Anda di halaman 1dari 7

1) Yang berusaha, Pn.

Norhayati bt Mohd Yusuf, Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah


Kebangsaan Simpang, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

2) Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

3) Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Simpang. Sama-samalah kita
memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan
penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa
negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup
bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para
guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang
patriotik .

5) Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput


___________________________________
_________________________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

6) Terima kasih kepada


_____________________________________________________________ atas bacaan doa
sebentar tadi.

7) Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Norhayati bt Mohd Yusuf,
Penolong Kanan Petang SMK Simpang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis Sambutan Merdeka bagi tahun 2017.

8) Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

Hadirin sekalian,

Seterusnya pihak majlis berbesar hati menjemput Encik Tajuddin bin _______________
untuk menyampaikan Slot Kemerdekaan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

9) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara persembahan.
Dipersilakan wakil Persatuan Bahasa Tamil di bawah bimbingan Encik Jeeva untuk
memberikan persembahan`

10) Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama
menyanyikan lagu-lagu patriotik .

11) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf andai ada
salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan
keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun
kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

12) Sekian, terima kasih


1. KATA ALU-ALUAN.

Yang Berusaha,
Pn Hajjah Noor Hayati binti Sarbini
Pengetua SMK Sijangkang Jaya

Yang Berusaha
Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya dan AJK PIBG

Yang Berbahagia,
Tokoh Undangan Khas
Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff
Penolong Pengarah, Jabatan Pertahananan Awam Malaysia (JPAM),
Negeri Selangor, Darul Ehsan.

Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,


Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum

Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang serta Rakan-
rakan guru
seterusnya putera dan puteri yang menjadi tiang negara dan harapan bangsa yang
disayangi.

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.

Ceria wajah dalam majlis


Hati berkobar, semangat dibawa
Sambutan merdeka penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Sijangkang Jaya 2011. Sama-samalah
kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh
kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada
dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat
seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam
tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik .

2. DOA

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan

DOA

Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

3. MEMBACA PERUTUSAN.

3.1. Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia.


Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan Perdana Menteri mohon didahulu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah bt
Hj Hashim, PK Pentadbiran, SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan perutusan Perdana
Menteri.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

3.2. Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Ucapan PK HEM hormat dipersila,

Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, En Kowangid bin Taufik
PK HEM, untuk menyampaikan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya
dipersilakan

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi

4. UCAPAN PENGETUA

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Hajjah Noor Hayati bt Sarbini,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
Sambutan Merdeka Raya bagi tahun 2011.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Pengetua sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi.


Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Didayung Perahu Masakan Sampai Di seberang
Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tak diperkenalkan tetamu, sudah tentu jiwa tertanya-tanya

Izinkan saya untuk memperkenalkan tetamu undangan kita pada pagi ini. Nama beliau ialah Mejar
Mohd Fuad bin Hj Shariff. Anak jati Kg Sijangkang Batu 1. Seorang motivator yang boleh membakar
semangat dan melunturkan jiwa berkerak yang kental. Pernah bertugas sebagai guru di SMK
Pandamaran Jaya. Bersara 3 tahun lepas ketika usia beliau 58 tahun. Oleh kerana berminat untuk
berbakti kepada masyarakat, beliau meneruskan perkhidmatan sukarela dalam Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia. Kini beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia, Negeri Selangor. Sewajarnya, pada pagi ini kita menjemput berkongsi pengalaman
bagaimana untuk kita menghayati erti kemerdekaan untuk membangunkan Negara tercinta ini.

5. Ucapan Tokoh Undangan.

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Tetamu jemputan hormat dipersila,

Dengan segala hormatnya dipersilakan Mejar. Mohd Fuad bin Hj Shariff, Penolong Pengarah, JPAM
Negeri Selangor untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “Penghayatan Kemerdekaan untuk
Membangunkan Negara Tercinta”. Mohon dijemput menyampaikan pidato.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pidato yang sangat bermakna itu tadi

(Tunggu sehingga tetamu duduk)

Hadirin yang budiman,


Meneruskan majlis, saya dengan penuh hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Pengetua
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Fuad bin Hj Shariff ke atas pentas untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenag pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan. Dipersilakan

(Baca senarai nama pemenang pertandingan)

5. PENYAMPAIAN CENDERA HATI.


Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita kenangkan jasa. Sebagai tanda kenang-
kenangan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusha Puan Pengetua, SMK Sijangkang
Jaya untuk menyerahkan tanda hati setulus rasa kepada Yang Berbahagian, Mejar Mohd Fuad bin Hj
Shariff.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Puan Pengetua menyempurnakan
penyampaian cenderahati.
Seterusnya dijemput semua tetamu dan puan pengetua ke bilik jamuan.

6. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA – VIDEO KEMERDEKAAN

(MULTIMEDIA SEKOLAH BERSEDIA)

Hadirin dan Hadirat.


Sama-sama kita saksikan rentetan peristiwa suka duka kemerdekaan Negara tercinta.

Persembahan Multimedia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.

7. PERSEMBAHAN PELAJAR.

Terbang tinggi si burung helang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

7.1. Persembahan Sajak.


Persembahan Pelajar pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan pendeklamator adik
Norkiasatina bt Mohd Husaini (4SN1) dengan sajak yang bertajuk “ Pasca Merdeka” . Dengan
takzimnya dipersilakan.

Sajak dengan iringan muzik

Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat dan sangat bermakna deklamsai
yang disampaikan oleh adik Norkiasatian itu tadi.

7.2. Nyanyian Kumpulan.


Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan mendengar alunan suara nyanyian Kumpulan Anak
Gemilang dari Tingkatan Lima dengan lagunya yang bertajuk “Semangat Yang Hilang”.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Anak Gemilang atas persembahan
itu tadi

7.3. Nyanyian Solo.


Majlis diteruskan dengan mempersilakan Adik Aina (4 PA) untuk menyampaikan sebuah lagu yang
bertajuk “Pahlawanku”. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Aina.

7.4. Persembahan Nyanyian Kumpulan Skyscrapper.


Hadirin yang dihormati.
Dengan tajuk lagu “Saya Anak Malaysia” dipersilakan kumpulan Skyscrapper (Tingkatan 3) untuk
membuat persembahan mereka.

Terima kasih kepada kumpulan Skyscrapper atas persembahan mereka tadi.

7.5. Persembahan Pantun.


Untuk Halwa telinga seterusnya, marila sama-sama kita saksikan acara berbalas pantun yang akan
dipersembahkann oleh adik Rusyaidatul Nurin Balqis bt Rusli bersama dengan Adik Aimi Najwa bt
Rashid dari tingkatan 3 Amal – Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih atas persembahan itu tadi

7.6. Persembahan Koir.


Dengan paduan suara pelajar tingkatan 4 Sains 1 dan 4 Sains 2, marilah sama-sama kita hayati
persembahan koir dengan lagu medley mereka “Muhibbah” dan “Nyalakan Tekad”. Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang hebat dan bersemangat itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Pujangga Melayu berbicara,


Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya

Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan rangkaian
lagu-lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh semangat. Selepas
itu, laungan merdeka akan diketuai oleh Cikgu Hashim bin Ahmad.

Dengan laungan merdeka itu tadi, maka berkahirlah majlis sambutan merdeka kita pada pagi ini.
Selepas ini kita akan ke program fasa 2 iaitu Program Sambutan Hari Raya. Jika terdapat kesalahan
dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program
berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai