Anda di halaman 1dari 2

Karangan Berdasarkan Bahan rangsangan (Bahagian A)

Dalam meniti kehidupan pada marcapada,pelbagai jenis gejala sosial


yang kian teruk melanda negara kita terutamanya kes penyalahgunaan
dadah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin serius serta semakin luas
menular ke serata dunia. Masalah ini ibarat duri dalam daging. Saban
hari,kes penyalahgunaan dadah yang membuatkan kita menjadi walang
ini sering terpampang di dada media cetak dan terjerit keluar dari
corong-corong

media

mendukacitakan

elektronik.

semua

Fenomena

pihak.Apakah

ini

impak

ternyata
atau

amat

implikasi

penyalahgunaan dadah? Hal inilah persoalan yang harus dijadikan


renungan dan perbincangan kita.
Terdapat banyak kesan atau impak yang negatif akibat penyalahgunaan
dadah,antaranya adalah masa depan penagih dadah tersebut tidak
terjamin serta seolah-olah membawa diri ke kancah kemusnahan. Penagih
dadah tersebut bukan sahaja menuju ke arah kemusnahan masa depan
dirinya malah telah membahayakan kesihatan di mana akan meninggikan
risiko untuk mendapat penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B,
C dan D, kerosakan buah pinggang,otot-otot badan mengecut dan
berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya
bekalan dadah tidak diperoleh,mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan
amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian
kerana terdedah dengan penyakit AIDS yang amat digeruni. Bak kata
pepatah sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
Sementelahan pula,keluarga penagih turut akan mendapat aib apabila
masyarakat setempat mengetahui salah seorang anggota dari keluarga
tersebut terlibat dalam gejala tersebut. Secara langsung, maruah serta
imej keluarga akan terjejas. Masyarakat setempat akan memandang
rendah serta menghina keluarga tersebut. Hal ini akan mengakibatkan
mereka yang tidak bersalah dalam keluarga tersebut dianggap bersalah
serta mereka tidak dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Di samping
itu,anggota

yang

terbabit

terpaksa

menggembleng

tenaga

untuk

memikirkan jalan keluar yang baik dengan menghantarnya ke hospital

serta harus membiayai kos perubatan yang mahal.Bak kata pepatah nasi
sudah menjadi bubur.
Akhir sekali, kesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat akan
menjejaskan ekonomi negara.Hal ini demikian kerana, imej dan maruah
negara akan terjejas di persada dunia yang akan menyebabkan urusan
politik yang membabitkan perdagangan dengan negara-negara lain tidak
dapat berjalan dengan lancar. Bagi menggelakkan kejadian ini berlaku,
kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara
meluas.Namun

demikian,tanggungjawab

untuk

memerangi

dadah

seharusnya kita pikul bersama.


Konklusinya,kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk
memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana
dadah sifar. Marilah kita bersama-sama menghapuskan najis dadah yang
menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada
pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap
masa iaitu Perangi Dadah Habis-Habisan.

Anda mungkin juga menyukai