Anda di halaman 1dari 4

Sekolah anda telah mengadakan aktiviti Sepanjang

Bulan Kemerdekaan bagi melahirkan semangat


cinta akan tanah air kepada para pelajar.
Sehubungan dengan itu, anda ditugaskan untuk
menyediakan
satu
laporan
lengkap
tentang
Sambutan
Bulan
Kemerdekaan
yang
telah
dianjurkan untuk dimuatkan dalam ruangan
majalah sekolah. Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Bulan Kemerdekaan
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, Perak
Sepanjang bulan Ogos 2014, Sekolah Menengah
Kebangsaan Satria Perdana, Sungkai, telah mengadakan
Sambutan Bulan Kemerdekaan. Program tersebut
diadakan
bertujuan
mencetus
dan
menanamkan
semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar.
Hal ini ditegaskan oleh Tuan Haji Nasri Abidin, Pengetua
Kanan Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, ketika
merasmikan majlis yang bersejarah itu pada 10 Ogos
2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Satria
Perdana, Sungkai. Tuan pengetua juga mengharapkan
aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan jati diri,
menanamkan rasa keinsafan dan perasaan bersyukur
dalam kalangan pelajar. Mereka sewajarnya menghargai
pengorbanan para pejuang tanah air yang berjuang
dengan serba kekurangan, tanpa senjata moden, tanpa
alat komunikasi canggih dan tanpa kekayaan harta
benda.
Mereka
hanya
memiliki tulang
empat
kerat untuk menggalasperjuangan
bak
kata
pepatah tiada rotan, akar pun berguna.
Upacara perasmian, Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai, dimulakan
dengan menaikkan Jalur Gemilang. Apabila tirai pentas
dibuka, kumpulan koir Bulan Kemerdekaan Sekolah

Menengah Satria Perdana, Sungkai, telah bersedia untuk


menyanyikan lagu "Bahtera Merdeka" dan "Tanggal 31".
Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Setelah
tamat persembahan koir, pementasan drama patriotik
yang bertajuk "Peristiwa Bukit Kepong" nukilan Puan
Hasliza Manap seorang guru Sejarah sekolah ini telah
dipentaskan. Drama ini mengisahkan tentang serangan
pengganas komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong,
Muar
yang
terkenal
dalam
sejarah
Malaysia.
Persembahan drama yang bertemakan berpantang
mati sebelum ajal begitu menyentuh jiwa dan perasaan
guru-guru dan para pelajar.
Selain itu, pihak sekolah juga menjemput seorang
tokoh akademik, iaitu Dr. Amira Azman untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk "Perjuangan
Pemimpin Menuntut Kemerdekaan dan Implikasinya
terhadap Negara". Kehadiran Dr. Amira Azman ibarat sirih
pulang ke gagang kerana beliau merupakan bekas murid
sekolah ini. Dalam ceramahnya, beliau mengupas senario
perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tok
Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Dato'
Maharajalela dan sebagainya. Bagi Dr. Amira, pejuangpejuang kemerdekaan tersebut umpama lilin yang
membakar diri untuk menerangi orang lain. Beliau
menasihatkan para pelajar supaya berusaha gigih dalam
pelajaran demi menjadi manusia yang berguna dan
menguasai ilmu pengetahuan bagi mengisi kemerdekaan
negara. Beliau juga menasihatkan para pelajar supaya
tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Pada 12 Ogos 2014, Pertandingan Deklamasi Sajak
Patriotik telah mengisi atur cara sambutan. Pertandingan
tersebut melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5. Peserta
yang mengambil bahagian ternyata amat bersemangat
sewaktu mendeklamasikan sajak mereka. Bakat peserta

yang mengambil bahagian tidak kurang hebatnya.


Mereka telah menyampaikan sajak dengan pelbagai gaya
dan kreativiti. Pelajar-pelajar yang tidak mengambil
bahagian dalam pertandingan deklamasi sajak diminta
menyiapkan biografi tentang tokoh-tokoh kemerdekaan.
Mereka dimestikan mendapat maklumat tentang tokohtokoh tersebut dengan melayari Internet. Biografi yang
telah dihasilkan oleh para pelajar akan dipertandingkan.
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Majlis
Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat
Sekolah.
Pihak sekolah juga pada 15 dan 16 Ogos 2014 telah
menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah di Muar, Johor. Antara tempat yang dilawati
ialah Balai Polis Bukit Kepong, Makam Sultan Alauddin
Riayat Syah di Kampung Raja Pagoh dan Hutan Lipur
Gunung Ledang. Lawatan ini bertujuan mendedahkan
para pelajar untuk melihat kesan dan bukti sejarah yang
terdapat di kawasan sendiri. Balai Polis Bukit Kepong
merupakan sebuah balai polis yang pernah melalui detik
hitam dalam sejarah negara, iaitu peristiwa pertempuran
pasukan polis dengan pengganas komunis. Manakala
Makam Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan makam
salah seorang sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Gunung Ledang pula merupakan satu tempat yang
mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Kesultanan
Melayu
Melaka
apabila
Sultan
Mahmud
ingin
memperisterikan Puteri Gunung Ledang pada suatu
ketika dahulu.
Sebagai acara kemuncak, pada 30 Ogos 2014, telah
diadakan Majlis Perarakan dan Mengibarkan Jalur
Gemilang Peringkat Sekolah. Majlis yang dimulai pada
pukul 8.00 pagi itu mendapat sambutan di luar dugaan
daripada kalangan warga sekolah dan Persatuan Ibu

Bapa dan Guru. Setiap individu yang terlibat diberi Jalur


Gemilang bersaiz kecil untuk dikibarkan semasa
perarakan. Para pelajar membawa sepanduk yang ditulis
dengan kata-kata semangat seperti "Cintai dan Sayangi
Malaysia", dan "Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"
mengikut kreativiti pelajar. Majlis perarakan sejauh 2.5
kilometer itu bermula dari dataran perhimpunan dan
berakhir di tempat yang sama. Setelah tamat acara
perarakan, program pada pagi tersebut diteruskan
dengan ucapan penutupan program oleh Tuan Haji Nasri
Abidin, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Satria
Perdana, Sungkai. Dalam ucapannya beliau menyatakan
perasaan gembira dan amat berpuas hati dengan
perjalanan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada kali ini.
Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis yang
amat bermakna terutama kepada para pelajar. Selepas
itu, Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada para
pemenang
Pertandingan
Deklamasi
Sajak
dan
Pertandingan Menulis Biografi Tokoh Kemerdekaan. Majlis
yang penuh warna-warni dan bersejarah itu melabuhkan
tirainya tepat pukul 11.30 pagi dengan nyanyian lagu
"Negaraku".
Laporan disediakan,
SEPTEMBER 2014
(HALIM BIN OSMAN)
Tingkatan 4 al-Ghazali,
Sekolah Menengah Satria Perdana, Sungkai.

10

Anda mungkin juga menyukai