Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin
serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya
menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini
timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri.
Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila
dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah
fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:
1. Halusinogen
Contoh: ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine.

2. Depresen
Contoh: methaqualone,tranquliser dan rahypnol

3. Kanabis
Contoh: ganja,hanish dan marijuana

4. Psikotrapit
Contoh: syabu, ice, batu Kristal, kaca diamond dan ecstacy

5. Stimulant
Contoh: daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain

6. Opiat
Contoh:candu,morfin dan heroin

DEFINISI DADAH
(Inilah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

Dadah atau Drug dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara
penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau misuse dan abuse
Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,
mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan
tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya,
makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan
tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah
Khamar yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh
menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada
jenis Khamar kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan,
dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk
asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau
dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau
mental.

Pengenalan Dadah
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",

"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan
dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda
sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya
anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan
makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah
perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Pengenalan
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan
rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang
merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan
inhalan ( bahan yang disedut ).
Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana
dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan
itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia
(seperti menghidu gam).
Penerangan
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan
atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk
menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak
mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol
bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh
masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan
yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada
dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara
tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna.
Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh
mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin
berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga
bunuh diri.
Asas Saintifik
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia
juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan
yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal
keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh
mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan
prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini
dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang
diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada
mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
Faktor - Faktor Risiko
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia
juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang

tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko
penyalahgunaan dadah:
Faktor biologi
1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit,
terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak
boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya
hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan
yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
Faktor psikososial
1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja,
tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar.
Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu
pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang
memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi
termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan,
tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.
Faktor sosial
1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen,
radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan
di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang
sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai
seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai
pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum
arak.
2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan
mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk
menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan
masyarakat zaman ini.
Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
Berpeluh
Meremang bulu roma
Pening kepala
Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
Keresahan
Insomnia - tidak dapat tidur
Kerisauan
Gangguan emosi dan perasaan
c) Gejala perlakuan
Sentiasa ponteng kerja
Penurunan prestasi kerja
Digantung atau dibuang sekolah
Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
Mencuri

Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin,


ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:
Gangguan koordinasi
Mata merah
Insomnia - tidak dapat tidur
Hilang selera makan
Penurunan berat badan
Kemurungan
Cakap banyak
Tidak dapat mengimbang diri
Loya dan muntah
Mengetap gigi dan rahang
Peningkatan tenaga
Kerap menggosok hidung
Berpeluh berlebihan

Mengantuk
Menggunakan tandas terlalu lama
Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya,
mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas
kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.
Komplikasi
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan
pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung.
Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang
terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah,
mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik
boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami
kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum
yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak
bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh
menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara
subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila
dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat
dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan
muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian
jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.
Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan
gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan
darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.
Ujian - Ujian
Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui
pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang
disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing
ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan).
Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat.
Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah
disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.
Pencegahan
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan.
Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu
pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah
dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh
bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan
kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh
menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau
penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap
individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa
masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.
Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah
disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi
ketakupayaan mereka seterusnya.
Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi
tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan
keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari
bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah
mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan
individu yang terlibat adalah amat penting.
Read more: http://cegahdadahperak.blogspot.com/2011/01/apakah-penyalahgunaandadah.html#ixzz3SGg9cjzB

Apa Itu Dadah? Pengertian dan Maksud.


21:38 SMKBATU5 NO COMMENTS
Drug dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan
kepada `Drug, perkataan `Use, `misuse atau `abuse perlu digunakan bersama-sama perkataan
drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk
memberi pengertian `penyalahgunaan atau `salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan
`dadah sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan
atau `penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan
dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.
Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk
mentiasat , merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan ,
kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau
dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.

Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia.


Artikel, Awas
Entri ini dibuat bukanlah untuk mengajar para pembaca mencuba jenis-jenis dadah yang
dinyatakan tetapi adalah lebih kepada memberi informasi kepada semua tentang bahaya dadah
kepada kesihatan.
Apakah itu Dadah?Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti
ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang
digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan Drug bermaksud ubat-ub
atan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, per
kataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkat
aan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud
penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang menda
tangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emo
si serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseor
ang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung
hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan bebera
pa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali seb
agai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan keta
gihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggun
aan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilanny
a kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah i
ni di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengelu
aran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana
ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai dadah yan
g disalahguna.
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri sepe
rti berikut :
1.) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunja
ng)
2.) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
3.) Diperoleh secara haram
4.) Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya
tahan terhadap dadah
5.) Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosia
l seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja

Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan dari
pada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iait
u candu, morfin dan heroin.
JENIS-JENIS OPIAT.
1.Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahanka
n aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bert
ukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang k
uat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepad
a udara.
2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu ment
ah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, m
orfin sulfat atau morfin hidroklorik
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : M, White Powder, Monkey, Morpho
Morfin Mentah.
Bentuk blok / serbuk.
Bertanda 999.
Mengandungi 70% 90% morfin.
Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin.
Seperti serbuk kopi halus.
Mengandungi 60% 70% morfin.
Pil-pil Morfin.
Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.
Pil kecil berwarna putih / coklat pucat.
3.Heroin.
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di
Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan pro
duk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berka
li-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink
4.Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada mor
fin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederha
na dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5.Opiat Sintetik.
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone
dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan o

piat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini meth
adonedigunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : Fizzies, Dollies
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf p
usat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-sti
mulants (ATS) dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat y
ang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dad
ah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan
Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the drago
n)
2.Methamphetamine
Syabu / Ice
Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam k
umpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti t
awas.
Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah s
yabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari a
spek perubatan.
Alat untuk chasing the dragon
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)
Nama Jalanan : Ice
3.Kokain
Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru,
Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Pokok Koka
Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di sampi
ng negara-negara Eropah.
Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake
Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dih
isap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah ca
mpuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granusles. Crack mempun
yai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ke
tagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

Tablet yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)Methylenedioxy-methamphetamine (M


DMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MD
MA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna m
uda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : Ecstasy, XTC
Ganja/Kanabis
Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok cannabis sativa.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timu
r Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-k
urangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupak
an bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis ya
ng dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebi
h kehijauan.
Kandungan THC : 0.25% 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish
Hashish
Resin getah kanabis
Kandungan THC : 4% 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggu
nakan bahan pelarut. Ia
menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah ke
pada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
Bong Alat untuk menghisap ganja
Menghisap ganja menggunakan Bong
Bong buatan sendiri menggunakan botol
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.
Ia mengubah pandangan
visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak be
nar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinoge
n. Kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun 19

60-1970. Kini ia diguna


oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat Depresen
Barbiturates
Ubat Depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat i
ni bertindak dalam
sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fun
gsi tubuh.
Tranquilizer
Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah e
rimin-5,
rohypnol dan valium.
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyala
hguna club drugs
untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga
pasaran haram heroin
tinggi.
Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalah
guna di kelab malam
bukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol.
Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengun
jung kelab-kelab malam.
Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan f
ungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampin
gan seperti hilang
keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya
boleh membawa maut.
3. GHB
GHB
Gamma-Hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbu
k putih, pil dan kapsul. GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah diiktir
af sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.
GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh memitamkan m
angsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : G, Grieviuos bodily Harm, Liquid Ecstasy
4. Ketamin
Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang di
gunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan penggun
a tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)


Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara smoked ata
u snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid
Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan ol
eh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian b
aru yang menunjukkan
steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti
boleh menyebabkan
kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga bol
eh menghasilkan kesan
seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyeba
bkan seseorang itu ketagihan.
Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan
agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum
Daun Ketum
Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam
Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Ti
mur Semenanjung Malaysia
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terd
apat di Afrika, di utara
dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pem
ulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya dimin
um sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan da
n bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disala
hgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama den
gan ubat nyamuk,
supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi
mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons 1952. De
ngan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 200

3.
4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalah
guna adalah berkaitan
dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan keber
gantungan kepada
ubat-ubatan berkenaan.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi
atau kedua-duanya yang
wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu terten
tu. Dua jenis
pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan i
alah:
1. Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan
dadah dihentikan akan
menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal ses
eorang penagih dadah
yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara ta
nda-tanda pergantungan
fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.
2. Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana pen
agih mengalami gian atau
mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta
mencapai ketenangan jiwa.
Daya tahan
Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah
yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dala
m mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa
ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergan
tungan ini telah terbina,
badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhe
ntikan bekalannya dengan
serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :
Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi
keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
Daya tahan meningkat.
Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba
mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunak
an untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a)Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia mer
osakkannya
b)Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos
kecil heroin mungkin
menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang ma
na akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut.

c)Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya


d)Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya taha
n, pengalaman penggunaan
dadah & aktiviti penagih
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar d
aripada penagih dadah
adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah keraja
an, swasta ataupun di
pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah ke
rana :
Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk mera
sainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu
kumpulan yang
sebaya dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang mem
beri manfaat dan
berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang terma
mpu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengar
uhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
kesan kepada penagih
kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya den
gan kumpulan
penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan se
perti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yan
g banyak untuk
merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada merek
a.
3. Kesan Kepada Masyarakat
Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & sam
un
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibat
an remaja dan belia
dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan angg
ota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada mas
alah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggot
a polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan
dadah terdiri
daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa peruba
han tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umu
m boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan
penagihan dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil
kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata
yang redup dan kuyu.
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghi
sap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah di
jual dari rumah,
sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebag
ainya.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tin
gkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu pe
nagih berdasarkantanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, berta
nya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakarpakar perubatan
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport,

mengeksport, menyimpan,menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, m


enyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,menghantar, mengirim, mendapatk
an, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang ituadalah dia
nggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dada
h Berbahaya 1952
sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja.
Akta Dadah Berbahaya 1952
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran,
penjualan, penggunaan
racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang dida
pati bersalah di bawah
akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.
Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Pindaan 1988
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3
Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudian
nya menjalani
pengawasan selama 2 tahun atau
Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun
Seksyen 3
Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai p
enagih dadah.
Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen
Seksyen 4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam
:
1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai
supaya hadir pada
masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya me
nahan seseorang itu
selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.
Seksyen 5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh
Pegawai Perubatan
Kerajaan.
Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen
Seksyen 6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah dip
erakui oleh Pegawai
Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistr
et boleh memerintahkan :
Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipus
at selama tempoh 2
tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selam
a tempoh 2 tahun dan
tidak lebih 3 tahun.
Seksyen 7

Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6


Seksyen 8
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa akti
viti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adal
ah melakukan suatu
kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau k
edua-duaya.
Akta Dadah Berbahaya
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaa
n melalui :
Mengesan
Membeku
Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
Seksyen 39
Seksyen 6
Akta Langkah-langkah Pencegahan khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh
mahkamah kerana
kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah mel
alui proses mengumpul
maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan ses
eorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3
Proses Siasatan :
Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar ter
libat dalam kegiatan
pengedaran dadah.
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Da
lam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk
mengeluarkan
Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.
Dadah-Dadah Lain Yg Popular :
Nospan
Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah kemu
dian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama.
(Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hid
ung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .
Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar se
seorang. Dadah ini akan
mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan pengha
ntaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang
remaja membunuh diri
Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan,
mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halus
inasi.
Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kero
sakan saraf otak, malah
boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.
Pil Kuda.
Pil Kuda
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD. Tapi s
ekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dal
am masa yang singkatPil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat &
melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak
akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yang kekal.
Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yan
g lebih kuat. Di antaranya
adalah:
1.) Racun tikus Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesan
nya dengan segera1.
2.) Serbuk Kaca Kalimantang
3.) Pencuci lantai3.
4.) Klorox4.
5.) Ubat Nyamuk5.
6.) Abu tulang manusia yg dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah Chase The Dragon. Pil dimasak mengguna
kan dapur & asap yang keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diam
bil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.
Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahu
an seksnya akan meningkat secara mendadak.
Kesan Pil kuda :
1.) Paranoia berkelakuan / tingkahlaku pelik1.
2.) Halusinasi lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud2.
3.) Delusi kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang3.
4.) Meth mouth kerosakan pada gigi4.
5.) Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak5.
6.) Sawan,tegang otot,menggeletar
Gigi seorang penagih pil kuda tegar
Dadah Menurut Pandangan Islam
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada d
alil yang dikiaskan kepada
arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil peng
haraman ini berdasarkan
kepada keterangan nas-nas.
Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195
yang bermaksud :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan.. Surah Al-baqarah : 195
Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang
mengguna atau menagih

dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.


Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan
memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua
keluarga, Islam menitikberatkan mengenai
kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka Surah At-Tahrim
: 06
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.
Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Muft
i Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, Fatwa Al Syariiyah (muka s
urat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian
dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Sy
eikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.
Pendapat Ulama
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgun
aan dadah hukumnya
haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengan
nya seperti yang
diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melakn
at tentang khamar (arak).
Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)P
engedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)P
enjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.
Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan d
engan dadah adalah haram hukumnya seperti :
Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Menjual beli dadah.
Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang b
erkaitan

Kesan Penyalahgunaan Dadah


Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada s
i penagih dadah. Di antaranya ialah:-

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

1.

Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kura

ng nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.


2.
Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan keran
a mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
3.
Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingg
a mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
4.
Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan
(bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
5.

Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.

6.

Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7.
Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi
khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
8.
Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan ganggua
n mental, sehingga percakapan susah di fahami.
9.
Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kaw
alan diri.
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza m
engikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, juml
ah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika m
enggunakannya.

Kesimpulan

Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padahberbanding kesan positif
kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasadan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu
diatasi segera agar kemajuanserta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan
berkekalanselamanya.

Anda mungkin juga menyukai