Anda di halaman 1dari 26

1.

Pendahuluan jenis definisi


2. Pendahuluan jenis persoalan
3. Pendahuluan jenis suasana
4. Pendahuluan jenis peribahasa
5. Pendahuluan jenis pendapat
6. Pendahuluan jenis puisi
7. Pendahuluan jenis sejarah
8. Pendahuluan jenis gabungan.
9. Pendahuluan jenis statistik
10. Pendahluan jenis lirik lagu.

Latihan:
(Pendahuluan Jenis _____________)

Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat


membawa maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu
dengan sukarela. Secara umum, sukarelawan boleh
dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu
yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Mereka melakukan
pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu
insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya,
sejak akhir-akhir ini, semangat sukarelawan semakin
luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang sanggup
melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

(Pendahuluan Jenis _____________)

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai


dan amat berharga kepada manusia. Walau
bagaimanapun, keadaan beberapa batang sungai di
negara kita berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Terlalu banyak rungutan dilontarkan oleh
setiap lapisan masyarakat tentang kualiti sungai di
negara kita. Persoalannya, mengapakah
rungutan-rungutan ini timbul? Adakah sungai yang
mengalir bersih sebelum ini mampu bertukar menjadi
tercemar dengan sendirinya atau berpunca daripada
sikap dan perbuatan manusia sendiri?

(Pendahuluan Jenis _____________)

Alangkah indahnya suasana ketika itu. Jeritan suara


anak-anak menikmati kesegaran arus sungai yang
mengalir jernih kedengaran memecah kesunyian.
Semuanya terasa indah pada saat itu, namun
segala-galanya telah berubah. Kebanyakan sungai di
negara kita dikategorikan sebagai sungai yang berada
pada tahap kritikal kerana dihantui masalah
pencemaran. Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka
fungsi sungai sebagai nadi kehidupan akan tinggal
kenang-kenangan.

(Pendahuluan Jenis _____________)

Sering kali kita mendengar pengguna melahirkan rasa


tidak puas hati terhadap kualiti barangan yang
dibeli. Malahan ada yang membuat aduan kepada
Persatuan Pengguna di kawasan masing-masing. Pada
hakikatnya, jika pengguna sendiri mengamalkan sikap
alah membeli menang memakai pasti rasa tidak puas hati
dapat dielakkan. Sebagai pengguna yang bijak,
utamakanlah kualiti barangan walaupun terpaksa
berbelanja lebih sedikit kerana hasilnya pasti
memuaskan. Jadilah pengguna yang bijak dan anda pasti
akan terhindar daripada helah para peniaga.

(Pendahuluan Jenis _____________)

Menurut Datuk Alimuddin Mohd. Dom, Timbalan Ketua


Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia akan menghantar sebanyak 30 orang pendidik
terdiri daripada pengetua dan guru besar ke King’s
College, United Kingdom (UK) untuk mendapat
pendedahan tentang sistem Sekolah Kelompok (Cluster
School) di negara berkenaan. Langkah ini merupakan
satu langkah bijak kerana hasilnya, mereka yang
dihantar akan kembali dengan pelbagai maklumat yang
pastinya dapat memberi manfaat kepada dunia
pendidikan kita.

(Pendahuluan Jenis _____________)


Malaysia akan menyambut Jubli Emas kemerdekaan
negara kali ke-50 pada 31 Ogos 2007. Tema dan logo
“ Malaysiaku Gemilang” pada tahun ini mengingatkan
kita tentang peristiwa pengisytiharan kemerdekaan
negara oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj, mantan Perdana Menteri
Malaysia Pertama di Stadium Merdeka 50 tahun yang lalu.
Laungan keramat “Merdeka” yang berkumandang pada
pagi 31 Ogos 1957 itu merupakan detik bersejarah sekali
gus negara kita bebas daripada belenggu penjajah.
(Pendahuluan Jenis _____________)

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Pantun lama ini jelas menunjukkan kepada kita
bahawa budi bahasa amat penting untuk diamalkan dan
seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi
dalam masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu
diambil bagi memupuk amalan berbudi bahasa dalam
kalangan generasi muda pada hari ini.
(Pendahuluan Jenis _____________)

Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia, secara keseluruhannya, pencapaian
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun
2000 jelas menunjukkan bahawa pencapaian murid
Bandar melebihi tahap penguasaan minimum (A, B, C )
bagi subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5 peratus
berbanding dengan murid luar Bandar, iaitu 51.9
peratus.
(Pendahuluan Jenis _____________)

Jika kau fikirkan kau boleh,


Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.
Jika diteliti lirik lagu tersebut, jelas sekali bahawa
keazaman dan semangat menjadi penentu kepada
kejayaan seseorang. Tanpa keazaman yang kuat, sudah
pasti kejayaan sukar dicapai sebaliknya jika kita
senantiasa berfikiran positif dan berazam untuk berjaya,
pasti kita dapat menikmati hasilnya.

Tajuk : Isu Penderaan


(Pendahuluan Jenis _____________)

Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau


alat-alat lain sebagai hukuman. Mendera bermaksud memukul
dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi.
Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera.
Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu
penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.
Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang
menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada
kanak-kanak.

Tajuk : Kepentingan Bahasa Inggeris


( Pendahuluan Jenis ____________)

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawakita tidak akan


mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan
perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau berkata
bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini
terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah
memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris
dalam sistem pendidikan kita. menurut beliau, bahasa Inggeris
banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada
rakyat mahupun negara.

Tajuk : Gambaran Tentang Kemalangan Ngeri Rumah


Tertimbus
( Pendahuluan Jenis ________________)

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar


jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu,
tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah
bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada
ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya
menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu
tindakan. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan
mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang
berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

Tajuk : Isu Kemalangan Jalan Raya


( Pendahuluan Jenis ___________)

Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada-ada sahaja


kemalangan jalan raya yang dilaporkan di media massa? Hal ini
amat membimbangkan terutamanya menjelang musim
perayaan. Siapakah yang patut dipersalahkan, pengguna jalan
raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor
yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

Tajuk :Rencana "Perpaduan Asas Kemajuan"


(Pendahuluan Jenis ______________)

Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kaya dengan


peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara
peribahasa yang menekankanaspek kerjasama dan perpaduan
termasuklah "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni",
"Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah", "Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bagai aur dengan tebing",
dan Ibarat Telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua". Semua
peribahasa yang dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep
kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam
masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa
kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.

Tajuk: Kemerosotan Sukan Bola Sepak


( Pendahuluan Jenis ______________)

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah


berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak sukan
Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun
1980 apabila pasukan kita layak menyertai sukan Olimpik di
Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an, dan awal tahun
1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kita
setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea
Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang
menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini
begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan
negara-negara lain?

Tajuk : Usaha-usaha membendung vandalisme


( Pendahuluan Jenis ______________)
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan
sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan
merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk
kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam
seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di
sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala
vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan
remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
membendung gejala ini?

PENDAHULUAN JENIS : ________________________


Tajuk/Tema: Berjimat cermat
Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat
berjimat cermat
Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara
berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Sejak kebelakangan ini,
negara kita mengalami krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata wang.
Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh
setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan
meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap
sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barang dan
perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap borong
dilarang oleh Tuhan. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya
berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama , tetapi untuk
membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah berjimat
cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna
sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum
diketahui keadaannya.

Pendahuluan Jenis _________________________


Tajuk/Tema: Hubungan ibu bapa dengan sekolah
Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan ibu bapa
dengan sekolah renggang
Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, “Kebanyakan ibu
bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama gagal mewujudkan
hubungan rapat dengan pihak sekolah terutamanya guru yang sepatutnya boleh
membantu mereka memantau kegiatan pelajar terbabit di asrama. Ketika
mengulas tentang kejadian seorang pelajar yang mati dipercayai selepas
dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior , Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata,
ibu bapa sepatutnya menjadikan perjumpaan dengan guru dan pihak sekolah
sebagai rutin untuk mendapatkan pandangan positif serta memantau
perkembangan anak-anak., terutamanya yang belajar di sekolah berasrama.
Sekiranya ibu bapa dan guru saling berhubungan serta mengenali antara satu
sama lain, ibu bapa akan mendapat laporan yang terus daripada guru mengenai
pencapaian atau kegiatan terbabit di sekolah. Oleh itu, untuk mengeratkan
hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya anak-anak yang
tinggal di asrama mendapat perhatian, maka semua pihak haruslah mencari
jalan untuk menyelesaikan masalah ini.
Pendahuluan Jenis ________________________

Tajuk/Tema: Kemalangan jalan raya


Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar
kemalangan jalan raya
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat
dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah
kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri atau kelalaian orang
lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari
setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar
kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak
membabitkan motosikal dan bas ekspress berbanding dengan kenderaan lain.?
Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya kita
dapat mengawal kemalangan jalan raya? Mungkin ada antara kita yang
mengatakan bahawa kemalangan jalan raya disifatkan sebagai takdir daripada
Tuhan. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan
kemalangan jalan raya berlaku?

Pendahuluan Jenis _____________________


Tajuk/Tema: Semangat Kejiranan
Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat

Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan amalan gotong-royong


semakin tipis dalam masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti “ringan
sama dijinjing, berat sama dituruni”, dan “hati gajah sama dilapah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah” menjadi pegangan hidup masyarakat. Dalam zaman
yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, manusia tidak lagi
mementingkan semangat kejiranan. Bagi mereka amalan gotong-royong
dianggap kerja yang membuang masa dan sia-sia sahaja. Mereka hidup seperti
“enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dan
“masing-masing perahu, masing-masing kayuh”. Jadi, bagaimanakah kita
hendak memupuk semangat kejiranan dalam sanubari setiap warganegara kita?
Pendahuluan Jenis _____________________
Tajuk/Tema: Kepentingan ilmu
Skop/Fokus Soalan: Faedah-faedah menuntut ilmu
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak di cari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Daripada pantun dua rangkap di atas, kita dapat melihat bahawa ilmu sangat
penting dan setiap orang digalakkan menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat
diibaratkan seperti obor yang dapat menerangi malam yang terang, bahkan ilmu
dikatakan menjadi teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika keseorangan,
dijadikan teman ketika diperantauan, dan menjadi penyuluh dalam kegelapan. Kini, kita
mendapati bahawa orang yang berilmu mencapai kejayaan dalam hidup mereka,
manakala orang yang jahil terkial-kial entah di mana. Oleh itu, setiap orang digalakkan
menuntut ilmu kerana ilmu mempunyai pelbagai faedah dan manfaatnya.

Pendahuluan Jenis _______________________


Tajuk/Tema: Kesesakan lalu lintas
Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas

Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh pihak
berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja
menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial,
pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar.
Kesesakan lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga
segala tumpuan dan tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini
bertambah buruk apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan
lori bertambah seperti kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut
satu rencana yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur
telah dilanda sindrom kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan
tersadai di jalan raya dan menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan
pengangkutan. Apakah langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk
membanteras masalah ini? Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak
membawa sebarang kesan. Oleh itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan
memberi komitmen supaya kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi dapat
dikurangkan atau dibendung.

Anda mungkin juga menyukai