum, Nicotiana Rustica dan spesies lainnya atau sintetisnya yang
mengandung nikotin dan tar dengan atau tanpa bahan tambahan (Heryani, 2014). Kamus
Dewan mentakrifkan rokok sebagai tembakau yang digulung dalam daun nipah. Daripada
takrifa di atas, menunjukkan bahawa rokok merupakan bahan yang terhasil darpada
tembakau yang diracik halus dan digulung atau dibungkus dengan berbagai bentuk serta
mengandungi unsur-unsur beracun.

Inhalan : Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan
daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau
sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif
atau merangsangkan perubahan minda. Pengambilan inhalan akan menyebabkan
pertuturan individu kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik,
bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

HIV/Aids : HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang merosakkan sistem
kekebalan tubuh, dengan menginfeksi dan menghancurkan sel CD4. Semakin banyak sel
CD4 yang dihancurkan, kekebalan tubuh akan semakin lemah, sehingga rentan diserang
berbagai penyakit. HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang
memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh
mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah
singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat
terakhir jangkitan HIV.

2) Faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dengan masalah tersebut :


Berdasarkan statistik bilangan penagih dadah di Malaysia, bilangan penagih dalam
kalangan remaja atau pelajar sekolah mencatatkan peningkatan yang banyak pada dari
tahun 2017 ke 2018. Ia merupakan suatu keputusan yang tidak baik. Perkara ini perlu
dipandang serius oleh semua pihak bagi mengelakkan pertambahan bilangan pelajar yang
terlibat dengan perkara berbahaya seperti dadah, rokok, inhalan, dan HIV/aids.

Antara factor yang menyebabkan pelajar terlibat dengan masalah tersebut ialah :

1- Faktor Diri Sendiri

Perasaan ingin mencuba ini meyebabkan pelajar tidak dapat mengawal diri mereka
untuk lari daripada terlibat dengan masalah tersebut. Pelajar merupakan golongan
remaja dan remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai perasaan ini kerana
pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula berputik. Selain itu,
pelajar yang terlibat dengan masalah ini cenderung untuk berseronok. Keseronokan juga
merupakan sebab utama kenapa pelajar mencuba dadah. Sifat keremajaan yang suka
kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada diri sendiri menyebabkan 
mereka mencuba perkara tersebut. Hasilnya, remaja mula ketagih dan menjadikan
benda berbahaya tersebut sebagai medium utama untuk  berseronok.

Begitu juga, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama pelajar mengambil
keputusan untuk mencuba perkara tersebut sebagai medium utama bagi mengurangkan
tekanan yang dihadapi. Menurut Roberts (1997), kadar kemurungan meningkat
sebanyak dua kali ganda pada zaman remaja berbanding pada zaman kanak-kanak dan
kadar ini meningkat lagi apabila mereka menginjak usia dewasa. Hal ini demikian
kerana, pelajar bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah
semata-mata. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi dan keluarga turut menjadi
pendorong kepada mereka. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku
sehingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya perkara yang
berbahaya seperti rokok, dadah dan inhalan menjadi teman setia yang dapat
membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi

2- Faktor Rakan Sebaya


Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama berlakunya masalah
tersebut. Hal ini kerana, kajian menunjukkan ramai pelajar yang terlibat dengan
masalah tersebut akibat daripada terpengaruh dengan rakan
sebaya. Hal ini demikian, kerana kebanyakkan masa pelajar diluangkan bersama 
dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang bersesuaian harus
dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaJa. Sekiranya rakan sebaya yang
digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah secara tidak langsung mereka
sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.
3- Faktor Ibu Bapa
Terdapat segelintir ibu bapa yang kurang perihatin terhadap anak-anak mereka
sehingga anak-anak mereka boleh terjerumus dengan masalah tersebut.
Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta
menyediakan keperluan asas yang penting untuk keluarga. Secara tidak langsung, 
masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak men!adi terhad. Hal ini akan
mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan
mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang
dikecapi akan membawa mereka ke arah gejala sosial yangt erlampau seterusnya ke
lembah penagihan najis dadah, rokok, inhalan dan terdedah kepada HIV dan aids.

Selain itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu
penyebab mengapa pelajar mudah terlibat dengan masalah tersebut. Hal ini berlaku
kerana, ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,
dalam dunia serba moden ini pelajar sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial
yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. "kurangnya pendidikan agama
menyebabkan remaja atau pelajar sesuka hati melakukan perkara yang telah
dilarang oleh agama. Mereka juga tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.
Pengetahuan tentang dosa dan azab siksaan di neraka yang amat pedih dan perit
yang kurang didedahkan menyebabkan mereka tidak ambil peduli.

4- Faktor Sekolah
Sekolah memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pela!ar yang cemerlang
dari pelbagai aspek terutamanya dari segi rohaniah, lahiriah dan !asmani. Namun,
apa yang mendukacitakan apabila sekolah di!adikan sebagai tempat berlakunya
gejala menghidu gam, menghisap rokok dan yang paling membimbangkan adalah
sebagai tempat mengedar dadah. Pelajar mula terjebak dengan dadah sejak di
bangku sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga kurang kawalan oleh pihak
sekolah. Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah kepada pelajar yang
ingin mencuba dan ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan mereka.
3) Kesan-kesan Apabila terlibat dengan masalah tersebut

Gejala dadah memberi kesan buruk kepada negara. Jutaan ringgit telah dibelanjakan
oleh kerajaan bagi membina infrastruktur yang serba lengkap dan moden seperti
kemudahan hospital bagi rawatan penagih dan pusat serenti. Selain itu kerajaan juga
terpaksa memperuntukan jumlah yang besar bagi kos pengawasan polis, kos rawatan dan
kebajikan penagih serta kos tambahan kepada sistem kesihatan nasional.

Penagihan dadah juga telah menyumbang kepada bertambahnya penyakit HIV/aids.


Ini berpunca dari amalan perkongsian jarum di kalangan penagih. Sebanyak 51,256 kes HIV
telah dikesan di negara ini sejak tahun 1986 dan ianya meningkat dari tahun ke tahun. Pada
tahun 2001 purata kes baru setiap hari adalah 13 manakala bagi tahun 2002 ianya
meningkat kepada 19. Dari kalangan mereka yang dihinggapi aids / H.I.V, sebanyak 77%
adalah penagih dadah. (Buletin Dadah bil.2/2003).

Selain itu, inhalan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Gam yang
mengandungi bahan organik atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene adalah
toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan
itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak
teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Selain itu, ia juga boleh memberi kesan
serta merta seperti kesan euforia iaitu kelihatan seronok tanpa sebab. Secara umumnya
seseorang itu menjadi ketagih apabila dadah seperti jenis opioid akan meresap ke tisu yang
ada dalam badan manusia. Kesan lain pada fungsi otak akibat menghidu gam ialah risiko
menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan
pada bahagian tertentu.( Berita Harian 24 April 2000)

Di samping itu, merokok turut boleh menyebabkan penyakit kronik. Menurut


anggaran, 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan
dengan merokok. Ini menunjukkan 35 peratus kematian adalah berpunca daripada merokok.
Rokok boleh mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki, risiko strok (angin
ahmar), serangan sakit jantung dan boleh mengakibatkan kanser paru-paru. Asap rokok
mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh
mengakibatkan kanser. Pada masa yang sama, orang sekeliling turut boleh terkena tempias
penyakit disebabkan asap rokok. Pada hakikatnya, 60 hingga 75 peratus asap rokok akan
disedut oleh orang yang tidak merokok. Berbanding dengan asap yang dihisap oleh
perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali
ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda bahan kimia merbahaya.
Begitu juga, Merokok menjadikan seseorang pencemar, tidak berdisiplin dan mudah
melakukan vandalisme. Tabiat seperti membuang habuk dan puntung rokok di merata-rata
tempat seperti pinggan makan, lantai dan tangga laluan awam menjadikan kawasan awam
kotor dan menyakitkan mata pengunjung lain.

4) program atau aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi mengatasi masalah
tersebut.

Antara program yang boleh dilaksanakan ialah benci rokok, dadah dan inhalan.
Berdasarkan program tersebut, pelajar akan diberikan pendedahan mengenai keburukan
perkara tersebut. Setiap pelajar akan rasa takut untuk mencuba dan menjauhkan diri
daripada perkara yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan perkara tersebut.
Program ini berbentuk ceramah dan disampaikan kepada semua pelajar di sekolah.
Penceramah yang berpengalaman mahir akan dijemput bagi menyampaikan ilmu kepada
para pelajar.

Selain itu, aktiviti pameran kesan penyalahgunaan dadah boleh dipamerkan. Dalam
pameran tersebut, gambar kesan penagihan dadah seperti penyakit kronik dan hilang
kewarasan dipamerkan. Langkah ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri mereka dan
menjauhkan mereka daripada terjebak dengan masalah tersebut,
Di samping itu, kempen jom sihat boleh diadakan, Dalam kempen tersebut pelbagai
acara seperti melukis poster, menyampaikan pantun dan syarahan mengenai kesihatan diri
boleh diadakan. Melalui program tersebut, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan
mengenai penjagaan diri dan perkara yang boleh merosakkan diri sperti dadah, inhalan dan
rokok. Kesimpulannya, aktivit dan program yang dilaksanakan di sekolah memainkan
peranan penting dalam memupuk tingkah laku pelajar yang betul bagi melahirkan generasi
yang berkualiti dan dapar emberi sumbangan kepada negara.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai