Anda di halaman 1dari 2

Teks pidato

Bismillahirrahmanirrahim.

Lafaz bismillah pembuka segala, puteri pemidato memulakan bicara. Sebelum


bibir menitip kata membawa wacana “Dadah Membawa Padah”, sekalung
apresiasi saya ucapkan buat guru-guru pendidik anak bangsa, dan seterusnya,
rakan-rakan seperjuangan saya. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam
perpaduan.

Sebelum bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarkan, sebelum kaki
mengatur langkah, sebelum lidah mengatur bicara, biarlah saya mendefinisikan
tajuk pidato saya pada hari ini.

Menurut kamus dewan edisi keempat, dadah membawa maksud sejenis ubat-
ubatan. Namun kini, dadah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat. Manakala
membawa padah pula bermaksud mendatangkang akibat yang buruk kepada
penagih dadah.

Tuntasnya, tajuk “Dadah Membawa Padah” mengkehendakkan saya untuk


mengupas contoh kesan penyalahgunaan dadah.

Hadirin warga dewan yang cendikiawan,

Antara kesan pengambilan dadah ialah dadah boleh membawa kesan yang buruk
terhadap fizikal. Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk
pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem
pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot. Dengan lain perkatan,
keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi
tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan
berlebihan. Ia juga menyebabkan masyarakat akan berpecah-belah dan secara
tidak langsung kemajuan negara akan merosot kerana masyarakat tidak bersatu-
padu.
Selain itu, dadah juga memberi kesan yang mendalam kepada mental dan emosi.
Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan pengaruh dadah pada
otak dan minda. Mereka seakan-akan tidak terpijak di alam nyata. Pada masa
yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan
silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tangungjawab.
Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit,
malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pada jumlah
untuk mendapatkan euforia.

Warga dewan penerus wawasan,

Ingatlah bahawa dadah membawa kesan yang sangat buruk kepada diri sendiri.
Kesan yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan penagih-
penagih dadah, penjenayah, penipu, dan tidak bertanggungjawab dalam kerja
atau pengajiannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas
dan kelihatan dalam berkhayal. Penagih juga turut pitam, pengsan, rasa ketagihan
yang berlebihan dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang
berlebihan. Antara contoh perilaku buruk akibat pengambilan dadah yang
berlebihan ialah pandai menipu, menyamun untuk mendapatkan wang untuk
membeli dadah dan tidak mahu mengakui penglibatan dalam penagihan dadah.

Sidang dewan sekalian,

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan
ketahanan negara. Musuh-musuh luar boleh menggunakan dadah sama ada
untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung atau
menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka
dan secara tidak langsung

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, dadah membawa padah. Jadi, jagalah tingkah laku kita kerana
sesal daulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian,puteri pemidato mengundur diri.

Anda mungkin juga menyukai