Anda di halaman 1dari 2

ANNABELLA TIONG

Salam Hari Malaysia saya ucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar, barisan penolong kanan,
guru-guru, barisan AKP dan kawan-kawan yang saya kasihi sekalian. Terimalah pantun daripada
saya yang bertajuk PANTUN SAYANGI NEGARA.

Pergi ke hutan memetik pegaga,

Simpan sahaja di atas para,

Sayang menyayang sesame keluarga,

Barulah tercapai misi negara.

Hidup muafakat hati sekata,

Barulah rezeki bertambah murah,

Sikap terbuka amalan kita,

Itulah Malaysia negara muhibah.

Berjalan ke hilir dengan si dia,

Duduk berehat membaca majalah,

Saling menghormati amalan mulia,

Rakyat pasti tidak berbalah.

Membeli barang di pasar Selasa,

Terjumpa dengan keluarga Suraya,

Rakyat hidup aman sentosa,

Negara pasti akan berjaya.

Terima kasih semua. Jumpa lagi…


MICZFIELDER AMBON

Salam Hari Malaysia saya ucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar, barisan penolong kanan,
guru-guru, barisan AKP dan kawan-kawan yang saya kasihi sekalian. Terimalah pantun daripada
saya yang bertajuk PANTUN CINTA NEGARA.

Terbang tinggi helang Kedah,

Mencari makan untuk anak;

Malaysia kini maju sudah,

Mata dunia memandang tegak.

Harimau Malaya nama diberi,

Jinak dilayan tangkas menyerang;

Satu dunia memandang iri,

Kerana perpaduan kita dijulang.

Enggang Sarawak unik rupa,

Paruh besar terbang megah;

Bumi dipijak Malaysia tercinta,

Budi mekar bakti ku curah.

Kancil Melaka bijak pandai,

Kisah dibawa zaman berzaman;

Biar diduga ribut badai,

Negara tercinta sama pertahan

Terima kasih semua. Jumpa lagi…

Anda mungkin juga menyukai