Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

HARI KELUARGA, SUKANEKA


&
SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA PPKIBP
SEK KEB PADANG MATSIRAT,
07100 LANGKAWI, KEDAH

TARIKH : 9 Mac 2016


MASA : 8.00 -1.00 TENGAHARI

TEMPAT :
PERSISIR PANTAI DELTA MOTEL,
PANTAI CHENANG, LANGKAWI

ANJURAN :
KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH
PEMBELAJARAN
SK PADANG MATSIRAT

1.0 PENGENALAN
Hari Keluarga PPKIBP SK Padang Matsirat ini diadakan adalah bertujuan bagi
mengumpulkan dan mengeratkan silaturrahim serta hubungan kekeluargaan antara semua
guru-guru, ibubapa dan murid PPKIBP. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas
dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu.
Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua murid dan juga guru PPKIBP.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi
menghasilkan satu platform semangat kerjasama dan muhibbah antara warga PPKIBP SK
Padang Matsirat.
Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kerohanian dan sukan. Adalah
menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta
berjaya mencapai objektifnya.
2.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF PROGRAM

Hari Keluarga PPKIBP SK Padang Matsiratm merupakan salah satu aktiviti rasmi PPKIBP
setiap tahun. Matlamat utama Program Pendidikan Khas menganjurkan Hari Keluarga ini
adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat seperti berikut:
2.1 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara guru dengan keluarga PPKIBP SK
Padang Matsirat.
2.2 Menyemai semangat kekitaan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2.3 Memberikan pendedahan tentang tanggungjawab ibubapa di rumah tentang murid
PPKIBP.
2.4 Sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan staf dan ahli keluarga PPKIBP SK Padang Matsirat.
2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru-guru
dan ibubapa sekaligus dapat meningkat keberkesanan terhadap pembelajaran murid
PPKIBP SK Padang Matsirat.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh
: 9 Mac 2016
Hari
: Rabu
Masa
: 8.00 pagi 1.00 tengahari
Tempat
: Persisir pantai Delta Motel, Pantai Chenang, Langkawi.

4.0 TENTATIF PROGRAM


2

MASA
7.30 pagi 8.00 pagi

AKTIVITI
Bertolak dari Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat ke
Persisiran Pantai Delta Motel, Pantai Chenang,

8.10 pagi 8.50 pagi


9.00 pagi 11.00 pagi

11.00 pagi 11.30 pagi

Langkawi
Pendaftaran waris dan murid
Persiapan tempat dan peralatan
Sukaneka
Baling pundi kacang
Tadah air
Mencari kasut pasangan
Mancing tin
Waris mencari anak
Semakin jauh semakin sayang
Tiup tepung mencari duit syiling
Acara tarik tali
Penyampaian Hadiah kepada pemenang

11.40 pagi 12.30


tengahari

Sambutan Hari Lahir PPKIBP dan makan tengah hari.

1.00 tengahari

Bersurai

JENIS PERMAINAN
Acara murid.( 2 acara berkumpulan 4 orang untuk satu kumpulan 4 kumpulan )
-

Baling pundi kacang ke dalam alat yang telah disediakan ( Murid kelas bawah )
Tadah air menggunakan tangan ( Murid kelas atas )

Acara waris bersama murid ( 2 acara )


-

Waris mencari anak


Meniup tepung mencari duit syiling

Acara waris ( lelaki & perempuan )


-

Mencari kasut pasangan yang telah dikumpulkan ( Lelaki )


Memancing tin di dalam bulatan dengan baik ( Perempuan )
Semakin jauh semakin sayang ( Berpasangan )

Keputusan pengadil untuk semua acara adalah muktamad.


5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1.

2.
3.
4.

PERKARA-PERKARA

AMAUN
(RM)

Hadiah ( untuk 7 acara pertandingan sukaneka)


Tempat Pertama RM 15 x 7 = RM105
Tempat kedua RM 10 x 7 = RM70
Tempat ketiga RM 8 x 7 = RM56
Hadiah untuk tarik tali
Cenderahati

231.00

20.00
80.00

RM 10.00 x 8 pcs
Makanan
80 orang x RM12.00

960.00

5.

Kek untuk Hari Lahir

FOC

6.

Hadiah Hari Lahir


23 orang x RM 6

138.00
JUMLAH

JUMLAH PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN ADALAH

RM1429.00
RM 1429.00

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari
Naib Bendahari
AJK
:

: En Azizan bin Abdullah Sadek


: En Zikri Bin Zakaria
: Muhammad Hafiz Bin Jamal
: Pn Rohimah Binti Razali
: Pn. Mariani Binti Ahmad
: Pn Nor Isma Rafidah Binti Zabedin
AKTIVITI
Pn. Nor Adibah Binti Alias ( Ketua )
Pn. Rohimah Binti Razali
Pn. Rosmala Binti Mahmood

AJK

MAKANAN
Pn. Mariani Binti Ahmad (Ketua)
Pn. Norisyah Binti Ramlee
Cik. Nurul Huda Binti Abdul Ghani

AJK

TEMPAT DAN ALATAN


En. Hafiz Bin Jamal (Ketua)
Pn. Nazirah Binti Morat

AJK

HADIAH
Pn. Norisyah Binti Ramlee ( Ketua )
Pn. Rohimah Binti Razali

PENDAFTARAN & DISIPLIN


Pn. Isma Rafidah Binti Zabedin ( Ketua )
Pn. Latifah Binti Mat Daud

AJK

7.0 PENUTUP
Program Pendidikan Khas Integrasi SKPM amat berharap agar program Hari Keluarga dan
Sukaneka yang telah dirancang ini mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak tuan agar
ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga aktiviti ini dapat mencapai objektif yang
dikehendaki dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas dalam mempertingkatkan
potensi diri mereka ke arah yang lebih baik.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..
( Muhammad Hafiz Bin Jamal )
Setiausaha Hari Keluarga PPKI ,

Disemak oleh,

(Fazlina binti Ali )


Penolong Kanan PPKI SKPM

SKPM .

Disahkan oleh,


(Azizan bin Abdullah Sadek )
Guru Besar SKPM

8.0 POST MORTEM

Program ini merupakan program tahunan dalam takwin Pendidikan Khas. Ini juga merupakan
tahun keempat program ini diadakan. Program ini telah dapat dijalankan dengan sempurna
sekali.
Kehadiran murid dan waris adalah adalah seramai 60 orang dan guru seramai 7 orang. Turut
hadir untuk memeriahkan program ini ialah Puan Maznah Ahmad, Penolong Kanan
Pentadbiran SKPM. Kerjasama dari pihak waris amat baik sekali dan mereka memberikan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Setiap aktiviti yang dirancang
telahpun dapat dijalankan dengan sempurna dan baik sekali.
Waris amat membantu dengan menyediakan pelbagai jenis makanan sebagai sarapan pagi.
Kemesraan antara waris, guru dan murid terserlah melalui aktiviti permainan dan semasa
sarapan. Murid-murid juga gembira.
Penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada En.Syazely bin Ishak, waris kepada
Muhammad Harith Ikhwan kerana menyumbangkan kek Hari Jadi yang turut diraikan pada
hari tersebut. Dua orang waris mendapat hadiah istimewa kerana kerjasama yang baik
sepanjang majlis berlangsung.
Aktiviti sukaneka yang berlangsung mendapat sambutan oleh ibu bapa dan mereka memberi
kerjasama serta bermain dengan suasana gembira dan gelak ketawa. Walaupun hadiah yang
diberikan tidaklah seberapa tetapi ai amatlah dihargai.
Keseluruhan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak dan
InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai