Anda di halaman 1dari 7

Latihan dan jawapan untuk soalan ulasan UPSR kertas 2 Bahasa

Melayu.
LATIHAN 1

JAWAPAN
Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara kita sendiri. Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan
buatan Malaysia. Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan

keluarga kerana harga barangan tempatan lebih muroh berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat menyemai semangat patriotik dalam
kalangan rakyat. Di samping itu, industri tempatan juga dapat dimajukan dan membantu rakyat menambah pendapatan supaya dapat hidup dengan
lebih selesa. Seterusnya, penghasilan barangan tempatan yang mendapat sokongan rakyat akan meningkatkan imej negara pada pandangan pelancong
dan dunia luar. Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana "Produk Malaysia Kebanggaan Kita".
LATIHAN 2

JAWAPAN
Rajah menunjukkan kebaikan bekerja sendiri. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan bekerja sendiri. Antaranya, dapat mengubah tatacara bekerja
seseorang itu merijadi lebih positif. Selain itu, dengan bekerja sendiri kita bebas menentukan waktu bekerja kerana mempunyai waktu bekerja yang
bebas. Di samping itu, bekerja sendiri tidak membuatkan seseorang tertekan dengan pihak atasannya. Dengan bekerja sendiri juga kita
dapat menentukan rezeki sendiri. Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik daripada bekerja dengan orang lain
LATIHAN 3

JAWAPAN
Peta buih menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjadi murid cemerlang. Antaranya,
kita mestilah membuat jadual belajar harian dan mematuhi

jadual tersebut supaya masa kita terancang. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan berkesan. Di
samping itu, kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita dan berusaha untuk memperbaikinya. Seterusnya, setelah melakukan pelbagai usaha kita
hendaklah berdoa kepada Tuhan supaya kita memperoleh kejayaan. Kesimpulannya, kejayaan yang cemerlang memerlukan usaha yang berterusan.
LATIHAN 4

JAWAPAN
Pemimpin negara merupakan individu yang banyak berjasa kepada negara. Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai pemimpin adalah
dengan membina muzium negarawan supaya rakyat dapat

mengenali permimpin dengan lebih dekat. Selain itu, buku biografi mengenai pemimpin boleh diterbitkan sebagai tanda kita menghargai pemimpin
kita. Di samping itu. bangunan-bangunan dan jalan-jalan boleh dinamakan sempena nama pemimpin bagi memperingati jasa mereka. Contohnya,
Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun HS Lee. Kesimpulannya, hormati dan hargailah pemimpin yang banyak berjasa kepada negara kita.
LATIHAN 5

JAWAPAN
Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara cara memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-royong
di kawasan taman perumahan. Selain itu, kita hendaklah

mengamalkan kunjung-mengunjung sempena hari-hari perayaan. Di samping itu, sambutan hari keluarga boleh diadakan di taman perumahan.
Seterusnya, penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk perpaduan kaum kerana mereka
sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Kesimpulannya, kita wajarlah membina semangat kejiranan di kawasan kejiranan kita yang terdiri
daripada pelbagai kaum supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
LATIHAN 6

JAWAPAN
Gambar rajah menunjukkan cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan
kadar kemalangan di jalan raya. Antaranya, kita tidak boleh menggunakan telefon bimbit ketika memandu kerana akan mengganggu tumpuan
pemanduan. Selain itu, kita mestilah mematuhi lampu isyarat. Di samping itu, kita juga mestilah memandu dengan had laju yang ditetapkan untuk
mengelakkan kemalangan. Seterusnya, kita wajib memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan. Keadaan struktur jalan raya juga
perlu diambil be rat supaya pengguna jalan raya dapat memandu dengan selamat.
LATIHAN 7

JAWAPAN
Gotong-royong membersihkan Taman Perumahan Cheras Perdana akan diadakan pada 20 Januari 2016, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah
hari. Para penduduk akan berkumpul di balai raya Taman Cheras Perdana untuk mendengar taklimat sebelum gotong royong. Tujuan gotong royong
ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan tempat tinggal. Selain itu, gotong royong juga bertujuan untuk
membasmi pembiakan nyamuk aedes. Seterusnya, melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.

Anda mungkin juga menyukai