Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

Laporan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 3 September 2012 , Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakan


Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling. Sambutan ini diadakan
adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55 pada tahun ini .
Sambutan yang gilang-gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi. Selain itu,
sambutan ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina selaku pengerusi majlis. Tetamu
kehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah
menyempurnakan acara perasmian sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2012.
Tidak ketinggalan juga, Puan Maselah binti Mohd. Tahir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Seri Perling 2 turut menyampaikan sepatah dua kata .
Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran
negeri Johor, lagu sekolah dan lagu 1 Malaysia. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi
dengan nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing Universiti
gabungan pelajar-pelajar tahun 3 Cemerlang, 5 Cemerlang dan Pasukan Koir Sekolah
Kebangsaan Seri Perling 2. Terukir senyuman di bibir Para Guru Sekolah Kebangsaan Seri
Perling 2 apabila melihat persembahan tersebut.
Usai sahaja persembahan itu, para tetamu telah dijamu dengan sedikit santapan ringan
yang telah ditaja oleh “Noor Aini and Family Catering”. Selepas itu, sambutan
kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang telah
diadakan di kantin sekolah. Terbukti kehebatan Murid-murid Sekolah Kebangsan Seri
Perling 2 kerana dapat menyanyikan lagu patriotik dengan baik sekali. Pemenang tempat
pertama pertandingan ini telah diungguli oleh adik Siti Nur Diana dari kelas 5 Cerdas.
Setelah itu, Encik Idris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri
Perling 2 bersama beberapa orang guru pergi ke kelas-kelas untuk menyaksikan marhaban
yang telah dipersembahkan oleh kelas-kelas yang terlibat. Selain itu, Pertandingan Kelas
Paling Patriotik turut diadakan sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2012. Guru-guru
yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk mencari pemenang-pemenangnya.
Sambutan Kemerdekaan ini telah berakhir pada jam 1.20 tengah hari. Puan Maselah
selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 menasihati murid-murid sekolah ini
agar menyemai dan menanam rasa cinta dan sayang pada tanah air kita ,Malaysia.
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana pada
hari tersebutlah negara kita mencapai kemerdekaan.Seluruh rakyat
Malaysia menanti-nantikan Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan
pada setiap tahun di Dataran Merdeka.

Hari ini saya dan keluarga bersama-sama menyaksikan sambutan


kemerdekaan kali yang ke-60.Kami menyaksikan sambutan tersebut di
kaca TV sahaja kerana kami berada di Terengganu.Kami berasa teruja
untuk menyaksikan sambutan tesebut.

Di sini ialah sedutan Sambutan Hari Kemerdekaan

Selepas ketibaan Yang Di-Pertuan Agong ialah penghormatan


diraja..Seterusnya ialah persembahan 'Negaraku Sehati
Sejiwa'.Persembahan ini menunjukkan keadaan ketika Malaysia sebelum
merdeka dan pada hari merdeka.Saya dapat melihat kegembiraan rakyat
Malaysia ketika mendapat kemerdekaan.Kemudian mereka yang berada di
Dataran Merdeka bersama-sama menyanyikan lagu patriotik.

Setelah selesai menyanyikan lagu patriotik ,tembakan 14 das meriam yang


menunjukkan 14 buah negeri di Malaysia dilepaskan.Kemudian mereka
bersama-sama menyanyikan lagu 'Negaraku'.Kemudian bacaan ikrar
negara.Selepas itu ialah persembahan POLIS DIRAJA MALAYASIA dan
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. Persembahan mereka sungguh
kemas dan teratur.

Selepas itu, perarakan pun bermula.Perarakan tersebut terdiri


dari kontijen unit uniform,kontijen perpaduan ,kontijen animasi
tempatan,kontijen sukan sea Kuala Lumpur 2017,kontijen Transfomai
Nasional(TN50)dll.Kemudian ialah persembahan aset2 ATM,TLDM dan
TUDM.

Akhir sekali ialah penghormatan diraja sebelum YANG DI-PERTUAN


AGUNG berangkat.
Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang merdeka.Saya harap
saya dapat menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2018
secara langsung di Dataran Merdeka.
SHARE
Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7

Baru-baru ini, Sekolaha Menengah Kebangsaan Seksyen 7 (SMK S7), Shah Alam telah
mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-53. Sabutan yang
bertujuan memupuk semangat cinta akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan
cemerlang. Sambutan yang diadakan pada pagi Sabtu 28 Ogos 2010 lalu telah disertai oleh seluruh
warga SMK S7 termasuk guru-guru dan para pelajar SMK S7 sesi pagi dan sesi petang yang turut hadir
untuk menyambuthari yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Segala perancangan dan
persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu sebelum sambutan.

Tugasan untuk persiapan sambutan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sambutan,
persembahan, aturcara dan persiapan tempat. Dalam usaha untuk menjayakan sambutan tersubut,
guru-guru dan para pelajar bekerjasama membuat persiapan. Latihan persembahan diadakan selama
dua hari berturut-turut untuk memastikan acara berjalan dengan lancar pada hari sambutan. Perhiasan
dan persiapan pentas diadakan pada hari terakhir sebelum sambutan untuk memastikan tiada sebarang
kesilapan teknikal ketika acara sambutan sedang berlangsung. Guru-guru bertungkus lumus mencari
lagu patriotik untuk dimainkan pada hari sambutan kemerdekaan. Beberapa orang pelajar dipilih untuk
membantu guru menyusun kerusi untuk guru-guru dan tempat duduk tetamu jemputan khas sempena
hari sambutan itu. Walaupun tugas yang dilakukan sangat berat, namun apabila dilakukan bersama
pekerjaan tersebut menjadi mudah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Apabila jarum jam menunjuk kearah nombor lapan dan jarum minit menunjuk kearah nombor
enam pada jam sekolah menandakan waktu ketika itu adalah pukul 7.30 pagi para pelajar telah pun
berkumpul di dataran perhimpunan dikawal oleh pengawas sekolah dan guru-guru berada di pintu
hadapan sekolah menanti kedatangan tetamu jemputan. Tepat pada jam 8.05 pagi ketibaan tetamu
jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil
pelajar Muhammad Azim bin Kamil, Tingkatan 5 Gemilang Emas 3. Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh
pelajar Tingkatan 5 Gemilang Emas 1, Subhan Sudarshan a/l Ganisen. Ucapan dimulakan oleh GKMP
Sejarah, Puan Raja Arbaiyah. Seterunya diikuti oleh ucapan puan Pengetua yang turut merasmikan
pelancaran bulan kemerdekaan.

Acara teruskan dengan istiadat perbarisan badan beruniform yang membawa jalur gemilang,
diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar. Acara dimeriahkan
lagi dengan nyanyian kumpulan koir sekolah bertajuk 'Warisan' dan 'Si Baju Hijau' oleh Zulkarnain.
Persembahan kompang formasi pula mengambil tempat selepas itu. Sebelum sesi pertama tamat,
nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang
bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga. Pelajar direhatkan sebelum
bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan selama sepuluh minit. Pelajar bukan islam
dibenarkan ke kantin untuk membeli makanan. Manakala, pelajar islam yang berpusa di bulan Ramadan
yang mulia ini, ditempatkan di dewan terbuka sekolah sementara menunggu persiapan sesi kedua
sambutan.

Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar Tingkatan 4 Ekonomi 1 dengan
iringan guru Pendidikan Sivik dan Kewaraganegaraan , Datin Hjh. Mahidah. Datin Hjh. Mahidah turut
menyampai sebuah pantun direka sendiri yang bertajuk ‘Melaka’. Sambutan diteruskan dengan
persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid lelaki sekolah. Seterusnya, ialah peragaan pakaian-pakaian
tradisioanl dalam dan luar negara mengambil tempat. Persembahan wakil pelajar TingkataN 5 Gemilang
Emas 5, Syafiqah dengan nyanyian lagu ‘Warisan’. ___

Suasana ketika itu, amat meriah. Pelejar seronok menyaksikan persembahan oleh rakan-rakan
mereka serta guru-guru yang terlibat. Sambutan hari kemerdekaan yang meriah buat pengetua kami
yang baru sahaja bertugas di sekolah kami pada awal tahun ini. Majlis berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.__

Majlis diakhiri dengan sepatah dua kata oleh Ketua PIBG dan nyanyian lagu ‘Malaysiaku
Gemilang’ dan ‘ Tanggal 31’ yang diketuai oleh Guru-guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusian.

Anda mungkin juga menyukai