Anda di halaman 1dari 4

CITRA BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

Rakan-rakan Sekolahku
Aktiviti 1
Baca dan salin petikan di bawah.
Pagi itu, Ramlan bangun awal. Dia tahu hari itu sekolah akan dibuka
semula. Tambahan pula, sudah lama dia ternanti-nanti hari pertama
berada di tahun empat.
Selepas mandi, dia terus memakai baju sekolah yang baru dibeli
minggu lalu. Ramlan kelihatan segak berpakaian baharu.
Selepas solat subuh, Ramlan terus bersarapan pagi. Karipap yang
dibuat oleh ibunya sangat enak rasanya. Ibu Ramlan memuji Ramlan
kerana sudah pandai berdikari.
Sebelum ke sekolah, Ramlan bersalaman dengan ibu dan bapanya.
Bapa ramlan memberi Ramlan RM2.00 sebagai duit belanja. Apabila bas
sekolah tiba, Ramlan terus ke sekolah.

Aktiviti 2
Jawab soalan-soalan yang diberikan.

1.
2.
3.
4.

Mengapakah Ramlan bangun awal?


Bilakah baju sekolah Ramlan dibeli?
Bilakah Ramlan bersarapan pagi?
Mengapakah ibu Ramlan memujinya?

CITRA BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

Mari Bersenam
Aktiviti 1 : Baca pantun di bawah.
Pengantin digelar raja sehari,
Didandan agar cantik dilihat,
Rajin bersenam setiap hari,
Jauhi penyakit, badan pun sihat.
Abang membakar ikan terubuk,
Bakar di bawah pokok kelapa,
Walaupun kita selalu sibuk,
Aktiviti bersenam janganlah lupa.
Emak memasak lemak daging,
Dicampur cili barulah pedas,
Petang hari pergi berjoging,
Badan berpeluh otak pun cerdas.

Aktiviti 2
Salin pantun di bawah dengan tulisan yang kemas.
Mari Bersenam
Pengantin digelar raja sehari,
Didandan agar cantik dilihat,
Rajin bersenam setiap hari,
Jauhi penyakit, badan pun sihat.
Abang membakar ikan terubuk,
Bakar di bawah pokok kelapa,
Walaupun kita selalu sibuk,
Aktiviti bersenam janganlah lupa.
Emak memasak lemak daging,
Dicampur cili barulah pedas,
Petang hari pergi berjoging,
Badan berpeluh otak pun cerdas.
Amalan Hidup Berjimat
Aktiviti 1
Baca pantun di bawah dengan nada yang betul.

CITRA BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

Amalan Hidup Berjimat


Pergi ke pasar membeli ikan,
Singggah membeli pisang seikat,
Amalan berjimat kita amalkan,
Pasti hidup bertambah berkat.
Pergi ke sungai memancing ikan,
Masak gulai bersama santan,
Ayuh berjimat elak pembaziran,
Usah diturutkan kehendak syaitan.
Pagi hari membeli bawang,
Pergi membeli di pasar tamu,
Jangan membazir jimatkan wang,
Demi masa hadapanmu.

Aktiviti 2
Salin pantun di bawah dengan tulisan yang kemas.
Amalan Hidup Berjimat
Pergi ke pasar membeli ikan,
Singggah membeli pisang seikat,
Amalan berjimat kita amalkan,
Pasti hidup bertambah berkat.
Pergi ke sungai memancing ikan,
Masak gulai bersama santan,
Ayuh berjimat elak pembaziran,
Usah diturutkan kehendak syaitan.
Pagi hari membeli bawang,
Pergi membeli di pasar tamu,
Jangan membazir jimatkan wang,
Baca teks dibawah, kemudian salin teks tersebut.
ANGIN
Kita menyedut udara untuk bernafas. Tanpa udara manusia, haiwan,
dan tumbuhan akan mati. Udara yang bergerak dinamakan angin.
Maya suka bermain laying-layang. Cuaca hari ini cerah dan
berangin. Laying-layang Maya naik tinggi di angkasa. Maya sungguh

CITRA BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

gembira. Kita juga boleh melihat daun-daun kering berterbangan


dan pokok-pokok bergoyang ditiup angina.
Kadang-kadang angina bertiup lebih kencang daripada biasa.
Kemudian turun pula hujan lebat. Hujan lebat dan angina kencang
dinamakan ribut. Maya berasa takut jika ada ribut. Dia berasa takut
kalau-kalau pokok kelapa berhampiran rumahnya tumbang.
Biasanya hujan dan ribut didahului oleh petir, iaitu kilat dan
guruh. Cuaca begitu biasanya membahayakan keselamatan. Semua
orang tidak akan keluar rumah sehingga hujan berhenti.
Aktiviti 1
Cari perkataan yang berkaitan dengan cuaca.

H
P
O
C
G
U
R
U
H
K

U
A
M
U
S
I
M
A
P
I
1. Hujan
7. Panas

J
N
A
A
W
A
N
N
E
L

A
A
U
C
U
T
A
B
T
A

2. Cuaca

N
S
B
A
S
A
H
S
I
T
3. Guruh

8. Awan.

A
K
E
R
I
N
G
E
R
A

N
R
I
B
U
T
I
J
N
I

4. Kilat

9. Kering

5. Petir

10. Basah

K
E
M
A
R
A
U
U
A
C

A
L
E
M
B
A
B
K
B
D
6. Sejuk

Anda mungkin juga menyukai