Anda di halaman 1dari 4

Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang 

dihasilkan di negara kita sendiri.


Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan buatan Malaysia.
Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana harga barangan
tempatan lebih muroh berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat menyemai
semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Di samping itu, industri tempatan juga
dapat dimajukan dan membantu rakyat menambah pendapatan supaya dapat hidup
dengan lebih selesa. Seterusnya, penghasilan barangan tempatan yang mendapat
sokongan rakyat akan meningkatkan imej negara pada pandangan pelancong dan
dunia luar. Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana "Produk Malaysia
Kebanggaan Kita".

Rajah menunjukkan kebaikan bekerja sendiri. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan


bekerja sendiri. Antaranya, dapat mengubah tatacara bekerja seseorangitu merijadi
lebih positif. Selain itu, dengan bekerja sendiri kita bebas menentukan waktu bekerja
kerana mempunyai waktu bekerja yang bebas. Di samping itu, bekerja sendiri tidak
membuatkan seseorang tertekan dengan pihak atasannya. Dengan bekerja sendiri juga
kita dapat menentukan rezeki sendiri. Kesimpulannya, bekerja sendiri lebih baik
daripada bekerja dengan orang lain
Peta buih menunjukkan cara-cara menjadi murid cemerlang. Ada banyak cara yang
boleh kita lakukan untuk menjadi murid cemerlang. Antaranya, kita mestilah membuat
jadual belajar harian dan mematuhi jadual tersebut supaya masa kita terancang. Selain
itu, kita juga boleh mengamalkan teknik mengulang kaji pelajaran yang betul dan
berkesan. Di samping itu, kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita dan
berusaha untuk memperbaikinya. Seterusnya, setelah melakukan pelbagai usaha kita
hendaklah berdoa kepada Tuhan supaya kita memperoleh kejayaan.
Kesimpulannya, kejayaan yang cemerlang memerlukan usaha yang berterusan.

Pemimpin negara merupakan individu yang banyak berjasa kepada negara. Antara cara
yang boleh kita lakukan untuk menghargai pemimpin adalah dengan membina
muzium negarawan supaya rakyat dapat
mengenali permimpin dengan lebih dekat. Selain itu, buku biografi mengenai
pemimpin boleh diterbitkan sebagai tanda kita menghargai pemimpin kita. Di samping
itu. bangunan-bangunan dan jalan-jalan boleh dinamakan sempena nama pemimpin
bagi memperingati jasa mereka. Contohnya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun
HS Lee. Kesimpulannya, hormati dan hargailah pemimpin yang banyak berjasa kepada
negara kita.
Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara cara
memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan
taman perumahan. Selain itu, kita hendaklah
mengamalkan kunjung-mengunjung sempena hari-hari perayaan. Di samping itu,
sambutan hari keluarga boleh diadakan di taman perumahan. Seterusnya,
penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk
perpaduan kaum kerana mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.
Kesimpulannya, kita wajarlah membina semangat kejiranan di kawasan kejiranan kita
yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.

Gambar rajah menunjukkan cara-cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan di
jalan raya. Antaranya, kita tidak boleh menggunakan telefon bimbit ketika memandu
kerana akan mengganggu tumpuan pemanduan. Selain itu, kita mestilah
mematuhi lampu isyarat. Di samping itu, kita juga mestilah memandu dengan had laju
yang ditetapkan untuk mengelakkan kemalangan. Seterusnya, kita wajib memeriksa
keadaan kenderaan sebelum memulakan pemanduan. Keadaan struktur jalan raya juga
perlu diambil be rat supaya pengguna jalan raya dapat memandu dengan selamat.

Gotong-royong membersihkan Taman Perumahan Cheras Perdana akan diadakan pada


20 Januari 2016, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Para penduduk akan
berkumpul di balai raya Taman Cheras Perdana untuk mendengar taklimat sebelum
gotong royong. Tujuan gotong royong ini diadakan adalah untuk membersihkan dan
menceriakan kawasan tempat tinggal. Selain itu, gotong royong juga bertujuan untuk
membasmi pembiakan nyamuk aedes. Seterusnya, melalui program ini diharapkan
dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.

Anda mungkin juga menyukai