Anda di halaman 1dari 3

Nur Fatin Fadzlina binti Zulkifli.

SK Chegar Perah
Tajuk : Dadah Pemusnah Negara.

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara peneraju agenda,


kombinasi kehakiman yang pintar laksana,
penjaga masa yang setia,
guru-guru pemangkin intelek bangsa,
seterusnya teman-teman segandingan.

“DADAH PEMUSNAH NEGARA” frasa indah tajuk pidato saya pada hari ini.

Hadirin yang saya muliakan,


Hari ini, Malaysia kian pest membangun dan semakin mendapat di mata dunia.
Negara kita sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara maju yang lain. Namun, dis sebalik kegemlangan ini, masyarakat
kita masih dibelengu masalah yang kian membarah iaitu gejala penyalah gunaan
dadah. Menurut statistik yang dikeluarkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),
seramai 131 841, penagih dadah dikesan dalam negara sejak Januari 2010 hingga
Februari 2016.

Dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan atau bahan seperti ganja, heroin marijuana
dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan jika disalahguna.
Berbicara isu penyalahgunaan dadah, kenyataan yang pahit untuk diterima adalah
hakikat bahawa remaja merupakan antara golongan yang terjerumus ke dalam
gejala ini. Dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 14 Mei 2016, Ketua Pengarah
Operasi AADK, Izhar Abu Talib menyatakan bahawa statistik penyalahgunaan
dadah mencatatkan kenaikan yang membimbangkan iaitu sebanyak 717 orang
berbanding 622 pelajar pada tahun 2014.

Dadah Pemusnah negara, mampu mengheret rremaja ke kancah penghinaan dan


kehancuran sekaligus meranapkan masa depan negara. Bak kata slogan yang
sering didendangkan ‘ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Maka,
tanpa sosok yang mampu diharapkan tanpa tiang yang boleh disandarkan maka
hancur luluhlah empayar keharmonian dan kemakmuran yang kita bina selama ini.

Tidak, dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung masalah yang
bersifat global ini. Namun begitu, sehingga kini gendang kemenangan masih belum
kedengaran. Persoalannya, pernahkah kita renungkan nasib bangsa pada masa
akan datang sekiranya masalah ini berlanjutan tanpa titik noktahnya?

Hadirin sekalian,

Penyalahgunaan dadah mengundang banyak kesan negatif kepada individu yang


terlibat. Dadah mampu bertindak mengubah fungsi biologi pada sistem tubuh
seseorang. Misalnya, inividu yang ketagihan dadah akan menghadapi maslaah
pernafasan iaitu kadar pernafasan menjadi pendek dan perlahan. Keadaan ini
secara langsung akan menjejaskan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam badan
sekaligus menjadi punca kepada kegagalan fungsi organ badan yang lain juga
menyebabkan kematian. Maka, jelaslah gejala penyalahgunaan dadah
menyebabkan pelbagai implikasi yang sangat buruk.

Dadah juga mampu mempengaruhi keadaan mental dan emosi seseorang individu
itu. Misalnya, euforia iaitu rasa seronok dan khayal yang menyebabkan gangguan
kondisi mental individu. Semakin lama, seseorang itu menagih dadah, semakin
banyak jumlah dadah yang diperlukan untuk mendapatkan kesan euforia.
Pengaruh euforia menyebabkan seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran
lantas bertindak diluar kewarasan. Terbaru, kita dikejutkan dengan berita
kemalangan yang berpunca daripada pemandu menongkah arus kerana berada di
bawah pengaruh amphetamin sehingga menyebabkan kematian. Kesimpulannya,
terbuktilah bahawa pengaruh dadah telah menggugah kewarasan akal dan fizikal.

Hadirin sekalian,

Dadah pemusnah negara, mengancam ketenteraman yang selama ini kita kecapi
dengan penuh rasa syukur sejak berpuluh tahun lamanya. Jenayah akan terus
bermaharajalela kerana individu yang menagih dadah akan terus berusaha
mendapatkan candu mereka walau dengan apa cara sekalipun. Bahkan, mereka
juga sanggup mencederakan orang lain. Banyak kes jenayah yang melibatkan
penagih dadah telah dilaporkan oleh pihak berkausa. COntohnya, merompak,
mencuri, meragut mahupun membunuh. Lebih menyedihkan lagi, ada anak yang
sanggup membunuh ibu sendiri hanya semata-mata kerana gagal mendapatkan
wang untuk membeli dadah. Justeru, masalah yang dicetuskan oleh penagih dadah
ini menjadikan masyarakat terpaksa hidup dalam ketakutan. Akibatnya, masyarakat
akan menjadi semakin mundur kerana tidak dapat meluaskan horizon pemikiran
dan bersatu ke arah membangunkan masyarakat.

Hadirin yang saya muliakan, merujuk kepada hujah saya di atas, maka jelaslah
dadah adalah satu ancaman kepada bukan sahaja individu bahkan masyarakt, juga
negara. Adakah kita masih mahu terus membiarkan wabak ini terus merebak dan
menghancurkan negara kita? Kita seharusnya berganding bahu membanteras
gejala ini. Ayuh, kita bangkit bersama-sama ke arah hidup sejahtera, bebas
daripada pengaruh dadah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai