Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1)
Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk mengunjungi
rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.
2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan
seseorang itu.
Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini.
3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48)
Soalan Contoh
Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak
kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita.
4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75)
Soalan Contoh
Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan
untuk membelinya.
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat
keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu.
5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101)
Soalan Contoh
Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa
depan.
Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.