Anda di halaman 1dari 12

Dadah Durjana

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..

Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..

PANTUN ANTI DADAH


Indahnya buana juga angkasa,
Tidak terkira beribu batu,
Dadah durjana perosak bangsa,
Remaja terleka mengapa begitu

Indah baiduri dari kencana


Cantik di pakai ke sana sini
Pendidikan diberi kesedaran dijana
Terhapuslah dadah di dunia ini

Anak merak anak merbah


Asyik beradu dalam sarangnya
Rosak akhlak kerana dadah
Pelajar begitu apa puncanya

Batu delima dipecah kecil


Angin puputan awan berarak
Punca utama dadah diambil
Pengaruh rakan sukar di tolak

Ulam senduduk dan juga pegaga


Enak dimakan di atas tikar
Iman di pupuk takwa di jaga
Barulah dadah boleh di hindar
Burung kenek-kenek,
Jatuh atas tanah,
Pesan datuk nenek,
Jangan hisap dadah.

Ikan gelama dikerat-kerat,


Untuk hidangan si burung camar,
Kerana dadah diri terjerat,
Maruah tergadai nama tercemar.

Melaka Bersejarah diberi nama,


Terkenal sudah di serata dunia,
hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga bahagia.

Terkenal bola kerana bulat,


Terkenal tukul kerana pahat,
Jika dadah dijadikan kiblat,
hidup merana sepanjang hayat.

Hendak berkelah di Tanjung Bidara,


Janganlah lupa membawa celana,
Hilang keluarga hilang saudara,
Pengaruh dadah diri yang merana.
Indahnya

Malaysia,
Negaraku yang merdeka
Negaraku yang aman,
Negaraku yang makmur,
Negaraku yang maju.

Tapi,

Negara ini akan lebih merdeka


Jika tiada penagih dadah,
Musuh yang lesu,
Menyerang dalam senyap,
Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan,
Kemerdekaan yang telah lama dirasakan.

Negara ini akan lebih aman


Jika lenyap dadah dari pengedaran,
Ketua perancang segala kemusnahan,
Kepala bala kehancuran,
Yang meruyupkan keamanan,

Negara akan lebih makmur,


Jika hilang penyeludupan,
Punca keretakkan perpaduan,
Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan,
Punca berkuburnya kemakmuran,

Negara ini akan lebih maju,


Jika tiada estacy, kokain, shabu,
Morfin, heroin,
Lenyapnya penagih,
Hilangnya pengedaran,
Hapusnya penyeludupan,
SYARAHAN - DADAH MUSUH NEGARA
Yang saya muliakan guru-guru dan rakan-rakan Sekolah Kebangsaan Seri Tengah, barisan
panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya
serta keizinanNya dapat saya berdiri di sini bagi menyampaikan syarahan saya dalam suasana yang sakinah
pada pagi ini.Saya,Nur Humaira dari Tahun Lima Ceria telah memilih tajuk 'Dadah Musuh Negara'.Tajuk
syarahan saya pada pagi ini sangatlah bersesuaian dengan isu penyalahgunaan dadah yang tidak
berkesudahan dan semakin banyak menghiasi lembaran akhbar pada masa ini.

Rakan-rakan yang saya muliakan,


Pada abad ke-21 ini,Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah
arus pemodenan dalam dunia maju ini.Kini,Malaysia sangat terkenal pada mata dunia malah mampu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain yang telah turut mengukir nama pada mata
dunia.Namun,di sebalik kegemilangan ini,masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang
sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu penyalahgunaan dadah.

Menurut Kamus Dewan, dadah boleh ditakrifkan sebagai ubat-ubatan atau bahan seperti
ganja,heroin,marijuana,dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang
menggunakannya. Dadah dianggap sebagai khamar kerana fungsi kedua-duanya yang boleh menyebabkan
kemabukan atau menjejaskan kewarasan akal fikiran.Apabila berbicara mengenai isu penyalahgunaan
dadah,kenyataan yang pahit untuk diterima adalah hakikat golongan yang terjerumus ke dalam gejala
ini.Sememangnya dadah wajar dikatakan sebagai musuh negara kerana dadah mampu mengheret kita ke
kancah penghinaan dan kehancuran sekaligus .Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah diambil bagi
membendung masalah yang bersifat global ini.Namun begitu,sehingga kini gendang kemenangan masih
belum kedengaran. Persoalannya,pernahkah kita renungkan nasib bangsa pada masa akan datang sekiranya
masalah ini berlanjutan tanpa titik noktahnya?

Hadirin sekalian,
Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa dadah mengundang banyak kesan negatif kepada
individu yang menyalahgunakannya.Perubahan yang ketara dapat dilihat dari segi fizikal penagih
dadah.Dadah akan bertindak mengubah fungsi biologi pada sistem tubuh seseorang.Misalnya,individu yang
ketagihan dadah akan menghadapi masalah pernafasan iaitu kadar pernafasan akan menjadi pendek dan
perlahan.Justeru,keadaan ini secara langsung akan menjejaskan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam
badan.Selain itu,sistem saraf,jantung,metabolisme,dan otot-otot badan turut terjejas dengan pengambilan
dadah yang berterusan.Kadar degupan jantung akan berkurangan malah tubuh penagih dadah akan
menggigil akibat penurunan kadar metabolisme.Otot-otot badan penagih dadah juga akan mengecut dan
akhirnya menyebabkan tubuh menjadi lesu dan tidak bermaya.Individu yang menghambakan diri kepada najis
dadah mempunyai risiko yang sangat tinggi menghidap penyakit seperti AIDS,dan Hepatitis B.Secara
keseluruhannya,tubuh badan seseorang yang menagih dadah akan mengalami implikasi yang sangat teruk
akibat daripada perbuatan individu itu sendiri.Hal ini sangat bertentangan dengan perintah Allah S.W.T. dalam
Surah Al-Baqarah,ayat 195 yang bermaksud,"Janganlah kamu lemparkan diri ke dalam kebinasaan dan
berbuat baiklah.Sesungguhnya,Allah S.W.T. mengasihi orang-orang yang berbuat baik".Dalil ini jelas
menunjukkan pengharaman ke atas manusia menganiayai dan melakukan sesuatu perkara yang membawa
kebinasaan kepada tubuh badan mereka sendiri.Justeru,setiap individu wajib menjauhi dadah untuk kebaikan
diri mereka sendiri.

Keadaan mental dan emosi turut menerima kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah.Kesan ke
atas mental dan emosi lazimnya dikenali sebagai kesan psikologi,iaitu kesan pengaruh dadah pada otak dan
minda.Ini termasuklah rasa seronok dan khayal atau euforia yang dialami penagih dadah.Mereka seakan-
akan tidak berpijjak di alam nyata.Pada masa yang sama,sesesorang itu akan hilang kawalan diri dan
pemikirani.Inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak putus mencari dan meningkatkan penggunaan
dadah.Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh,mereka akan berasa gelisah,tidak dapat memberi
tumpuan,dan amat menderita.Mereka cenderung untuk bertindak ganas dan hilang kawalan
diri.Natijahnya,mereka boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan tatasusila dan peradaban
masyarakat.Keadaan mental seseorang penagih dadah sangat sukar untuk dipulihkan seperti sedia
kala.Bertunjangkan lontaran fikiran yang telah saya utarakan,kita dapat melihat sebab pengharaman dadah
menurut Islam.Imam Ahmad Bin Hanbal telah meriwayatkan dalam musnadnya bahawa Rasulullah S.A.W.
melarang segala sesuatu yang memabukkan dan mengkhayalkan.Justeru,jelaslah kepada kita bahawa dadah
boleh merosakkan kewarasan akal fikiran sekaligus mengaburi kemuliaan diri sendiri sebagai manusia di
muka bumi ini.

Hadirin sekalian,
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja membawa kesan buruk kepada penagih dadah itu
sendiri,malah juga kepada keluarga.Individu yang menagih dadah akan mengabaikan tanggungjawab kepada
keluarga.Mereka tidak akan menghiraukan keadaan di sekeliling mereka termasuk keluarga sendiri.Akibatnya
nilai-nilai kasih sayang antara ahli keluarga akan semakin terhakis dan akhirnya keluarga akan berpecah-
belah.Selain itu,keluarga juga akan melalui tekanan yang berat,konflik,dan kebimbangan kerana ingin
melindungi ahli keluarga daripada kemudaratan dan kerosakan yang dibawa oleh ahli keluarga yang
terjerumus ke dalam gejala dadah.
Di Samping itu,jenayah akan terus bermaharajalela akibat penyalahgunaan dadah.Masyarakat tidak
lagi akan dapat menikmati suasana kehidupan yang harmoni sekiranya dikelilingi manusia yang menjadi
hamba kepada dadah.Individu yang menagih dadah tidak akan dapat berhenti daripada menggunakan dadah
dan akan terus berusaha mencari dadah walau dengan apa cara sekalipun.Mereka sanggup mencederakan
orang lain asalkan mereka dapat memiliki dadah dan terus berada di dalam dunia mereka sendiri.
Hadirin yang saya muliakan,

Akhir sekali,sememangnya banyak kesan buruk yang dibawa oleh masalah penyalahgunaan dadah
kepada individu,keluarga,masyarakat,mahupun negara.Semua pihak sewajarnya berganding bahu bagi
memastikan gejala ini dapat dibendung agar tidak menjadi satu wabak yang terus bernanah dalam
masyarakat.Isu penyalahgunaan dadah ini sememangnya boleh ditangani andainya terdapat sinergi daripada
semua pihak kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sebagai anak bangsa yang menjadi aset
penting dan kebanggaan negara,kita merealisasikan misi untuk mencipta peradaban baru yang sudah pasti
akan disanjung tinggi dan diagung-agungkan oleh masyarakat dunia.Ayuh,kita bangkit bersama-sama ke arah
hidup yang sejahtera tanpa terlibat dengan najis dadah yang boleh mencemarkan diri,keluarga,dan
bangsa.Jangan kita abaikan peringatan Nabi Muhammad S.A.W. kepada umatnya agar sentiasa melakukan
kebaikan dan menjauhi perkara yang boleh memberi kemudaratan.Walaupun usaha bagi mencapai matlamat
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbudaya penyayang,masyarakat yang berjiwa
bebas daripada cengkaman anasir-anasir jahat,tenteram,dan berkeyakinan hanyalah prakarsa kecil ke arah
menangani masalah sosial,namun natijahnya mampu mengembalikan imej dan jati diri sesebuah bangsa itu
sendiri.

Sekian,terima kasih.
Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan


Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu

Untukkan sedikit masa emasmu


Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan

Tak daya mengawali diri


Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan
Dadah Pemusnah Negara

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Prof Ir Dr
Zainai bin Mohammad, Yang berbahagia barisan Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, serta tidak lupa
siswa siswi yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berdiri megahnya saya di hadapan ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Dadah Pemusnah
Negara. Di bawah lembayung kata, Dadah merupakan apa-apa jua bahan kimia, samaada asli atau tiruan,
apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan, ia boleh mengubah
fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk pengetahuan para hadirin, dadah terbahagi kepada empat jenis iaitu Kabis, Stimulan, Depresen dan
Opiat. Dadah boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti daun ganja, ganja kering, tembakau ganja, minyak
hasish, pil ectasy, amphetamine, syabu, depresen, bunga dan buah kopi, candu mentah, bes morpin, dan
heroin. Pengedaran dadah tersebut semakin berleluasa kini dan aktiviti membanteras jenayah ini semakin giat
dijalankan oleh pihak yang berkuasa. Namun, sampai bila kita harus bergantung kepada pihak polis semata-
mata? Pencegahan dari awal haruslah diambil oleh semua pihak.

Seperti yang kita sedia maklum, dadah telah diisytiharkan sebagai musuh negara kerana ia melibatkan
segenap lapisan masyarakat dan bangsa, maka usaha untuk menanganinya menjadi tugas dan
tanggungjawab semua pihak terutamanya para pendidik. Ini disebabkan pendidik terlibat secara langsung
dengan para pelajar yang menjadi aset penting negara pada masa hadapan. Hal ini kerana, para remaja
banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu, guru-guru dan pensyarah
haruslah memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi seseorang daripada terjebak dengan najis
dadah.

Begitu juga dengan ibu bapa, mereka merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih). Maka ibu
bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani maupun majusi. Oleh itu, amat penting bagi golongan ini
melengkapkan diri dengan strategi maupun kaedah bertindak tertentu yang releven, berkesan dan
bersesuaian untuk jangka pendek dan panjang. Komitmen mereka adalah penting dalam menjayakan usaha-
usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan contohnya seperti kempen Belia Benci Dadah.

Para hadirin sekalian,

Profil Penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di
dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah
sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang
mendorong mereka ke arah penggunaan dadah secara langsung adalah pengaruh daripada rakan sebaya,
untuk mengejar keseronokan, wujudnya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan untuk meningkatkan
keseronokan seksual. Manakala bagi faktor yang mendorong mereka secara tidak langsung ke arah
penggunaan dadah ialah selepas menerima rawatan perubatan, penggunaan secara tidak sengaja dan untuk
mengatasi masalah tekanan jiwa.

Selain itu, kegagalan institusi kekeluargaan seperti perceraian juga menyebabkan anak-anak kurang
perhatian, kasih sayang dan pendidikan termasuklah hal agama. Oleh itu, pembesaran anak-anak yang tidak
dipantau oleh ibu bapa menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan
terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, minum arak, perhubungan tanpa batasan, merempit dan
bohsia. Hal ini telah menjadi serius dengan peningkatan kes cerai di negara ini. Justeru, langkah awal
haruslah diambil untuk memperkukuhkan istitusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembentukan
peribadi para generasi muda.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, Mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa dadah adalah haram di sisi Islam
kerana ciri-cirinya yang menyerupai sifat arak iaitu merosakkan akal dan menimbulkan masalah kesihatan.
Antara kesan pengambilan dadah ialah ketagihan. Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam
kehidupan seharian pengambilnya, mengatasi keperluan hidup lain seperti makanan dan minuman. Mereka
juga akan mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah, merasa terdesak atau gian untuk
mengambil dadah lebih-lebih lagi bila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat
mengawal jumlah kekerapan penggunaannya. Bukan itu sahaja, bekas penagih dadah akan mengalami
kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu.

Selain itu, akibat yang jelas ke atas penagih ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih
akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih
dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi
fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh
kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah secara berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi
lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

Bukan itu sahaja, penagihan dadah oleh seseorang individu turut memberi impak kepada keluarga mereka
dan masyarakat sekeliling. Bagi keluarga penagih-penagih dadah ini, maruah dan nama baik keluarga mereka
akan tercemar dalam kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana
terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas
anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Hal ini amat menyedihkan terutama bagi ibu bapa
yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi orang yang berguna dan berjaya dalam hidup
mereka.

Hadirin yang budiman,

Pada masa kini, Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian
meragut, mencuri, dan merompak yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah
tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan,
pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat
penglibatan anak-anak dengan dadah.

Seterusnya, kesan penagihan dadah ini amat memberi kesan yang mendalam kepada negara. Hal ini kerana,
negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Hal
ini termasuklah kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos kemudahan-kemudahan
rawatan dan pemulihan penagih dadah serta kos penyelenggaraan program-program pencegahan yang telah
dijalankan oleh kerajaan. Golongan penagih dadah ini bukan sahaja menzalimi diri mereka sendiri malah
menyusahkan ramai pihak.

Para Hadirin hadirat sekalian,

Biarpun sudah 51 tahun Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan, isu dadah masih melanda masyarakatnya.
Para pemimpin negara sangat khuatir dengan penularan gejala ini kerana ia berupaya memusnahkan apa
yang kita ada pada hari ini termasuk anak-anak, keluarga, jiran dan masyarakat. Justeru, usaha untuk
memeranginya terus dituntut walaupun ia kini merupakan masalah global. Oleh itu kerajaan telah
mengadakan pelbagai kempen agar dapat menyeru supaya semua ahli masyarakat bangkit menentang
dadah dengan memastikan keluarga dan persekitaran mereka bebas daripada najis dadah tersebut. Di dalam
menjayakan usaha kerajaan untuk memulihkan para penagih tegar, ahli keluarga haruslah memainkan
peranan penting dengan memberikan semangat yang berterusan sejajar dengan program pemulihan yang
disediakan di pusat-pusat serenti.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan dalam memastikan para generasi muda bebas
daripada najis dadah. Hal ini memastikan agar kita dapat hidup dengan aman dan damai sebagai masyarakat
yang bersih daripada masalah sosial. Oleh yang demikian, para ibu bapa haruslah memantau anak-anak
mereka yang mungkin terjebak dengan dadah melalui tanda-tanda seperti meradang tidak tentu sebab, rupa
paras dan kebersihan diri yang tidak terurus, hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca
dan berair atau mata yang redup dan kuyu, serta mempunyai parut dan bekas suntikan di lengan.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri bahawa seseorang itu penagih dadah
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri
yang berkaitan ataupun merujuk kepada pakar perubatan. Itu adalah jalan terbaik untuk menangani masalah
ini agar para generasi muda dapat dicegah daripada awal sebelum mereka menjadi penagih tegar.

Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menghadiakan serangkap pantun ;

Pak Pandir makan gula-gula,

Gula-gula dibeli di kedai Pak Ya,

Rosak belia, rosaklah bangsa,

Perangi dadah musuh Negara.

Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai