Anda di halaman 1dari 1

DADAH MUSUH NEGARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan panel


hakim yang sentiasa adil dan saksama. Berdiri saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk 'Dadah Musuh Negara'.
 
Hadirin sekalian,
              Dadah mengundang banyak kesan negatif kepada individu yang
menyalahgunakannya. Bukan itu sahaja, Individu yang menagih dadah berisiko
menghidap penyakit seperti AIDS dan Hepatitis B. Secara keseluruhannya, tubuh
badan seseorang yang menagih dadah akan mengalami implikasi yang sangat teruk
akibat daripada perbuatan mereka sendiri.

            Keadaan mental dan emosi juga akan turut menerima kesan negatif akibat
penyalahgunaan dadah. Mereka juga tidak akan berasa segan silu untuk
melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada
keluarga. Akibatnya nilai-nilai kasih sayang antara ahli keluarga akan semakin
terhakis dan akhirnya keluarga akan berpecah-belah.

             Di samping itu, jenayah seperti merompak, mencuri meragut akan terus
bermaharajalela akibat penyalahgunaan dadah. Masyarakat tidak dapat menikmati
suasana kehidupan yang harmoni sekiranya dikelilingi manusia yang menjadi
hamba kepada dadah. Lebih menyedihkan lagi, ada anak yang sanggup membunuh
ibu sendiri hanya semata-mata kerana gagal mendapat wang untuk membeli dadah.

        Sememangnya banyak kesan buruk yang dibawa oleh masalah


penyalahgunaan dadah kepada individu, keluarga, masyarakat, mahupun negara.
Semua pihak sewajarnya berganding bahu bagi memastikan gejala ini dapat
dibendung agar tidak menjadi virus yang terus bernanah dalam masyarakat kita.

Sekian salam ilmiah, menjana sahsiah.           

Anda mungkin juga menyukai