Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk
mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan
seseorang itu.
Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini.
Soalan Contoh
Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak
kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita.
Soalan Contoh
Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan
untuk membelinya.
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat
keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu.
Soalan Contoh
Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa
depan.
Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.
6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126)
Soalan Contoh
Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa kini.
Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara?
Soalan Contoh
Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk di
negara kita.
Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.
Soalan Contoh
Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk
membangunkan ekonominya.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.
Soalan Contoh
Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh segenap
lapisan masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap.
Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya.
Soalan Contoh
Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat
antarabangsa dalam jangka masa beberapa tahun ini.
Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat kepada
negara kita?
Soalan Contoh
Soalan Contoh
Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak patut
diamalkan lagi pada masa ini.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.