Anda di halaman 1dari 56

Jasa ibu bapa perlu dikenang.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang


berjaya dalam hidup sering mengabaikan jasa dan budi ibu bapa.
Nyatakan perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.

Tersebut kisah dalam cerita klasik Melayu, seorang anak muda yang bernama
Tenggang. Tenggang anak tunggal kepada seorang ibu tunggal. Hidup mereka dirundung
miskin. Pada suatu hari, Tenggang telah memohon keizinan daripada ibunya untuk keluar merantau
dengan harapan untuk mengubah kehidupan yang melarat itu. Nasib Tengggang ternyata baik kerana
dengan sikapnya yang ringan tulang dan amanah, dia telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang
saudagar kaya. Akhirnya, Tenggang telah menjadi menantu kepada saudagar tersebut. Masa berlalu,
Tenggang kini bukan lagi anak hingusan tetapi seorang saudagar ternama. Malangnya, dek diselimuti
kemewahan dan limpahan kekayaan, ingatan Tenggang kepada ibunya telah mula luput Tanpa diduga,
dalam suatu pelayaran, kapal Tenggang berlabuh di sebuah pelabuhan berhampiran kampungnya
dahulu. Mendengar berita tersebut, si ibu yang telah sekian lama merindui anak tersayang menerpa
menuju ke bahtera Tenggang. Alangkah hibanya hati ibu, anak yang selama ini menjadi buah hati
pengarang jantung telah mengusir dan menendang si ibu kononnya ibu tua yang tidak sedar akan diri
mahu mengambil kesempatan daripada kekayaannya. Namun, tuhan lebih mengetahui, sikap buruk
Tenggang dibalasi musibah, kapalnya tenggelam dipukul gelombang besar. Tenggang mati ditelan
laut dalam keadaan diri yang berpalut Lumpur dan dosa. Demikianlah secebis kisah daripada ribuan
perbuatan anak-anak keji yang tidak mengenang jasa ibu bapa apabila mereka sudah benar-benar
berjaya. Dengan trgedi malang itu, sudah sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa
tersebut dan berusaha untuk menumpahkan kasih sayang kepada ibu bapa yang telah bersabung
nyawa untuk membesarkan kita sehingga menjadi orang yang berjaya.
Sebagai anak yang telah mengecapi nikmat hasil pengorbanan ibu bapa, maka kita
hendaklah menjadikan mereka sebagai orang pertama dalam apa jua urusan hidup kita. Seandainya
merekalah orang yang pertama kita cari dalam masa kesusahan maka tidak sewajarnya mereka kita
lupakan apabila kita mencapai sebarang kejayaan. Sikap ini perlu kerana merekalah yang melahirkan
dan membesarkan kita. Selain itu, mereka juga yang mendidik dan memberi ilmu sehingga kita menjadi
manusia yang berguna. Justeru, apabila kita berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan atau berjaya dalam kerjaya maka ibu bapalah orang pertama yang perlu kita nobatkan
sebagai pencetus kepada semua kejayaan tersebut. Pada waktu ini, ibu bapa akan berasa tiada nikmat
yang paling besar di dunia ini apabila anak-anak memulangkan segala kejayaan yang diraih adalah
bertitik tolak daripada pengorbanan mereka.
Bagi mengenangkan segala jasa dan pengorbanan mereka juga, apalah salahnya jikalau kita
cuba menyelami hati kecil mereka pada hari-hari tertentu yang istimewa dalam hidup mereka. Hari
tersebut seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan hari-hari perayaan. Pada hari yang amat
bermakna itu, hulurkanlah hadiah istimewa untuk dijadikan santapan rohani mereka. Walaupun hadiah
tersebut sekadar bernilai beberapa rial tetapi memadai untuk menjadi simbolik kepada nilai kasih
sayang mereka kepada kita bak laut yang tidak bertepi itu. Atau pun, pada hari-hari istimewa tersebut
bawalah mereka untuk melancong atau berziarah rakan kenalan. Kepada yang beragama Islam pula

berilah hadiah menunaikan Fardu Haji ke Mekah. Kita juga patut meniru teladan baik beberapa individu
yang telah berjaya yang membawa dan memperkenalkan ibu bapa dalam majlis-majlis besar yang
mereka menjadi tetamu istimewa. Bayangkanlah betapa linangan air mata ibu bapa pada waktu itu
pasti menjadi pembasuh api neraka. Ingatlah, doa restu dan kepuasan jiwa mereka akan menjadi titian
kejayaan kepada kita sama ada di dunia atau di akhirat.
Apabila ibu bapa sudah menjelang usia tua, sudah menjadi tanggungjawab mutlak kepada
kita untuk mengambil tahu keperluan hidup mereka seperti makan minum, kesihatan ubat-ubatan dan
tempat tinggal. Janganlah dek terlalu memburu kejayaan hidup di dunia, ibu bapa dibiar terlantar di
rumah-rumah orang tua. Elakkanlah hidup menjadi dedalu masyarakat, ibarat kacang lupakan
kulit. Pada usia tersebut , ibu bapa tidak pernah menuntut sesuatu yang berlebih-lebihan sebaliknya
mereka mengharapkan ihsan dan kasih sayang. Cara penyelesaian terbaik adalah setiap anak perlulah
membuat giliran untuk melihat kebajikan ibu bapa atau pun jikalau keadaan terlalu mendesak ambillah
orang gaji untuk menjaga mereka.
Setiap ibu bapa sentiasa menaruh harapan untuk melihat anak-anak mereka menjadi manusia
paling berguna kepada nusa, agama dan masyarakat. Sebagai pelajar, inilah masa terbaik untuk kita
membuktikan yang terbaik kepada mereka. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi
pelajar terbilang dan apabila berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan maka itulah sebenarnya
hadiah yang tidak ternilai untuk kita mengenang jasa mereka. Pada masa itu kita dapat melihat lelehan
air mata gembira mereka bagaikan tidak boleh ditahan-tahan. Seterusnya, jagalah hati mereka dengan
cara tidak menghampiri atau terlibat dengan kerja-kerja yang tidak baik seperti menjadi samseng,
bercakap keji, melepak, dadah dan seribu satu macam gejala kutu masyarakat yang terlalu keji di sisi
agama dan moral. Hati ibu bapa pasti akan lebur apabila anak-anak tercampak ke dalam kancah
kehinaan seperti ini.
Mafhum (maksud) daripada sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud apabila mati
seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala amal baiknya kecuali tiga yang masih kekal Ketigatiga yang tersebut itu ialah, sedekah dan derma untuk faedah umum, anak-anak yang baik yang
sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan ilmu yang bermanfaat yang diajarkan untuk faedah
manusia. Janganlah kita putuskan hubungan kasih sayang kepada ibu bapa hatta mereka sudah
meninggal dunia. Doakanlah kesejahteraan mereka siang dan malam setelah mereka pergi meninggal
kita.
Ibu engkaulah ratu hati
bilaku berduka
engkau hiburkan selalu
Kenangilah jasa ibu bapa selama hidup dan mati mereka. Nilai diri ibu bapa tidak akan
tertukar dengan harta dunia walaupun segunung emas. Ingatlah syurga di bawah telapak kaki ibu.

PERLIS
1. Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama
sekolah.
Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan
untuk mengharumkan nama sekolah.
Pendahuluan :
Air jernih genang-genangan
Alir deras jernih di hulu
Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat menimba ilmu
Pantun di atas lahir daripada hati nurani saya untuk diapresiasikankepada para
guru dan khususnya kepada alma mater SMK Ambang Saujana yang telah banyak
menaburkan budi kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan. Dengan
sesungguh hati saya mahu berkata, bahawa sekolah merupakan institusi yang
berperanan membentuk anak-anak nusa menjadi insan yang cemerlang dan
berguna. Sebagai pelajar yang telah berjaya saya berasa amat terhutang budi
terhadap sekolah ini dan sentiasa menyimpan azam untuk terus berusaha
mengharumkan nama sekolah agar terus mekar di persada nusa.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik sebagai bakal calon
SPM inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah imej
sekolah akan terus melonjak apabila pelajar berjaya dengan cemerlang dalam
sesuatu peperiksaan berusaha lebih fokus dan mengetepikan segala agenda
yang bercorak hiburan dan melalaikan
Isi 2 : Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum pencapaian cemerlang dalam
sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadipenanda aras sesebuah sekolah
diangkat untuk bersaing sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun
antarabangsa mengasahkan dan mempertajam bakat yang dianugerahi Allah
untuk menjadipelajar yang kompeten dalam sesuatu bidang (sama ada sukan,
kelab atau badan beruniform)
Isi 3 : Berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bersopan santun
suatu lagi sisi dalam aspek kerohanian yang boleh membantu sekolah mencipta
nama sentiasa disegani sebagai sekolah yang berwatak dan turut menjadi
pelengkap kepada kejayaan pelajar

Isi 4 : Mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh


agensi kerajaan, NGO atau swasta berpeluang manaikkan imej sekolah apabila
berjaya dalam sesuatu pertandingan
Isi 5 : Bergiat aktif dalam aktiviti sukarela (Bulan Sabit Merah, KRS, AADK,
pengakap dan lain-lain) melatih diri menjadi insan yang prihatin turut
menyumbang kepada imej baik sekolah
Kesimpulan :
Burung terbang melintas sempadan
Terbang menuju muara segara
Biar jauh berbilang lautan
Nurani kembali ke alma mater
Selayak dengan pantun di atas, sudah menjadi suatu kewajipankepada
setiap anak didik agar menanamkan azam demi menyalakan sebutir kerdipan
cahaya demi suatu nama yang akan terus disebut dengan nama yang baik
kepada sekolah yang disayangi.Sesungguhnya, saya berdoa dan akan berusaha
keras semogaimpian tersebut menjadi kenyataan.
2. Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih
gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup
masyarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan
membaca.
MAKLUMAN : Soalan ini hampir sama dengan SBP sila rujuk
Pendahuluan : Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan
yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq,nescaya jawapan yang
diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan.
Kewajipan membaca bukan sekadarmenjadi pelengkap kepada sesuatu
peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang
berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian,
saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat
Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat
masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal
dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi
untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah
mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari
rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk
semula amalan membaca.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Keluarga perlu membudayakan amalan membaca sama seperti aktiviti
tetap yang lain (amalan membaca Quran bagi keluarga Islam), amalan beriadah

dan aktiviti menonton TV dijadikan sama penting dan seimbang dengan amalan
membaca
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah memiliki habit suka membaca menanamkan
sifat meneroka dan mencari maklumat baharu dengan membaca membaca
sebagai suatu penerokaan minda memberikan kesedaran kepada anak-anak
tentang asyiknya membaca
Isi 3 : Menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup
mempelbagaikan bahan bacaan mengikut minat dan tahap tidak boleh
bergantung kepada minat sebelah pihak fikirkan minat dan kecenderungan
anak-anak juga (ibu bapa tidak boleh terikat dengan membaca akhbar sematamata)
Isi 4 : Menghidupkan amalan mentor membaca dalam keluarga ibu membaca
kisah penerokaan dan pengembabaraan kepada anak-anak yang masih kecil
bapa membaca sumber-sumber berkaitan sejarah, politik dan ekonomi dengan
anak-anak yang lebih matang
Isi 5 : Mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke
kedai buku atau pameran buku (sekiranya ada) memberi inovasi dan perspektif
baharu kepada anak-anak tentang perkembangan dunia buku
Kesimpulan : Hidup dengan membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk
meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau
berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui huruf dan angka yang
disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga yang sentiasa membaca
boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan
hal yang demikian, pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.
3. Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan
masyarakat untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini.
Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk
mewujudkan amalan berjimat cermat.
Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008
hingga hari ini kos sara adalah terlalu tinggi. Krisis ini berpunca
daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga
minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup
menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih
dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara
pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina turut menyumbang
kepada situasi yang semakin gawat. Kini, isu krisis ekonomi bukan lagi
suatu perihal ribut dalam cawan kopi dalam kalangan keluarga, sebalik telah
mengancam kestabilan global. Oleh hal yang demikian, suatu fasa
baharu amalan berjimat cermat hendaklah diperkasakan semula dengan
mengambil kira penglibatan semua pihak.
Isi-isi penting :

Isi 1 : Peranan pemimpin pada peringkat pembuat dasar (negara)


perancangan bajet negara hendaklah mengambil kira situasi sebenar
mengetepikan sikap bermewah-mewah mengutamakan agenda kebajikan
merancakkan sektor ekonomi yang boleh menyelamatkan negara
Isi 2 : Peranan ketua--ketua jabatan (kerajaan, agensi kerajaan dan swasta)
menguruskan perbelanjaan secara berhemah mengawal perbelanjaan dengan
penjimatan dana seperti elektrik, air, peralatan pejabat selain penjimatan
dalam perbelanjaan mengurus
Isi 3 : Didikan daripada ibu bapa dalam hal menguruskan ekonomi rumah
tangga merupakan penyumbang utama dalam amalan berjimat cermat
menerapkan sifat berhemat dan cermat dalam kehidupan seharian
mengurangkan belanja yang tidak perlu (pakaian, hiburan dan permainan)
Isi 4 : Masyarakat umum menyokong semua kempen dan saranan daripada
pihak pemerintah mahupun agensi yang berkaitan memperkasakan sikap
sayang akan kemudahan awam menimumkan amalan membazir dan perbuatan
yang merosakkan khazanah negara (membuang sampah merata-rata,
menggunakan sumber dan dana awam secara bertanggungjawab)
Isi 5 : Peranan institusi pendidikan para guru/pengajar menerangkan secara
jelas tentang situasi krisis ekonomi yang melanda dunia mendidik generasi
muda agar faham akan krisis dan malapetaka sekiranya bencana krisis ekonomi
melanda
Kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena,
jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini.
Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di
luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama
dalam krisis gawat seperti ini.Janganlah sudah terhantuk baru hendak
menengadah. Oleh itu, semua pihak hendaklah prihatin dengan ancaman
ekonomi yang sedang melanda. Rancanglah perbelanjaan secara berhemat
dalamerti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.
4. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat
diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang
kini telah menjadi isu global.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu
fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana
alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang
kedua semakin mengancam kestabilanpolitik dan sosial di beberapa buah
wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang
ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali
sebagai tekong laut dantekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut
menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenangwenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat
ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut

mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan
sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak
wajar berpeluk tubuh danmemandang sebelah mata terhadap krisis ini. Malaysia
wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah
yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing
kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan
warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negaranegara dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam
kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk
perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran
mencegah kemasukan warga asing sacara haram kedudukan Malaysia dengan
negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang
asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara
pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil
kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada
krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa
hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu,penyelesaian secara global dan
serantau hendaklah diteruskan agarlandskap politik dunia dan wilayah tidak
terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar rencong di
dalam.

5. Perumpamaan bagai menatang minyak yang penuh bermaksud ibu bapa yang
mendidik anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah
bahagi.
Tulis sebuah cerpen bertemakan maksud perumpamaan tersebut.
MAKLUMAN : Tiada rangka isi untuk soalan ini (harap maaf)
KEDAH
1. Konsep sekolah penyayang adalah berteraskan budaya kemesraan dan
sayang-menyayangi dalam kalangan guru dan murid.
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

CATATAN : Soalan ini hampir sama dengan sampel karangan cemerlang dalam
modul saya edisi 2012. Dengan ihsan saya lampirkan semula karangan penuh
tersebut;

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu. Sebagai
pelajar yang telah berjaya, anda ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada sekolah dan guru-guru yang mendidik anda.
Tulis teks ucapan untuk melahirkan perasaan anda itu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan
Pengetua SMK Ambang Saujana, Tuan Haji Ramli Bin Mohd Zaini, Yang Dihormati
para guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Atas limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, saya
melafazkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam
majlis yang amat besar ertinya kepada warga SMK Ambang Saujana. Kita sangat
bertuah dan bersyukur kerana di sekolah inilah tempat kita belajar, bermain,
berkawan, bermesra dengan para guru dan seterusnya melakarkan kejayaan.
Hadirin sekalian,
Air jernih genang-genangan
Alir deras jernih di hulu
Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat menimba ilmu
Pantun di atas dengan sesungguhnya, saya dedikasikan untuk para guru dan
khususnya untuk SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi
kepada saya dan saudara saudari. Istimewa pula, pada hari yang bertuah ini,
kita diraikan sekali lagi kerana mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM.
Hadirin sekalian,
Sebelum menelusuri lebih jauh, saya terlebih dahulu mengambil
peluang untuk mengimbau semula sejarah lima tahun yang silam ketika saya dan
rakan-rakan mendaftarkan diri di sekolah ini. Sebagai pelajar baru, kita seolaholah lembu masuk kampung semasa pertama kali melepasi pintu pagar sekolah.
Pelbagai perasaan berbaur dalam benak fikiran tentang alam persekolahan
menengah yang bakal kita tempuhi. Perasaan gerun, seronok, dan cemas
bertukar ganti mengusik emosi. Maklumlah, pada waktu itu kita dikelilingi oleh
pelajar-pelajar yang lebih senior dan ada dalam kalangan mereka yang bertubuh
gempal dan sasa. Malahan perkara yang lebih rumit lagi, sesama kita pun belum

kenal antara satu sama lain. Namun begitu, semua perasaan tersebut tidak lama
berada di dalam minda apabila para guru yang cukup berdedikasi dan penyayang
telah membimbing kita. Atas keramahan dan manis muka para guru dan rakanrakan senior, kita meniti hari-hari berlalu tanpa disedari. Natijahnya, sekarang
kita telah menjadi sebahagian daripada insan bertuah yang diraikan oleh phak
sekolah atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.
Para pendidik yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah, tiada kalimah seindah madah untuk saya lafazkan atas
kejayaan meraih keputusan paling cemerlang yang saya peroleh. Memang benar,
rajin dan usaha tangga kejayaan. Namun apa-apapun, kejayaan meraih 9
1A yang terpampang di hadapan mata bukanlah perkara gampang. Sebaliknya,
tanpa usaha dan komitmen yang cukup dedikasi daripada para pendidik dan
pengurusan sekolah, kejayaan yang berada dalam tangan saya dan rakan-rakan
adalah suatu misi yang mustahil. Kami cukup yakin, setitis liur basah yang
terpercik daripada lidah seorang pendidik adalah sumber yang menjadi mutiara
ilmu. Terima kasih cikgu! Sesungguhnya, jasamu akan kami kenangi bak seluas
lautan yang tidak bertepian .
Rakan-rakan sekalian,
Selama lima tahun kita menimba ilmu di sini, bukan perihal akademik
sahaja yang menjadi agenda pihak sekolah, malahan pembinaan sahsiah dan jati
diri turut dirancang. Kita dididik menjadi insan serba boleh dalam bidang
kurikulum, kokurikulum, pemantapan rohani serta bermotivasi. Pelbagai
program kecemerlangan sama ada yang berunsurkan akademik mahupun
kokurikulum telah berjaya membentuk diri kita menjadi insan yang hebat dan
cemerlang. Betapa tidak, sekolah ini adalah antara yang tersohor dalam
kalangan institusi menengah di negeri ini. Kita cemerlang dalam setiap
peperiksaan awam, kita hebat dalam beberapa acara sukan serta kita amat
digeruni dalam beberapa pertandingan koakademik seperti pidato, koir, dan
persembahan kebudayaan. Pendek kata, kita telah membuktikan kemampuan
untuk menjadi insan yang seimbang. Sesungguhnya, semua kejayaan tersebut
tidak lain dan tidak bukan kerana guru-guru yang amat dedikasi yang berada di
hadapan kita.
Hadirin sekalian,
Bercakap bagi pihak diri saya sendiri, perasaan gembira, terharu dan
bangga masih belum mampu saya lahirkan sama ada dalam bentuk kata-kata
mahupun tingkah laku. Tanpa dibatasi oleh apa-apa sempadan, saya
menganggap guru-guru sebagai ibu dan ayah kepada saya. Mereka menyuluhi
saya sinar hari depan yang meyakinkan. Mereka amat penyayang dan mereka
amat prihatin. Saya percaya walaupun setinggi langit tangan menyapu awan,
saya tidak mampu menoleh pandang melainkan SMK Ambang Saujana tetap di
hati dan pasti kekal abadi mencipta sejarah. Izinkan saya mengambil segala

inspirasi yang tuan-tuan dan puan-puan telah ilhamkan sepanjang mendidik saya.
Saya bertekad untuk membalas budi anda dengan membawa balik kejayaan yang
lebih cemerlang. Saya berjanji, demi anak nusa yang terdidik sempurna di sini,
tidak sama sekali-kali berlaku kacang melupakan kulit sebaliknya tidak jauh
seluang melaut balik juga ke muara. Insya-Allah,
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Diri kita ibarat setinggi-tinggi terbang bangau hinggap semula di
belakang kerbau. Janganlah terjadi, daun melayang jauh perdu dilupakan. Pada
kesempatan ini, saya menyeru rakan-rakan yang bersama-sama mencipta
kecemerlangan di sini agar menyimpan iltizam untuk kembali kepada ibu
kandung bagi menabur khidmat dan bakti. Ayuh, masa kita di sini sudah tamat
dan kita buka episod baru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Yang penting kepada kita, jangan sekali-kali kita pergi sehingga
melupakan tempat jatuh bangun di sini kerana, Tempat jatuh lagi dikenang,
inikan pula tempat menimba ilmu. Selepas mencapai kejayaan di peringkat
yang lebih tinggi sentiasalah kembali menjenguk sekolah yang telah mencipta
sejarah cemerlang kita. Ingitlah pesan peribahasa, daun boleh melayang jauh,
tetapi getah tetap mengalir ke perdu.
Hadirin sekalian,
Berat hati dan longlai langkah untuk saya pergi meninggalkan sekolah
ini. Lipatan sejarah yang telah ternukil sepanjang dididik di sini terus menjadi
usikan kenangan. Insya-Allah selagi hayat dikandung badan, budi para pendidik
tetap dikenang bak budi setahun segunung intan. Saya berdoa semoga Allah
mencurahkan rahmat dan keberkatan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar
terus berdedikasi dalam mendidik anak-anak nusa. Izini kami pergi, dengan saya
abadikan serangkap pantun,
Burung terbang melintas sempadan
Terbang menuju muara segara
Biar jauh berbilang lautan
Sebutir katamu menjadi mutiara
Sekian terima kasih.
TAMBAHAN : ISI-ISI ALTERNATIF YANG LAIN UNTUK SOALAN INI
Isi 1 : Mengenali guru sebagai individu yang sangat dihormati
Isi 2 : Mengangkat imej dan memuliakan guru
Isi 3 : Menunjukkan minat yang tinggi terhadap subjek yang diajar

Isi 4 : Menjauhi sebarang tingkah laku negatif lebih-lebih lagi yang tidak disukai
oleh guru
Isi 5 : Tidak memutuskan tali silaturahim walaupun sudah tamat persekolahan

2. Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam rumah tangga terutama kepada
anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan
negara, iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sfat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak
lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
Pendahuluan : Sayang akan isteri tinggal-tinggalkan, sayang akan anak tangantangankan. Demikianlah petikan seungkapan peribahasa yang merujuk kepada
seseorang bapa yang berwawasan dalam menguruskan rumah tangga. Seseorang
bapa yang berwawasan selalu memandang masa depan rumah tangga dan
potensi anak-anak melebihi segala yang lain. Elok tunjuk pandu dan bimbing
didik yang diasaskan oleh seseorang bapa akan menjadi garis panduan
kepimpinan anak-anak. Peribahasa getah daun akan mengalir ke batang
membuktikan bahawa anak-anak akan menuruti apa-apa jua tingkah laku
bapanya. Oleh yang demikian, sejajar dengan melahirkan sifat kepemimpinan
dalam kalangan kaum Adam, setiap bapa hendaklah menerapkan nilai-nilai
kemimpinan yang berwibawa kepada anak-anak lelaki mereka.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Mendidik anak supaya menjadi insan yang beriman dan bertakwa insan
bertakwa sentiasa patuh dan taat kepada hukum Allah yang secara relatif
mendidik manusia menjadi insan mulia dan bertanggungjawab
Isi 2 : Memberikan didikan dan pelajaran yang secukupnya sebagai langkah
untuk menghadapi dunia yang mencabar dapat memimpin dan mentadbir
keluarga dengan cara yang bijaksana
Isi 3 : Menanamkan dan membentuk perwatakan kelelakian yang normal
fizikal yang mantap, minda yang cerdas dan emosi yang setabil nilia-nilai
murni seperti bertanggungjawab, berani dan penyayang
Isi 4 : Memberi tunjuk teladan kepimpinan dan mempunyai keyakinan diri
percaya akan diri sendiri dan dan memberi keyakinan kepada orang lain boleh
dipercayai menjadi pemimpin

Isi 5 : Melatih memimpin sesuai dengan peringkat usia, kematangan dan


kebolehan sebagai persediaan menjadi lelaki yang berkarisma
Kesimpulan : Kaum Adam dalam dekad-dekad belakangan sangatlah hebat,
gagah dan cemerlang. Dalam sejarah tamadun manusia, kaum Adam ternyata
hebat dalam mencorak gaya kepemimipinan masing-masing. Tokoh-tokoh klasik
dan moden telah membuktikan bahawa asas yang kukuh akan membentuk
modal insan yang hebat. Oleh itu, seandainya anda lelaki, warisilah hemah dan
karisme memimpin yang sentiasa dikagumi.

3. Peninggalan sejarah dan warisan budaya merupakan aset yang mesti


dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan
generasi akan datang.
Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
Pendahuluan : Kemerdekaan negara kita sudah mencapai usia matang.
Kematangan tersebut ditandai oleh usia dan pengalaman pahit manis yang
pernah dilalui. Dalam tempoh 55 tahun kita mencapai kemerdekaan,
sewajarnya kita sudah cukup bijak untuk membezakan antara kaca dan permata.
Permata dalam konteks sebuah negara yang berdaulat ialah segala khazanah
dan warisan yang boleh dijadikan sejarah kepada bangsa kita. Walau
bagaimanapun, dalam sibuk mengejar kemajuan sebagai pengisian kemerdekaan,
kita lupa akan pentingnya nilai-nilai sejarah yang boleh menjadi lambang
identiti bangsa. Oleh itu, gemblengan usaha yang bersepadu oleh semua pihak
hendaklah digerakkan demi menyelamat dan memulihara peninggalan sejarah
negara.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Membina semangat dan sikap positif dalam jiwa raga bangsa sentiasa
berbangga menjadi bangsa yang memiliki sejarah, budaya dan kedaulatan
(secara ironi masih ramai rakyat Malaysia yang terlalu mengagumi
kecemerlangan bangsa lain)
Isi 2 : Mewartakan dengan lebih banyak bahan-bahan sejarah meneruskan
ekspedisi dan ekskavasi bahan-bahan sejarah sebagai bukti kita benar-benar
menilai sejarah bangsa sendiri
Isi 3 : Merawat dan membaik pulih tinggalan sejarah yang dibiarkan daif dan
terlindung usaha Kementerian Kesenian dan Warisan, Jabatan Muzium dan
Arkib usaha pihak berkuasa tempatan (PBT)

Isi 4 : Membuat dokumentasi dan menghebahkan untuk pengetahuan rakyat dan


masyarakat luar peranan media massa dan media elektronik
Isi 5 : Memberi taraf dan dijadikan sebagai produk daya tarikan pelancong
mengangkat imej bangsa dan menyumbang kepada ekonomi negara
Kesimpulan : Sesungguhya, bangsa yang buta sejarah sedang menempa suatu
masa depan yang hambar. Mereka pasti luput ditelan arus perubahan global.
Sebaliknya bagi bangsa yang bermaruah, mereka rela menumpahkan darah demi
mempertahankan khazanah bangsa. Oleh iitu, kita wajar menjadi bangsa yang
berdaulat dengan membuktikan bahawa kita memiliki sejarah yang sendiri.

4. Hampir tujuh bilion perut di seluruh dunia semakin terasakan bahana


kenaikan harga makanan. Faktor yang menggusarkan masyarakat dunia ialah
stok makanan semakin berkurang.
Bincangkan punca-punca kemerosotan bekalan makanan dunia.
Pendahuluan : Sepintas lalu kita mengimbau insan-insan yang boleh
diumpamakan sebagai bangkai bernyawa, naluri kita menjerit hiba, takut dan
bimbang. Kesengsaraan yang ditanggung oleh segolongan insan yang tidak
bernasib baik di beberapa wilayah yang diancam kebuluran amat menakutkan
sekali. Kesengsaraan yang dihadapi telah meruntun simpati agar tragedi
kemanusiaan seperti itu perlu ditangani segera. Sebenarnya tragedi
kemanusiaan seperti itu berlaku daripada pelbagai punca termasuk perbuatan
manusia dan fenomena alam
Isi 1 : Peperangan yang tidak pernah reda sejak lepas Perang Dunia Kedua
1945 selain memusnahkan segala sumber alam, peperangan turut menghalang
manusia bergiat aktif dalam kegiatan ekonomi khususya sektor pertanian
Isi 2 : Kuasa monopoli ekonomi oleh negara-negara pedagang dan negara kaya
mengawal pengedaran bahan makanan (bijirin) ke negara-negara miskin
bertindak untuk mengawal harga sumber makanan yang tidak dipasarkan
dimusnahkan begitu sahaja
Isi 3 : Bencana alam kemarau, ribut taufan, gempa bumi dan l etupan gunung
berapi banjir dalam skala luar biasa telah beberapa kali melanda Cina, India,
Australia dan Thailand memusnahkan ladang gandum, sawah padi dan ladang
tenusu (banjir luar yang melanda lembah Mekong dan delta Chao Pharaya di
Thailand selama 4 bulan)

Isi 4 : Serangan makhluk perosak suatu fenomena alam yang sukar dikawal
(serangan daripada ulat, burung, tikus, bena dan belalang) amat skar dikawal
dalam skala yang sangat besar
Isi 5 : Pembangunan yang tidak lestari revolusi industri dan sistem
petempatan moden banyak memusnahkan sumber semula jadi termasuk hasilhasil pertanian negara-negara yang suatu masa dahulu sangat kaya (Greece,
Itali, Sepanyol) sedang menghadapi krisis kerana produk pertanian semakin
berkuarangan
Kesimpulan : Allah SWT telah menganugerahkan alam yang kaya dengan hasil
mahsul ini agar dikongsi oleh manusia moga-moga manfaatnya dapat dirasai
bersama. Manusia sewajar insaf, tindakan kejam dan keji seperti melancarkan
peperangan dan penindasan hendaklah dihentikan segera demi kelangsungan
hak untuk hidup dapat dinikmati secara bersama.

5. Berdasarkan sebuah karya sastera yang anda baca, jelaskan amalan-amalan


baik yang sesuai dipraktikkan oleh masyarakat kini.
MAKLUMAN : Tiada rangka isi untuk soalan ini (harap maaf)
PULAU PINANG
1. Kerajaan mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di
sekolah.
CATATAN : Soalan ini hampir sama dengan sampel karangan cemerlang dalam
modul saya edisi 2012. Dengan ihsan saya lampirkan semula karangan penuh
tersebut;
Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif.
Bincangkan pendapat anda tentang faedah-faedah pelaksanaan dasar tersebut
kepada para pelajar dan negara.
Budaya bersukan seolah-olah menjadi suatu fenomena di negara ini. Tanpa
mengira siang atau malam, minat terhadap aktiviti sukan semakin meningkat
dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukti yang amat jelas apabila terdapat
sebilangan besar yang rela bersengkang mata semata-mata untuk menonton
pertandingan bolak sepak di peringkat antarabangsa. Dalam negara juga,
penonton akan berpusu-pusu membanjiri stadium apabila diadakan pertandingan

sukan. Sungguhpun demikian, budaya menggemari sukan dalam kalangan rakyat


Malaysia masih belum mampu mengangkat imej sukan negara terutama di persada
antarabangsa. Menyedari hakikat tersebut pelbagai inisiatif telah digemblengkan
oleh pihak kerajaan. Salah satu inisiatif yang cukup pragmatik ialah Pelaksanaan
dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak syak lagi dasar ini akan memberi
banyak impak positif kepada anak-anak muda negara.
Langkah yang pragmatik ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang
berperawakan sihat dan cerdas. Hal demikian amat nyata sekali kerana sukan merupakan
saluran yang terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal. Langkah ini
dilihat amat praktikal sekali apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan
profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap
pelajar berpeluang mencuba bakat masing-masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri
terabai dan disisihkan. Natijahnya, setiap individu berpeluang memperkembangkan semua
potensi diri dalam aspek mental, fizikal, dan sahsiah. Sesungguhnya, inilah wajah generasi
akan datang yang menjadi taruhan nusa selaras dengan kata-kata,, Untuk melihat bangsa
pada masa depan lihatlah kepada remaja pada hari ini.
Impak positif lain yang akan diperoleh remaja adalah dapat mengasah dan
mempertajam bakat mereka sejak awal usia lagi. Bertepatan dengan maksud peribahasa,
jikalau hendak melentur buluh hendaklah daripada rebungnya dan belakang parang jikalau
diasah pun akan tajam, jelas menunjukkan bakat yang terpendam akan menyerlah apabila
digilap sejak awal. Nyatalah bahawa dasar ini menjadi medan untuk memupuk profesional
sukan. Sementara itu, bagi yang berbakat pula, boleh membina kerjaya dalam bidang
sukan. Mereka pasti teruja dengan pencapaian cemerlang jagoan-jagoan sukan
seperti (masukkan nama-nama idola sukan anda). Sesungguhnya, dasar ini boleh dianggap
sebagai strategi terancang untuk melahirkan lebih ramai jagoan dan tokoh sukan dalam
tempoh satu dekad lagi. Sesungguhnya, dasar 1M1S ini amat bertepatan dengan falsafah
Tao yang menyatakan, Jikalau kamu mahu hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu
mahu hidup setahun tanamlah pokok, dan jika kamu mahu hidup selama-lamanya tanamlah
manusia.
Signifikan yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik
menyediakan pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini
amat tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan
berlalu. Oleh itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh hilang
berganti maka yang pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang terancang seperti ini
persediaan awal dapat digemblengkan dalam usaha melahirkan atlit muda yang lebih
kompeten. Dengan yang demikian, negara tidak ketandusan wira-wira sukan. Para wira
dan wirawati ini akan meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa. Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal
mengangkat martabat negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan gergasi-gergasi sukan dunia

Peribahasa yang menyatakan gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati


meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa menunjukkan bahawa jasa dan bakti
menjadi sebab seseorang itu diingati walaupun sesudah mati. Setiap rakyat yang berjiwa
patriotik hendaklah bercita-cita untuk memahatkan nama mereka sebagai rakyat yang
berjasa kepada negara sesuai dengan laungan keramat di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, setiap warganegara hendaklah menyumbangkan khidmat dan
bakti kepada negara mengikut kemampuan masing-masing. Oleh itu, seseorang jagoan
sukan sentiasa dijulang namanya sebagai wira yang mengharumkan nama negara. Tokoh
ternama seperti Mokhtar Dahari, Dr M Jegathesan, Rabuan Pit dan ramai lagi adalah antara
tokoh kesukanan yang sentiasa disebut-sebut. Di sebalik bakat dan kesungguhan mereka,
jiwa patriotik begitu menyala di dalam hati dan sanubari masing-masing. Sesungguhnya,
langkah memartabatkan sukan di peringkat sekolah dalam program 1M1S merupakan usaha
murni untuk membentuk jiwa patriotik ketika masih di bangku sekolah lagi.
Sambil menyelam minum air. Demikianlah peribahasa yang boleh dipetik
sebagai membuktikan sesutau usaha yang dilakukan kadang-kadang boleh memberikan
impak sampingan yang amat berguna. Dalam hal ini, sukan bukan sekadar aktiviti riadah
semata-mata, sebaliknya mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Impak positif
yang turut diperoleh negara apabila sukan sudah mula beralih arah menjadi sebuah industri
mahupun kerjaya ialah pulangan dalam bentuk wang ringgit. Di sebalik hadiah dan ganjaran
yang lumayan, pelbagai industri hiliran yang berasaskan sukan turut terjana. Apabila
mengambil kira sejumlah 20 bilion wang yang mengalir ke Afrika Selatan semasa
penganjuran Bola sepak Piala Dunia pada 2010, hujah tersebut boleh mengesahkan bahawa
sukan adalah antara penyumbang terpenting dalam mengisi kantung negara. Kini
penganjuran seperti EPL, EURO, dan Piala Dunia adalah antara industri sukan terpenting
yang berjaya mengaut keuntutngan besar. Selain itu, sukan-sukan ternama yang lain seperti
golf, tenis, dan kriket turut menjadi penyumang utama seseorang jaguh cepat melonjak
menjadi jutawan. Amat jelas sekali, pada era milenium kini, sukan adalah antara industri
yang mampu menjanakan pendapatan kepada sesebuah negara mahupun kepada atlit yang
terlibat.
Ibarat peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya
haruslah diterapkan dengan sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh
sukan tercapai. Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan atlit
negara amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua pihak,
insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru kepada dunia sukan
untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang.

2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak
mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan
anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.

Pendahuluan : Memetik sepotong peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir
ke batang jua, menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal
tingkah laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting
kepada ibu bapa untuk menanami anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif
seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, dan budaya hormat-menghormati. Kebersihan
adalah antara elemen yang perlu diperkasakan dari rumah sekiranya tingkah laku bersih
hendak didominasikan dalam masyarakat. Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan
oleh ibu bapa agar anak-anak akan lahir dari dalam acuan tingkah laku yang baik yang
dijanakan oleh ibu bapa. Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak
yang sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Isi 1 : Menanamkan dalam diri anak dengan sifat iman dan takwa orang beriman
sentiasa percaya akan adanya Allah dan percaya kepada ganjaran baik buruk mengotori
alam sekitar dan memusnahkan sumber-sumbernya merupakan dosa besar sebaliknya
jikalau menjaga kebersihan memperoleh pahala
Isi 2 : Melazimi anak-anak dengan persekitaran yang bersih, sihat dan tenang amalan
kebersihan bermula dari rumah gaya hidup dalam rumah tangga yang mengutamakan
kebersihan seluruh anggota keluarga memainkan peranan masing-masing
Isi 3 : Menjalankan aktiviti rutin harian dan mingguan menghiaskan dan mencantikkan
persekitaran rumah penglibatan seluruh ahli keluarga bergotong toyong membersih
kawasan, menanam pokok-pokok hiasan dan menjaga kebersihan
Isi 4 : Ibu bapa bertanggungjawab membawa anak-anak berperawisata ke pusat-pusat
pelancongan membentuk sikap anak yang suka akan kebersihan dan keindahan
memperoleh idea atau konsep baru untuk dibawa balik ke rumah
Isi 5 : Ibu bapa menyediakan bahan-bahan bacaan, video dan gambar tentang tempattempat yang indah dan menarik (Al Hamra di Sepanyol, Istanbul di Turki, dan kawasankawasan indah di seluruh dunia)
Kesimpulan : Sesungguhnya, tepatlah kata-kata bahawa, anak-anak apabila diajar erti kasih
sayang mereka akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar
bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi
harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi sumber rujukan dan terminologi utama untuk
menentukan jati diri anak-anak. Baik perihal yang ditunjukkan, justeru baiklah anak-anak.

3. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda


ingin menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan
industri pelancongan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.


NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan
format.
Pendahuluan : Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh
pelbagai agensi sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran
tersebut turut disokong oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat
Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang
menarik, murah, dan eksotik. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Malaysia telah
menyasarkan jumlah kemasukan pelancong kepada 30 juta orang dengan anggaran tukaran
asing sebanyak RM30 bilion. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor
pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia
patut memainkan peranan aktif masing-masing.
Isi 1 : Penglibatan aktif agensi kerajaan - Kementerian Pelancongan - agensi-agensi di
bawah kementerian berkenaan perlu aktif mempromosikan Malaysia ke peringkat global
Isi 2 : Inisiatif hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga - menyokong dan
mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara - membangunkan
prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan
Isi 3 : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menjaga dan memperindah kawasan
jagaan masing-masing - mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan - membangunkan
tempat-tempat yang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong
Isi 4 :

Minda masyarakat hendaklah lebih berfikiran terbuka dan positif terhadap

industri pelancongan - melihat sektor pelancongan secara positif - menyokong usaha pihak
kerajaan dan PBT menjaga alam sekitar - mengamalkan budaya sopan santun, peramah, dan
berbudi bahasa
Isi 5 : Penglibatan aktif duta-duta di luar negara - menyampaikan mesej yang jelas
tentang Malaysia
Kesimpulan : Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik
untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada
pelancong dari Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah
bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.

4. Kerjasama antara negara di dunia dapat meningkatkan pembangunan pendidikan di


sesebuah negara.

Bincangkan kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan


pendidikan.
Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu
untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak
asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih
sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam konteks
mencari ilmu ada golongan yang masih tersisih dan terperap dalam kepompong buta huruf.
Kalangan negara-negara miskin khususnya masih jauh ketinggalan dalam revolusi ilmu.
Dalam dunia ilmu sebagai wahana perubahan, semua pihak harus proaktif mengadakan
pelbagai kerjasama antara negara agar ilmu pengetahuan dan pembangunan pendidikan
dapat dicambahsuburkan di seluruh pelosok alam.

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara jalinan di bawah payung


keamanan dunia tajaan PBB menyingkirkan perasaan benci dan tamak haloba antara
sesama manusia
Isi 2 : Menyumbangkan pelbagai prasarana dan logistik ilmu untuk negara-negara
miskin suatu pelaburan jangka panjang untuk memakmukan dunia
Isi 3 : Mengeksport tenaga pengajar sama ada secara sukarela ataupun kontrak tenaga
pakar dari negara-negara maju boleh berhijrah ke negara-negara miskin dan membangun
Isi 4 : Menjalinkan hubungan talian pintar antara cendekiawan dan ilmuwan
memanfaatkan kemudahan teknologi siber
Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik
membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global sifat dengki dan
busuk hati dan cemberu terhadap nilai ilmu harus diketepikan.
Isi 6 : Melaksanakan rangkaian institusi berkembar jalinan kerjasama antara universi dan
kolej dalam usaha memindahkan ilmu
Kesimpulan : Ilmu apabila dimanfaatkan pasti menjadi lautan rahmat bak kata Pendeta
Zaba,
Ilmu alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana
Oleh itu, agenda peluasan ilmu tidak boleh tersekat dan tidak harus dijadikan milik peribadi
orang tertentu. Ilmu perlu disebarluaskan agar manfaatnya dirasai insan sejagat.

5. Kini, karya kreatif seperti cerpen dan novel oleh penulis-penulis semakin
berkurangan.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan diri
dalam penulisan kreatif.
MAKLUMAN : Soalan ini akan saya sediakan dalam bentuk jawapan penuh dan akan
disiarkan dalam blog saya selepas ini. Sila ikuti dari semasa ke semasa
PERAK
1. Setiap ibu bapa mengharapkan ana-anak berjaya dalam kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka
menjadi kenyataan.
Pendahuluan : Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang jantung
kepada kedua-dua ibu dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan ibu dan bapa
menjadi lengkap dan sempurna. Apatah lagi apabila anak yang dilahirkan dapat membesar
dengan sempurna serta menjadi insan yang berguna. Sebagai anak-anak yang menjadi
harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia untuk menggalas harapan ibu bapa yang
tinggi menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang membawa masalah kepada
ibu bapa kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai ibu bapa. Oleh yang demikian,
setiap anak dituntut membuat persediaan sama ada mental, fizikal dan sahsiah yang baik
agar harapan ibu bapa terutama apabila menjelang usia emas mereka tidak dikecewakan.
Isi 1 : Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT insan yang
bertakwa sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa tidak
melakukan kerja-kerja yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa
Isi 2 : Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi pekerti dan moral menjadi
piawai seseorang itu dipandang mulia tidak mudah terjebak dalam angkara yang
merosakkan masa depan menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa
Isi 3 : Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan mengisi dada dengan ilmu,
mempelajari pelbagai kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik bercitacita membalas budi ibu bapa
Isi 4 : Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik dan kaum
keluarga mewujudkan keluarga harmoni membantu dengan ikhlas tanpa mengira aspek
material mahupun moral

Isi 5 : Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka maksud
daripada firman Allah, Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan ikhlas menjaga
ibu dan bapanya hingga ke akhir hayat - tindakan membalas budi ibu bapa yang amat
besar nilainya di sisi Tuhan.
Kesimpulan : Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa kasihnya
seseorang ibu kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuh si
anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu bapa terhadap seseorang anak. Oleh itu, sikap
yang sama wajar dikembalikan oleh anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa. Jasa ibu bapa
yang melahirkan dan membesarkan anak-anak tidak terbalas walaupun galang gantinya
sebatang sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian, bersedialah untuk menjadi
seorang anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai tempat mereka bergantung.

2. Minat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini semakin berkurangan.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan
remaja.
*MAKLUMAN : Lazimnya soalan no 2 berkaitan dengan keluarga
Pendahuluan : Kehidupan dalam usia remaja ialah masa yang paling menarik, seronok,
asyik, cergas dan pantas. Bak kata orang, Orang muda, ke mana-mana tiada yang
terlarang. Hakikatnya usia remaja adalah tempoh yang perlu diisikan dengan segala
kegiatan meliputi rohani dan jasmani. Dalam konteks jasmani, pelbagai kegiatan lasak dan
aktiviti sukan telah diwujudkan untuk merangsangkan minat remaja supaya bergiat aktif.
Program 1 Murid 1 Sukan yang turut menjadi gagasan Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah untuk matlamat yang sama. Walau bagaimanapun, anjakan global yang dikuasakan
oleh teknologi khususnya teknologi maklumat turut mencuri minat remaja agar melupakan
kegiatan sukan. Situasi pada petang hari bagaikan sunyi dan lengang kerana ketiadaan
remaja di padang seperti yang dapat dilihat dalam dekad-dekad silam. Oleh itu, demi
mengembalikan tradisi cergas yang telah berakar umbi sejak zaman-berzaman, semua pihak
sama ada kerajaan, komuniti, ibu bapa mahu pun remaja sendiri hendklah mengambil
langkah inisiatif untuk mempopularkannya semula.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Remaja hendaklah bijak membahagikan masa mengikut kehendak biologi, mental,
fizikal, dan emosi mesti memperuntukkan masa walaupun sekejap untuk bersukan dan
beriadah memperoleh keseimbangan fizikal sempurna dan merangsangkan minda yang
cerdas
Isi 2 : Ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak anak-anak supaya memberi fokus 100
peratus kepada belajar beri ruang yang cukup untuk anak-anak bersukan berikan
galakan untuk bersukan

Isi 3 : Masyarakat hendaklah turut terlibat aktif dalam kegiatan sukan trend minat
menonton perlawanan seperti bola sepak hendaklah diseimbangkan dengan penglibtan
langsung dalam bersukan remaja turut terangsang dengan apa-apa jua kegiatan yang
hidup dalam masyarakat
Isi 4 : Pihak sekolah hendaklah menyeimbangkan antara kegiatan akademik dan
riadah/sukan tidak boleh berat sebelah dengan menjadikan aktiviti sukan sekadar
melengkapkan takwim persekolahan
Isi 5 : Pihak kerajaan hendaklah lebih pragmatik dalam memberi pengiktirafan antara
sukan dan akademik markah 10 peratus kokurikulum untuk prasyarat ke IPT adalah tidak
wajar kerana boleh menjejaskan minat pelajar berbakat untuk bergiat aktif dalam aktiviti
yang bercorak kesukanan
Kesimpulan : Dalam usaha melahirkan generasi akan datang yang lebih trampil dan berdaya
saing, kecemerlangan yang seimbang antara fizikal, mental, dan emosi hendaklah diuruskan
secara sama rata. Seandainya kalangan akademik dan teknokrat sentiasa dijulang sebagai
negarawan, maka tidak adil hanya Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol dan Pandalela saja
yang dilihat sebagai tokoh utama dalam arena sukan. Oleh itu, semua pihak hendaklah
mengiktiraf bahawa sukan juga mampu menjadi wadah menjulang imej negara.
3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.
Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
Pendahuluan : Peribahasa yang menyatakan hujan emas di negari orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baiklah di negeri sendiri mengajarkan kita betapa pentingnya
menghargai dan membanggakan apa-apa jua yang menjadi milik kita. Dalam konteks ini,
kempen belilah barangan buatan tempatan adalah menjadi wahana penting untuk dihayati
dan seterusnya mendapat sambutan tidak berbelah bahagi oleh masyarakat. Kempen dan
galakan ini menjadi inisiatif utama kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi
negara yang dipacukan oleh aliran tunai domestik. Sementara itu, dalam beberapa
perspektif yang lain, galakan ini turut memberikan impak yang positif kepada masyarakat
pengguna dan meningkatkan perkembangan ekonomi negara amnya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Membantu mempercepat pertumbuhan dana dalam negara menyokong
pertumbuan Keluaran Dalam Negara Kasar di samping memberi kesan kepada meningkatnya
pendapatan perkapita penduduk dengan kata lain masyarakat memiliki tukaran yang
cukup
Isi 2 : Menyekat aliran tunai ke luar negara kecairan tunai (modal) hanya berlegar
dalam pasaran tempatan kini, sudah melebihi RM20 bilion wang mengalir keluar kerana

mengimport barang-barang makanan aliran keluar meningkat berlipat ganda sekiranya


barangan aksesori, pakaian, peralatan mesin dan jentera yang terpaksa diimport
Isi 3 : Menyokong kreativiti anak-anak tempatan dalam sektor perniagaan membantu
mempercepat pertumbuhan sektor PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) pembelian yang
meningkat boleh mendorong pengusaha melipatgandakan keluaran di samping kualiti yang
turut meningkat
Isi 4 : Membantu merancakkan sektor perniagaan perniagaan berkembang dengan lebih
pantas apabila pasaran aktif
Isi 5 : Pengguna memperoleh barangan yang relatifnya lebih murah dengan kualitinya
yang setaraf murah kerana kos produk yang lebih rendah dan berkualiti kerana
pemproesan menggunakan teknologi moden dengan piawai ISO 9200
Kesimpulan : Daripada peribahasa, jauh-jauh seluang melaut akhirnya baliklah ke muara
membuktikan bahawa, selama-lama mana pun kita berbangga dengan kelebihan orang lain,
namun tidaklah lama kerana akan balik juga kepada asal usul. Hal yang demikian samalah
sifatnya apabila kita kesudahannya akan balik kepada cita rasa sendiri walaupun zahirnya
sangat berbangga dengan barangan asing. Seyogia berilah sokongan yang tidak bergelah
bahagi terhadap galakan membeli barangan tempatan.
MAKLUMAN : Sekiranya soalan berfokuskan isi jawapan tentang langkah-langkah sila
rujuk sampel rangka isi di bawah (Ihsan daripada Modul saya Edisi 2012, ms 29)
Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa ialah slogan kerajaan ke arah mencapai
standard kualiti antarabangsa.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan supaya
hasrat ini menjadi realiti.
Pendahuluan : Budaya pemikiran kelas pertama, minda berkelas dunia, dan pelbagai slogan
yang bersifat global mula berkumandang di persada negara. Hakikatnya dalam arus
globalisasi kini, rakyat Malaysia wajarlah mengorak langkah serta bangkit untuk
mengimbangi perubahan pantas dunia dalam pelbagai bidang. Bermula daripada cara
berfikir, gaya bertindak, berkomunikasi dan seterusnya penghasilan produk, kita sewajarnya
mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Oleh itu, dalam bidang pengeluaran
juga, kita hendaklah mampu menghasilkan barangan tempatan yang mampu mencapai
klasifikasi dunia. Keupayaan mencapai kualiti antarabangsa sudah semestinya memberi kita
ruang untuk bersaing dalam pasaran global. Oleh hal yang demikian, sudah sampailah
masanya, para pedagang kita menganjak minda dan usaha untuk menghasilkan barangan
tempatan yang mencapai piawai Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa

Isi 1 : Pengusaha hendaklah sentiasa mengadakan R&D (Penyelidikan dan Pembangunan)


terhadap hasil keluaran mereka - mencari pembaharuan dan penambahbaikan produk agar produk negara boleh mencapai piawai internasional untuk bersaing di pasaran
antarabangsa
Isi 2 : Pengusaha hendaklah berusaha memperoleh penarafan keluaran antarabangsa
melalui penarafan ISO 9004 - semua barangan keluaran negara berjaya menembusi
pasaran global tanpa sebarang sekatan - memenuhi semua standard pengeluaran yang
ditetapkan oleh negara maju
Isi 3 : Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam usaha mencapai standard mutu
keluaran Malaysia - merealisasikan jenama Malaysia Best seperti yang dilancarkan oleh
Kementerian Pertanian dan Asas Tani - mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh
kerajaan sebelum sesuatu keluaran itu dieksport ke luar negara - memastikan hasil keluaran
halal dalam usaha merealisasikan hub halal antarabangsa
Isi 4 : Mengawal mutu keluaran bermula dari peringkat awal hingga barang siap -kawalan
dalam aspek ketulenan, kualiti, ketahanan, penggredan dan kebersihan - membolehkan
barangan keluaran negara menjadi buruan pelanggan sama ada dalam negara mahupun luar
negara
Isi 5 : Mengadakan teknik pembungkusan, pelabelan, penjemaan yang boleh diterima di
peringkat antarabangsa - meyakinkan pengguna tentang kandungan produk - barangan
lebih bermutu dan tahan lama
Isi 6 : Mewujudkan rakan kongsi strategik di peringkat antarabangsa - untuk memperoleh
pemindahan teknologi dan mempertingkatkan mutu keluaran - dapat bersaing dengan
keluaran lain di pasaran antarabangsa - dapat merancang pasaran yang strategik di negaranegara maju (Eropah, Timur Tengah, dan Amerika)
Kesimpulan : Sesungguhnya rakyat Malaysia bukanlah tidak mampu bersaing di persada
global. Beberapa jenama Malaysia yang telah mula menguasai pasaran antarabangsa seperti
barangan elektrik membuktikan bahawa slogan Malaysia Boleh berjaya menembusi
pasaran antarabangsa. Oleh itu, inilah masa yang terbaik untuk para pengeluar tempatan
mempertingkatkan daya saing mereka.

4. Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar
tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, Usaha-usaha Menarik Minat Pelancong Asing
Datang ke Malaysia.
Tulis rencana itu selengkapnya.

Pendahuluan : Berdasarkan rekod sejarah, rantau Asia Tenggara khususnya Semenanjung


Tanah Melayu pernah dijejaki oleh masyarakat antarabangsa sejak ribuan tahun dahulu.
Gelaran Semenanjung Emas kepada Tanah Melayu turut mengangkat imej bumi bertuah ini
di persada antarabangsa sejak berkurun-kurun lamanya. Walaupun kunjungan masyarakat
asing ke rantau ini pada era prapenjajahan bukan atas misi pelancongan, namun jelas sekali,
bahawa bumi kita amat dikenali oleh masyarakat antarabangsa. Kelayakan tersebut adalah
bersandarkan kekayaan hasil mahsulnya, letak geografinya malah keindahannya sentiasa
menggamit pengunjung. Walau bagaimanapun, pada era pascamilenium ini, saingan sengit
daripada seluruh rantau, Malaysia telah jatuh ke tangga kesembilan daripada sepuluh
negara yang sering dikunjungi di dunia. Oleh itu, langkah strategik dan proaktif hendaklah
digemblengkan demi menarik kembali minat pelancong asing datang ke Malaysia.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkasakan potensi tradisional yang sejak lama dimiliki oleh Malaysia
mengembalikan imej daya tarikan ekonya (hutan rimba, lautan dan sumber marina,
gunung-ganang, sungai dan tasik)
Isi 2 : Merancakkan lagi promosi dan kempen tentang gahnya Malaysia dalam aspek
sajian makanan Malaysia amat terkenal sebagai hub makanan internasional dalam
pelbagai cita rasa sesuai dengan pemajmukan masyarakatnya
Isi 3 : Mengangkat ciri-ciri unik kepelbagaian etnik dengan adat dan budaya pelancong
asing lebih berminat melihat dan merasai keunikan cara hidup sesuatu kaum kunjungan
lebih ramai pelancong Barat ke Sabah dan Sarawak sebagai bukti
Isi 4 : Melipatgandakan promosi menjualkan nama Malaysia dalam program tarikan
pelancong secara agresif ke luar negara perlu dijalankan secara berterusan (tidak
sepatutnya ada kempen dalam tempoh tertentu seperti Tahun Melawat Malaysia/negeri
tertentu dalam satu-satu masa) negara-negara maju mengadakan promosi sepanjang masa
promosi dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta, syarikat penerbangan dan pelajarpelajar Malaysia di luar negara
Isi 5 : Sokongan daripada pihak swasta kejayaan sesuatu produk/perniagaan berkait
rapat dengan sektor pelancongan kerajaan perlu mendapat kerjasama daripada pihak
swasta dalam semua usaha menarik kunjungan pelancong
Kesimpulan : Sesungguhnya, keinginan untuk berprawisata dan memperluas pandangan
serta minda telah tertanam dalam minda manusia sejak zaman awal lagi. Oleh itu, manamana negara dan kerajaan yang mengambil peluang merancakkan program pelancongan
sebagai agenda ekonomi negara sudah pasti memperoleh keuntungan. Atas potensi dan
kelebihan yang ada, Malaysia sewajarnya merebut peluang yang sudah terhidang.

5. Perwatakan utama dalam sebuah novel yang telah anda baca banyak mengandungi
keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
Bincangkan.
SELANGOR
1. Keluarga, rakan sebaya, dan pendidikan agama dan moral memainkan peranan
penting dalam kehidupan seseorang remaja.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Setiap orang pasti berkata, Saya ada prinsip sendiri dalam membuat
sebarang keputusan. Prinsip merupakan lambang kepada personaliti seseorang untuk
membolehkan ia dihormati. Prinsip pula sering dikaitkan dengan upaya individu itu
mempertahankan nilai-nilai peribadi yang terbentuk daripada asuhan keluarga, pemilihan
rakan sebaya, dan pendidikan agama serta moral yang dipegang dengan kuat. Kuat atau
lemah jati diri seseorang adalah bergantung sama ada kuat atau lemah ia berpegang kepada
formula intipati peribadi seperti yang tersebut.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Keluarga sebagai bayangan peribadi seseorang kaitan dengan peribahasa, benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau kalau asal keluarga yang baik nescaya individu
berkenaan pun akan baik
Isi 2 : Rakan sebaya menjadi alam atau habitat yang membentuk individu prinsip hidup
amat berkait rapat dengan falsafah atau anutan kelompok (kawan-kawan) yang digauli
peribahasa, apabila kamu bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya aroma
kasturinya akan mengenaimu, sebaliknya apabila bersahabat dengan tukang besi nescaya
tengik besi akan melekat pada dirimu
Isi 3 : Pendidikan sebagai agen pengubah personaliti dan hala tuju manusia pendidikan
memiliki kuasa dan tangan ghaib yang dapat mengubah seseorang daripada buruk kepada
yang lebih atau sebaliknya
Isi 4 : Agama sebagai enjin atau kuasa dalaman yang menggerakkan individu menjadi
insan yang sempurna menjadi pelengkap, pengemas, dan penyantun individu agama
menjadi pengawal peribadi yang terus menghubungkan manusia dengan kuasa khaliq (Tuhan)
insan lebih terikat dengan pelbagai doktrin (peraturan) apabila agamanya mantap
Isi 5 : Moral menjadi alat penyantun manusia nilai peribadi manusia terserlah dengan
sendirinya oleh tinggi atau rendah nilai moral yang dianutinya moral banyak membentuk
manusia menghayati nilai-nilai murni keinsanan

Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, dari telaga yang jernih, takkan mengalir air
yang keruh menerangkan bahawa, sifat peribadi dan hati nurani yang baik tidak lahir
pekerti yang keji. Oleh itu, pancaran hati nurani sudah pasti lahir daripada prinsip yang
dibina oleh nilai-nilai teras seperti keluarga, rakan sebaya, dan pendidikan agama dan
moral

2. Kebanyakan anak hari ini berdepan dengan pelbagai masalah. Sehubungan dengan
itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana
tersebut ialah Peranan Keluarga dalam Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah.
Tulis rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN : Soalan ini mempunyai persamaan dengan soalan 2 negeri Pahang. Sila
rujuk

3. Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin
popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.
Pendahuluan : Pada hari ini seseorang ibu dengan segera dapat menghilangkan rasa rindu
terhadap anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan kilometer. Demikian pula seorang
kekasih dapat melampiaskan rawan hiba kepada yang tersayang dengan saling menyatakan
janji setia dan menyulam kasih. Malahan kuasa maklumat kini mampu diterjemahkan dalam
bentuk audio dan visual melalui perantara teknologi 3G. Sebenarnya, semua peranti
tersebut dikuasakan oleh teknologi telefon bimbit yang amat canggih dan mampu bergerak
seiring dengan kemajuan teknologi siber. Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi
sebagai lambang gaya hidup, malahan menjadi kemestian kepada setiap individu.
Kewujudannya walaupun dianggap sebagai suatu rahmat dalam gaya hidup era milenium,
namum tetap memberikan pelbagai impak kepada masyarakat.

Isi-isi penting :
Positif :
Isi 1 : Membentuk transformasi gaya hidup yang lebih moden dan sofistikated
keperluan terhadap teknologi semakin bertambah dan urusan harian semakin mudah
Isi 2 : Mempercepat sistem komunikasi dan menyampaikan maklumat yang tepat
kejayaan yang amat luar biasa dalam revolusi teknologi maklumat kata-kata dunia
semakin sempit amat bertepatan dengan kewujudan telefon bimbit

Isi 3 : Memperluas jalinan/jaringan sosial berlaku transformasi gaya hidup apabila


jalinan rangkaian kenalan melangkaui batas geografi dan batas etnik mahupun keluarga
meletakkan insan di dunia sebagai sama taraf
Negatif
Isi 4 : Pembaziran dalam aspek ekonomi dan masa peningkatan drastik teknologi telefon
bimbit memaksa masyarakat berlumba-lumba memperolehinya pembaziran wang sematamata untuk kepuasan air liur dan telinga masa banyak terbuang (golongan pelajar dan
remaja yang banyak terbabit)
Isi 5 : Masyarakat (pengguna) semakin terdedah kepada gejala fitnah dan adu domba
maklumat palsu dan memburuk-burukkan peribadi orang menjadi budaya dalam
masyarakat moden
Isi 6 : Generasi Y sebagai mangsa teknologi masih mentah untuk mencari manfaat
daripada mudarat tersepit antara kecanggihan teknologi dengan kemerosotan nilai moral,
etika dan nilai agama
Kesimpulan : Sesungguhnya, revolusi telefon bimbit telah banyak mengubah transformasi
dunia, namun masyarakat terpaksa membayar harga yang sangat mahal di sebalik
kecanggihan teknologinya. Harga sama ada ekonomi, moral, mahupun keselamatan menjadi
sangat mahal pada hari ini kerana ancaman berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu,
masyarakat pengguna hendaklah bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan sesuatu
yang mempunyai kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.

4. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan sesebuah


negara.
Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara dunia dalam meningkatkan mutu
pendidikan negara.
MAKLUMAN : Merit soalan ini sama dengan Pulau Pinang. Sila rujuk

5. anda telah terpilih untuk mengulas sebuah novel yang bertemakan kegigihan
sempena pelancaran program NILAM.
Tulis ulasan novel tersebut dengan lengkap.
MAKLUMAN : Tiada rangka isi disediakan untuk soalan ini (harap maaf)

PAHANG
1. Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan
komunikasi antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam
kalangan pelajar.
Pendahuluan : Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, Sesungguhnya
aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar mereka saling berkenalkenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah alasan untuk
memisahkan manusia. Sepatutnya manusia memanfaatkan peluang untuk mendalami ilmu
dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di dunia ini seperti bahasa
Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin, bahasa Jepun,
bahasa Korea dan bahasa-bahasa yang berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam.
Dengan hal yang demikian, amatlah wajar rakyat Malaysia mengambil peluang untuk
mempelajari pelbagai bahasa.

Isi-isi penting :
Isi 1:

Bahasa merupakan unsur yang global dan universal - untuk melihat kebesaran

Yang Maha Pencipta (Maksud ayat al-Quran, Aku jadikan manusia daripada berbagaibagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa agar mereka dapat berkenalkenalan antara satu sama lain) melahirkan insan yang tahu bersyukur
Isi 2:

Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh pelbagai

bangsa - setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan
teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun dengan
kecanggihan ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan pembinaan budaya, kesenian, seni
bina dan falsafah pengetahuan terhadap bahasa asing membantu seseorang mempelajari
pelbagai ilmu
Isi 3 : Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia - mengeratkan
hubungan diplomatik antara negara - mengelak salah faham dan wujud hubungan saling
menghormati - dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah
Isi 4 : Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di dunia dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia mewujudkan jaringan rakan
dan kenalan di seluruh dunia - medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali
budaya masyarakat global
Kesimpulan : Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati membuktikan
bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara yang boleh kita
lakukan. Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk
menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah usaha memperluas

pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita bangun bersaing di
peringkat global.

2. Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu,
ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak
mereka.
Bincangkan.
Pendahuluan : Peribahasa Melayu menyatakan kenal getah batang lihatlah daunnya.
Peribahasa tersebut menjelaskan bahawa tingkah laku dan latar belakang ibu bapa akan
menentukan hala tuju anak-anak. Baik ibu bapa, justeru baiklah anak-anak. Oleh itu,
prakarsa mendidik amat bergantung kepada wibawa ibu bapa sebagai arkitek prima yang
bermula dari rumah.
Isi 1 : Menjanakan personaliti anak-anak sebagai insan yang beriman dan berakhlak
insan yang mulia terjana daripada kesempurnaan iman, akhlak dan akal budi yang harmoni
ibu bapa perlu menentukan hala tuju sikap dan gaya pemikiran anak-anak bermula
menjadi role model - tingkah laku positif atau negatif ibu menjadi ikutan anak-anak
(seperti acuan begitulah kuihnya).
Isi 2 : Memupuk cita-cita dan wawasan secara positif anak-anak lebih bersedia untuk
menghadapi masa depan dan dapat berdikari memberi galakan dan menyuburkan minat
anak-anak berdasarkan potensi diri
Isi 3 : Merancangkan pendidikan dan memperkasakan ilmu untuk anak-anak mengenal
pasti bidang pendidikan yang sesuai dengan potensi dan minat anak-anak berfikiran positif
dan membantu anak-anak memilih bidang kerjaya yang sesuai
Isi 4 : Menyelami dan mendalami perasaan dan emosi anak-anak secara berhemah usia
remaja menjadi tempoh paling kritikal pelbagai gangguan emosi dihidapi anak-anak
remaja ibu bapa menjadi sahabat, kaunselor dan pendengar setia terhadap sebarang
masalah mental dan emosi anak-anak membantu anak-anak berfikiran positif dan harmoni
Isi 5 : Membangunkan nilai-nilai sahsiah dan nilai murni anak-anak bertanggungjawab
untuk membina persekitaran sosial dan jaringan kejiranan yang baik belajar menghormati
jiran, menghargai golongan yang lebih tua dan berpengalaman, setia kawan dan
bertanggungjawab melahirkan sebuah komuniti yang selamat dan riang
Kesimpulan :

Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga

merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu,
keluarga yang harmoni pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak.
Ingatlah daripada kata-kata peribahasa, ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.

3. Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan


Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada
belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah Usaha-usaha Kerajaan
dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai peristiwa
pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah mengecapi
kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat adil lagi
telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai sehinggakan Baitul Mal
negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima zakat. Kegemilangan yang
sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Dua
contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada beberapa kejayaan pemerintah yang lain
sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti
pun, kejayaan sesebuah negara adalah bermula daripada kebijaksanaan pemimpin
merancang pelan strategik negara melalui agenda berjimat cermat.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun usaha untuk
menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir kempen penjimatan tenaga elektrik, air dan
bahan makanan amalan berbelanja secara berhemah
Isi 2 : Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan Malaysia
langkah penjimatan tepat, harga murah b arang bermutu) langkah serampang dua mata,
selain berjimat dapat sokong IKS
Isi 3 : Galakan usaha menabung mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu
inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M, tabungan
koperasi, pembelian insurans)
Isi 4 : Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti untuk mengurangkan kos
perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen kurangkan gula,
kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)
Isi 5 : Melancarkan skim khidmat sokongan membantu golongan yang berpendalatan
rendah KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia langkah membantu rakyat agar tidak
tertekan dan terpaksa berhutang
Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis
hendaklah dijadikan amalan dan Hadith Melayu agar dapat mendidik manusia supaya
beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak

berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat
persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak
beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

4. Negara-negara di dunia hari ini menghadapi masalah pemerdagangan manusia yang


semakin membimbangkan.
Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan tersebut daripada
berleluasa.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang
pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah
landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan
sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan
manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali
sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis
kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan
dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang
menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek
politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga
penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik
dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung
dengan sebaik mungkin.

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing


kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing
dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara
dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan
penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa
amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran mencegah
kemasukan warga asing sacara haram kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama
Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran,
ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara pertelagahan
politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong
pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis


kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus
operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah
diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan
manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.
MAKLUMAN : Memandangkan soalan ini begitu popular dan berada dalam perhatian, saya
sedang dalam proses menyediakan sampel lengkap yang akan dimuatkan dalam blog saya.
Teruskan melayari blog saya dari semasa ke semasa

5.

Remaja amat mahal

sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.
Berdasarkan petikan sajak Harga Remaja di atas, terangkan kepentingan menjaga
maruah diri sendiri.
MAKLUMAN : Tiada rangka isi disediakan untuk soalan ini (harap maaf)

TERENGGANU
1. Anda telah menyertai program motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan.
Jelaskan aktiviti program yang telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk
terus berjaya.
Pendahuluan : Banyak orang berpendapat, usia remaja ialah tempoh emas untuk
menentukan hala tuju seseorang itu. Sama ada masa depan seseorang itu berjaya atau
gagal bergantunglah kepada kebijaksanaan merancang dan mengisi ruang masa dengan
pelbagai aktiviti yang berfaedah. Banyak kegiatan yang boleh dimanfaatkan seperti
mengunjungi pusat sumber, lawatan sambil belajar, dan menghadiri kelas tuisyen.
Belakangan ini banyak pihak yang mengambil peluang menganjurkan pelbagai kem dan
kursus pendek dalam masa cuti. Kem-kem seperti itu amat relevan untuk membentuk
sahsiah remaja sama ada dalam aspek pengayaan minda mahupun keseimbangan emosi.
Peluang tersebut turut saya ambil untuk memanfaatkan cuti hujung tahun yang agak
panjang. Sesungguhnyadi luar pengetahuan, saya telah memperoleh pelbagai input baru
dalam usaha membangunkan jati diri yang dapat pula saya kongsikan dengan rakan-rakan
sebaya.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Memberi peluang memperluas jalinan rakan-rakan dan kenalan baru berkenalan
dengan rakan-rakan sebaya daripada pelbagai lapisan (remaja dari desa, bandar, kaya dan
miskin) berkongsi pengalaman tentang corak hidup, budaya, dan cara berfikir (sesuai
dengan peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman, dan
ramai kawan luas pengetahuan)
Isi 2 : Memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya menggantikan rutin harian yang biasa
seperti tidur, berehat dan menonton TV dengan aktiviti yang berfaedah setiap saat yang
berjalan cukup bermanfaat faham tentang perancangan masa yang berkesan
Isi 3 : Dapat mengikuti modul latihan yang padat modul latihan dirancang secara teliti
( meliputi aspek ketahanan minda, latihan jasmani, semangat berpasukan, dan
pengetahuan am ( berkaitan sejarah negara, hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa)
modul kerohanian (latihan tadarus al Quran, solat berjemaah, solat malam, dan kuliah
agama)
Isi 4 : Sangat mencabar ketahanan fizikal dan mental modul latihan fizikal yang lasak
(senaman pagi, kawad kaki, treking, dan merentas halangan) modul latihan mental
(penyelesaian masalah, membaca arah, dan bermuhasabah)
Isi 5 : Berjaya membina keyakinan diri berasa seolah-olah dilahirkan semula dalam
sebuah dunia yang baharu berjaya memupuk kekuatan minda, lebih bersemangat, dan
yakin untuk mencapai matlamat - memperoleh emosi yang tenang dan selalu bertawakal
kepada Tuhan
Kesimpulan : Selepas seminggu berada dalam kem yang dianggap oleh sesetengah peserta
sebagai penjara terhormat, saya bermuhasabah semula tentang hakikat diri. Sesungguhnya,
setiap insan yang diciptakan telah disertakan dengan potensi yang tertentu. Namun
demikian, kegagalan kita memanfaatkan potensi yang ada boleh menyebabkan ramai orang
yang gagal di pertengahan jalan. Oleh itu, setiap potensi hendaklah digilap melalui kursus
dan kem seperti yang saya hadiri. Yakinlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
itu, melainkan kaum itulah yang mengubahnya (maksud al Quran).

2. Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga


bahagia.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
Pendahuluan : Air dicencang tidak akan putus, dan carik-carik bulu ayam lama-lama
bercantum semula. Dua ungkapan daripada peribahasa Melayu itu menjelaskan kepada kita

bahawa hubungan rapat yang berpaksikan darah daging tidak akan dapat dileraikan.
Walaupun pernah terpisah akibat salah faham, namun perpecahan tersebut tidak akan ke
mana-mana malah akan bercantum semula. Menghayati isi kandung daripada pengajaran
peribahasa tersebut, jelaslah kepada kita bahawa tugas membentuk keluarga yang bahagia
adalah menjadi tanggungjawab semua anggota dalam keluarga.
Isi 1 : Sentiasa mengutamakan jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga keluarga sebagai punca utama lahirnya kehidupan yang bahagia - tidak bersikap
mementingkan diri sendiri - mengelak sebarang salah faham - mengambil pendekatan
bermusyawarah dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian
Isi 2 : Menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi - setiap ahli keluarga yang sudah
besar dan berjaya sama ada dalam pelajaran atau kerjaya hendaklah menunjukkan contoh
teladan yang baik dengan membimbing dan memandu adik-adik untuk berjaya terutama
dalam pelajaran
isi 3 : Menyokong keluarga dalam bentuk material dan moral - tidak boleh bersikap
mementingkan diri sendiri - meringankan bebanan ibu bapa untuk menanggung keluarga sebagai langkah membalas budi ibu bapa/tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit
Isi 4 : Menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga induk walaupun selepas
berkahwin - tidak terputus silaturahim dengan keluarga - membawa sokongan sama ada
dalam bentuk material mahu pun khususnya untuk adik-adik yangmasih belajar
Isi 5 :
Kesimpulan : Berdasarkan maksud sepotong ayat al-Quran dalam Surah Ali Imron yang
bermaksud, : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah. Dan
perpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah akan
nikmat Allah kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya. Justeru, amatlah penting kita
mengamalkan sikap menjalinkan silaturahim dan membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

3. Dalam usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalam bidang sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan untuk
dilaksanakan di semua sekolah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana
untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar 1
Murid 1 Sukan di Sekolah.
Tulis rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN : Rujuk sampel yang telah dibekalkan dalam negeri Pulau Pinang

4. Kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa


mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran masyarakat dunia.
Ulaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup
kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara
yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya,
Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling
mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi keamanan dan kemakmuran
masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih
perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.
Isi-isi penting :
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara menjalinkan
persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai
hala) dengan kerajaan di seluruh dunia amalan saling mengiktiraf sebagai negara yang
berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan
masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global boleh
mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan
ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan
persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di
peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa
menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global
Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan
- menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara
merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu
padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak
bersikap mementingkan diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana
sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap
sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda
lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak
tanda ada.
5. Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan nilainilai murni yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan oleh generasi muda pada
hari ini.
Berikan pendapat anda.
Pendahuluan : Apabila selesai membaca sesebuah novel mahupun menonton sesebuah
drama, seseorang itu mula berfikir tentang apakah unsur-unsur istimewa yang terbit
daripada cerita tersebut? Selain terpikat dengan episod dan aksi watak yang hebat, unsur
nilai dan pengajaran sudah pasti akan menyerap secara perlahan-perlahan ke dalam benak
dan minda pembaca. Tidak dinafikan bahawa nilai kemanusiaan adalah antara sumber yang
menjadi kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera. Hal tersebut dapat saya
bincangkan berdasarkan novel Kembara Amira yang amat padat dengan unsur-unsur nilai
kemanusiaannya. (masukkan judul novel yang anda pernah baca).
Isi-isi penting :
Isi 1 : Nilai patriotik suatu sikap yang dapat mengangkat rasa tanggungjawab masyarakat
atau rakyat di sesuatu tempat/negara nilai patriotik yang diitunjukkan oleh masyarakat
orang asli dalam mempertahankan ketulenan dan keaslian budaya dan alam sekitar mereka.
Isi 2 : Nilai kasih sayang suatu nilai yang luasnya ibarat lautan yang tidak bertepi kasih
sayang terhadap darah daging sendiri, kasih sayang demi sahabat yang sejati, dan jiwa yang
musnah akibat terpisah daripada kasih sayang boleh dilihat dalam konteks hubungan Dr
Zaidah dan Amira, antara Amira dan Jacintha serta antara Tau dengan anak dan isterinya
yang dipisahkan
Isi 3 : Nilai bekerjasma merupakan nilai yang terpahat demi menzahirkan suatu kejayaan
dalam sebarang usaha komitmen yang tinggi dalam kalangan anggota kerjasama yang jitu
daripada kumpulan ekskavasi Bukit Mat Raya yang berjaya menemui karpus tulang manusia
kerjasama yang akhirnya berjaya menghalang operasi menggali emas sehingga boleh
memupuskan masyarakat orang asli dan seluruh budaya mereka
Isi 4 : Nilai keberanian dan jati diri sikap yang terpahat dalam diri anak muda yang mahu
meneroka sesuatu yang baru dan mencabar Amira, Jacinta, dan Itai

Isi 5 : Nilai bekerjasama dan saling menyokong lambang kepada kejayaan ekspedisi dan
ekskavasi hubungan rapat dan saling menyokong antara golongan elit dan masyarakat
setempat memberi isyarat bahawa kejayaan akan tercapai apabila ada sokongan dan
kerjasama saling membantu dan menyokong antara masyarakat asli dengan kumpulan
pengkaji dari universiti.
Kesimpulan : Nilai kemanusiaan adalah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang
disemai secara halus dan tersirat. Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca yang bijaksana,
unsur-unsur nilai hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk membuat koreksi diri.
Moga-moga apa-apa yang ditelusuri lewat karya yang dibaca mampu mengimpakkan natijah
yang sangat berharga.

KELANTAN
1. Remaja kini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan
ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah
menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan tidak sesuai.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.
Pendahuluan : Lulus cemerlang dengan 10A+, Pergi Tuisyen, Masuk Kelas Qiraati atau
belajar berenang, dan Masuk Summer Camp adalah antara ungkapan yang sudah basah di
mulut para ibu bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi
kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga kadang-kadang sudah
tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama. Keinginan yang melampau
dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan fobia dan trauma
dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya, mereka dapat memenuhi hasrat
ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan.
Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua
adalah penting. Oleh itu, saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk
mengimbangi kedua-duanya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Bersedia lebih awal menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain cuba
menuruti ikon-ikon cemerlang sebagai sumber rujukan
Isi 2 : Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru jelaskan keupayaan sebenar kepada
mereka dapatkan bimbingan dan motivasi
Isi 3 : Mesti jelas matlamat dan hala tuju cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan
kemampuan diri

Isi 4 : Bertemu guru-guru kaunseling mereka mempunyai kelayakan untuk membuat


konsultasi kemukakan segala masalah yang terbuku di hati
Isi 5 : Banyak berdoa dan bermuhasabah diri tidak melupai Tuhan yang sentiasa
memberikan taufiq dan hidayah-Nya.
Kesimpulan : Memetik kata-kata dalam pepatah Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya,
jelas menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah.
Kita wajar berlapang dada dan dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian.
Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana dalam
menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

2. Banyak pendapat mengatakan masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan


dengan keruntuhan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada
masa ini.
Pendahuluan: Gejala perbuatan sumbang antara remaja lelaki dan perempuan, ketagihan
dadah, kemaruk hiburan, mat rempit, dan pelbagai ragam kemacetan remaja lagi sedang
terpampang di hadapan mata kita. Pusat-pusat hiburan dan pusat beli-belah telah ditakluki
oleh golongan yang rosak akhlak terutama sekali pada waktu hujung minggu. Naik jeluak
pada fikiran kita apabila melihat aksi remaja yang tidak segan melakukan aksi sumbang di
tengah-tengah khalayak ramai itu. Apabila keadaan ini sudah semakin kronik, pelbagai
pihak mula menuding jari antara satu sama lain. Masing-masing saling menuduh tentang
angkara siapakah yang menyebabkan gejala ini semakin sukar dibendung? Jawapan kepada
krisis ini, banyak pihak berpendapat, institusi keluarga masih diyakini memiliki kewibawaan
untuk menanganinya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkasakan semula institusi keluarga - banyak institusi keluarga yang longgar,
goyah, dan bermasalah - kurang persefahaman dan bersikap saling mementingkan diri
sendiri - pengendali keluarga perlu faham akan fungsi masing-masing - anak-anak akan
berasa lebih selamat untuk berada di rumah dan terselamat daripada gejala moral
Isi 2 : Ibu bapa dan anggota keluarga sering mengambil tahu masalah - perlu lebih
banyak berinteraksi dengan anak-anak terutama apabila mereka meningkat remaja - mesti
menjadi jururunding profesional kepada masalah anak-anak
Isi 3 : Menyediakan keperluan asas yang sewajarnya kepada anak-anak menjadi
tempat mengadu anak-anak - peka terhadap keperluan asas anak-anak sama ada mental,
emosi mahupun fizikal

Isi 4 : Mengutamakan pakej ilmu dan pendidikan keluarga melebihi agenda lain dalam
keluarga - menjaminkan anak-anak menerima pendidikan yang secukupnya sama ada dunia
atau akhirat - meminimumkan agenda hiburan terutama hiburan yang melalaikan mendedahkan anak-anak dengan iklim kehidupan yang baik
Isi 5 : Mewujudkan interaksi yang sihat dan mesra dengan jiran tetangga - untuk
melahirkan semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab terhadap segala masalah
terutama yang melibatkan anak-anak remaja - bersama-sama menjadi mata dan telinga
terhadap gelagat anak-anak remaja - sentiasa menaruh kepercayaan terhadap jiran
tetangga dalam usaha menangani gejala kurang sihat dalam kalangan anak-anak
Kesimpulan :

Kesempurnaan minda dan akhlak dalam kalangan anak-anak bermula di

rumah. Oleh yang demikian, untuk melahirkan anak-anak yang baik seharusnya suasana
dalam rumah tangga perlu menjadi baik terlebih dahulu. Dalam arus kebejatan sosial yang
semakin rencam sekarang, wajarlah institusi keluarga diperkasakan agar menjadi benteng
terawal dan terakhir untuk menyelamatkan remaja daripada terus tenggelam dalam
gelombang ancaman wabak sosial.

3. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda


ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan industri palancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
MAKLUMAN : Rujuk rangka isi sama ada Pulau Pinang atau Perak
4. Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti perlumbaan kereta Formula 1, perlawanan
bola sepak piala AFC dan perlumbaan basikal le Tour de Langkawi wajar diteruskan
kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya.
Nyatakan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.
MAKLUMAN : Dengan ihsan dilampirkan sampel karangan hak cipta saya sebagai
rujukan anak-anak didik.
Para atlit negara ke peringkat antarabangsa sering disebut sebagai duta kecil. Mereka
membawa mesej damai, menghulurkan salam silaturahim, dan pembawa obor keamanan
sejagat. Ketika di atas gelanggang dan di atas trek, mereka berjuang demi maruah negara.
Tiada perasaan dendam dan kebencian. Semuanya dengan falsafah majulah sukan untuk
negara. Sesungguhnya, sukan mampu menjadi tonik untuk melegakan buat sementara
waktu segala ketegangan dan perselisihan yang berpunca daripada perbezaan ideologi dan
politik.

Sejarah sukan peringkat antarabangsa telah bermula daripada pemujaan dewa


Zeus. Di sinilah bermula suatu pertandingan memperagakan kekuatan dan kemahiran
manusia. Sukan tersebut akhirnya dinamakan sukan Olimpik bersempena dengan nama
Olympus. Olympus ialah pelari marathon yang paling ulung apabila berjaya membawa obor
sukan dari Athen ke Sparta. Walau bagamanapun, beliau mati sebaik sahaja menyalakan
obor sukan Olimpik. Demikianlah lambang semangat gigih dalam perjuangan sukan yang
akhirnya diabadikan sebagai perlumbaan mempertahankan maruah bagi sesuatu bangsa dan
negara. Pada zaman moden ini pelbagai temasya sukan lagi dianjurkan. Antaranya Sukan
Komanwel, Sukan Asia, dan Bola Sepak Piala Dunia. Selain itu, acara-acara yang berprestij
yang bertaraf dunia seperti lumba basikal, Formula 1, dan GP Motor mula menarik minat di
seluruh dunia. Pendek kata semua acara sukan tersebut menjadi wadah mempertahankan
maruah di samping sebagai deligasi keamanan sejagat.
Walaupun kemenangan dan menjulang piala menjadi matlamat, namun
penyertaan dalam sukan di peringkat antarabangsa membawa seribu harapan untuk
menggerakkan warga dunia agar lebih cinta akan keamanan. Di gelanggang para atlit
bersaing hebat, namun di luar gelanggang mereka menjalinkan silaturahim. Mereka
pembawa mesej damai. Segala perbezaan politik dan perbezaan pendapat di peringkat
pimpinan dapat dipadamkan apabila para atlit bertemu. Falsafah buang yang keruh ambil
yang jernih benar-benar dianuti.
Dalam kalangan atlet juga, mereka sentiasa berhubung dan mengikat tali
persahabatan. Persahabatan tersebut terus berpanjangan sehingga ke luar gelanggang.
Mereka mampu mewujudkan suatu rangkaian atlet dunia dan membuka lembaran baru
dalam kehidupan yang realiti. Ada antaranya yang dapat mewujudkan rangkaian niaga di
peringkat global. Ketika bergaul para atlet dapat mendalami tentang hal ehwal politik,
sosial, dan ekonomi negara-negara peserta. Barangkali bagi sesetengah negara dalam
gelanggang politik mereka berseteru, namun di atas gelanggang arena mereka bersaing
secara sihat. Demikianlah falsafah dan ideologi yang amat tersirat dalam bidang sukan
Sebagai tuan rumah, penghormatan yang diberikan dapat mengangkat imej
sesebuah negara di mata dunia. Seluruh pelosok dunia akan mengalih perhatian kepada
mana-mana negara yang telah terpilih menjadi tuan rumah. Kepercayaan yang diberi
menandakan negara tersebut memiliki kredibiliti untuk menguruskan segala aspek teknikal,
pengurusan, keselamatan, dan prasarana. Kejayaan Sukan Asia di Doha pada tahun 2006
telah dengan sepantas kilat mengangkat imej Qatar negara kecil di Teluk Farsi itu sebagai
sebuah koloni yang disegani. Demikian pula, Afrika Selatan yang telah diamanahkan
menjadi tuan rumah Bola Sepak Piala Dunia 2010 merupakan negara selatan Afrika yang
paling istimewa menjadi tumpuan dunia amnya. Malahan tawaran yang sampai ibarat pucuk
dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal.
Kelebihan juga turut diperoleh negara tuan rumah dalam hal tukaran wang asing.
Sumber dana yang disumbangkan oleh Konfiderasi Sukan Internasional amat ditunggutunggu oleh setiap negara yang dipilih menjadi tuan rumah. Segala perbelanjaan yang

bermula dengan penyediaan infrastruktur sukan dan kemudahan prasarana seperti tempat
tinggal, pengangkutan, makanan, dan logistik lain menjadi lombong emas kepada negara
tuan rumah. Nilai tukaran wang asing menjadi lebih besar apabila semua mata wang dunia
bertumpu ke negara tersebut. Semasa Piala Dunia ke-19 yang berlangsung di Afrika Selatan
pada 2010, negara pertemuan dua lautan itu turut menerima limpahan pelancong segera
yang turut membawa tukaran wang asing sebanyak 323 juta pound sterling dalam masa tiga
puluh hari sahaja. Secara sambil menyelam minum air, negara-negara yang menjadi tuan
rumah dapat mempertingkatkan industri pelancongan khususnya dalam bidang pelancongan
sukan. Pendek kata, setiap negara yang dipilih menjadi tuan rumah pasti memperoleh
habuan yang berlipat ganda.
Kemeriahan sukan menjadi penglahiran hati nurani setiap peserta dan harapan
kepada seluruh warga dunia. Mereka membawa mesej perjuangan suci dan mengangkat
martabat negara masing-masing di mata dunia. Dengan hal yang demikian, penganjuran
sukan di peringkat antarabangsa hendaklah jangan diganggu gugat oleh mana-mana tangan
politik berpengaruh demi mempertahankan keamanan sejagat.
5. Peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni menggambarkan bahawa
semangat hidup bermasyarakat penting dalam kehidupan seharian.
Bancangkan manfaat semangat tersebut kepad masyarakat.
MAKLUMAN : Tiada rangka isi untuk soalan ini (harap maaf)

JOHOR
1. Semua warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk mengekalkan
tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah.
Bincangkan.
Pendahuluan : Disiplin suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu dalam
kalangan pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun sentiasa
rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa keadaan, guruguru yang menjadi penguasa disiplin sangat popular dengan kebencian oleh para pelajar.
Kisah-kisah panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari atau disimbah cat telah
menjadi sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau bagaimanapun, dalam
benci tapi rindu tanpa peraturan dan disiplin mungkin sistem pendidkan di Malaysia tidak
sampai ke tahap yang ada seperti sekarang. Oleh itu, pelestarian sistem disiplin hendaklah
diteruskan dan sentiasa diperkasakan supaya proses kemenjadian pelajar akan berhasil.
Isi-isi penting :

Isi 1 : Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat, tenteram serta
dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tanpa suasana pembelajaran yang
kondusif matlamat mendidik akan terbantut melahirkan generasi pelajar yang membawa
pelbagai anasir kepada mengara
Isi 2 : Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan guru serta
sebaliknya mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan berhikmah wujud
jalinan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah
Isi 3 : Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan kompeten
sebagai jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat dan cemerlang
Langkah-langkah :
Isi 4 : Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh pelajar cuba
menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan
Isi 5 : Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma mater
menanamkan azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah ke persada
pendidikan negara
Kesimpulan : Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai janakuasa
yang menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah bahaya.
Walaupun, disiplin bukan elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar, namun
kehadirannya hendaklah diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat mujarab.

2. Slogan Rumahku Syurgaku amat berkesan dalam mewujudkan keharmonian


sesebuah keluarga seterusnya mengatasi masalah rumah tangga.
Jelaskan peranan keluarga agar slogan tersebut menjadi kenyataan.
Pendahuluan : Keluarga ungkapan keramat yang wujud sejak berabad silam merupakan
paksi yang melahirkan tamadun manusia hingga kini. Kesempurnaan keluarga menjadi
penentu kepada masayarakat yang progresif dan dinamik. Dengan yang demikian, saya
berpendapat, sebuah keluarga yang harmoni dalam lingkungan Rumahku Syurgaku pasti
menjadi penyumbang utama untuk mengatasi masalah rumah tangga.
Isi 1 : Membina sebuah keluarga yang beriman dan bertakwa hidup yang berpaksikan
iman dan takwa akan mendapat taufik dan hidayah Allah terlindung daripada perkaraperkara keji yang boleh memporak-perandakan keluarga
Isi 2 : Dapat melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang dalam aspek fizikal,
mental, rohani dan emosi - asuhan dan belaian yang sempurna menjadi baja kepada

pertumbuhan sahsiah anak-anak - interaksi keluarga yang lemah lembut dapat membentuk
sikap penyayang (mawadah)
Isi 3 : Dapat membina sebuah keluarga yang mementingkan akhlak, agama, dan ilmu
pengetahuan - anak-anak yang berakhlak dan beragama bakal menjadi modal insan yang
berkualiti - anak-anak akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam
pelajaran dan memperoleh kerjaya yang cemerlang
Isi 5 : Menghindari segala tindakan negatif daripada anak-anak mengawal emosi yang
tenteram dalam kalangan anak-anak memebentuk minda yang cerdas - ibu bapa dapat
mengawal anak-anak daripada anasir buruk dan memberi motivasi untuk memburu cita-cita
dan ingin menjadi cemerlang
Kesimpulan :

Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga

merupakan institusi tertua menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga
yang harmoni pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak.

3. Di Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai orang kelainan
upaya (OKU) telah mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan.
Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh kerjaan untuk
membantu golongan tersebut.
Pendahuluan : Di suatu lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif dengan
pakaian tidak terurus sedang menadah tangan memohon simpati orang yang lalu lalang.
Dalam situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup anggota memohon
simpati orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak kerusi roda. Malahan di
asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak. Demikianlah gambaran
mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia
golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara ini. Lebih banyak isu yang harus
diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi dan isu gejala sosial yang tidak pernah kunjung
selesai. Demikianlah nasib OKU yang sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema,
terbiar, dan menghadapi masa depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU
juga mempunyai hati dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk
meneruskan hidup. Saya berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus
digemblengkan sebagai langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.

Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang
mereka mampu bukan semua OKU yang tergencat mental ilmu sahaja yang mampu
mengubah kehidupan insan

Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU sebagai
alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian
Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU bagi memudahkan pergerakan
dan urusan harian mereka
Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya kecacatan
bukan alasan untuk menysihkan mereka kekurangan yang dialami bukan untuk dihina
tetapi untuk diinsafi
Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak
dengan kemampuan OKU melaksanakan tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin
dan penyayang
Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada seorang insan pun yang mahu dirinya dipinggirkan.
Mereka mahu hidup bebas dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang menentukan, justeru tiada
sesiapa yang boleh menentang takdir. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menidakkan
ikhtiar untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya
terus dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada kita
sehinggakan tiada beban batu digalas.
MAKLUMAN : Sesiapa yang memiliki modul saya bagi edisi 2011 (kulit biru), sila rujuk
sampel karangan lengkap tentang OKU dalam muka surat 19.

4. Kejayaan sebahagian besar negara di dunia ini dalam bidang ketenteraan, ekonomi,
politik dan pendidikan bergantung kepada semangat patriotik dalam kalangan rakyat
negara tersebut.
Jelas langkah-langkah yang perlu diambil oleh sesebuah negara untuk menyemai
semangat patriotik dalam kalangan rakyatnya.
CATATAN : Tiada rangka isi disediakan (harap maaf)

5. Anda telah menjadi ahli panel dalam program Bicara Ilmu sempena majlis
pelancaran sebuah novel karya seorang penulis tempatan.
Huraikan pendapat anda mengenai unsur-unsur yang perlu ada dalam sebuah novel
untuk memikat pembaca.
Pendahuluan : Bagi seorang peminat filem Bollywood mungkin kecantikan heroinnya yang
menjadi keutamaan. Apabila menonton filem Barat pula mungkin aksi dan dialognya yang
menjadi perhatian. Natijahnya, kehebatan sesebuah filem atau sebarang hasil kreatif amat
berkait rapat dengan kekuatan yang ada kepada genre tersebut. Namun begitu, kekuatan
dalam suatu aspek sahaja belum cukup untuk melonjakkan idea ciptanya. Setiap aspek

binaannya adalah saling bergantung dan saling menyokong. Sebagai pengarang kreatif,
sudah tentu saya mempertimbangkan banyak aspek binaan sastera diberikan keutamaan
agar karya saya lebih menarik dan lebih bertenaga.
Isi 1 : Memilih tema dan persoalan yang menarik - tema yang menjadi perhatian
masyarakat semasa (tema remaja, tema masyarakat materialistik, dan tema perpaduan) membincangkan konflik dalam masyarakat - mengemukakan persoalan-persoalan yang
realistik - membentuk persoalan untuk membolehkan masyarakat berfikir
Isi 2 : Mengenal pasti latar yang sesuai dengan kehidupan semasa - latar tempat yang
pelbagai dengan corak kehidupan masyarakat - mewujudkan pelbagai konflik masyarakat
berdasarkan latar - menampilkan pelbagai bentuk latar masyarakat yang sesuai dengan
latar tempatnya
Isi 3 : Menampilkan watak dan perwatakan yang berkesan - watak sebagai penggerak
utama dalam sesebuah cerita - menggayakan pelbagai bentuk aksi watak - peranan yang
seimbang antara watak protagonis dan antagonis - mewujudkan konflik yang menarik,
mencabar dan sentiasa segar melalui pelbagai tindakan watak
Isi 4 : Mempelbagaikan variasi bahasa yang menarik - bahasa sebagai medium penting
untuk menyampaikan cerita - menggunakan ragam bahasa yang mudah, tepat, dan pelbagai
- unsur-unsur bahasa seperti kiasan, naratif, huraian, dan dialog - memasukkan teknikteknik bahasa yang inklusif, dramatik, dan gaya bahasa kontemporari
Isi 5 : Nilai dan mesej/amanat - nilai dan mesej tetap menjadi matlamat akhir
penghasilan bahan-bahan kreatif - membolehkan pembaca membuat perbandingan antara
unsur baik dan buruk melalui penerapan nilai secara langsung dan tidak langsung memberikan keinsafan dan menganjak paradigma berfikir, dan bertindak - bermatlamat
membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca - melahirkan sebuah masyarakat yang
progresif melalui amalan membaca.
Sampel kesimpulan : Genre-genre kreatif bukan sekadar menjadi bahan bacaan untuk
perintang waktu sahaja. Genre yang bermutu pasti berjaya menganjak minda masyarakat
untuk berfikir secara kritis, realisitik, dan analitikal. Oleh itu, genre sastera yang berkualiti
pasti dapat membina masyarakat yang dinamik dan cemerlang. Demikianlah harapan saya
apabila menghasilkan sebuah bahan penulisan kreatif.

SBP
1. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil
Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.
Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

Pendahuluan : Dunia hari ini semakin pantas membangun. Pelbagai kemajuan teknologi
sama ada dalam bidang perubatan, perhubungan, teknologi maklumat, mahupun angkasa
lepas telah mengalami revolusi dan anjakan yang amat mengagumkan sekali. Sebenarnya
semua pencapaian tersebut dijanakan oleh transformasi pendidikan oleh bidang ilmu
pengetahuan yang amat drastik. Pelbagai institusi pendidikan tinggi sama ada kolej,
politeknik mahupun universiti tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kini tiada
kegusaran lagi untuk kuntum-kuntum kesuma menggapai impian menjadi insan terpelajar.
Pendek kata, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dalam hal ini, saya
mengimpikan sebuah alma mater yang mempunyai ciri-ciri keintelektualan, kepimpinan,
arah tuju kerjaya dan mampu melahirkan modal insan yang seimbang antara duniawi dan
ukhrawi.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Akan cuba mengenal pasti IPT yang menawarkan bidang kursus yang benar-benar
menepati dengan cita-cita saya
Isi 2 : Memilih IPT yang terkenal dari segi kompetesi (mampu dan layak) akademik dan
kokurikulum gedung ilmu yang mampu melahirkan insan terpelajar yang serba boleh
Isi 3 : Memilih IPT yang mesra kepada pasaran pekerjaan boleh mengeluarkan graduan
yang berkelayakan dengan pasaran guna tenaga kerja semasa
Isi 4 : Memilih IPT yang mengutamakan pelan pendidikan yang seimbang antara
kecermerlangan akademik, sahsiah dan kerohanian benar-benar menjadi insan yang
tahan uji dengan cabaran global
Isi 5 : Memilih IPT yang sentiasa peka terhadap perubahan global sentiasa dinamik
(berubah mengikut kehendak semasa) wujud pembaharuan dalam aspek akademik,
penyelidikan dan sumbangan kepada kemajuan ummah
Kesimpulan : Memetik kata-kata Saiyidina Ali KW, Berdaganglah kamu dengan ilmu
kerana Ilmu akan bertambah apabila diperdagangkan, manakala harta akan berkurang
apabila diniagakan. Ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Sesungguhnya, saya
yakin apabila ilmu penuh di dada, masa depan pasti terjamin. Oleh itu, langkah yang
strategik, saya hendaklah mencari IPT yang benar-benar boleh memberi jaminan masa
depan kepada saya.

2. Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam


membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.
MAKLUMAN : Soalan ini hampir sama dengan Perlis sila rujuk
Pendahuluan : Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia, perihal
membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu
maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya
membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan
dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya
Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi
pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan
moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan
khususnya dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam
kalangan anak-anak.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam rumah
tangga membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan asasi yang
lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan
berfikir mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca
melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa
Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat membaca
melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan bahan-bahan
bacaan yang pelbagai bidang
Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak menyediakan bahan
bacaan yang sesuai dengan minat mereka
Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara intelektual
pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca sesi sumbang saran dan pendapat
dalam kalangan ahli keluarga
Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, ibu bapa adalah
sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat
menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk
mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan
menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.

3. Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor
pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh
akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah Usaha-usaha untuk Memajukan
Pelancongan Negara.
Tulis rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN : Sila rujuk soalan yang sama bagi negeri Pulau Pinang, dan Perak

4 Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.


Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang
berjiran.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup
kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara
yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya,
Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling
mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan
merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik
dengan seluruh negara di dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan
agama. Sesungguhnya, amat besar natijah di sebalik usaha diplomatik seperti itu.
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara menjalinkan
persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai
hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf antara satu sama
lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan
prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan hub
pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan
melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup
budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman melalui
misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di
peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa
menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global mewujudkan jaringan yang
harmoni dalam situasi menang-menang

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam


pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan
- menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara
merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu
padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak
bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan warga dunia
Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana sebarang
gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai
bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik
kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat dunia
sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

5 Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh
sekolah anda. Tema cerpen yang anda pilih ialah perpaduan kaum.
Tulis cerpen anda itu selengkapnya.
CATATAN : Tiada rangka isi disediakan (harap maaf)
MRSM
1. Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian serius.
Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan
untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Pendahuluan : Sekolah boleh diibaratkan sebagai taman-taman intelektual yang turut
berperanan sebagai kilang yang mengeluarkan tenaga manusia yang berkaliber. Sekolah
turut menjadi penyumbang pembinaan sebuah bangsa yang berperadaban dan lestari.
Setiap insan yang keluar dari sesebuah institusi sekolah dengan jayanya pasti menjadi aset
yang bernilai kepada masyarakatnya. Sebagai sebuah organisasi yang banyak menabur budi
kepada manusia, sekolah seharusnya memiliki ciri-ciri yang boleh dibanggakan seperti
cemerlang, kualiti disiplin, dan landskap yang cantik dan bersih. Dalam merealisasikan
hajat tersebut, pihak pengurusan dan guru sahaja tidak mampu untuk melaksanakannya,
melainkan usaha tersebut harus menerima sentuhan ajaib daripada para pelajar sendiri.
Oleh itu, saya sentiasa terpanggil dan beriltizam untuk turut sama menyumbang tenaga dan
idea agar sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Sedar dan insaf bahawa disiplin adalah antara penyumbang paling penting
kekebalan disiplin mampu menghalang pelajar berbuat sesuatu yang tidak sesuai semasa di
sekolah menyebabkan nama sekolah jatuh - menyeru, mengajak dan menunjuk teladan
yang baik kepada raka-rakan agar sama-sama menyayangi sekolah
Isi 2 : Membudayakan amalan 3K (Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan) program
yang meletakkan sasaran supaya sekolah menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan
pelajar berganding bahu dengan semua warga sekolah
Isi 3 : Mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kawasan angkat untuk
pelajar pelajar melalui persatuan dan kelab menjaga dan menghiaskan kawasan
kebanggaan yang menjadi milik mereka
Isi 4 : Mencadangkan pihak sekolah menganjurkan pertandingan bersih dan indah
pertandingan termasuk bilik kelas dan kawasan angkat melahirkan komitmen yang tinggi
kepada pelajar untuk berbangga dengan kawasan angkat mereka
Isi 5 : Menganjurkan pertandingan yang berbentuk koakademik pertandingan melukis
mural, poster, kata-kata hikmat dan pertandingan mengarang mencungkil bakat dan
apresiasi pelajar terhadap sekolah yang dicintai
Kesimpulan : Pesanan daripada peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula
tempat belajar haruslah diterapkan ke dalam jiwa pelajar agar terus mencintai dan
berbangga akan alma mater yang pernah mendidik mereka. Sebagai tanda sayang, saya
akan terus komited untuk mengangkat imej sekolah saya dalam semua perkara termasuk
menjadikan sekolah saya yang terbaik dan terindah landskap dan budayanya.

2. Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keperihatinan ibu bapa.


Ulaskan pernyataan di atas.
MAKLUMAN : Sila rujuk soalan yang hampir sama dengan soalan Johor
3. Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger, piza dan mi segera menjadi
suatu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis sebuah rencana yang akan disiarkan dalam akhbar tempatan yang bertajuk,
Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
CATATAN : Tiada rangka isi disediakan (harap maaf)

4. Beberapa buah negara di dunia sedang mengalami pergolakan politik dan peperangan
yang berlarutan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara. Oleh itu, penglibatan
Malaysia dan beberapa buah negara yang lain menganggotai misi keamanan dunia
amatlah dipuji.
Jelaskan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.
Pendahuluan : Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Peribahasa
tersebut benar-benar menggambarkan nasib malang yang ditanggung oleh rakyat jelata
apabila kuasa-kuasa pemerintah bertelagah sesama sendiri. Korban rakyat Iraq yang sudah
mencecah hampir sejuta orang berpunca daripada sikap angkuh mantan Presiden Amerika
George W. Bush. Pada hari ini rakyat di rantau Timur Tengah sedang bertumpah darah demi
menumbangkan regim kuku besi yang menzalimi mereka. Malahan malapetaka yang sudah
sekian lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kashmir, Darfur, dan
pembersihan etnik yang berlaku di beberapa negara di Afrika telah menyaksikan sejarah
peradaban manusia semakin ternoda. Oleh itu, selagi peluang masih ada, kita wajarlah
menelusuri akan punca gejala tersebut membara dan seterusnya bertindak atas hemat
untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan tersebut.
Isi-isi penting :
Isi 1 :

Misi keamanan melalui misi kebudayaan dan seni - menghormati kebudayaan,

kesenian, adab, dan fahaman agama menyampaikan mesej bahawa semua manusia
mempunyai hak untuk hidup, untuk bernegara dan memiliki kebebasan
Isi 2 : Duta kecil dalam bidang ilmu pengetahuan membuka peluang belajar sama ada
di IPTA atau IPTS untuk seluruh warga dunia menyampaikan mesej melalui saluran ilmu
pengetahuan inspirasi daripada keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di
Malaysia - bertukar-tukar pengalaman tentang isu budaya, dan adab resam - menjalinkan
hubungan mesra atas misi sebagai pelajar
Isi 3 : Menghantar pasukan misi damai dan pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB
menghalang perang saudara, memastikan genjatan senjata tentera pengaman di Somalia,
di Balkan dan Lebanon
Isi 4 : Misi kemanusiaan di wilayah yang sedang bergolak bantuan keperluan asas
(makanan, ubat-ubatan dan pakaian) misi bantuan ke Palestin (Viva Palestina), Rohingya,
Kemboja bantuan diberi tidak memilih perbezaan ideologi politik, agama, atau wilayah
Isi 5 : Menganjurkan persidangan untuk keamanan di peringkat antarabangsa Kuala
Lumpur sering dipilih sebagai tuan rumah berusaha menyatukan pihak yang bertelagah
untuk kembali ke meja rundingan

Isi 6: Misi keamanan melalui khidmat tentera pengaman - dianjurkan di bawah payung
misi keamanan PBB - untuk mengawal kawasan yang dilanda perang saudara - membantu
menyelamatkan mangsa perang oleh pasukan perubatan, khidmat masyarakat, kaunseling,
dan pendidikan - delegasi tentera dapat menjadi duta kecil menjalinkan hubungan
kemanusiaan dan sosial dengan negara tempat bertugas MALBAT dan MALCOM mendapat
pujian dan pengiktirafan semasa di Bosnia
Kesimpulan : Sesungguhnya setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan hak untuk
memperoleh kebebasan. Maha kaya Tuhan telah menciptakan pelbagai bentuk bumi dan
pelbagai bangsa dengan setiap bangsa diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah sewajarnya
bangsa tersebut memakmurkan bumi mereka sendiri. Secara tegas pula, mereka dilarang
mengancam peluang orang lain untuk hidup selamat. Seyogia, angkara sombong yang
mengganggu hak orang lain untuk hidup bebas perlu dibanteras sepenuhnya.

SARAWAK
1. Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada
tahun 2020.
Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.
Pendahuluan : Limpahan warga asing yang dianggarkan mencecah empat juta orang di
negara ini adalah berkaitan dengan keperluan tenaga kerja di Malaysia yang semakin
kritikal. Pelbagai projek pembangunan terutama sekali dalam sektor pembinaan,
perladangan, dan pembantu rumah akan terbantut sekiranya tiada suntikan daripada tenaga
kerja asing. Fenomena tersebut menjadi lebih genting apabila anak-anak muda Malaysia
enggan menggalas tugas negara dengan memberi pelbagai alasan. Persepsi tersebut
hendaklah diubah segera dengan setiap remaja harus memperlengkap diri dengan segala
keupayaan untuk menyelamatkan negara. Sebagai remaja anak wawasan, saya menyimpan
iltizam untuk berusaha sedaya upaya demi menyahut seruan Wawasan 2020 yang bakal
menjelang beberapa tahun sahaja lagi.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Membina kekuatan diri dengan beriman, bertakwa dan beramal amat penting
kerana iman dan takwa sebagai enjin penggerak penting seseorang itu berjaya agama
menggerak kesedaran dan semangat jihad demi negara menjadi pengekang agar tidak
terjerumus ke kancah moral
Isi 2 : Mengisi dada dengan ilmu pengetahuan belajar dengan bersungguh-sungguh ilmu
sebagai penggerak tamadun manusia contoh negara-negara yang sangat maju dan berjaya
seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara di Eropah (kerajaan silam seperti tamadun
Islam sendiri) kerana kehebatan menguasai ilmu pengetahuan

Isi 3 : Memperlengkap ilmu yang diperoleh dengan kemahiran kemahiran membuka


peluang menceburi pelbagai kerjaya mengambil kesempatan dengan adanya pelbagai
institusi kemahiran seperti politeknik, Institut Belia Negara, IKM dan lain-lain
Isi 4 : Memperkukuh azam dan komitmen patriotik terhadap negara menghayati
sejarah negara mendalami nilai perjuangan dan usaha mempertahankan negara
Isi 5 : Bersedia dengan ilmu dan bakat kepemimpinan perlu untuk menguruskan diri
bersedia untuk menggalas tugas pemimpin yang telah pergi (patah tumbuh hilang berganti)
menyertai program kepimpinan dalam kokurikulum (menyertai persatuan, kelab dan sukan)
Kesimpulan : Remaja ibarat bunga bangsa yang akan mengharumkan nama negara. Seyogia,
remaja tidak sewajar gugur di tengah-tengah medan perjuangan. Saya sedar, seandainya
remaja gagal mempertahankan nusa ini, nescaya peluang tersebut akan digunakan oleh
orang lain untuk menjajahi kita semula.

2. Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula
di rumah.
Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk milai murni dalam diri anak-anak.
MAKLUMAN : Soalan ini hampir sama dengan beberapa negeri yang lain. Sila rujuk

3. Malaysia terkenal dengan keunikan masyarkat berbilang kaum dan hidup dalam
keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama
merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara
kaum.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
MAKLUMAN : Soalan ini amat hampir dengan soalan nombor 3 SPM 2011. Sila rujuk

4. Ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabakan Malaysia


menjadi tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana
untuk disiarkan dalam akhbat tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, Kesan-kesan
Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Pendahuluan : Malaysia suatu sebutan yang cukup berharga dalam kalangan pendatang
asing di seluruh dunia. Bermula dari hujung dunia antara masyrik ke maghrib dan dari

paksina ke daksina, rata-rata kaum pendatang amat terliur untuk memasuki Malaysia.
Semua impian tersebut berpunca daripada kata-kata segolongan warga Indonesia di negara
ini yang menyebut, Di Malaysia Emas Boleh Dikutip Di kaki Lima menunjukkan peluang
mencari rezeki dan hidup senang lenang terbuka dengan seluar-luasnya di sini. Oleh itu,
tidak hairanlah Malaysia menjadi destinasi pilihan warga asing. Memang benar kedatangan
buruh asing telah membantu mempercepat pembangunan negara, namun turut
menyumbang kepada kesan-kesan negatif juga.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Sebagai pilihan majikan akibat kekurangan tenaga kerja tempatan Jumlah
penduduk Malaysia hanya 28 juta tidak mampu menampung permintaan buruh yang tinggi
taraf kemahiran dan kepakaran rakyat Malaysia masih lagi rendah
Isi 2 : Mengurangkan secara relatif upah buruh yang boleh mengurangkan kadar kos
hidup upah buruh asing masih rendah kesungguhan mereka bekerja amat berbaloi
Isi 3 : Membantu memindahkan kepakaran teknologi dan kemahiran masyarakat
tempatan semakin sedar tentang pelbagai ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh orang
asing wujud kemahuan ingin bersaing kemajuan negara akan diterajui oleh anak watan
sendiri pada masa depan
Isi 4 : Timbul isu keselamatan dan jenayah tidak semua warga asing yang datang dengan
niat bekerja (terdiri daripada penjenayah yang sangat dikehendaki di negara mereka) keskes samun dan rompak bersenjata banyak melibatkan warga asing meningkatnya kes
pembunuhan
Isi 5 : Timbul perebutan peluang ekonomi warga asing yang mencuri peluang berniaga
(rakyat Indonesia dan Nigeria) tapak gerai peniaga kecil di sekitar Kuala Lumpur telah
dimonopoli oleh warga asing
Isi 6 : Merampas peluang kerja rakyat tempatan rakyat terpaksa bersaing untuk
mendapat kerja keutamaan majikan memilih pekerja asing dengan relatif gaji yang lebih
rendah hampir 100 peratus pasaran buruh kasar dimonopoli oleh warga asing
Isi 7 : Timbul konflik budaya dan moral membawa masuk pengaruh asing yang tidak
sesuai dengan budaya dan agama rakyat Malaysia gejala pelacuran, bersekedudukan
membawa kesan yang amat buruk kepada generasi muda berlaku masalah setinggan
Kesimpulan : Tuntasnya, peluang untuk hidup di muka bumi ini telah dibuka oleh Allah
kepada semua manusia. Tinggal lagi apabila rakyat di sesebuah negara itu tidak merebut
peluang yang Allah kurniakan, nescaya datanglah orang lain yang mencuri kesempatan.
Mungkin analogi ini tepat dengan situasi di Malaysia sekarang. Seyogia rakyat Malaysia harus
bangkit untuk menyelamatkan nusa ini daripada ancaman berterusan daripada warga asing.
Ingatlah, Di sini bumi yang kita pijak, justeru di sinilah langit yang kita junjung.

ATAS BEBERAPA KESILAPAN KECIL SEPERTI KESALAHAN EJAAN, SAYA MEMOHON MAAF

PETIKAN DARIPADA KATA-KATA IMAM AL GHAZALI, UNTUK MENGENAL DIRI LIHATLAH


PADA CERMIN, UNTUK MENGENAL PERIBADI BERCERMINLAH PADA WAJAH
JUSTERU, HIASILAH WAJAH ANDA DENGAN CAHAYA ILMU DAN NUR IMAN YANG TERBIT
DARIPADA HATI NURANI YANG IKHLAS SERTA BUDI BAHASA DAN TUTUR YANG SOPAN.
BERTEMU SEMULA PADA TAHUN HADAPAN BERSAMA-SAMA MODUL SAYA EDISI 2013

Anda mungkin juga menyukai