Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN KARANGAN BERDASARKAN TOPIK DALAM BUKU TEKS BAHASA

MELAYU TINGKATAN 4
1. Senario Masyarakat Kita (Buku Teks m.s. 1)
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman
dan harmoni. Huraikan peranan rumah terbuka untuk memupuk perpaduyan kaum.
2. Ambang Remaja (Buku Teks m.s. 23)
Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai
peranan yang penting untuk membangunkan negara ini.
Ulas pernyataan di atas.
3. Dunia Semakin Canggih (Buku Teks m.s. 50)
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas
kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.
4. Keranamu Malaysia (Buku Teks m.s. 75)
Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa
negara kita juga setanding dengan negara maju yang lain.
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
5. Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks m.s. 100)
Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan
untuk mengatasinya.
Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
6. Riadah (Buku Teks m.s. 127)
Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat
pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut.
7. Generasi Kita (Buku Teks m.s. 156)
Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka
merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan.
Ulas pernyataan di atas.
8. Gaya Hidup Sihat (Buku Teks m.s. 180)
Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki
menulis rencana yang bertajuk Budaya Makanan Segera dalam Kalangan
Masyarakat .
Tulis rencana itu selengkapnya.
9. Kerjaya (Buku Teks m.s. 203)

Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang


menganggur dan hanya berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan
pengajian.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
10. Warisan Bangsa (Buku Teks m.s. 223)
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan
kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.
11. Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks m.s. 249)
Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam
bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara.
Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.

LATIHAN KARANGAN BERDASARKAN TOPIK DALAM BUKU TEKS


BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1)
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk
mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.
2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23)
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan
menentukan kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada
masa ini.
3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48
Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana
banyak kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara
kita.
4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75)
Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum
membuat keputusan untuk membelinya.
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila
membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu
5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101)

Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang
pada masa depan.
Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.

6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126)


Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian
masa kini.
Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara?
7. Biolembangan (Buku Teks m.s. 147)
Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi
penduduk di negara kita.
Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.
8. Pelaburan (Buku Teks m.s. 167)
Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing
untuk membangunkan ekonominya.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di
sesebuah negara.
9. Teleperubatan (Buku Teks m.s. 187)
Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh
segenap lapisan masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap.
Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya.
10. Sukan Seantero Dunia (Buku Teks m.s. 210)
Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada
peringkat antarabangsa dalam jangka masa beberapa tahun ini.
Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat
kepada negara kita?
11. Komunikasi Global (Buku Teks m.s. 230)
Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet
mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia.
Bincangkan pernyataan tersebut.
12. Pelestarian Budaya Warisan (Buku Teks m.s. 249)

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu
tidak patut diamalkan lagi pada masa ini.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai