Anda di halaman 1dari 8

RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH

Dadah ialah sutu bahan kimia yang digunakan kebanyakkan untuk merawat manusia
mahupun binatang dan mencegah atau menyembuhkannya dari suatu
penyakit.Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan seseorang menjadi ketagihan atau
khayal.Dadah juga akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau keruntuhan
akhlak apabila digunakan tidak mengikut peraturan atau cara yang sewajarnya.Apabila
dadah masuk kedalam badan tanpa kawalan , ianya akan menyebabkan gangguan dalam
sistem imunisasi badan dari segi kesihatan mental mahupun kesihatan fizikal.Dadah juga
adalah bahan yang menyebabkan perubahandalam fisiologi atau psikologi organisma yang
mengambil.Dadah sering dibezakan dari suatu bahan yang memberikan sokongan
nutrisi.Penggunaan dadah adalah melalui pelbagai cara seperti penyedutan,
penyerapan,suntikan ,larutan pada bawah lidah dan macam-macam lagi.Dalam istilah
farmakologi, dadah ialah suatu bahan kimia yang jika diberikan kepada organisma hidup
akan menghasilkan kesan biologi.

Dadah dalam istilah farmasi juga didefinisikan sebagai ubat-ubatan yang digunakan
untuk merawat, menyembuhkan mencegah dan mendiagnosis suatu penyakit.Melalui istilah
tradisional, dadah diperoleh dari pengesktrakan tumbuhan perubatan tetapi ada juga yang
melalui sintesis organik.Dadah farmaseutikal juga antara dadah yang boleh digunakan untuk
satu jangka masa yang terhad atau secara berkala yang bertujuan untuk merawat sakit
kronik.Dadah ini diklarifikasikan sebagai ke dalam kelas dadah sebagai suatu struktur kimia
yang serupa,mekanisma tindak balas yang sama,cara tindakan yang tidak jauh beza dan
digunakan untuk merawat penyakit yang sama.Dadah psikoaktif adalah suatu bahan kimia
yang mempengaruhi sistem saraf pusat,mengubah pesepsi,mood dan kesedaran
seseorang.Dadah ini dibahagikan kepada pelbagai kumpulan yang berbeza seperti
perangsang,depresan,antidepresan,agen antiresah,antipsikotik dan halusinogen.Dadah
psikoaktif terbukti membantu dan berguna dalam merawat pelbagai keadaan perubatan
seperti gangguan mental yang kini tersebar menyeluruh di serata dunia.Penyalahgunaan
dadah psikoaktif akan menyebabkan ketagihan dari sudut psikologi atau fizikal.

1
Terdapat juga sesetengah lapisan masyarakat yang mengambil dadah tidak sesuai
dengan tujuan ianya diperkenalkan. Penjualan secara haram , pengambilan secara
berlebihan menyebabkan majoriti manusia pada zaman kini salah anggap tentang tujuan
utama kewujudannya dalam pelbagai bidang dan tentu sahaja dalam bidang
perubatan.Antara sebab-sebab yang lain pengambilan dadah secara salah ini termasuklah
atas tujuan ingin beseronok,perasaan ingin tahu tentang kesan pengambila tanpa
peraturan,pengaruh orang-orang sekeliling yang menjurus kearah melakukan benda-benda
yang tidak membawa sedikit manfaat sekalipun.Ada juga yang mengambilnya dengan
tujuan tidak baik iaitu meningkatkan keseronokan seksual ,akibat stress dan pelbagai
lagi.Namun begitu, rawatan perubatan adalah salah satu cara juga untuk menutupi sebab
utama seseorang yang sihat sejahtera mengambilnya. Walaupun begitu ,kita juga boleh
mengenal pasti dan membezakan diantara penagih dadah atau pesakit yang mengambilnya
untuk tujuan rawatan.

Ciri-ciri seorang penagih dadah dapat kita lihat melalui kemerosotan dalam
menjalankan aktiviti seharian secara tiba-tiba seperti jarang hadir ke sekolah , kuliah
ataupun sering lambat ke tempat kerja.Bukan itu sahaja,mutu kerja semakin
merosot,disiplin semakin teruk dan juga hasil kerja yang tidak teratur.Bukan itu
sahaja,kebanyakkan penagih dadah tidak peduli tentang penampilan luaran mereka iaitu
kebersihan diri mahupun kekemasan mereka.Mereka juga akan sering mengunjungi tempat-
tempat sunyi atau terpencil untuk mengambil dadah.Apabila ketagihan, mereka akan lebih
cenderung untuk terus menerus mencari cara untuk mengambilnya dalam jangka masa
yang Panjang sehinggakan sanggup meminjam wang dari rakam-rakan dan ada juga yang
mencuri.Dari segi fizikal, penagih dadah akan menjadi kurus,mata menjadi merah, menjadi
letih,lesu serta malas dan akan sering kelihatan seperti berada dalam khayalan.Penagih
dadah juga akan cenderung bertindak ganas jika mengambil dadah secara berlebih yang
menyebabkan mereka bertindak diluar waktu sedar mereka dan ada juga yang meninggal
akibat pengambilan yang secara berlebihan terus menerus.

Selain itu, penyalahgunaanya juga akan menyebabkan gangguan pada sistem penting
dalam tubuh badan seperti sistem pernafasan,saraf,jantung metabolisme dan otot-
otot.Antara contoh sistem dalam badan merosot ialah kadar pernafasan yang menjadi lebih
pendek dan perlahan,kadar degupan jantung berkurangan, tubuh juga akan turut menggigil
akibat penurunan kadar metabolisme.Kebanyakkan penagih akan lebih cenderung

2
melakukan sesuatu dengan sesuka hati tanpa memikirkan kesan baik buruk terhadap suatu
perkara yang dia lakukan .

Penyalahgunaan dadah juga meninggalkan banyak kesan kepada emosi seseorang itu
tidak kiralah dari mana-mana sudut.Kesan dan akibat pengaruh ini termasuk dalam kesan
psikologi.Ianya termasuk berasa terlalu ghairah atau seronok dalam keadaan separa sedar
iaitu khayal.Pada masa yang sama, seseorang itu akan hilang kawalan dari segi pemikiran
dan sangat mudah untuk bertindak tidak waras.Penagih juga akan lebih muda merasa
gelisah sekiranya bekalan dadah yang ada pada mereka dikhuatiri tidak mencukupi,mereka
akan berasa keluh kesah, gusar ,gian dan terasa seakan diri mengalami derita yang
teruk.Selain daripada kesannya terhadap emosi , ianya juga meninggalkan kesan kepada
sosial.Antara kesannya terhadap sosial seorang penagih ialah dia akan kehilangan minat
dalam melakukan sesebuah pekerja dan tidak akan memperdulikan tanggungjawabnya
kepada pekerjaannya dan kepada keluarganya.Maruah keluarga juga akan turut terkena
tempias seperti maruah dan nama baik keluarga akan teremar di kalangan lapisan
masyarakat sekeliling.Apabila penagih dadah itu mempunyai keluarga , keluarganya akan
cenderung menjadi porak peranda sehinggakan berlaku perpisahan ataupun perceraian
sekaligus menyebabkan harapan keluarga terutama ibubapa musnah.

Mengikut data statistik yang dikumpul melalui laman web rasmi Agensi Antidadah
Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri , trend statistic penagih dadah yang dikesan
mengikut kategori pekerjaan dari tahun 2019 hingga 2020 menunjukkan paling rendah
daripada bidang perkeranian manakala yang paling tinggi sepanjang tempoh itu ialah
daripada mereka yang mereka yang bekerja rencam atau atau sambilan iaitu mereka-
mereka yang tergolong dalam golongan yang tidak bekerja seperti suri
rumah,pesara,bekerja sendiri dan lain-lain yang tidak dapat dikenal pasti latar belakangnya.
Dapat kita lihat melalui statistik ini bahawa banyak penagih dadah cenderung mengambil
bahan terlarang secara berlebihan disebabkan tekanan emosi ataupun masalah
ekonomi.Mengikut kajian yang telah dijalankan, pengambilan dadah ini banyak disebabkan
oleh faktor sekeliling dimana banyak menerima tekanan dalam hidup sehingga terlintas
untuk mengambil bahan terlarang mengikut nisbah berlebihan sehingga ketagih dan
berkhayal. Kebanyakkan individu yang terlibat dalam masalah ini lebih percaya bahawa
dengan berkhayal, mereka boleh melupakan serba sedikit masalah yang menimpa dalam
hidup mereka.

3
Walaupun begitu, ramai individu yang salah anggap tentang tujuan sebenar dadah ini
digunakan terutama sekali dalam bidang perubatan.Majoriti daripada mereka sukar untuk
membezakan antara ubat dan dadah.Dadah dalam ubat bermaksud sesuatu yang memberi
manfaat dalam penyembuhan penyakit.Ubat juga tidak meninggalkan kesan buruk jika
diambil dan juga penggunaannya tidak ada sekatan undang-undang kerana digunakan
untuk tujuan perubatan manakala pengambilan dadah yang bukan jenis perubatan akan
menyebabkan kesan bahaya walaupun setelah berhenti mengambilnya.Antara kesan buruk
Ketika berhenti ialah kesan ketagihan seperti meronta-ronta dan macam-macam lagi.Oleh
sebab itu,penggunaannya amat diharamkan.

Terdapat juga pelbagai seseorang individu itu mengambil dadah seperti melalui suntikan
dan pil atau serbuk yang ditelan melalui mulut.Oleh yang demikian, kesan buruk dari setiap
cara benda tersebut diambil juga turut timbul seperti yang melalui suntikan akan menerima
pelbagai jenis penyakit antaranya ialah Meningtis,Tetanus,Endokarditis,Hepitits B,C dan
D,bisul,kudis kurap dan pelbagai penyakit lain lagi.Pengambilan melalui mulut pula akan
menyebabkan kerosakan organ dalam seperti paru-paru dan hati,kerosakan buah
pinggang,ganngguan dalam sistem penghadaman , otot-otot badan mengecut sehingga
menyebabkan badan lesu dan sekaligus tidak bermaya,berat badan menurun secara
mendadak dan sekaligus menaikkan peratus bagi kemungkinan untuk diserang strok badan
sehingga menyebabkan kelumpuhan.

Banyak kesan yang akan timbul kepada diri dan orang-orang sekeliling terutama
masyarakat yang kurang terdedah tentang buruknya yang akan terjadi jika diambil tanpa
kawalan pihak yang sewajarnya.Bagi individu, ianya meninggalkan pelbagai kesan kepada
yang amat buruk kepada tabiat dan kelakuan seseorang individu itu.Individu yang
mengambil dadah akan lebih berani menipu serta mencuri untuk tujuan mendapatkan wang
agar boleh membeli dadah di pasaran-pasaran gelap.Bukan itu sahaja, kita juga akan
melihat perubahan drastic yang terjadi dalam diri seseorang individu itu dimana dia akan
lebih suka bersendirian ataupun tidak suka bergaul dan lebih memilih untuk mengasingkan
diri dari orang ramai.Mereka juga akan lebih suka pergi ke suatu tempat sunyi dan terpencil
dan hanya bergaul dalam kelompok penagih dadah sahaja. Apabila sudah selesa dalam zon
dan keadaan tersebut , mereka juga akan turut mempengaruhi orang-orang sekeliling

4
dimana membawa rakan-rakan terdekat untuk turut sama mengambil bahan terlarang
tersebut.

Tidak cukup dengan kesan kepada individu, ianya juga meninggalkan banyak kesan
kepada kesihatan diri seseorang itu.Apabila mengambil dadah, seorang individu akan
berkhayal dan bersikap kurang bertenaga sehinggakan sukar untuk melihat dunia
luar.Mereka akan lebih selesa bermalas-malasan dan hanya bersendirian tidak melakukan
apa-apa kerja mahupun aktiviti.Bagi penagih dalam kalangan Wanita pula, peratus akan
sentiasa meningkat setiap tahun dimana penagih Wanita akan menjadi mandul atau kurang
subur.Hal ini kerana, sistem dalam organ dalamannya tidak berfungsi dengan baik berbeza
dengan orang lain yang kesihatan tubuh badan yang lebih terjaga sesuai dengan
pengambilan ubatan dan makanan yang masuk kedalam badan.Seterusnya, seseorang itu
juga akan mengalami kerosakan mental dimana pemikirannya tidak sama dengan orang lain
diluar sana seperti merosakkan akal fikiran sekaligus menjadi kurang siuman.Individu yang
mengambil dadah juga akan mengalami sakit perut dan pedih ulu hati sepanjang masa dan
seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa kesan terburuk yang bakal terjadi ialah
kematian akan pengambilan berlebihan atau yang kita sebut sebagai “ overdose”.

Selain dari kesan pada diri dan kesihatan diri, kesan lain yang bakal timbul juga ialah
kesan kepada ahli keluarga penagih tersebut.Majoriti penagih dadah yang sudah berkahwin
akan berpisah disebabkan oleh pergaduhan yang menjadikan mana-mana keluarga
sekalipun porak peranda.Harta benda yang terkumpul juga seperti asset atau barangan
kemas akan berkurangan disebabkan faktor ekonomi yang tidak mampu tetapi tetap ingin
membeli benda terlarang di sisi undang-undang tersebut.Keadaan yang akan paling ketara
yang kita dapat lihat adalah menjatuhkan maruah keluarga sekaligus mencemarkan nama
baik keluarga sehingga dipandang enteng oleh masyarakat sekeliling.Mereka yang menagih
dadah juga tanpa mereka sedar mereka telah memusnahkan harapan keluarga yang telah
dibina sejak dahulu kala lagi.

Di samping kesan kepada individu itu sendiri, ianya juga meninggalkan kesan kepada
masyarakat . Antara kesannya ialah meningkatkan kes jenayah serta menimbulkan
persengketaan dan perselisihan faham antara satu sama lain.Jika kita melihat keadaan
sebenar,negara kita kurang perpaduan antara masyarakat sekeliling .Disebabkan itu
perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat kita akan menjadi lebih lemah.Selain

5
itu, sikap percaya antara satu sama lain juga akan menipis sehingga menyebabkan
perselisihan antara kaum-kaum yang wujud dalam satu kawasan atau sesebuah negara
tersebut.Ianya turut mencemarkan rukun negara kita seperti terjejasnya lambang
kesopanan dan kesusilaan yang wujud dalam 5 rukun negara kita.

Kesan terhadap ekonomi negara pula akan menyebabkan lebihan kos pengeluaran bagi
suatu organisasi yang akan menjalankan macam-macam program pencegahan dadah
namun masih ramai lagi yang tidak sedar tentang buruk padah terjebak
didalamnya.Kerajaan juga terpaksa menyediakan banyak pusat rawatan bagi tujuan untuk
memulihkan pesakit atau penagih-penagih dadah ini.Bukan itu sahaja, kos bagi usaha
penguatkuasaan juga turut akan meningkat disebabkan oleh semakin banyak individu yang
sukar dikawal dan mudah terpengaruh mengambilnya.Tidak cukup setakat itu,banyak
ekonomi juga turut akan terjejas jika keadaan ini tidak segera dibendung oleh pihak yang
sewajarnya.

Walaubagaimanapun , selain daripada dadah, ada juga yang bergantung kepada suatu
tumbuhan yang penanamannya diharamkan di Malaysia.Seperti yang sering diperkatakan
dalam kaca televisyen, penanaman pokok ganja secara haram juga banyak ditemui. Banyak
juga yang menanam tanpa lesen dengan alas an untuk tujuan perubatan tradisional dan
macam-macam alasan lagi.Kanabis atau lebih dikenali sebagai ganja merupakan sebuah
dadah yang didapati daripada bunga dan daun pokok India Hemp.Pokok-pokok ini tumbuh
subur di negara yang beriklim tropical.Daunnya akan dikeringkan dan dihancurkan
menyerupai daun tembakau dan berwarna hijau pucat.Jenis lain kanabis herba ini yang juga
dikenali sebagai ganja,bhang,krif takrouri dan dagga.Ianya merupakan bahagian daun dan
pucuk berbunga yang telah dikeringkan.Keadaan fizikal jenis ini lebih menyerupai tembakau
dan warnanya lebih kehijau-hijauan.

Selain daripada jenis ganja yang telah dinyatakan, ada juga jenis lain iaitu dikenali resin
getah kanabis(hashish,charas). Ganja jenis ini ialah getah pucuk kanabis yang telah
dikumpulkan,dikeringkan atau dibakar sehingga dijadikan blok serbuk atau akan
dicampurkan dengan lilin.Ganja jenis ini berwarna coklat muda kehijauan,coklat tua dan ada
juga yang berwarna hitam dan kebanyakkan baka jenis ini berasal daripada kawasan timur
tengah.Jenis terakhir dadah jenis ini dikenali sebagai minyak hashish. Ianya merupakan
minyak tar yang dihisap bersama rokok atau ganja.Jenis ini juga tidak larut dalam air dan
akan menjadi lebih pekat apabila terdedah kepada udara.

6
Dadah jenis ganja ini juga meninggalkan kesan buruk lain seperti mengubah persepsi
mata dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek dan koordinasi.Seseorang
yang mengambil ganja juga akan menjadi seseorang yang lebih mudah panik dan cemas
secara tiba-tiba tanpa disedari dan ada juga sampai yang bimbang tanpa sebab, bersikap
keterlaluan sehingga sukar untuk dirinya sendiri mengawalnya.

Keadaan ini akan menjadi semakin serius saban tahun jika tidak dibendung.Oleh itu
pihak bertanggungjawab perlu mengorak langkah mencari insiatif lain untuk mencegah
perkara ini berleluasa sebelum ianya bertindak luar kawalan.Terdapat beberapa cadangan
cara untuk mengurangkan atau sekaligus menghapuskan penyalahgunaan dadah
ini.Antaranya ialah pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja
yang didapati mengambil atau mengedarkannya.Misalnya memberikan hukuman gantung
kepada para pengedar pasaran gelap ini .Apabila jumlah pengedar semakin berkurang,
sudah tentu para penagih sukar untuk memperolehi bekalan dadah.Manakala bagi penagih
dadah dijatuhkan hukuman yang cukup berat mengikut akta dan undang-undang
negara .Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan
mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta
Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali
sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi
daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi
memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27,
boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau Rm20,000.00 ringgit atau
kedua-duanya sekali.

Banyak juga cara lain yang boleh dilaksankan seperti memberi Pendidikan seperti
ceramah “katakan tidak kepada dadah”.Kerjasama antara orang awam dan masyarakat
dimana melaporkan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan dadah agar dapat dibanteras
dengan segera dan sekaligus kerajaan menubuhkan pusat-pusat pemulihan bagi penagih
dadah yang sudah sedar dan bersemangat tinggi untuk berubah kearah kebaikan.Dengan
cara ini, mereka-mereka yang sudah terjebak masih berpeluang untuk berubah dan tidak
terlambat untuk kembali kepada fitrah sebenar seorang manusia yang tidak lari dari
membuat kesilapan.

Seperti yang sering kita lihat di kaca tv, keadaan ini boleh diperbaiki jika semua lapisan
masyarakat bersatu padu membendung hal ini dari terus menerus memburukkan nama

7
negara dengan banyak kes-kes yang tidak diingini terjadi. Sebagai rakyat yang berjiwa cinta
akan negara, kita perlu sedaya upaya untuk memastikan negara tidak dibelenggu dengan
keadaan-keadaan yang tidak seharusnya terjadi.

Anda mungkin juga menyukai